KUALA LUMPUR, 19 MEI (SK) - BARISAN Nasional telah mengiktiraf kekuatan Pakatan Rakyat apabila parti itu menyatakan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil Penanti.
Menurut Calon Pakatan Rakyat Penanti, Mansor Othman keputusan BN tdak meletakan calon ialah tanda mengikitiraf kekuatan Pakatan Rakyat sehingga tidak berani bertanding di kerusi berkenaan.
“Ini adalah satu pengiktirafan BN kepada kekuatan Pakatan Rakyat kerana tidak bertanding dalam pilihanraya kecil ini,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan petang ini.
Selain itu juga, Mansor turut mengingatkan agar seluruh jentera tidak pandang ringan dengan keputusan BN untuk tidak bertanding.
Kata Mansor lagi, seluruh jentera dan penyokong Pakatan Rakyat harus bersedia untuk segala kemungkinan yang ada menjelang hari penamaan calon, 23 Mei ini.
“Semua jentera dan penyokong Pakatan Rakyat harus bersedia dan tidak terlalu gembira dan teruskan dengan segala perancangan kempen walau BN tidak bertanding,” katanya lagi.