Mahkamah Dengari Kes Pecat Anwar 21 Mei Ini


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan dijangka akan bersidang untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berhubung kes pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 pada hari Khamis, 21 Mei 2009 ini . Anwar telah mencabar kesahihan pemecatan tersebut kerana ianya tidak menuruti lunas Perlembagaan dan asas perlembagaan yang sewajarnya. Dalam kejadian pada 2 September 1998 itu, Anwar telah dipecat daripada parti dan kerajaan kerana dituduh terlibah dalam kes liwatnya. Walhal, ketika itu perbicaraan masih belun dijalankan oleh mahkamah dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir hanya mendapat maklumat berkenaan daripada pihak-pihak tertentu semata-mata. Dalam banyak kes sebelum ini, pemimpin UMNO itu sering mengatakan bahawa mana-mana pemimpin tidak wajar dipersalahkan selagi mahkamah belum memutuskannya. Namun dalam kes Anwar ia agak janggal dan menampakkan sikap "double standard" dikalangan pemimpin UMNO sendiri. Maka itulah adalah amat wajar Anwar mempertikaikan perkara ini dan menuntut.