Selepas kalah di Johor, pembangkang diminta tak tanding kawasan PH

 


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Beberapa perkara akan dilaksanakan termasuk konvensyen dan pemukiman pimpinan untuk menggilap semula idealisme perjuangan parti dan penyokong, menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan.

PETALING JAYA: Parti pembangkang tidak seharusnya bertanding hanya di kawasan Pakatan Harapan (PH) di mana akan berlaku pengurangan undi dan secara tidak langsung meningkatkan peluang kemenangan Barisan Nasional (BN).

Majlis Presiden PH dalam kenyataan mengakui kekalahan dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor antaranya disebabkan wujudnya isu pertandingan pelbagai penjuru antara parti pembangkang sendiri.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/03/16/selepas-kalah-di-johor-pembangkang-diminta-tak-tanding-kawasan-ph/#:~:text=Sehubungan%20itu%2C%20PH,BN%2C%E2%80%9D%20menurut%20kenyataan.

PH berkata, beberapa perkara akan dilaksanakan termasuk konvensyen dan pemukiman pimpinan PH untuk menggilap semula idealisme perjuangan parti dan penyokong serta membincangkan persiapan keseluruhan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh diatasi oleh satu parti atau dengan satu ikhtiar sahaja, tetapi perlu diurus bersama dan secara menyeluruh.”

Pada PRN Johor Sabtu lalu, PH hanya memenangi 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Bukit Pasir, Simpang Jeram, Jementah, Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai dan Senai.

PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri pula menang satu kerusi di DUN Bukit Batu.

TIK TOK- TERBAIK DATO ZAHRAIN.


 

TIK TOK- ISWARDY KUTUK FARHASH


 

TIK TOK- RINGKASAN TOTAL VOTE BN HANCUS


 

TIK TOK- RINGKASAN SAPU DUIT TERKINI 1MDB


 

TIKTOK- KISAH KEMENANGAN BN- DAN ISMAIL SABRI TERTEKAN


 

PESANAN BUAT AHLI DARI RAFIZI

 

Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menghantar pesanan di media sosial, SMS, WhatsApp, email, telefon dan komen-komen.

Saya hargai semuanya tetapi saya akan ambil masa sedikit untuk menjawab satu persatu.
Saya harap kalau ada yang telefon tetapi tidak berjawab, jangan kecil hati sebab saya sebenarnya kerja 10 pagi (dan selalunya balik 9 malam) di pejabat, bukan ahli politik sepenuhnya.
In Sha Allah kalau ada rezeki dan kelapangan, saya jawab.
Kepada yang ingin menghantar jemputan, pertanyaan dan lain-lain, sebaiknya hantar ke email rafiziramliatkeadilan@gmail.com
Saya tidak ada pembantu atau pegawai, semua saya buat sendiri termasuk laman-laman media sosial saya, jadi memang memakan masa sedikit.
Saya harap sahabat-sahabat beri sedikit ruang kepada saya berlari-lari anak dahulu. Saya sudah lama hidup sebagai orang kebanyakan jadi ambil sedikit masa untuk biasa dengan rutin baru.
Tema hari ini ialah #berlarianak
Untuk membina kembali keyakinan rakyat kepada budaya dan seni politik yang kita bawa, kita juga kena mula dengan berlari-lari anak.
Saya juga kena rajin berlari-lari anak setiap hari kalau tidak sah gemuk balik 🤣
May be an image of 1 person and outdoors


Rebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Farhash sindir Rafizi ada jawatan tak buat kerja

 


Rebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Farhash sindir Rafizi ada jawatan tak buat kerja

Bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyindir Rafizi Ramli berkaitan formula yang dimiliki berikutan keputusannya untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan.

Farhash berkata, Rafizi sebelum ini tidak menjalankan tugas sebagai naib presiden serta menghilangkan diri ketika parti memerlukannya.

“Dia tak jalankan tugas sebagai naib presiden, jadi saya harap ahli-ahli menilailah. Saya tak tahu apa formula dia ada,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Rafizi untuk bertanding dengan alasan politik progresif pelbagai bangsa kini berada dalam bahaya jika PKR dan Pakatan Harapan (PH) terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

Rafizi berkata, ketaasuban kepada strategi gabungan politik ketika ini semakin menjauhkan PKR dan PH daripada rakyat sehingga membuatkan rakyat beranggapan bahawa semua hanyalah drama “Keluarga 69”.

Malah katanya lagi, keputusan untuk kembali ke gelanggang politik dibuat setelah mendapat desakan daripada pendukung PKR dan PH.

Pada pemilihan lalu, Rafizi tewas kepada Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan timbalan presiden. Beliau kemudian dilantik sebagai naib presiden dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2018-2021.

Bagaimanapun, jawatan timbalan presiden kosong sejak dua tahun lalu selepas Azmin dipecat oleh parti itu pada 24 Feb 2020.

Mengulas lanjut, Farhash berkata, dia menerima keputusan Rafizi itu sebagai proses demokrasi, namun pada masa sama mengingatkan Rafizi untuk menjalankan tugas dan tidak sekali lagi menghampakan penyokong.

“Tak apalah, ini parti demokrasi, dia nak bertanding apapun tidak tak ada masalah, cuma kalau menang nanti jangan hilang lagi sekali.

“Kalau nak buat kerja, buat betul-betul, jangan hampakan penyokong,” katanya.

Pertahan jawatan naib presiden

Sementara itu, Ketua Bahagian PKR Kangar Amin Ahmad mengulangi pendiriannya bahawa Rafizi lebih sesuai bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang disandang buat masa ini.

“Saya pernah komen bahawa dia pimpinan agak popular dan secara umum baik dalam masyarakat, mahupun parti sendiri. Bila dia tinggalkan kedudukan naib presiden, saya cadangkan dia bertanding naib presiden dulu.

“Bukan saya kata dia tak perlu kembali atau jangan bertanding, saya cakap begitu atas kesedaran kerana sebelum ini banyak cakap-cakap dalam parti tapi akhirnya hak demokrasi dia nak bertanding di mana pun, malah jawatan presiden sekalipun,” kata Ahli Parlimen Kangar itu.

Amin yang juga Ketua PH Perlis turut berkata, keputusan Rafizi mungkin berdasarkan keyakinannya terhadap akar umbi bagi membolehkan beliau memenangi jawatan tersebut.

“Jadi kalau siapa-siapa nak tanding sudah tentu ambil banyak perhitungan. Dia tak tanding suka-suka kerana dia perlu lihat sokongan akar umbi dan itu pilihan masing-masing,” katanya.


KAH..KA...IKUT HANGPA LA LEBAI...ITDIJIHAD JATUH KAPIAQ KA...LU CARI LU BUAT ...KEH..KEH

 


Desas desus masuk Umno, akhirnya Khairuddin dedah perkara sebenar

Desas desus masuk Umno, akhirnya Khairuddin dedah perkara sebenar


Khairuddin Aman Razali berkata dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Kuala Nerus susulan langkahnya untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

Sebaliknya Khairuddin menegaskan dia akan terus berkhidmat untuk rakyat di kawasan yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) ke- 14 lalu.

Menurutnya, oleh sebab itu juga dia mengambil pendirian untuk menyerahkan semua elaun bulanan sebagai ahli parlimen kepada PAS sepanjang penggal ini sebagai memenuhi baiah yang dibuat ketika bertanding sebagai calon PAS pada PRU lalu.

“Oleh kerana Parlimen telah berada di penghujungnya, maka ijtihad saya adalah perlu kekal menjadi ahli parlimen dan untuk itu saya memulangkan semua elaun yang saya nikmati sebagai ahli parlimen kepada PAS.

“Saya (akan) berkerja tanpa elaun dan gaji bagi menyelesaikan tugasan sebagai ahli parlimen sehingga penggal habis untuk memastikan peruntukan untuk rakyat dapat disampaikan,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Kenapa saya berhenti PAS, di Bernama TV malam tadi.

Dalam sidang media semalam, Khairuddin yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS dan berkata telah mengemukakannya kepada setiausaha agung parti, Takiyuddin Hassan

Tidak lama kemudian, Timbalan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden membangkitkan semula ikrar baiah yang dilafazkan semua calon PAS dalam pilihan raya, yang antara lain menyebut keperluan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen atau Adun jika keluar daripada parti itu.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata dia bersedia untuk meletakkan jawatan jika Parlimen membenarkan pertandingan bagi memilih wakil rakyat yang baru diadakan segera.

“(Namun) kalau saya letak jawatan sekarang maka siapa yang akan berkhidmat untuk rakyat dalam tempoh setahun ini?

“Saya menang dengan undi daripada ahli PAS, undi daripada atas pagar, dan sebahagiannya daripada Umno, itu kemenangan yang saya kecapi. Saya perlu berkhidmat untuk mereka yang mengundi saya,” katanya lagi.

Mengulas pelawaan Anggota Parlimen Ketereh, Annuar Musa untuknya menyertai Umno, Khairuddin menegaskan bahawa dia tidak akan menyertai parti itu.

“Saya tidak akan masuk Umno.

“Tetapi Umno adalah rakan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional, maka Umno kekal sebagai rakan muafakat PAS dan saya boleh mesra Umno selagi mana Umno menjadi sebahagian daripada MN ikut dasar parti dan berdasarkan budaya politik matang sejahtera,” katanya lagi.

‘Hanya berhenti sementara’

Dalam wawancara semalam, bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu berkata dia hanya “berhenti” sementara daripada parti itu “atas tujuan tertentu” dan akan kembali semula jika masih diterima pada masa akan datang.

Katanya lagi, dia juga tidak mengajak pemimpin dan ahli lain untuk mengikut langkahnya, dan berpesan agar mereka semua kekal bersama PAS.

Cukuplah saya seorang berhenti untuk sementara waktu untuk laksanakan dua, tiga perkara yang perlu…sebagai orang yang berintimak dengan PAS. Bukan pendek masanya, sejak berusia 16 tahun.

“Saya mohon berhenti kerana ada perkara yang saya tak boleh bercakap, tak boleh betulkan selagi saya masih berada dalam PAS. Parti ada peraturan, disiplin yang perlu diikuti,” katanya, sambil menambah dia telah bersuara mengikut saluran menerusi Majlis Syura Ulama sebelum ini.

“Maka saya perlu berada di luar parti sementara waktu untuk menyedarkan kepimpinan untuk urus parti cara betul kerana kesilapan urus parti, kesannya kepada apa yang akan dicapai…terutama melibatkan masa depan parti dan ketika hadapi PRU,” katanya.

Tanpa menjelaskan secara khusus, dia berkata pada masa ini ada banyak kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi.

“Ini bukan cerita di peringkat cawangan, DUN, Parlimen atau pun negeri, tetapi melibatkan pengurusan parti di peringkat pusat,” katanya lagi.


Dah kena kecam . Buat apa nak panggil lagi. ?TV AlHijrah tangguh jemput ‘Kak Long 7E’ selepas dikecam netizen

 


Panas! TV AlHijrah tangguh jemput ‘Kak Long 7E’ selepas dikecam netizen


Susulan kecaman daripada pengguna laman sosial stesen TV Alhijrah telah menangguhkan tayangan episod membabitkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, dalam program Trending yang sepatutnya ditayangkan Rabu depan.

Pengguna laman sosial yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan stesen TV itu memanggil individu berkenaan sebagai tetamu jemputan pada program yang bersiaran setiap Rabu, jam 8.30 malam itu.

TV Alhijrah dalam satu kenyataan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat.

“Program Trending adalah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa saja isu di mana-mana platform khususnva di media sosial.

“TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod itu,” kata kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton.

“TV Alhijrah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Video Kak Long 7E bersama anak sulungnya Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8 yang tular telah dikecam di media sosial kerana bersikap biadap di sebuah kedai serbaneka yang tular baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, videonya yang dilihat bersikap kurang sopan di sebuah restoran makanan segera juga menjadi viral turut mendapat kecaman pengguna media sosial.


Seleweng dana 1MDB: FBI dedah Jho Low curi RM5.98 bilion, Najib dapat RM3.2 bilion

 

Seleweng dana 1MDB: FBI dedah Jho Low curi RM5.98 bilion, Najib dapat RM3.2 bilion

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low didakwa mencuri AS$1.42 bilion (RM5.98 bilion) daripada tiga transaksi bon yang diatur oleh bank pelaburan, Goldman Sachs untuk dana kekayaan Malaysia.

Perkara itu didedahkan ejen Biro Penyiasatan Pusat (FBI), Erin Van Dorn ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan bekas pegawai bank Goldman, Roger Ng yang didakwa bersubahat dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York di Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Menerusi keterangan tambahannya tentang dalang skandal 1MDB itu, beliau juga memberitahu juri bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengaut AS$756 juta (RM3.2 bilion) daripada AS$6.5 bilion (RM27.4 bilion) yang diperoleh dalam tawaran bon manakala anak tirinya, Riza Aziz yang juga sahabat Jho Low meraih AS$238 juta (RM1.01 bilion).

“Ng juga menerima AS$35.1 juta (RM147.7 juta) melalui dua daripada tiga transaksi bon tersebut manakala bekas bosnya, Tim Leissner memperoleh AS$73.4 juta (RM308 juta),” ujarnya.

Van Dorn yang merupakan akauntan forensik untuk FBI menjelaskan beliau menyemak 59,000 rekod bank untuk menentukan aliran wang daripada tiga urus niaga 1MDB.

Hasil pemeriksaannya mendapati bekas Pengarah Urusan International Petroleum Investment (IPIC), Khadem al-Qubaisi yang menjamin transaksi 1MDB juga menerima AS$472.8 juta (RM1.9 bilion).

“Seorang lagi pegawai di Abu Dhabi yang bekerja dengan anak syarikat IPIC meraih AS$76.6 juta (RM322 juta). Semakan yang dibuat turut mendapati Riza melabur kira-kira AS$60 juta (RM252 juta) daripada wang 1MDB yang miliknya untuk menerbitkan filem The Wolf of Wall Street yang dibintangi Leonardo Dicaprio,” katanya kepada pendakwa raya.

Sebelum ini, Riza pernah terlibat dalam dua kes penyelesaian saman dikemukakan Jabatan Kehakiman AS berhubung peranannya dalam skandal 1MDB.

Pada 2017, syarikat produksi Hollywood miliknya, Red Granite Inc bersetuju untuk membayar AS$60 juta (RM252 juta) untuk dakwaan filem The Wolf of Wall Street dibiayai hasil wang dicuri daripada 1MDB dan disusuli dengan penyelesaian saman berasingan berhubung persetujuannya untuk menggugurkan tuntutan terhadap hartanah di AS dan Britain yang bernilai puluhan juta dolar tanpa mengaku bersalah.

Leissner yang tampil sebagai saksi utama kes tersebut dan membuat pengakuan bersalah pada 2018 turut mencuri tumpuan apabila dia mengaku melakukan ‘banyak penipuan’ untuk kepentingan peribadinya malah pasukan pembelaan Ng percaya anak guam mereka telah dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam skandal tersebut.

Pendakwa raya juga telah sekian lama percaya Jho Low memberi suapan kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk melancarkan urusan transaksi tersebut, namun keterangan Van Dorn adalah yang pertama kali memperincikan jumlah ‘bayaran’ yang diterima individu terlibat dalam skandal 1MDB berkenaan.


HASNI TIDAK JADI MB, PERWAKILAN PAU HARUS TUNTUT PENJELASAN ZAHID HAMIDI

 

Walaupun isu Menteri Besar Johor boleh dikata sudah selesai berikutan Onn Hafiz Ghazi telah sempurna mengangkat sumpah semalam, tetapi di sudut UMNO, ianya belum lagi dikira berakhir.

Tambahan lagi, perkara itu berlaku menjelang Perhimpunan Agung yang bermula hari ini.

Dalam keadaan penat berkempen belum lagi hilang dan tiba-tiba dikejutkan dengan “poster boy” BN, Hasni Mohamad tidak berjaya diangkat sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dijanjikan kepada pengundi, maruah UMNO sebenarnya sedang dipertikaikan di merata-rata.

Tidak mustahil ini juga menyebabkan UMNO tidak lagi dipercayai untuk terus diberikan undi kerana dianggap telah mungkir janji.

Untuk itu, dalam PAU kali ini, perwakilan berhak untuk mendapat jawapan yang sebenar daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengenai isu tersebut.

Perwakilan yang diberi mandat untuk berucap berhak dan harus mendesak Zahid Hamidi untuk berterus-terang mengapa tiba-tiba Hasni tidak diterima meneruskan tanggungjawabnya menerajui kerajaan Johor.

Meskipun difahami kata akhir perlantikan Menteri Besar adalah di pihak istana, namun perwakilan harus dijelaskan mengapa dan sebab apa Hasni tidak direstui.

Tidak mungkin pihak istana saja-saja dan tanpa sebab tidak mahukan Hasni lagi.

Apakah kesalahan dan kelemahan Hasni selama ini?

Selain itu, perwakilan PAU juga perlu mengetahui dan diberitahu sejauh mana Presiden UMNO telah berusaha untuk meyakinkan pihak istana agar menerima Hasni sebagai Menteri Besar kerana ia merupakan janji dan ikrar parti yang telah memenangi pilihan raya.

Dengan BN memenangi PRN Johor bersama Hasni yang diletakkan sebagai “poster boy”, ia bermakna kemenangan itu adalah kemahuan serta mandat yang telah dizahirkan oleh rakyat.

Sesuai dengan amalan demokrasi berparlimen yang menjadi amalan negara, selain mandat rakyat itu harus dihormati, pihak yang memperolehi mandat juga semestinya mempunyai kemampuan serta kewibawan untuk meyakinkan pihak istana agar menerima mandat tersebut.

Jika tidak, ia adalah kegagalan UMNO sendiri sebagai sebuah parti politik yang mempertaruhkan dirinya dengan penat lelah untuk memperolehi sokongan serta mandat rakyat.

Sebab itu, terutama perwakilan Pemuda khususnya, mereka harus memperlihatkan keberanian dan tidak segan-segan untuk melakukan desakan yang benar-benar mampu membuatkan Zahid Hamidi memberi jawapan serta penjelasan sebenar mengenai isu Menteri Besar Johor itu demi masa depan UMNO itu sendiri.

Hanya penjelasan Zahid Hamidi, itu pun jika penjelasannya benar-benar berwibawa dan meyakinkan, yang akhirnya mampu memulihkan semangat ahli-ahli UMNO untuk kembali segar meneruskan perjuangan bagi memenangi pilihanraya. – ShahbudinHusin 16/03/2022.



TEMBERANG KUAT- JANGAN PERCAYALAH DIA NI.

 

‘Saya akan kembali kepada PAS selepas misi tegur dari luar selesai’, kata Khairuddin

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Mohd Khairuddin Aman Razali menolak untuk menubuhkan parti baharu
 atau menyertai Umno. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali akan kembali ke pangkuan PAS selepas misinya untuk “menegur parti itu dari luar” selesai.

Katanya, buat masa ini beliau masih lagi anggota “jemaah” gerakan Islam berdasarkan konsep yang dibawa oleh PAS namun tidak bersama organisasi itu.

“Bila saya kata berhenti sifatnya sementara dengan tujuan tertentu dan saya suatu hari akan kembali kepada PAS sekiranya pemimpin masih menerima keahlian saya, tetapi untuk hari ini saya mohon berhenti sebagai ahli PAS dengan tujuan tertentu,” katanya dalam temu bual yang disiarkan Bernama TV malam tadi.

Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu turut menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baharu atau menyertai Umno.

Katanya, sebagai ahli beliau sudah menjalankan tanggungjawab dengan menegur parti mengikut saluran yang betul sehingga pimpinan PAS bertindak menggugurkan jawatan disandangnya.

“Maka saya perlu ambil kaedah berada di luar parti sementara waktu untuk menyedarkan kepimpinan parti…untuk urus parti cara betul kerana kesilapan urus parti kesannya kepada apa yang akan dicapai dalam menguruskan parti terutama libat masa depan parti ketika nak hadapi PRU,” katanya.

Khairuddin juga tidak berhasrat untuk melepaskan jawatan Ahli Parlimen yang disandangnya sejak dua penggal lalu untuk memberi khidmat bakti kepada rakyat Kuala Nerus sehingga Parlimen dibubarkan.

“Saya nak sebut kepada ahli PAS kawasan saya, hari ini saya jadi Ahli Parlimen bebas, anda berhak untuk tidak bersetuju dengan saya.

“Tapi saya tetap akan berkhidmat untuk rakyat saya, ahli parti untuk apa sahaja perkara melibatkan rakyat. Datang jumpa saya,” katanya.

Pada sidang media di Parlimen kelmarin, Khairuddin mengumumkan keluar daripada PAS dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas selepas menganggotai parti itu selama 33 tahun.

Beliau bertindak keluar PAS selepas digugurkan sebagai ahli Jawatankuasa Pusat parti itu awal tahun ini.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa pengguguran itu dibuat atas sebab disiplin, namun tidak menghuraikannya.

Tidak lama selepas itu, PAS mengumumkan bahawa Khairuddin juga digugurkan daripada jawatannya sebagai setiausaha Majlis Syura parti.

'Rafizi dialu alukan tetapi jalan di hadapan sukar'








Kepulangan mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ke arena politik dan bertanding jawatan Timbalan Presiden dialu alukan oleh keluarga besar KEADILAN.


Namun menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yew Kew, perjalanan politik Rafizi kali ini agak sukar berikutan pengaruh parti yang kelihatan merosot berbanding ketika beliau mula 'bercuti' dahulu.


"Rakyat berharap dapat melihat pemimpin baru yang dapat memulihkan keadaan negara, ahli-ahli parti berharap melihat pemimpin-pemimpin baru yang dapat membawa parti keluar dari pelosok kemerosotan sekarang.


"Kepada Rafizi Ramli, saya memberi ucap selamat seikhlas hati atas kembali aktif dalam politik.


"Walau bagaimanapun, saya memberi amaran bahawa jalan yang dipilih ini, jalan yang sukar dan dia mesti kuat untuk menyelesaikan perjalanan ini," kata Dr Tan.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_cfae9f86ebaf45f9a5aef8f8e378fb15~mv2.jpg/v1/fit/w_300,h_207,al_c,q_20,enc_auto/file.jpg

Dr Tan beri sokongan kepada Rafizi dalam kes Bafia


Menurut beliau lagi, keputusan Rafizi untuk sekali lagi berjuang mengangkat martabat parti dan martabat rakyat marhaen memang dinanti nantikan


Apatah lagi, katanya, Naib Presiden KEADILAN itu memilih untuk bercuti ketika parti dan kerajaan berada di puncak populariti dan kembali berjuang pada waktu yang sukar.


"Selepas tiga tahun menyepi daripada arena politik, Rafizi mengumumkan kepulangannya. Hakikatnya beliau tidak pernah meninggalkan politik mahupun parti.


"Pada satu ketika sokongan terhadap Tun Mahathir dalam PH amat luar biasa, beliau memilih untuk tidak berkonfrontasi dan tidak mengambil bahagian sebagai cara menangani situasi tersebut.


"Dia membenarkan masa untuk membuktikan caturan politiknya tepat," katanya.


Justeru, menurut Dr Tan tanggungjawab Rafizi pada kali ini jauh lebih besar daripada ketika mana beliau mula menceburi perjuangan KEADILAN suatu masa dahulu.


"Untuk persediaan tanggungjawab yang lebih besar, anda perlu mempamerkan kesabaran yang utuh dan lebih bersedia dalam menerima perbezaan.


"Bak kata pepatah Cina, "Laut menjadi hebat apabila beribu-ribu sungai mengalir ke dalamnya"," katanya.


Tegas Dr Tan lagi, perjuangan rakyat pada waktu ini memerlukan gabungan tenaga dari semua sektor untuk berjaya dan dikagumi.