Nampak hambar apabila ramai yang merasa kecewa apabila Umno tidak bertanding.Bukan budaya Umno untuk tidak beranding sejak 52 tahun lalu.Betul kawasan ini bukan kawasan Umno , namun ramai penyokong yang kecewa kerana seolah-olah tiadanya saingan.Namun itu keputusan yang dibuat Umno
BN enggan lawan PKR di Penanti
BN enggan lawan PKR di Penanti
Namun semalam suasana tetap terang benderang di markas Pakatan Rakyat,dan calon pertama yang muncul menyatakan untuk bertanding ialah Mohd Sabri Osman.Sehingga kini Aminah Abdullah , bekas ketua wanita PKR negeri belum muncul untuk menyatakan pendirian untuk bertanding.Manakala PRM dalam kenyataan akhbar menyatakan akan meletakkan calon dengan lambang asal parti tersebut iaitu kepala lembu.
Adakah pilihanraya Penanti akan memecah rekod calon Bebas di Bukit Selambau hanya masa yang menentukan.Namun kemeriahan pilihanraya akan tetap berjalan dengan ceramah dari pimpinan Pakatan Rakyat dan juga perniaga yang menunggu kehadiran penyokong.