BUAT PENYOKONG NAJIB YANG MENYOKONG BUTA TULI...TAPI BODO RUPANYA

 


Fakta yang penyokong Najib mesti ambil tahu

Hello pakcik dan makcik dari Pekan!

Saya sedang baca untuk kali kedua penghakiman penuh mahkamah rayuan kes YB Pekan – hero anda semua tu.

Kali ini saya pi baca dengan highlight point-point penting dan buat nota untuk nak bagi benar-benar faham.

Maaf, saya kongsi sikit apa yang tok hakim habaq ya makcik dan pakcik. Untuk makluman makcik dan pakcik, nak jadi tok hakim ini kena pandai dan bijak, makcik dan pakcik hoi.

Hakim Mahkamah Rayuan yang dengar kes rayuan Najib itu depa kena baca antaranya keputusan Hakim Mahkamah Tinggi setebal 801 muka surat.

Kena baca juga catatan keterangan (nota keterangan peguam) para saksi pendakwa – 57 orang dan saksi Najib – 19 orang, kena lihat pula banyak bahan bukti dan kena baca dan dengar hujah para peguam pendakwa dan para peguam Najib.

Tiba-tiba, ada ke patut makcik dan pakcik semua pi habaq hanya makcik dan pakcik saja yang tahu tentang Najib? Tak adillah makcik dan pakcik, ‘kan?

Mungkin makcik dan pakcik anggap Najib tu baik dan mungkin juga dia baik dengan pengundi dia di Pekan.

Tetapi saya nak habaq berdasarkan pengalaman saya jadi tok loya kes jenayah hampir 25 tahun, kita semua memang mudah terperdaya dengan penampilan zahir seseorang.

Ada suami nampak baik, tapi boleh bunuh isteri dia. Saya tahu banyak kes macam itu. Ibu pun boleh bunuh bayi dia sendiri. Anak boleh bunuh emak atau ayah sendiri.

Ada ostad nampak baik dan alim tapi boleh makan rasuah. Itu sekadar contoh yang boleh dibaca dalam akhbar.

Cuba renungkan fakta -fakta ini:

– The Secretary General (SG) of the MOF juga adalah Pengerusi KWAP dan Panel Pelaburan KWAP (its Investment Panel) makcik dan pakcik hoi – yang juga pi luluskan pinjaman RM4 bilion pada SRC. Dan Najib pula masa itu adalah Menteri Kewangan (MOF).

– Untuk luluskan pinjaman yang SRC pohon sebanyak RM4 bilion itu kena ada Govt Guarantee (GG) atau Jaminan Kerajaan! Ia diluluskan sebanyak dua kali.

– Pada 8 Februari 2012, Najib sebagai PM mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dok bincang isu GG itu tanpa dia mendedahkan hubungan dia dengan SRC tu makcik dan pakcik hoi.

Dan GG itu diluluskan oleh Kabinet yang Najib dok pengerusikan itu, makcik dan pakcik hoi. Itu sekadar contoh kecil apa yang hakim habaq. Ada banyak lagi.