PERHIMPUNAN 11 DISEMBER



Orang ramai diminta jayakan program pada 11 Disember
Petikan daripada
Suara Keadilan Online - Laman M@RHAEN

ORANG RAMAI diminta memberi sokongan dengan beramai-ramai menyertai tiga program utama untuk mempertahankan hak sebagai rakyat Malaysia anjuran badan-badan sedar masyarakat pada hari minggu ini dan awal minggu depan.

Program tersebut ialah perarakan peguam “Lawyers for Freedom of Assembly” yang bermula di kompleks membeli-belah Sogo pada 7.00 pagi pada hari Ahad 9 Disember manakala pada sebelah malam akan diadakan sokongan solidariti berbagai kaum kepada 31 orang tahanan Hindraf yang kini merengkok dilokap kerana dinafikan hak ikat jamin.

Sementara pada hari Selasa 11 Disember pula Gabungan Pilihanaya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan satu lagi perhimpunan rakyat di Bangunan Parlimen bagi membantah usaha kerajaan menyambung perkhidmatan Pengerusi SPR Abdul Rashid Rahman yang tamat perkhidmatan bulan ini.

Butir-butir lengkap program:

1. Perarakan peguam sempena hari hak asasi sedunia (telah dijalankan)
Tarikh: 9 Disember (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Kompleks membeli-belah Sogo dan kemudian berarak ke Pasar Seni

2. Solidariti berbagai kaum untuk tahanan Hindraf
Tarikh: 9 Disember (Ahad)
Masa: 8 Malam
Tempat: Dataran Merdeka

3. Perhimpunan Bersih bantah penyambungan khidmat Pengerusi SPR
Tarikh: 11 Disember (Selasa)
Masa: 10 Pagi
Tempat: Perkarangan Bangunan Parlimen


http://www.suarakeadilan.com/isi/