BERITA REFORMASI, MAKLUMAT TERKINI



DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU



RAKYAT DIGESA TURUN BERAMAI-RAMAI MENUNTUT PEMERINTAHAN YANG TELUS.POHON KE BAWAH DULI-DULI YANG MAHA MULIA SULTAN-SULTAN UNTUK MELIHAT DENGAN JELAS KEADAAN RAKYAT MARHAEN.

OLEH : WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Isnin, 11 Disember 2007: Polis telah menahan Mohamad Sabu (Naib Presiden Pas), di Ipoh; Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), di Johor Bahru; serta empat orang peguam dan empat orang aktivis, di Kuala Lumpur.

Penahanan Mohamad Sabu dan Tien Chua dipercayai berkaitan penganjuran gelombang kuning di Kuala Lumpur pada 10 November 2007 dan juga berkaitan rancangan perarakan rakyat marhaen ke parlemen 11 Disember(esok).

Ia juga dipercayai sebagai langkah menakut-nakutkan orang ramai yang dijangka menunjuk perasaan di hadapan Bangunan Parlimen Malaysia pada 11 Disember 2007 untuk membantah pembentangan rang undang-undang bertujuan menyambung perkhidmatan Tan Rashid Abdul Rahman sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Empat peguam dan empat aktivis terbabit pula ditahan kerana menganjurkan upacara berjalan kaki secara aman dan beramai-ramai daripada pusat membelibelah Sogo menuju ke Bangunan Majlis Peguam kira-kira dua kilometer daripada pusat membelibelah berkenaan, sempena Hari Hak Asasi Manusia semalam.Sehingga jam 12 tghari semalam, semasa saya melalaui bangunan dimana terletaknya BAR COUNCIL terdapat ramai peguam-peguam dan para wartawan serta Blogger di situ.Kain rentang terpampang “SAY NO TO CURRUPTIONS” dipaparkan bersebelahan banggunan tersebut.

Seluruh tangkapan di atas membuktikan berita-berita yang tersiar di laman-laman dan blog reformasi menjadi kenyataan.

Perkembangan ini juga membuktikan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan dalam keadaan yang sangat tertekan sejak gelombang kuning pada 10 November 2007, kini mula menggunakan beberapa undang-udang tertentu bagi melemahkan kelompok yang menentang pentadbirannya.

Sempena tangkapan di atas, Abdullah membuat kenyataan di Petaling Jaya bahawa “kerajaan tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara.”

Berasaskan kenyataan ini, moga-moga Abdullah akan menggunakan undang-undang “tanpa mengira bulu” juga walaupun ke atas kroninya,anak beranaknya, yang terlibat dengan apa-apa kesalahan seperti rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lainnya.

Dalam pada itu, banyak pihak menyifatkan tangakapan yang dilakukan hari ini pasti akan menyemarakkan lagi rasa marah dan penentangan segolongan rakyat jelata yang kini kecewa dengan kelemahan dan kepincangan pentadbirannya.

Sejarah telah banyak membuktikan bahawa kelemahan pentadbiran pemerintah adalah merupakan petanda akan berakhirnya sesuatu pemerintahan tersebut.Pentadbiran BN tak ubah sama sahaja dengan pemerintahan komunis yang menetapkan undang-undang bagi kepentingan pemerintah.misalnya:

1.mengekploitasikan media massa untuk menyekat pengaliran berita.

2.mengenakan denda,menggeledah rumah dan merampas hak hidup.

3. penyeksaan tahanan dan penahanan tanpa bicara ISA

4. Parti UMNO dan pemimpinnya yang melampaui undang-undang

5.Memperalatkan pasukan keselamatan dan perbendaharaan Negara demi untuk menindas rakyat dengan cukai,tol,keaikan harga barang dan kepentingan peribadi pemimpin

Kelima-lima ciri-ciri ini semuanya terdapat didalam pemerintahan Partai Komunis .Oleh itu, marilah kita bersama-sama menentang pemerintah yang menggunakan matlamat menghalalkan cara bagi mengekalkan pemerintahannya.