A brief video showing part of the huge crowd at the funeral and the final moments before Bro Beng Hock's casket was taken to Nirvana Memorial Park.
ALOR GAJAH 20 Julai — Lebih 2,000 orang termasuk beberapa pemimpin Pakatan Rakyat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor di Taman Seri Kelemak, di sini hari ini.
Mayat Teoh, yang ditempatkan di kediaman keluarganya sejak tiga hari lepas, dibawa berarak dari taman itu pada kira-kira pukul 11 pagi untuk dikebumikan di Semenyih Memorial Park.
Terdahulu, anggota keluarga terdekat mendiang menerima kunjungan hormat dan ucapan takziah serta kalungan bunga dalam suasana sedih.
Sebahagian daripada mereka yang hadir turut berarak mengiringi keranda mayat dari taman perumahan itu menuju ke bandar Alor Gajah dan seterusnya ke Semenyih Selangor.
Antara pemimpin yang hadir ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Karpal Singh dan tokoh veteran DAP Lim Kit Siang.