
Oleh SHAHBUDIN HUSIN / December 9, 2021
Dalam kes SRC International, Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi di penghakimannya pada 28 Julai lalu.
Di peringkat Mahkamah Rayuan semalam, tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi tersebut.
Ini bermakna, selain hukuman denda dan penjara itu dikekalkan, setakat ini empat hakim telah mengesahkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram yang dilakukan Najib berdasarkan fakta dan keterangan yang dibentangkan di mahkamah.
Najib kini hanya ada satu peluang lagi untuk memperjuangkan nasibnya iaitu di Mahkamah Persekutuan di mana kali ini lima hakim akan mendengar rayuan terakhirnya.
Tetapi, berdasarkan hujahan tiga hakim di Mahkamah Rayuan semalam, boleh dikata semua aspek utama berkaitan kes SRC International itu telah diberi jawapan dengan fakta dan logik yang jelas.
Kedudukan Najib sebagai Menteri Kewangan, penasihat emeritus SRC International, bagaimana pinjaman KWAP diperolehi, kemasukan dana RM42 ke akaun peribadinya, sikap Najib setelah mengetahui ada wang tersebut dalam akaunnya, bagaimana wang itu dibelanjakan, ketidaklogikan dikaitkan dengan derma Arab dan pelbagai lagi semuanya telah dihujahkan dengan jelas serta sempurna.
Seolah-olah penghakinan semalam yang menolak rayuan Najib itu telah menutup semua “lubang angin” yang membolehkan ia terus diragui.
Sebab itu, masyarakat dapat menerima dengan baik keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib, seterusnya mengekalkan hukuman yang diterimanya.
Meneliti segala hujahan itu dan jika memandang ke hadapan, ternampak amat sukar untuk Najib mampu melepasi rayuan di Mahkamah Persekutuan yang akan dihakimi lima hakim nanti.
Hanya keajaiban yang luar biasa ternampak mampu membolehkannya bebas daripada hukuman ini, itu belum lagi diambil kira kes 1MDB yang masih berjalan perbicaraannya.
Jika 307 alasan rayuan yang dikemukakannya di Mahkamah Rayuan pun tidak mampu meyakinkan tiga hakim, apakah beliau mampu menyediakan 500 alasan lain di Mahkamah Persekutuan yang mempunyai lima hakim?
Dalam kata mudah, seumpana jika empat orang sudah mengesahkan sehelai baju itu berwarna merah, maka tentulah sangat mustahil untuk lima orang yang lain mengatakan baju tersebut bukan berwarna merah.
Dalam hal ini, memandangkan rayuannya dijangka akan didengar di Mahkamah Persekutuan dalam tempoh kira-kira setahun daripada sekarang, adalah lebih baik Najib pada ketika ini dan mulai sekarang melupakan segala hal lain, kecuali hanya memikirkan tentang nasib dirinya.
Langkah paling terpuji yang patut diambilnya ialah mengumumkan bersara daripada politik dan berhentilah bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri lagi.
Lagi pun, jawatan Perdana Menteri sudah pernah didudukinya dan kini pemimpin UMNO sendiri sudah berada di situ, lalu untuk apa lagi beliau mahu mengejarnya?
Lupakan semua itu dan lebih baik bersiap sedia dari segi mental dan rohani untuk melalui kehidupan baru yang sunyi, terpisah dan bersendirian yang bakal dilaluinya.
Terus sibuk dengan politik, apalagi kalau masih berterusan mahu mengejar semula jawatan Perdana Menteri, semua itu hanya akan menjadikan laluan hidupnya tambah serabut dan meresahkan jiwanya sendiri. –
ShahbudinHusin 09/12/2021.
1MDB: Setiap bayi lahir kena tanggung hutang 1MDB!
Please share
More cartoons @ www.zunar.my
#najibrazak #1MDB #src #rosmahmansor

Arab Saudi dihujani kecaman daripada warga Twitter susulan arahan Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu yang mahu khutbah Jumaat minggu ini memberi amaran terhadap jemaah Tabligh.
Acara itu dilaporkan dihadiri seramai 70,000 penonton sekali gus merekodkan sebagai kehadiran tertinggi dalam sejarah penganjuran konsert di Arab Saudi.
Konsert yang diadakan pada waktu malam itu menerima kecaman daripada aktivis hak asasi manusia yang menggesa Bieber membatalkan persembahannya.
Sebelum ini, Human Rights Watch menyeru selebriti itu memboikot kerajaan Arab Saudi kerana terpalit dengan banyak rekod isu hak asasi manusia.
Bagaimanapun, konsert tersebut tetap berjalan seperti biasa dan isteri penyanyi terkenal itu, Hailey Baldwin Bieber turut memuat naik video persembahan suaminya dalam Instagram.
Sedangkan beberapa tahun lalu, sebarang penganjuran konsert adalah diharamkan di Arab Saudi serta golongan lelaki dan wanita yang belum berkahwin perlu diasingkan di ruang awam.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dilihat berada di sebalik perubahan besar tersebut ketika beliau berusaha memodenkan masyarakat, menarik pelaburan asing dan mewujudkan pekerjaan untuk golongan belia.
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abul Maali memuat naik hantaran yang menzahirkan kekecewaan kerana khutbah Jumaat di seluruh Arab Saudi bukan lagi memberi peringatan tentang konsert ataupun percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya memfokuskan tentang Jemaah Tabligh.
“Besar kemungkinan kerana mereka adalah kumpulan yang menyebarkan dakwah mengenai bentuk hiburan yang haram di tanah orang Islam,” tulisnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa mempertahankan pelantikan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh, anak kepada bekas ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil, sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Dia menggesa sikap adil terhadap Izzana (gambar, judul) yang berkelayakan tinggi, dan berkata dia tidak harus terbabit dengan isu yang dihadapi ibu bapanya.
“Izzana ialah seorang wanita muda yang berkelulusan tinggi. Graduan dari Imperial College dan (Universiti) Harvard.
“Cuma sekarang beliau dikaitkan dengan satu masalah yang dihadapi oleh keluarganya. Saya merasakan kita harus bersikap adil.
“Kalau kita sebagai ibu bapa menghadapi masalah, kita tidak mahu anak-anak kita yang muda dibuat gangguan sedangkan beliau mempunyai merit yang tertentu.
“Perlantikan beliau adalah berasaskan pada merit beliau,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Annuar menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa belanjawan 2022 kementeriannya hari ini.
Kasthuri Patto (Pakatan Harapan-Batu Kawan) pula membangkitkan Izzana sudah mempunyai jawatan sebagai pengarah di TalentCorp dan ahli panel pelaburan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Saya rasa dengan dua jawatan yang agak berat ini. Mampukah beliau menjalankan tanggungjawab di MDEC?
“Walhal di luar sana ada ramai graduan bukan sahaja dari Harvard tetapi dari universiti tempatan juga yang pada pandangan saya selayaknya atau lebih layak daripada wanita ini,” kata Kasthuri.
Sebagai jawapan, Annuar sambil tertawa kecil menyindir bahawa dia berharap Kasthuri “akan lebih membela wanita.”
Ahli parlimen Batu Kawan (gambar, bawah) itu kemudian mencelah: “Oh ini bukan isu wanita yang berhormat menteri, ini adalah isu kelayakan dan seseorang yang telah memegang dua lagi jawatan.”
Annuar sekali lagi menegaskan bahawa Izzana sangat berkelayakan untuk jawatan di MDEC, berkata lantikannya hanya sebagai pengarah bukan eksekutif sahaja.
“Dari segi kelayakan, jelas beliau layak malah lebih daripada layak dan saya nak jelaskan, jawatan yang dilantik oleh Kementerian Kewangan ini adalah bukan eksekutif.
“Ini bermakna bukannya dia perlu ada pada setiap masa buat kerja di situ. Dia adalah sebagai pengarah bukan eksekutif yang hadir dalam mesyuarat. Beliau tidak ada untuk melakukan operasi harian.
“Seseorang yang duduk dalam banyak syarikat sebagai pengarah tidak menjadi masalah tapi ini adalah Ahli Lembaga Bukan Eksekutif,” katanya, memetik laporan Malaysiakini.
Netizen sebelum ini menyorot pelantikan Izzana ke MDEC kerana dia merupakan defendan dalam saman kerajaan terhadap keluarganya untuk menuntut semula RM253.6 juta yang terhutang oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Kes itu masih dalam perbicaraan dan dijangka disambung semula di mahkamah pada Januari.
Selain Wan Izzana, pihak lain yang terlibat dalam saman itu termasuk ibu bapanya Shahrizat dan Mohamad Salleh Ismail, serta adik-beradik Wan Shahinur Izran dan Wan Shahinur Izmir.
Wan Izzana telah disaman atas kapasitinya sebagai bekas pengarah NFC.

Secara umumnya keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib Razak yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini diterima dengan baik dan tanpa kesangsian oleh masyarakat pelbagai lapisan.
Dalam keputusan pagi semalam, tiga hakim sepakat dan sebulat suara mengekalkan keputusan bersalah terhadap Najib yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh hakim Mahkamah Tinggi atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
Ketika itu, SRC International adalah anak syarikat 1MDB sebelum ia kemudian dipindah milik kepada Kementerian Kewangan.
Kecuali bagi Najib dan penyokong tegarnya, semua yang lain boleh dikatakan menerima kewajaran dan kemunasabahan hujah-hujah hakim berkaitan kes tersebut.
Bagi mereka, keputusan hakim menolak alasan Najib bahawa beliau tidak mengetahui wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya, malah tidak tahu ia bersumberkan daripada SRC International, adalah amat logik dan munasabah sekali.
Begitu juga dengan keputusan hakim menolak bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
Lagi pun, kata rata-rata mereka, Najib terlihat bebas membelanjakan wang tersebut, termasuk membeli barangan mewah dan mahal untuk kegunaan peribadi di butik-butik mewah di luar negara.
Maka, mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri itu bukan saja diterima dengan baik, malah tiada apa-apa yang mengejutkan masyarakat.
Masyarakat mungkin amat terkejut jika keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi adalah sebaliknya.
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, Najib kekal sebagai orang yang bersalah dan beliau kini hanya ada satu peluang lagi untuk membebaskan dirinya iaitu merayu di Mahkamah Persekutuan.
Mengambil kira kes Anwar Ibrahim yang mengambil masa 11 bulan antara Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Najib bolehlah berharap tempoh sekurang-kurangnya setahun daripada sekarang untuk rayuannya didengar di mahkamah tertinggi itu.
Cuma, yang menjadi rungutan sesetengah pihak ialah kerana Mahkamah Rayuan masih membenarkan penangguhan hukuman sementara rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Ada yang berpendapat Najib tidak seharusnya lagi diberikan penangguhan hukuman, sebaliknya mesti menjalani hukuman sebagaimana disabitkan sehingga rayuannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan.
Tambahan pula, jika hanya kira-kira setahun daripada sekarang saja rayuannya akan didengar, meletakkan Najib dalam penjara menjalani hukuman sementara rayuannya didengar adalah suatu kemunasabahan yang logik berdasarkan kesalahan yang telah dilakukannya serta sebagaimana kata hakim perbuatan itu memalukan negara.
Kalau ditolak rayuannya nanti, maka beliau terus sajalah menyambung hukumannya, manakala jika rayuannya diterima, setidak-tidaknya ada jugalah hukuman dunia yang diterimanya.
Tetapi, dengan penangguhan yang diberikan itu, Najib kini seolah-olah seorang yang tidak bersalah dan bebas melakukan banyak perkara dalam hidupnya, termasuk berkempen, berpolitik dan bergebang di media sosial.
Dan jika rayuannya diterima di Mahkamah Persekutuan nanti, maka beliau akan bebas sepenuhnya dan tidak pernah sama sekali menerima hukuman atas kesalahan dan sabitan yang telah dijatuhkan mahkamah terhadapnya.
Adakah adil begitu? Itu tanya sebahagian mereka yang saya sempat berbual-bual dengan mereka.

Hello pakcik dan makcik dari Pekan!
Saya sedang baca untuk kali kedua penghakiman penuh mahkamah rayuan kes YB Pekan – hero anda semua tu.
Kali ini saya pi baca dengan highlight point-point penting dan buat nota untuk nak bagi benar-benar faham.
Maaf, saya kongsi sikit apa yang tok hakim habaq ya makcik dan pakcik. Untuk makluman makcik dan pakcik, nak jadi tok hakim ini kena pandai dan bijak, makcik dan pakcik hoi.
Hakim Mahkamah Rayuan yang dengar kes rayuan Najib itu depa kena baca antaranya keputusan Hakim Mahkamah Tinggi setebal 801 muka surat.
Kena baca juga catatan keterangan (nota keterangan peguam) para saksi pendakwa – 57 orang dan saksi Najib – 19 orang, kena lihat pula banyak bahan bukti dan kena baca dan dengar hujah para peguam pendakwa dan para peguam Najib.
Tiba-tiba, ada ke patut makcik dan pakcik semua pi habaq hanya makcik dan pakcik saja yang tahu tentang Najib? Tak adillah makcik dan pakcik, ‘kan?
Mungkin makcik dan pakcik anggap Najib tu baik dan mungkin juga dia baik dengan pengundi dia di Pekan.
Tetapi saya nak habaq berdasarkan pengalaman saya jadi tok loya kes jenayah hampir 25 tahun, kita semua memang mudah terperdaya dengan penampilan zahir seseorang.
Ada suami nampak baik, tapi boleh bunuh isteri dia. Saya tahu banyak kes macam itu. Ibu pun boleh bunuh bayi dia sendiri. Anak boleh bunuh emak atau ayah sendiri.
Ada ostad nampak baik dan alim tapi boleh makan rasuah. Itu sekadar contoh yang boleh dibaca dalam akhbar.
Cuba renungkan fakta -fakta ini:
– The Secretary General (SG) of the MOF juga adalah Pengerusi KWAP dan Panel Pelaburan KWAP (its Investment Panel) makcik dan pakcik hoi – yang juga pi luluskan pinjaman RM4 bilion pada SRC. Dan Najib pula masa itu adalah Menteri Kewangan (MOF).
– Untuk luluskan pinjaman yang SRC pohon sebanyak RM4 bilion itu kena ada Govt Guarantee (GG) atau Jaminan Kerajaan! Ia diluluskan sebanyak dua kali.
– Pada 8 Februari 2012, Najib sebagai PM mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dok bincang isu GG itu tanpa dia mendedahkan hubungan dia dengan SRC tu makcik dan pakcik hoi.
Dan GG itu diluluskan oleh Kabinet yang Najib dok pengerusikan itu, makcik dan pakcik hoi. Itu sekadar contoh kecil apa yang hakim habaq. Ada banyak lagi.



LIYANA MARZUKI

PETALING JAYA: Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok Nor Irwan Ahmad, berkemungkinan berdepan undi protes pada pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, 18 Dis.
Tindakan itu dipercayai berpunca daripada pertukaran calon saat akhir bagi bertanding di kerusi berkenaan.
Ketua Wanita PKR Cabang Petra Jaya Nor Dahlia Esapian Eyaw, mendakwa dinamakan pada awalnya untuk bertanding di kerusi berkenaan sebelum digantikan pada saat akhir dengan Nor Irwan.
“Ya, saya memang sedih malah semua ahli keluarga, jentera parti dan pengundi memprotes serta mungkin tidak mengundi.
“Saya minta maaf kerana tidak akan membantu Nor Irwan berkempen. Terpulang kepada pengundi untuk memilih siapa yang difikirkan layak,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Nor Dahlia mendakwa belum mendapat penjelasan berhubung penggugurannya, namun hanya dimaklumkan ada kaitan dengan isu muflis.
Menegaskan dirinya tidak muflis, beliau memaklumkan sudah menyerahkan semua bukti berkaitan kepada kepimpinan parti.
“Saya bersih, merdeka dan bebas daripada sebarang sabitan jenayah dan kebankrapan,” katanya.
Pada PRN Sarawak kali ini, DUN Satok menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan Nor Irwan, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Ibrahim Baki dan Awang Badele Awang Ali daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK).
Kerusi DUN Satok sebelum ini disandang oleh Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg, selama lapan penggal namun memilih bertanding di DUN Gedong pada PRN kali ini.
Setelah propaganda nak kaitkan TS Zeti dan keluarga ditolak Mahkamah Rayuan, sekarang team media propa Najib sibuk jual spin: duit yang Najib terima dibelanjakan untuk kebajikan atau CSR. What…?


'MAKAN SUMPAH' ?
Tamrin Tun Ghafar
Rabu - 08/12/2021
( 1 - 15 )
1. Hari ini , 20hb Disember 2019 iaitu hampir 2
tahun Najib MELAFAZKAN SUMPAH LAKNAT
di Masjid Kampung Baru , Kuala Lumpur BERHUBUNG kes SRC
2. Najib bukan sahaja BERBOHONG dengan cuba menyakinkan
umum TAPI yang Maha Penting BERBOHONG kepada
ALLAH Maha Pencipta dan Maha Menghatahui segala - gala nya
3. Hari ini 3 Hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara
mendapati MOHD. NAJIB TUN HAJI ABDUL
RAZAK bersalah - menggunakan wang tabung KWSP
sebanyak RM42 juta untuk kepentingan dan kegunaan
diri sendiri dan isteri , Rosmah Mansor
4. Najib ketika itu TAHU ; beliau sebagai Perdana
Menteri , Menteri Kewangan DAN Penasihat Agung
SRC telah MENYAKINKAN Jemaah Menteri tentang wang
'PINJIMAN' SRC tersebut
5. Kini Najib sudah kalah. Satu di Mahkamah
Tinggi dan satu lagi di Makhmah Rayuan
6. Najib punyai satu lagi peluang , iaitu
menyakinkan Mahkamah Persekutuan
7. JIKA menang Najib akan dibebaskan tapi
jika kalah beliau PASTI berangkat ke Penjara Sungai Buluh untuk
sekian lama
8. Umum juga sedang menungggu 2 lagi keputusan ,
kes Rosmah Mansor di Sarawak dan kes Yayasan Akal
Budi , kepunyaan Presiden Parti UMNO Malaysia , Zahid Hamidi
9. Mereka menghadapi kes salahguna kuasa
dan RASUAH
10. Jika kalah juga mereka akan MERENGOK dimana - mana
penjara yang sesuai
11. Selalu saya berkata , jika TIDAK MEROMPAK bukan
UMNO nama nya !
12. Hari ini Rabu 8hb Disember 2021 MUNGKIN
tidak ada lagi gelak gempita diruang tetamu rumah Najib di Pavilion , Kuala
Lumpur
13. Maseh ingat kah kita apa berlaku pada hari Rabu 9hb
Mei 2018 dahulu ?
14. Rosmah Mansor boleh lah cari BOMOH baru
samada dari India mahupun dari Indonesia
15. MALU APA BOSSKU ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Wassalam
Terima Kasih
By Tamrin Tun Ghafar Tamrin Ghafar at December 08, 2021
MSO
Najib perlu
tenang hadapi sunatullah
REAKSI
HARI ini
tanggal 8 Disember 2021 mencatat sejarah tersendiri khasnya buat bekas perdana
menteri Najib Razak apabila Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah menjatuhkan hukuman penjara
12 tahun dan denda RM240 juta kerana disabit bersalah atas pertuduhan melakukan
rasuah.
Hukuman itu
dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Nazlan Mohd Ghazali pada 28 Julai 2020.
Najib dituduh berkaitan dengan aliran wang milik SRC International berjumlah
RM42 juta ke dalam akaunnya.
Tiga Hakim
Mahkamah Rayuan yang bersidang mendengar rayuan Najib, Abdul Karim Abdul Jalil,
Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan hukuman
penjara dan denda ke atas Najib yang dibuat oleh Nazlan Ghazali.
Najib dalam
satu sidang akhbar selepas pendengaran rayuannya itu melahirkan rasa kesal atas
keputusan itu dan telah mengarahkan team penguam belanya mengemukakan rayuan ke
Mahkamah Persekutuan.
Kita tidak
mahu komen panjang, cuma pengakuan Najib yang beliau tidak bersalah dan banyak
melakukan kebaikan untuk membantu negara, mungkin benar, tetapi sama ada beliau
bersalah atau tidak biarlah mahkamah menentukannya. Rakyat pula mengharapkan
perbicaraan yang adil dan telus.
Lazimnya
sesiapa juga yang dihadap ke mahkamah sukar untuk mengaku kealahannya,
lebih-lebih lagi apabila mereka mampu untuk menyediakan team penguam yang
handal.
Apa yang
sedang dilalui oleh Najib kini sudah menjadi sunahtullah sebagai seorang
pejuang atau ahli politik. Perasaan yang tertanggung di atas pundak Najib
pernah dilalui dan dipikul oleh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin politik
sebelum ini.
Hal sama juga
sedang dihadapi oleh sahabat baiknya Zahid Hamidi dan juga beberapa yang lain.
Dalam pada
itu Dr Mahathir Mohamad seperti tidak senang dengan apa yang berlaku dan
menimpa Najib itu dengan menyindir Najib mungkin akan kembali menjadi perdana
menteri sekali lagi. Apakah yang dimaksudkan oleh bekas perdana menteri
itu?
Apakah beliau
mengira apabila Najib membawa rayuannya ke Mahkamah Persekutuan dan kini masih
berada di luar penjara kerana dibenarkan jamin, ia memberi gambaran Najib akan
lepas?
Sekiranya
Najib kembali menjadi perdana menteri kali kedua, Mahathir tidak pun perlu
berasa aneh kerana ia telah melakukannya sebagai pendahulun. [wm.kl.5:
35 pm 08/12/2021]
Secara umumnya keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib Razak yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini diterima dengan baik dan tanpa kesangsian oleh masyarakat pelbagai lapisan.
Dalam keputusan pagi tadi, tiga hakim sepakat dan sebulat suara mengekalkan keputusan bersalah terhadap Najib yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh hakim Mahkamah Tinggi atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
Ketika itu, SRC International adalah anak syarikat 1MDB sebelum ia kemudian dipindah-milik kepada Kementerian Kewangan.
Kecuali bagi Najib dan penyokong tegarnya, semua yang lain boleh dikata menerima kewajaran dan kemunasabahan hujah-hujah hakim berkaitan kes tersebut.
Bagi mereka, keputusan hakim menolak alasan Najib bahawa beliau tidak mengetahui wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun peribadinya, malah tidak tahu ia bersumberkan daripada SRC International adalah amat tepat dan logik sekali.
Begitu juga dengan keputusan hakim menolak bahawa wang tersebut adalah sumbangan daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
Lagi pun, kata rata-rata mereka, Najib terlihat bebas membelanjakannya, termasuk membeli barangan mewah dan mahal untuk kegunaan peribadi di butik-butik mewah di luar negara.
Maka, mengekalkan hukuman bersalah terhadap bekas Perdana Menteri itu bukan saja diterima dengan baik, malah tiada apa-apa yang mengejutkan masyarakat.
Masyarakat mungkin amat terkejut jika keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi adalah sebaliknya.
Dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu, Najib kekal sebagai orang yang bersalah dan beliau kini hanya ada satu peluang lagi untuk membebaskan dirinya iaitu merayu di Mahkamah Persekutuan.
Mengambil kira kes Anwar Ibrahim yang mengambil masa 11 bulan antara Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, Najib bolehlah berharap tempoh sekurang-kurangnya setahun daripada sekarang untuk rayuannya di dengar di mahkamah tertinggi itu.
Cuma, yang menjadi rungutan sesetengah pihak ialah kerana Mahkamah Rayuan masih membenarkan penangguhan hukuman sementara rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Ada yang berpendapat Najib tidak seharusnya lagi diberikan penangguhan hukuman, sebaliknya mesti menjalani hukuman sebagaimana disabitkan sehingga rayuannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan.
Tambahan lagi, jika hanya kira-kira setahun daripada sekarang baru rayuannya akan didengar, meletakkan Najib dalam penjara menjalani hukuman sementara rayuannya didengar adalah suatu kemunasabahan yang logik berdasarkan kesalahan yang telah dilakukannya serta sebagaimana hujah hakim, perbuatan itu turut memalukan negara.
Kalau ditolak rayuannya nanti, maka beliau terus sajalah menyambung hukuman itu, manakala jika rayuannya diterima, setidak-tidaknya ada jugalah hukuman dunia yang diterimanya.
Tetapi, dengan penangguhan yang diberikan itu, Najib kini seolah-olah seorang yang tidak bersalah dan bebas melakukan banyak perkara dalam hidupnya, termasuk berkempen, berpolitik dan bergebang di media sosial.
Dan jika rayuannya diterima di Mahkamah Persekutuan nanti, maka beliau akan bebas sepenuhnya dan tidak pernah sama sekali menerima hukuman atas kesalahan dan sabitan yang telah dijatuhkan mahkamah terhadapnya.
Adakah adil begitu? tanya sebahagian mereka yang saya sempat berbual-bual dengan mereka. – ShahbudinHusin 08/12/2021.