JUJUR ATAU TIDAK MASA BERNIAGA.


Amirudsin Ahmad


 Beberapa hari lepas ada sembang dengan sorang member ni.


Dia pernah level RM7j dalam akaun bank.


Kemudian dia drop sampai terpaksa jual 90% aset dia. Tinggal diri jer tak jual.


Kemudian saya bagi dia soalan ni,


“Cuba hang check semasa berniaga, hang jujur tak?”


Dari situ dia nampak pelbagai ‘penipuan’ yang berlaku dan mula menyesal.


Antaranya….


1. Menipu menggunakan askar komen untuk meningkatkan ‘trust’ orang membeli.


2. Menggunakan Kad Kredit ‘Black Hat’ untuk membayar FB ADs.


3. Menipu guna testimoni palsu untuk melariskan jualan. (Buat skrinshot whatsapp tipu)


4. Acah tak tahu pasal Cukai. Lari sana sini nak ‘elak’ cukai. Guna nama keluarga dan sebagainya.


5. Beli meja untuk dapat award walaupun bisnes menipu orang. Kemudian war warkan betapa terharunya dia terpilih.


Opkos, banyak lagi yang dia cerita.


Kemudian saya nasihatkan dia, bermula kecil dan bermula dengan apa yang kita ada.


Memang perit kalau bermula dari bawah tapi yang penting ialah kejujuran dalam perniagaan.


Biarlah parcel kita mungkin hanya sebungkus sehari tak seperti rakan lain yang sembang CPP murah & ROAS tinggi.


Yang penting ialah, kita JUJUR.


“Aku tak la sebaik mana tapi aku jaga sumber rezeki aku… Itu yang aku bagi keluarga & team aku makan…”… pesan saya pada dia.


Kadang ramai rasa diri berjaya bila sales menderu dan boleh beli macam².


Sekali Allah jentik, boleh terduduk.


Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Uncle

#SifuApaMacamNi

#HarimauMenangis



TU DIA NOHH.. MACAM PEK TIKAM PEK SAJA NO.


Desa HM



 ✅Program anjuran Pejabat Exco, bukan pihak luar.


✅Dia mai rasmikan event.


✅Hadiah pun disampaikan oleh dia sendiri.


✅Anugerah untuk dia pun disampaikan oleh Exco.


Tapi dia cakap dia taktau akan dapat anugerah.


Ok. ☺️



KES SAMAN USTAZ PETIR.

Migdad Zakaria


 Alhamdulillah selesai perbicaraan untuk hari ini dan semalam, akan bersambung lagi di bulan November nanti.



Terima kasih tuan lawyer kanda Faiz Fadzil atas khidmat dan bantuannya.


Semoga Allah memberkati kita semua.


Aminn.



[panas] MB LATO LATO KANTOI MENIPU? KATANYA ISTERI KE2 TIDAK TERLIBAT SI...


Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menipu dengan menafikan penglibatan isteri keduanya DSP Che Intan Subri dalam siasatan kes nadir bumi di Kedah pada tahun lalu. Semasa penyiasatan tersebut berlangsung, antara individu yang telah ditahan ialah seorang lelaki Cina Bernama Ho Chu Meng. Ho telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang lebih dikenali sebagai SOSMA (2012) dan kemudian dituduh di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2022. Ho telah mencabar penahanannya di bawah Sosma menerusi permohonan habeas corpus dan menamakan Che Intan Subri sebagai responden. Kes tersebut telah didengar di Mahkamah Tinggi Alor Setar dan Ho diwakili oleh barisan peguamnya – Nizam Bashir Abdul Kariem, Malik Imtiaz Sarwar, K Shanmuga, Kee Hui Yee, Amer Ashrhaf Azuddin dan Lim Yvonne. Che Intan pula diwakili Abd Shukor Ahmad dari Shukor Baljit & Partners. Hakim Mahkamah Tinggi Shahnaz Sulaiman memutuskan bahawa kegagalan memaklumkan waris tahanan di bawah seksyen 5(1) Akta Sosma bercanggah dengan keperluan prosedur yang disebut di bawah akta sama. Meskipun permohonan writ habeas corpus dibuat dalam keadaan Ho tidak lagi ditahan, ini tidak menjadikan permohonan tersebut akademik dan ia perlu didengar oleh mahkamah, kata Shahnaz. Ringkasan kes ini boleh diperoleh di dalam CLJ Bulletin 46, 2023.





ABAHCOW MINTA BELAS KASIHAN! KENYATAAN TERKINI PMX DS AWNAR IBRAHIM!



Kerajaan akan memberi tumpuan kepada beberapa strategi dalam menstabilkan inflasi, sekali gus menangani kos sara hidup rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2025 bulan depan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Beliau berkata, hal ini kerana di bawah kerajaan Madani ketika ini, kadar inflasi negara berada di tahap 2% dengan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 5.9% bagi suku kedua tahun ini. “Saya baru balik dari Vladivostok, Rusia. Jumpa Presiden Vladimir Putin. Ada soal jawab orang tanya (berkaitan) inflasi kita, 2% dan beberapa bidang makanan 3 atau 3.5%, itu pun jenuh kita nak kawal. Saya mahu jadikan strategi belanjawan Oktober ini bagaimana tangani masalah kos sara hidup…berbanding negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, inflasi kita rendah. Katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Menteri Besar, Aminuddin Harun dan Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad di sini. Justeru, Anwar berkata, kerajaan sentiasa serius dalam menguruskan ekonomi, selain mengelakkan pembaziran dalam pelbagai perkara. Pada 22 Ogos lalu, media melaporkan inflasi Malaysia kekal 2% sejak Mei lalu menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dalam laporan indeks harga pengguna (IHP) bagi Julai 2024. DoSM dalam kenyataan melaporkan inflasi itu didorong peningkatan dalam kumpulan utama, termasuk restoran dan perkhidmatan penginapan (3.4%); penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan serta perkhidmatan (3.2%); rekreasi, sukan dan budaya (2.2%) serta kesihatan (1.9%). Tak campur tangan siasatan kes Anwar sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan siasatan kes mana-mana individu atau pemimpin dan menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa. “Kita tengok sekarang setiap minggu ada saja skandal baharu, ada orang kata kerana Anwar berdendam. Tak betul, kita kena hentikan amalan pimpinan guna kuasa untuk cari kekayaan peribadi. Saya harap semua betul-betul faham. Saya tak kira siapa dalam soal siasatan, siapa salah, ada kes curi motosikal atau merompak itu kerja polis, mereka tidak tanya saya boleh siasat atau tidak.





DS ANWAR MENYENTUH ISU SKANDAL YANG SANGAT MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA!

Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Sambutan Jubli Perak Hari SUHAKAM ke-25...

SIJIL HALAL MALAYSIA BEENILAI.

Che Ibrahim


 Ambo pernah jumpa seorang pelabur China nak buka kilang daging di Malaysia utk pasaran antarabangsa, lembu/daging dibawa masuk dari Brazil, Australia dll Dan diproses di kilang tersebut. 


Ambo Tanya sebab apa pilih Malaysia/Kelantan?? 


Dia jawab logo Halal Malaysia amat di iktiraf Dan diyakini di luar negara, maka pasaran daging Msia akan lebih berdaya maju. Adapun bekalan daging, kita boleh ambil dari negara lain. 


Maknanya logo halal memang ada nilainya, tapi bukan untuk pasaran tempatan atau pengguna dalam negeri, apalagi jika yang nak dikenakan syarat kena ada sijil halal itu ialah peniaga peniaga melayu Muslim.



DOA POPULAR PUAK KHAWARIJ

 


DOA POPULAR PUAK KHAWARIJ 


Dalam banyak-banyak doa puak KHAWARIJ ni, yg paling popular ialah :





1) Doa MELAKNAT lawan politik.


2) Doa mintak DUIT kat lawan politik.


Ok apa? 


"Mung dok tahu mende", rungut Pak Aji Eddy JJAL sambil sibuk mencandat soton pada pagi yg dingin dgn angin sepoi-sepoi bahasa di laut Marang. 


Tetiba Walaun Tetap BODO yg dah hampir gila, jadi sewel kerana kuat meroyan, KELUPOQ sejak gagal Tebuk Atap jerit..."EmBi kami sempoi, hbag hg.."!! Terlondeh kain pelikat Pak Aji kerna terkojut. 


Wallahualam.


-Zus Din

09092025

*****

P/s : Sebenarnya cerita doa dgn Pak Aji tu tak kena mengena. Saja dok dlm satu frame 🤣



BUKA SYER. WALAUN KENA BELI...


 99 Speedmart secara rasmi telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada RM1.85 sekitar jam 9 pagi hari ini. 



Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



GOSSIP DARI UTARA

 Pak Ya Siam


Dengaq kata Isteri Muda kesayangan rakyat Kedah kena pindah dah,kena turun pangkat !!



Pak Ya Kata dah ..


“Orang Suruh hang siasat kes REE bukan pi menikah dengan orang yang hang nak siasat “


Yak Yak Yea la..



TUNTUTAN PALESU- SPRM SIASAT TUNTUTAN . BANYAK SANGAT PALESU ZAMAN DIN NI.

Zunar carrtoonist fan club

SKANDAL 1BESTARINET...SPRM siasat RM2.7 billion tuntutan palsu!

JAMBU BATU untuk atasi masalah DIABETIS dan KANSER PROSTAT?


 JAMBU BATU untuk atasi masalah DIABETIS dan KANSER PROSTAT?





Buah jambu batu digunakan sebagai ‘ubat’ di banyak negara untuk membantu dalam rawatan diabetes.


Jus buah jambu batu dilaporkan bertindak sebagai antidiabetis.


Pengambilan jus buah jambu batu dalam jangka masa panjang meningkatkan rembesan insulin dengan ketara dalam tikus diabetis.


Oleh itu, buah jambu batu boleh memberi manfaat kesihatan kepada pesakit diabetes type 2.


Kajian yang dilakukan oleh USM dan diterbitkan sebelum ini dalam Jurnal Life pada tahun 2023 menunjukkan air daun jambu batu bertindak sebagai antikanser prostat yang kuat. Dicadangkan cara pengambilan seperti teh daun jambu.


Ini mungkin disebabkan oleh kehadiran bahan khasiat seperti asid galik, quercetin dan kaempferol.


Caranya adalah keringkan daun jambu batu di bawah matahari. Ambil 3 g daun jambu batu dan rendam dalam 300 ml air panas selama 3 minit. Tambahkan sedikit madu tulen dan boleh diminum setelah suam.


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist



BUAT BAGI JADI


Alhamdulillah menteri dengar keluhan ramai. Harap-harap dinosaur di MCMC lebih sensitif mengenai sekatan DNS. 



*************

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sehubungan itu, MCMC perlu meneruskan siri libat urus bersama semua pihak berkepentingan untuk memperoleh pandangan, cadangan dan saranan, memastikan objektif Internet yang lebih selamat dapat dicapai bersama.


Beliau berkata isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman web perjudian, persundalan, pornografi amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh.


“Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia khususnya kanak-kanak dan keluarga.


“Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC serta dari khalayak umum, saya telah meminta MCMC agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS),” katanya dalam kenyataan di platform X beliau hari ini.


Semalam, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen berkata arahan terhadap penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk mengalihkan trafik perkhidmatan nama domain (DNS) yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri tidak akan menjejaskan, mengganggu atau menyekat pengguna daripada melayari laman web yang sah.


Beliau berkata laman web yang terkesan dengan tindakan itu ialah laman web yang menyalahi undang-undang Malaysia, menyebabkan sekatan dikenakan supaya tidak dapat diakses rakyat Malaysia.


“Laman web yang tidak mempunyai kandungan yang berbahaya, tidak mempunyai sebarang isu, masih boleh diakses seperti biasa. 


Pelaksanaan arahan ini bertujuan melindungi pengguna daripada akses kepada laman web yang memiliki kandungan dalam talian berbahaya,” katanya pada sesi penerangan isu sekatan DNS di Cyberjaya, semalam.



PRK Mahkota


Che Ibrahim


Anuar Musa dah mengaku kalah, putus harap, tapi Taki masih bersemangat dan masih menaruh harap.





SEPATUTNYA KERAJAAN HEBOHKAN USAHA BAIK NI.


Ahmad Norazlan 

Setuju...tiada usaha agresif mewar-warkan kepada masyarakat umum.1



Di Seberang Jaya dan Permatang Pauh juga dimaklumkan ada MPKK yang telah diluluskan permohonan.


Usaha baik biar masyarakat tahu dan seiring dengannya masyarakat boleh memantau dan menilai prestasi dan motivasi sesebuah MPKK dan agensi komuniti di kawasan.


Setiap MPKK dan agensi komuniti wajar memaklumkan kepada masyarakat rancangan dan hasil usaha mereka yang menggunakan dana Sejati Madani untuk dinilai dan mengelakkan unsur penyelewengan.


Audit dalaman dan luaran diwajibkan.SPRM juga wajar memantau.


Satu MPKK dan agensi komuniti bersamaan RM100 ribu.Di DUN Seberang Jaya sahaja ada 11 MPKK, di seluruh Parlimen Permatang Pauh lebih banyak, di seluruh Pulau Pinang lebih lagi dan di seluruh Malaysia terlebih banyak.Belum lagi agensi komuniti lain seperti KRT, JMB dan Persatuan Penduduk.Berbilion Ringgit kemungkinan dananya.


Jangan pula nanti dijadikan wadah sakau menyakau oleh politikus bawahan.



TIKTOKER BUAT LAPORAN POLIS DAN SAMAN KERANA MEMFITNAH.

 

PAS bawa Islam? Tak. PAS dah macam pesuruh syaitan. Fitnah dan qazaf jadi darah daging. Walaun ni ramai yang tak percayakan hari akhirat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 

.



PENSYARAH DIHARGAI

 

Tindakan Mohd Zaidil Adha yang berkhidmat menjangkau tugas hakiki dengan membantu pelajar dalam kesusahan menjadi tular di media sosial.

#AWANInews #AWANI745




SANUSI NAK BENARKAN KATA DIA. BAYAR LA GAJI.


Fawwas Fadthil


 Bayar gaji pemain bola dengan bantu anak yatim, mana lebih afdal?


Jawapannya: Bayar gaji pemain lebih afdal dan wajib dibayar. 



Ini kerana pemain terlibat dengan kontrak dan bayaran. Maka memenuhi kontrak dan bayaran gaji pemain hukumnya adalah wajib.


Ini berdasarkan sebuah hadith qudsi yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari:


قالَ اللَّهُ: ثَلاثَةٌ أنا خَصْمُهُمْ يَومَ القِيامَةِ: رَجُلٌ أعْطَى بي ثُمَّ غَدَرَ، ورَجُلٌ باعَ حُرًّا فأكَلَ ثَمَنَهُ، ورَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أجِيرًا فاسْتَوْفَى منه ولم يُعطِه أجرَه


Rasulullah SAW bersabda:


“Allah berfirman: Tiga golongan yang Aku akan menjadi musuh mereka pada Hari Kiamat: seorang lelaki yang membuat perjanjian dengan nama-Ku lalu mengkhianatinya; seorang lelaki yang menjual orang yang merdeka dan memakan harganya; dan seorang lelaki yang mengupah pekerja, kemudian mendapat kerja sepenuhnya daripadanya tetapi tidak membayarnya upahnya.”


(Al-Bukhari:2270)


Hadis ini menekankan akibat yang berat bagi mereka yang mengingkari janji, terutama dalam konteks pekerjaan dan pembayaran upah yang adil.


Adapun membantu anak-anak yatim hukumnya adalah SUNAT sahaja. Membantu mereka adalah sangat dituntut berdasarkan hadith Nabi SAW:


أنا وكافل اليتيم كهاتين 


“Aku dan orang yang mengurus anak yatim adalah seperti ini.”


Dalam hadith ini, Nabi Muhammad SAW menunjukkan dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya, menekankan betapa dekatnya kedudukan di akhirat antara baginda dan mereka yang mengurus anak yatim.


Dahulukan serta utamakan yang lebih berhak dan wajib berbanding yang sunat dan dituntut.



BEZA ANTARA ISMAIL SABRI DAN SEKARANG.



 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺 puji 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶. Dia kata masa Ismail Sabri PM dulu, MoU Peruntukan Pembangkang mudah je tandatangan. Tak banyak masalah.


Kadang payah juga nak terangkan pada orang tua ni.


Ada beberapa perbezaan yang ketara masa Ismail tu dan sekarang ni.


Pertama, masa tu PH jadi pembangkang dan diketuai oleh 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Beliau 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗿𝘂𝗸 pun nak jadi PM macam Mahiaddin. Dan PH pun tak kelam kabut jadi kerajaan untuk 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗷𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗣𝗡.


Berbeza dengan sekarang. Mahiaddin sibuk nak jadi PM. Jadi tujuan PN cuma nak tunjuk DS Anwar jahat. Dorang 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗹𝗲𝗰𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 untuk tunjuk kononnya kerajaan zalim. Itu puncanya.


Kedua, masa Ismail kerajaan 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗽𝘂𝗵. Ismail hidup dalam ketakutan kerajaan yang dipimpin runtuh separuh jalan. Dan masa tu 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 belum dilaksanakan. Kerajaan tak stabil.


Atas sebab tu, Ismail tak banyak pilihan. Dia tak boleh nak 𝘯𝘦𝘨𝘰𝘵𝘪𝘢𝘵𝘦 lebih-lebih. Sebab bola di tangan DSAI.


Berbeza dengan sekarang. Kerajaan ini sangat kukuh dengan sokong 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 ⅔. Walaupun Hadi yang jerit 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗵𝘂𝗸𝗼𝗽 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗼𝗵, 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗲𝗵𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗰𝗵𝘂𝗸𝗼𝗽𝗽𝗽, yang cukup jumlah tetap DS Anwar dan PH.


Jadi hari ini, kerajaan tiada keperluan yang mendesak  untuk dapatkan sokongan pembangkang. Sebaliknya  𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸 sebab dah tak ada duit untuk beli undi rakyat.


Bola di tangan DS Anwar lagi. Jadi sekarang PH yang 𝘴𝘦𝘵 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘶𝘭𝘦. Pertama, kita tahu PN ni jahat. Mereka ni suka rasuah pengundi. Terbukti dalam PRU15 dulu. Jadi kena jagalah 𝘀𝘂𝗽𝗮𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶.


Kedua, kita juga tahu perangai busuk PN yang suka main isu 3R termasuk 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮. Jadi gunakanlah MoU tu untuk hentikan jenayah yang dah jadi 𝗮𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗣𝗡 untuk kesejahteraan negara.


Maka sebab itu MoU sekarang sulit untuk selesai. Tak 𝘴𝘵𝘳𝘢𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘧𝘰𝘳𝘸𝘢𝘳𝘥 macam sebelum ni selain dari faktor pembangkang yang ada sekarang ni jenis lemah dan tak berguna. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PROGRAM YADIM HARI INI

 

Saksikan promosi Program Dakwah Negara (PDN) 2024 bersama Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam rancangan Assalamualaikum jam 9.30 pagi.



Apa yang menarik dalam PDN ?


Di mana lokasinya?


Bagaimana anda boleh sertai program ini?


Ketahui jawapannya esok dalam rancangan Assalamualaikum, hanya di TV Al Hijrah.



ADAKAH SOYA SESUAI UNTUK PESAKIT KANSER?




KAJIAN pada tahun 1996 yang diterbitkan dalam Journal of Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention mendapati pengambilan soya mungkin merangsang pertumbuhan sel-sel kanser payudara. Ini berpunca daripada bahan berkhasiat isoflavon dalam soya yang mempunyai struktur kimia hampir sama seperti estrogen (hormon wanita). 


Namun, kajian terkini yang diterbitkan dalam Cancer Research Journal pada tahun 2017 yang melibatkan ramai peserta (6,235 wanita Amerika dan Kanada) yang mengalami masalah kanser payudara antara tahun 1995 dan 2015. 


Hasil kajian mendapati kacang soya tidak meningkatkan risiko kanser payudara, sebaliknya dapat menurunkan risiko kematian akibat kanser payudara. 


Kajian itu juga mendapati wanita yang mengambil soya dalam kuantiti yang banyak dapat mengurangkan sehingga 21 peratus risiko kematian akibat kanser payudara berbanding wanita yang kurang atau tidak makan soya langsung.


Dua hasil kajian yang berbeza, tetapi saya lebih 'prefer' kajian terkini


#DrSuriRoowi Ph.D , KMN

Principal Scientist



KEGAGALAN SAMSURI

 

Fairul Al Qasas


Setelah gagal untuk bangunkan Terengganu, MB Samsuri menggunakan emosi rakyat untuk menutup kegagalannya.





Mula-mula buat solat hajat.


Kemudian buat status sedih.


Sepanjang sepenggal Terengganu dibawah MB Samsuri (2018-2022) Kerajaan Pusat telah memberikan royalti tunai sebanyak RM6 billion.


Apa ya Samsuri buat pada duit ini?


Adakah beliau telah laksanakan semua manifesto yang beliau janjikan?


Beliau buat manifesto. 

Rakyat pilih.

Beliau dapat kuasa dan kerajaan pusat bagi royalti lebih RM6 billion. Maksudnya kuasa dan duit tu dah ada.


Sila lihat manifesto yang saya ambil dari Harakah. 


https://harakahdaily.net/index.php/2018/03/24/20-tawaran-pas-terengganu/


No1- Adakah semua rakyat berumur 21 tahun ke atas dapat lot tanah?


No15- Adakah setiap daerah ada bandar baru?


Kalau tanya penyokong Pas, mereka akan kata terbaik. Apa terbaik kita tak tau. Sebab miskin tegar pun masih tinggi.


NGO isteri dapat tanah murah.

MB berjalan ke NZ semasa musibah besar.

MB berjalan ke Paris semasa sukan Olimpik  kononnya nak cari pelaburan.


Mereka dakwa mereka dah tunaikan 20 manifesto. 


https://harakahdaily.net/index.php/2022/10/27/20-manifesto-pas-terengganu-ditunaikan/


Boleh nilai sendiri. Bagi saya MB Samsuri gagal. Tiada perancangan yang baik untuk bangunkan negeri.


Duit Royalti banyak digunakan untuk aktiviti tidak menjana pembangunan negeri. Tapi untuk meraih pengundi.



Hah amacam walaun



n? Puas hati?


Bila tercetus kontroversi ini, aku tengok banyak komen walaun tuduh kerajaan tak adil sebab 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 terhadap Teresa walaupun menyentuh isu 3R.


Itulah walaun. Tak reti bersabar. Tahunya nak fitnah je. Kalau nak cepat, buatlah laporan polis. Macam kes Sanusi dan Mahiaddin, 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮 pun buat laporan. Kan laju je polis ambil tindakan.


Ini rupanya cuma ada 5 laporan je. Alahai walaun. Nak buat laporan pun malas. Lepas tu sibuk sebar naratif burukkan polis dan kerajaan. Dasar walaun.


Bagusnya isu Teresa ni, terbukti kerajaan ini adil dan 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀. Tak macam zaman PN. 𝗭𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵.


Menteri bebas ke sana sini tak kena tindakan sedang rakyat pergi kerja pun disaman. Siap ada pembesar yang boleh 𝗽𝗮𝗻𝗱𝘂 𝘂𝗷𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 lagi.


Boleh pulak buat 𝗽𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗱𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 masa PKP padahal rakyat solat berjemaah pun 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗿𝗶. Masa PN terlalu banyak kejadian salah guna kuasa.


Masa PN baru rakyat tahu yang 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿. Sebab tu 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 tak dikira 𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶. Walaun dah lupa?


Apa lagi yang walaun nak dustakan. Dah jelas kerajaan ini jauh lebih bersih, lebih telus dan lebih adil daripada kerajaan pimpinan Mahiaddin dulu. Bukankah 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗶𝗹? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BAGI AKU TAK PERLU DAN TAK KISAH PUN PAS NAK TERIMA ATAU TIDAK. KIT NAK LIHAT SEJAUH MANA PA DAPAT BANGUNKAN MALAYSIA INI SEBAGAIMANA ANWAR LAKUKAN HARI INI.IYA TAK SEMUA BAIK ,TAPI SETAKAT INI RAKYAT DAPAT MERASAKANNYA.

 

Mengapa Hadi tidak bekerjasama dengan Anwar?

ANALISA 



Foto kenangan ini menunjukkan keakraban
mereka berdua, betapa sayangnya Hadi
kepada Anwar.

APABILA membicara dan memikirkan politik Melayu dan Islam, satu pertanyaan yang timbul dan tidak pernah ada jawaban konkrit ialah, mengapa Abdul Hadi Awang tidak boleh bekerjasama dengan Anwar Ibrahim? 

Secara logiknya, waktu inilah terbaik untuk mereka jalini kerjasama demi untuk mendaulatkan bangsa dan memartabatkan Islam di negara ini. Peluang yang dimiliki kedua-dua pihak ketika ini cukup baik dan besar bagi merealisasikan apa yang diperjuangkan selama ini.

Hadi adalah presiden Pas sebuah parti Melayu terbesar dan berpengaruh ketika ini, manakala Anwar presiden Keadilan, parti multiracial mempersatukan semua bangsa di negara ini, dia juga kini Perdana Menteri. 

 

Jawatan disandang oleh Anwar itu adalah tertinggi, dengan jawatan itu apa saja didambakan demi memenuhi tuntutan perjuangan dapat dipenuhi sekiranya disokong dengan padu.

Dengan jawatan itu Anwar boleh mengimplimenkan cita-cita bersama Abdul Hadi sebelum ini, baik semasa jadi pembangkang (Pakatan Rakyat) dan juga semasa diawal perjuangan ketika mereka sama-sama menggerakkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), di awal tahun 1970an.

Bukan itu sahaja, mereka dilihat tidak perlu bersengketa di antara satu sama lain, kerana itu menghabiskan tenaga dan masa yang merugikan negara. Ia tidak seharusnya berlaku kerana mereka berasal dari umbi perjuangan sama dan menggalas matlamat dan keazaman serupa. 

Yang membezakan mereka hanya acuan sedangkan tepong yang hendak dimasak itu dijadikan kueh daripada bancuhan sama. Adalah pelik dan menghairankan kalau dari baka perjuangan sama, tetapi jadi menyimpang dan bakut di persimpangan jalan. Kematangan perjuangan sepatutnya memantapkan lagi jiwa perjuangan. 

Rengkas kata mereka menduduki sekolah perjuangan dan idealisme sama dalam ABIM. Kebersamaan itu tidak sepatutnya mereka berenggang atau pun gelincah pendapat dalam soal membangunkan negara, mendaulat bangsa dan memartabatkan Islam di negara ini. Mereka mempunyai azam dan cita-cita sama. Perbezaan acuan tidak sepatutnya memberaikan tepung sebaliknya harus memadukan lagi tepong bagi menghasilkan kueh bermutu dan lazat.

Tetapi tidak seperti diharapkan itu. Kerana situasi itu menyebabkan pertanyaan dan kemusykilan itu timbul kenapa mereka tidak boleh bersama malahan keadaan akhir-akhir ini agak tajam. Ini menyebabkan minda umum terdampar dengan kemusykilan berat itu. Abdul Hadi seakan tidak pernah menjatuhkan busur panahnya menunding ke arah Anwar dan menyerang kerajaan Madani.  Seperti ada dendam besar yang mendekam jiwa presiden Pas itu. Kenapa?

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEioSMB9DXYjLmePNxKAWpN58j9B0pocir2fXAQX5BSlCuzjdcV1E5FVX00OyWzp7wvD5YM9Zbp29-39NwP6-EJZKznOhj4dHf8aCCq5yxBhJqRkBoTtHD7iVTYjKkWMQ1NK_uvt0c69R3y163kHdx9S70vaqXaqSycElkSdVUf1aGxUUhcKP-Zy0aD0aM3R

Salam mereka masih kemas.

Saya cuba membuat analisis sendiri, berpendapat secara peribadi mereka tetap masih menyimpan keazaman dan cita-cita sama untuk Malaysia tercinta ini. Cuma apa yang membezakan mereka dari segi teknik dan strategi bagaimana untuk capai maksud itu. 

Ia umpama pemakaian baju dan seluar maslahatnya sama adalah untuk menutup aurat, cuma bezanya fesyen dan warna kain baju dan seluar itu saja. Ertinya mereka tetap bermatlamat sama, dipisahkan sedikit oleh keegoaan. Justeru jika diaturusahakan dengan baik dan sabar perbezaan ini dapat diatasi. Insya-Allah.

Sesuatu masalah itu ada penyelesaiannya, dan sesuatu kerusutan itu ada pengusaiannya. Banyak orang membuat berbagai andaian berkaitan Abdul Hadi dengan Anwar ini. Dalam hal ini, umum tidak melihat yang menjadi puncanya Anwar, sebaliknya yang menjadi masalah adalah Abdul Hadi Awang, kerana Anwar kini mendiamkan diri sahaja, setiap lontaran dan kebencian diluahkan Hadi terhadapnya tidak dilayani. Apa lagi setelah jadi PM, Anwar dilihat berada dipihak yang menang dan benar. 

Perbezaan dan perkadasan akal atau manhaj perjuangan di antara keduanya, sudah ada usaha untuk memulihkannya. Peristiwa pertemuan Saifuddin Nasution Ismail dengan Abdul Hadi dalam rangka ini telah berlangsung dan menjadi usaha terakhir untuk mengeratkan kembali hubungan mereka berdua. 

Saifuddin cuba menjadi biduk untuk menautkan kiambang. Malangnya usaha itu gagal, Saifuddin pulang dengan tangan kosong disamping hati sedikit terluka. Peristiwa itu menyebabkan Saifuddin tidak sanggup lagi untuk melihat api kemarahan Hadi marak di hadapannya.

Usaha pihak luar.

Kerana melihat pentingnya kedua kawan dan sahabat ini berada dalam satu wadah untuk kemajuan negara bangsa, mendaulatkan bangsa dan memartabatkan agama, maka usaha itu tidak terhenti disitu sahaja. Atas kepentingan itu perlu diusahakan, kerana mereka berdua bukan saja untuk Malaysia, tetapi seluruh dunia umat Islam, ataupun setidak-tidaknya di Nusantara. Lantaran itu ada pihak luar turut berikhtiar  mendamaikan mereka. 

Mereka yang mengambil inisiatif ini setelah menyedari umat Islam Nusantara sangat mengharapkan ada pemimpin dan negara dijadikan model buat mereka teladani dan berlindung. Dan waktu ini Malaysia yang dipimpin oleh seorang berjiwa besar dan komited dengan Islam serta memahami falsafah antara bangsa adalah terbaik. Tidak boleh dinafikan dengan keberanian dimiliki Anwar beliau dihormati dan disegani seluruh dunia Islam atau Barat.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEjerD1ovZEwNWv9djhWjr0bQlziQ6SKLy7YNyvmtbYzx6hZuvmum-BGsQwQ6rDyO5POHmOgQ_IkRS2uK6GxshNiQPguKDp7cxhRd6LZ9gtrLy1gwS92EzdjublcN2tIPTr7YZcprHzp7ySNIIkH2FrM1X5nbIaMywiUYb5v7Mb3l5JRzH74WrEAyzvWNPx0

Semua orang bahagia kalau aksi ini
menjelma kembali.

Sekarang ini ada pihak luar terdiri daripada rakan kedua mereka sedang berusaha untuk menangkup kembali kedua insan ini. Melalui pihak tertentu diusahakan agar keduanya dapat duduk semeja seperti sebelum ini. Usaha mendamaikan perbalahan satu pihak itu sedang dilakukan walaupun melalui jalan sukar. 

Kita berdoa dan berharap dengan usaha pihak luar yang juga merupakan kawan dan sahabat baik kedua-dua mereka akan berhasil dan mencapai tujuan yang baik. Biar lambat asalkan selamat (berhasil). 

Apa yang menghairankan umum, sebelum ini mereka baik-baik saja dan nampak intim dalam satu wadah perjuangan. Misalnya sewaktu Anwar diasak fitnah oleh regim Dr. Mahathir Mohamad dengan isu liwat, Abdul Hadi bangkit membela kawannya itu dengan menulis sebuah buku khas mengenai Qazaf. Buku itu membela habis-habisan Anwar yang teraniaya dan memberi peringatan kepada pelaku. Anwar tentulah menyambut baik usaha Abdul Hadi itu dan melihat itulah yang patut dilakukan oleh seorang sahabat.

Secara makrifatnya sukar untuk difahami kenapa Abdul Hadi tidak dapat menerima Anwar hari ini dikala kawannya itu sudah berada dipuncak memiliki kuasa untuk memungkinkan mereka melaksanakan apa yang digagas semasa dalam ABIM dahulu. Cuma Abdul Hadi memberi helah politik, kenapa dia tidak sejalan dengan Anwar kerana Anwar berkawan dengan DAP menerusi Pakatan Harapan. DAP digambarkan sebagai penghalang kesenimbungan persahabatan mereka. Bagi Hadi isu fitnah yang menimpa ke atas Anwar tidak menjadi masalah buatnya. 

Dengan menggunakan alasan DAP itu, apakah kalau Anwar meninggalkan DAP, Abdul Hadi sedia untuk membawa Pas bersama Keadilan? Atau pun sebenarnya itu adalah alasan politik dangkal Abdul Hadi semata-mata, dan beliau kini makin menjadi lunatik kepada Anwar kerana ada berbagai hasutan yang dilakukan oleh orang berkepentingan. Apakah beliau sedar kalau beliau sedang dihasut dan diperalatkan oleh mereka yang membenci Anwar. 

Yang saya nampak.

Apa yang nampak jelas Hadi mula renggang dan kurang mesra dengan Anwar setelah ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walaupun saat Nik Aziz masih ada beliau sudah menjadi presiden Pas, tetapi kedudukan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am menaunginya. Persahabatan atau hubungan Hadi dengan Anwar dipancukan oleh keberadaan Nik Aziz, apa lagi bekas MB Kelantan itu sangat menyayangi Anwar Ibrahim.

Apabila diselidik dan membaca sejarah persahabatan, perjuangan mereka berdua, saya dapat membuat konklusi awal kepada masalah ini begini. Bagi saya  setelah tiada sebab lain yang nyata dan jelas, menyebabkan apa yang dibayangkan itu menjadi sebabnya. Inilah yang tersumbat dalam hati dan jiwa Hadi kepada Anwar. Saya mengira Hadi ada pendam rasa marah dan terkilan dengan Anwar terhadap satu peristiwa lama yang seharusnya tidak dibawa fikirkan ke hari ini. Hadi perlu move on daripada perkara itu.

Peristiwa itu adalah kemasukan Anwar ke dalam Umno, 1982. Ternyata tindakan Anwar yang menyertai Umno menimbulkan kemarahan orang-orang Abim. Langkah Anwar itu jadi kontroversi. Tindakan Anwar itu dianggap sebagai suatu pengkhianatan terutamanya peribadi Abim yang lebih hampir dengan Pas. Mereka lebih mendoakan agar Anwar bersama Pas. Mereka menganggap demikian kerana tidak memahami dan mampu menyelami daya juang dan tektikal politik Anwar. Sebenarnya kemasukan Anwar ke dalam Umno adalah strategi politik dan dakwahnya.

Hal ini tidak difahami oleh kebanyakan orang ABIM termasuk Abdul Hadi. Hanya mereka terdekat dan rapat sahaja yang memahami tindakan Anwar serta banyak membaca buku-buku politik dunia serta menghayati falsafah politik Machiavellisme, dan lain-lain. Perkara ini ada dikisahkan Allahyarham Dr Razali Nawawi dalam bukunya Erti Kehidupan: Memoir 80 Tahun di muka surat: 165.

Suatu hari, saya datang ke pejabat Anwar Ibrahim. Pada waktu, hanya kami berdua saja yang ada dalam pejabat itu. Saya telah bertanya kepadanya; "Apakah rancangan enta untuk masuk Umno, sedangkan enta telah menghantarkan Ustaz Fadhil Noor ke dalam Pas?" Beliau menjawab bahawa biarlah Ustaz Fadzil Noor bergerak didalam Pas dan beliau bergerak dalam Umno. Saya telah menyatakan perasaan kurang setuju dengan cadangannya untuk memasuki Umno."

Frasa catatan Dr Razali ini memberi makna dan pengertian akan strategi politik Anwar yang tidak mudah untuk difahami oleh orang-orang ABIM sendiri termasuk yang bertaraf Exco dan juga Hadi. Hadi yang ketika itu sebagai ketua ABIM Terengganu, lagi-lagi tidak mengetahui akan strategi ini. Sebagai politician yang berfahaman konvensional beliau, berwala kepada kepimpinan ABIM tanpa menyoal. Politik Hadi juga tidak fleksibiliti seperti Anwar. Lantaran itu strategi ini dimurkai oleh kebanyakan Exco ABIM termasuk Hadi sendiri. Bagi mereka kemasukan Anwar ke dalam Umno sebagai mengkhianati dan menderhaka ABIM. 

Walhal kalau beliau memahami dan menyelami  kenapa Fadzil Noor menyertai Pas dan Anwar menyertai Umno disitu sudah ada kombinasi (strategi) politik di antara Umno dengan Pas. Bahawa mereka berdua mengimpikan untuk menguasai Pas dan Umno kemudian bergabung bagi melestarikan perjuangan yang direncanakan dalam ABIM. Anwar mengambil keputusan atau langkah baru itu setelah memikirkan perjuangan ABIM berorentasikan dakwah dan pendidikan tidak boleh pergi jauh untuk menguasai negara melainkan ikut sama dengan politik kepartian.

Dan apa dirancang oleh Anwar bersama Fadzil itu sudah hampir berjaya. Fadzil menjadi presiden Pas manakala Anwar sudah berada di takah kedua selaku timbalan presiden Umno. Sepatutnya Hadi yang mengambil tanggungjawab daripada Fadzil secara percuma selepas kematiannya (2002) itu meneruskan rancangan itu. Namun kerana kedangkalan strategi dan kecetekan daya siasah Hadi, dan masih terbelenggu dengan politik ortodoks Pas menyebabkan beliau menjadi dendam kepada Anwar.

Dan dendam menjadi tebal dan berkarat apabila ia dilumuri oleh musuh-musuh Anwar yang menguasai Hadi kini. Antaranya ialah Dr Mahathir Mohamad, Mahiaddin Yassin dan lain-lain yang diikuti oleh pemimpin baru Pas seperti Takiyuddin Hassan yang tidak pernah terdidik dengan gerakan Islam yang terbuka. Merekalah yang menjadi batu api menjauh dan merenggangkan Hadi dengan Anwar. Mengenai peranan Setiausaha Agung Pas yang dipikul Takiyuddin kini saya tidak fikir Hadi bersikap seperti hari ini kalau jawatan itu masih dipegang oleh orang seperti Mustaffa Ali yang memahami ilmu politik. 

Hari ini Abdul Hadi telah hanyut terlalu jauh dalam buaian emosi dan mimpinya. Beliau bukan saja setakat berpatah arang dan berkerat rotan dengan Anwar, tetapi sanggup bersekongkol dengan musuh-musuh asalnya, (Pas), peribadi yang dimarahinya sebelum ini. Dalam menghayung marah dan dendam kepada Anwar, Hadi gagal mengenali siapa musuh dan siapa kawan. Dia lupa bahawa musuh utama Pas ialah Dr Mahathir dan Mahiaddin bukannya Anwar atau DAP. Cuba belek kembali akhbar lama dan dengar semula kaset-kaset penghinaan Mahathir dan Mahiaddin kepada Pas, apa disebut oleh mereka terhadap Pas sungguh sadis dan kejam. Ironinya Hadi kini menjadikan kedua individu sebagai rakan karibnya.  

Saya faham kenapa beliau melakukan demikian, berkawan dengan Mahathir dan Mahiaddin, kerana beliau cuba melakukan apa yang dilakukan Anwar sebelum ni., yang berbaik dan bersahabat dengan Mahathir. Bagaimana pun apa dilakukan Hadi itu agak sumbang dan ketinggalan setelah tempoh perjuangan hampir lima dasawarsa beliau tidak sepatutnya menggunakan tektik dan strategi sama, kerana ia sudah out of date.

Langkah atau strategi Anwar berbaik dengan Mahathir ketika itu tepat dan bijak, tetapi tidak waktu ini bagi Hadi. Presiden Pas seharusnya sedar dan memahami yang Dr Mahathir tidak sekuat dan sepengaruh dahulu lagi, semasa Anwar dapat menyelit masuk untuk berada di bawah ketiaknya. Hari ini ketiak Mahathir pun tidak seharum dahulu lagi, yang sepatutnya ia dapat dikesan oleh hidung Abdul Hadi. Kisah Nabi Musa dengan Firaun sudah tidak valid lagi. 

Menutup catatan ini, saya membuat kesimpulan begini:

1. Abdul Hadi jadi marah dan berdendam dengan Anwar kerana gagal memahami startegi politik Anwar dan Fadzil Noor bagaimana hendak menganjakkan perjuangan ABIM dengan menguasai parti politik. Anwar menguasai Umno manakala Fadzil Noor menguasai Pas.

2. Hari ini Abdul Hadi cuba meniru dan plagiat strategi dan tektik Anwar itu untuk mengena dan menjatuhkan Anwar dengan berbaik dan bermuafakat dengan orang-orang yang telah dikalah oleh Anwar Ibrahim.

Matahari masih belum terbit di sebelah barat, Abdul Hadi masih ada peluang untuk bermuhasabah dan memperbetulkan iktikad politik yang silap. Hadi harus faham dan mengerti politik Anwar adalah politik berwawasan, bermatlamat apa digarapkan sewaktu dalam ABIM dan bukan politik membalas dendam. Sepatutnya apabila Anwar jadi Perdana Menteri, Abdul Hadi bangga dan membawa Pas mendokong sahabatnya itu, bukan membina medan perang tidak berkesudahan. Abdul Hadi sepatutnya mengambil kesempatan di atas kejayaan kawannya itu.

Politik Anwar dirancang, diatur dan disusun demikian indah dan mantap, bernuansakan Islam sejagat, bukan politik iseng-iseng atau diadakan tanpa sebarang nawaitu. Anwar mengatur strategi dan jihadnya dalam wadah yang ampuh, gerakan mahasiswa, gerakan dakwah dan terbiah ABIM disamping membina rangakaian dengan gerakan dan kumpulan Islam dunia. Itu yang menguat dan memperkasakan politik dan jiwa juangnya. Maknanya strategi dan perancangan Anwar canggih dan objektif. 

Saya mendoakan semoga Ayah Chik akan berpaling semula ke dalam melihat dirinya dan komitmen perjuangan di tahun 70an dan 80an dahulu, apakah matlamat dia tujuan berpolitik. Renung sedalam-dalamnya sambil "bertawajuh" dengan Tuhan. Apakah ia untuk mempersatukan persaudaraan Islam dan manusia, atau sekadar menjadi tukang syarah dan mendapat sedikit pujian dikultuskan sebagai seorang tokoh yang keramat?

Semoga Abdul Hadi akan kembali ke jalan benar bukan terbawa-bawa oleh pemandu yang tidak bermatlamat, seperti Mahiaddin dan Mahathir. Belum terlewat untuk Ayah Chik berpatah balik, mengaku silap demi kebenaran, akan dan tepuk puji seluruh ummat. Tinggalkan sesuatu yang akan dikenang dengan baik bukannya dibenci kerana kekhilafan kita.  [wm.kl. 11:06 am 07/09/2024]