SEPATUTNYA 300 BUKAN 30
Didedahkan dalam suatu jawapan bertulis di Parlimen bahawa Kompleks Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri kini sedang dalam proses ubahsuai dengan kos sebanyak RM30 juta.
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, pengubahsuaian Kompleks Seri Perdana dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan selain memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara.
“Pengubahsuaian dan naik taraf kediaman ini perlu dilaksanakan mengambil kira faktor keselamatan Perdana Menteri.
Ini juga adalah untuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu utama negara di program rasmi Perdana Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan yang ditanyakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.
Ismail Sabri berkata lagi, pengubahsuaian itu merangkumi skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal serta sistem pendingin hawa.
Katanya, ia juga membabitkan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot yang uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri.
Apa yang difahami di sini ialah ubahsuai dengan kos RM30 juta itu dilakukan untuk menjamin keselamatan Perdana Menteri dan untuk memastikan imej negara sentiasa nampak mengkagumkan di mata tetamu utama negara yang datang melawat Malaysia.
Jika itu hujah dan alasannya, kos baik pulih Seri Perdana sepatutnya bukan RM30 juta, tetapi seharusnya wajib dinaikkan sehingga RM300 juta.
Bukankah apabila lagi tinggi kos belanja ubahsuainya, maka faktor keselamatan untuk Perdana Menteri dapat lebih dipertingkatkan lagi?
Begitu juga untuk menunjukkan imej negara kepada tetamu luar bahawa Perdana Menteri Malaysia mempunyai kediaman yang canggih dan mewah, bukankah ia hanya dapat dilakukan melalui kos ubahsuai yang tinggi berkali-kali ganda?
Apa kekaguman kepada tetamu luar yang dapat diserlahkan dengan hanya RM30 juta berbanding jika RM300 juta?
Oleh itu, jangan berlengah dan jangan segan-segan untuk tambah dan naikkan kosnya sehingga RM300 juta. – ShahbudinHusin 28/09/2021.
DI DUNIA KAU TAK BETUL..MACAMANA DI AKHIRAT PULAK ? MEMANG PATUT MINTA MAAF SEBAB KAU TU MENTERI DAN JABATAN AGAMA..DAN PATUT JUGA DI DENDA MACM RAKYAT BIASA...
‘P45’ dipandu berbahaya, Timbalan Menteri Agama mohon maaf

‘P45’ dipandu berbahaya, Timbalan Menteri Agama mohon maaf. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary hari ini memohon maaf atas insiden yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan pasrah jika dikenakan tindakan atas kejadian tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, ahli parlimen Pengkalan Chepa itu berkata sebagai manusia yang tidak sempurna, dia mengambil tanggungjawab atas teguran yang diberikan dan menjadikan ia sebagai penambahbaikan untuk diri sendiri dan kakitangannya.
Tambah Ahmad Marzuk, kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kakitangan yang terlibat juga telah dipanggil memberikan keterangan beliau.
“Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri.
“Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat,” katanya.
NAK PERHALUSI SAMPAI PENCEN JADI SIKIT KOT...KAH..KAH...MEMBAZIR DAN "HILANG " BILLION BILLION TAK PERHALUSI KAH
Bayaran pencen makin meningkat, kerajaan sedang perhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu

Bayaran pencen makin meningkat, kerajaan sedang perhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu. Kerajaan menganggarkan pembayaran pencen akan mencecah RM46.6 billion pada tahun 2030.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran pencen pada tahun lalu adalah sebanyak RM26.38 bilion sementara bayaran pencen pada 2010 adalah sebanyak RM9.88 bilion.
smail Sabri memberitahu, jumlah pembayaran perbelanjaan faedah persaraan itu meliputi pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat.
“Unjuran pembayaran pencen untuk tahun 2030 adalah dianggarkan berjumlah RM46.6 billion.
“Kerajaan sedang memperhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu Perkhidmatan Awam bagi memastikan skim baharu ini akan mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan dalam jangka masa panjang dan pada masa yang sama memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjamin,”katanya Dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia
Beliau menjawab pertanyaan daripada Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang mahu tahu jumlah pembayaran pencen mengikut tahun dari 2010 hingga 2020 mengikut perundangan berkenaan pencen dan apakah unjuran untuk tahun 2030 selain usaha Kerajaan untuk menghadapi peningkatan pembayaran pencen tersebut untuk tahun-tahun akan datang.
Bila Port Dickson cakap, Speaker angguk saja - Mat Sabu
RENTASAN 976 | KINI PESTA JUDI-ARAK JADI ACARA TAHUNAN DI BAWAH PENTADBI...
TERBAIK: SATU PANDANGAN LOGIK : BAB BERLAGAK SERAH PADA PEMIMPIN MELAYU


NORMAN RADZUAN
Pemimpin kita nak bergaya atau nak selamatkan rakyat?
BAB BERLAGAK SERAH DKT PEMIMPIN MELAYU
Ubah suai Seri Perdana kos RM 30 juta kerana faktor keselamatan
dan imej Malaysia kepada pemimpin luar? Memang orang Melayu tak boleh diberi pangkat
dan kuasa.
Kalau di England pejabat atau kediaman PM mereka hanyalah seperti
rumah Flat di Malaysia. Malah ada seorang sahaja Pengawal di luar rumah
tersebut. Jika faktor keselamatan dan imej tentulah mereka patut buat dua kali
ganda hebatnya dari kita.
Tapi itu bukan faktor utama mereka. Lihat Presiden Singapura.
Pada awalnya dia mahu tinggal di rumah Apartmentnya sahaja. Akhirnya dia
terpaksa akur atas faktor keselamatan dan gangguan kepada jiran2.
Lihat pemimpin-pemimpin barat yang sangat simple... ada yang naik LRT, ada yang
naik basikal dan yang menandu kereta sendiri. Negara kita dalam tak ada duit dulu
masa zaman Najib berpuluh juta sekarang berpuluh juta lagi.
Ingatkan UMNO berkawan dengan lebai jadi alim la sikit rupanya geng
lebai lagi teruk. Mana taknya, geng lebai ni baru jadi Timbalan Menteri sudah
pakai Velfire, tak cukup dengan itu plate kereta 1 atau 2 digit harga puluhan
hingga ratus ribu...kemudian sudah langgar double line.
Ada pula sudah jadi Menteri bawa janda langgar SOP, sudah ada yang
berkahwin secara online, cerai pun secara online... Ada baru jadi Menteri segak
dengan kot dan tali leher. Hilang kopiah...Bab berlagak serah dekat geng lebai...
bab kerja ke laut.
Mereka ini jadi pemimpin bukan nak fikir macamana nak bantu
rakyat. Yang geng UMNO sibuk dengan projek sana sini sakau duit rakyat selagi boleh.
Yang geng PAS pula sibuk masing-masing nak pakai Velfire, no plat hebat dan berpakaian
segak.
Sebab itu bila ada cadangan yang baik untuk pemimpin2-pemimpin negara
menggunakan baju batik sebagai pakaian rasmi terutama untuk ahli Parlimen ditolak
walaupun ia sangat sesuai dengan cuaca seperti mana diamalkan pemimpin Filipina,
Indonesia dan Singapura (mereka jarang memakai kot dan tali leher).
Mereka tolak atas satu faktor... sebab tak bergaya. Biar panas
berpeluh badan asal nampak segak. Maaf cakap perangai mereka masing2-masing macam
'peqak' (berlagak tak kena tempat). Untunglah dapat rakyat pemikiran rasis.
RM30 juta tu boleh serapkan ribuan Doktor kontrak sebagai
pekerja tetap kerajaan. Kejam sungguh pemimpin-pemimpin Melayu ni. Tak masuk diakal
cara mereka guna wang rakyat.
DENGAN RM 30 JUTA BERAPA BANYAK RUMAH PPRT UNTUK RAKYAT DAPAT DIBINA
Aku tak berapa menelusuri newsfeed Facebook aku beberapa hari ini. Bukanlah aku sibuk tapi newsfeed aku yang sibuk. Tak sudah cerita lebai, cerita orang tua bercinta. Tambahan terbaru, si pelanggar tegar SOP gosok perut. Di mahkamah kot.
Cerita begini tiada faedah untuk masyarakat. Tapi inilah cerita
sensasi yang dikejar orang. Yang selalu komen meluat dengan cerita politik,
orang itulah yang tergila kejar cerita bodoh begini.
Pelik. Cerita politik yang babitkan masa depan dia, dibenci. Cerita
yang tak ada kena mengena dengan dia, itu pula yang dikelek. Seronok jadi ahli
politik Malaysia. Rompak banyak mana pun orang tak hirau. Janji boleh baca
cerita selebriti.
Tapi petang tadi aku terbaca berita PM kesayangan orang Melayu,
Ismail Sabri, buat renovasi kediaman rasmi PM yang khabarnya menelan belanja
hingga RM30 juta.
Aku tak terkejut pun dengan berita itu. Bodohlah kalau aku nak
terkejut. UMNO dapat kuasa, apa lagi yang akan dibuat selain dari habiskan
harta negara? Bila lagi nak buat, kan? Masa ada kuasa la. Takkan dah jadi
pembangkang baru nak buat. Kan?
Tapi aku terkejut bila baca alasan yang diberikan. Katanya untuk
menaikkan imej negara di mata VIP negara luar. What??? Bodohnya dia anggap
rakyat Malaysia semua sebodoh machai dan walaun. Boleh dia bagi alasan yang
sebegitu?
Orang tak pandang Malaysia dari kediaman rasmi PM. Tapi orang
pandang dari integriti kerajaan. Nak naikkan imej macamana kalau kerajaan
didirikan atas semangat khianat? Sudah begitu, pesalah rasuah pula ramai yang
bebas.
Itu belum kira dengan melantik orang yang tidak layak untuk
jawatan penting seperti menteri dan duta. Dan orang yang dah didapati bersalah
pun boleh selamba kekal jawatan MP. Boleh pulak berlagak macam tak ada salah
apa-apa.
Ini semua yang yang menjatuhkan imej negara. Bukan kediaman
rasmi. Dan kediaman rasmi itu pun bukanlah buruk mana. Elok lagi. Ini semua
alasan nak perhabiskan duit negara. Dari RM30 juta itu, entah berapa masuk
kocek kroni.
RM30 juta bukan sedikit tau. Berapa banyak rumah PPRT boleh dibina.
Di saat ramai rakyat yang hilang punca pendapatan sehingga ada yang dihalau
dari rumah sewa, sampai ada yang sekeluarga jadi gelandangan, boleh dia nak
cantikkan rumah yang dah sedia cantik?
Beginikah gaya pemimpin yang cakna rakyat? Nampak sangat cakap-cakap
konon nak bantu rakyat itu semua sekadar retorik, hanya omongan kosong untuk
menipu rakyat.
Lebih pedih, dalam kabinet ada ramai orang yang gelar diri
mereka ulama. Nak sangka baik macam mana dengan mereka kalau perkara begini
dibiar sahaja? Takkan dah jadi menteri boleh terus lupa hadits Nabi saw tentang
menjaga amanah?
Yang aku kesian penyokong kerajaan. Machai dan walaun. Rumah
sendiri senget nak runtuh, tak mampu nak betulkan tapi kediaman PM yang elok
pula direnovasi. Tapi dia punya bebal, tetap juga sokong bagai nak rak. Orang
tu mewah, dia parah.
Aku tak dapat buat apa-apa. Hanya berdoa semoga Allah berikan
balasan paling setimpal ke atas mereka. Itu sahaja.
ADA PULAK YANG SAMA KAN DAP DAN PAS...
RA S AL GHUL
Tapi Lebih PAS tunggang Ugama, tambah sekarang siap tunggang Bangsa..

ADA JUGA YANG DAPAT KONTRAK
AZRIN ADNAN
Sapa dapat kontrak nie.. nak tahu jer mana tahu, sedara sepapat, ketua bahagian ker armanja ker....

KEH..KEH....GAMBAR NI BETUL ATAU FITNAH NI ?
ITULAH..LAIN ALI KALAU NAK MEMBOHONG PARA WALAUN PUN KENA SESUAI DAN KENA ADA LOGIK BAHAWA KEKUATAN PARTI MAMPU MENOLAK BAB JUDI..BUKAN MEMBOHONG RAKYAT YANG TAK TAHU DIBOHONG. KEH..KEH....HANYA WALAUN TAHU MEREKA DIBOHONG

Memorandum persefahaman penting untuk redakan suhu politik, kata Dzulkefly

KUALA LUMPUR: Memorandum persefahaman (MoU) sangat penting untuk menstabilkan dan meredakan suhu politik agar tidak wujud sebarang kecurangan yang akan memberi kesan kepada rancangan pembangunan negara, kata Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor).
Dzulkefly berkata, Rancangan Malaysia ke-11 berakhir dengan pergolakan politik yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, tetapi Rancangan Malaysia ke-12 yang dibentangkan semalam gagal menyatakan perlunya kestabilan politik.
“Yang mensabotaj dan merosakkan rancangan pembangunan adalah golongan politik elit.
“Memorandum persefahaman itu adalah sangat penting untuk menstabilkan dan meredakan suhu politik, dan tidak mengizinkan perebutan kuasa secara curang dan khianat,” katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, ketika parlimen ke-14 negara menyaksikan keberantakan politik yang belum pernah terjadi sebelum ini. Justeru, jelasnya, memorandum persefahaman itu adalah satu kemestian.
Meskipun perjanjian persefaham telah dimeterai, ujarnya, pembangkang tetap akan terus terlibat dalam semak dan imbang terhadap pentadbiran negara.
Menurutnya, apa yang dikehendaki adalah untuk meluluskan rang undang-undang antilompat parti dan juga sekaligus mengatur semula pilihan raya agar mandat rakyat dilindungi dan dihormati.
“Kita akan terus berperanan sebagai pembangkang walaupun kita telah memeterai perjanjian, sebab itu adalah tanggungjawab kami sebagai pembangkang.
“Kita mesti tekad bersama sebabnya kalau pun kami memerintah atau pun PN, BN, MN memerintah, kita tidak akan dapat membentangkan lalu meluluskan dengan 2/3 majoriti untuk meluluskan rang undang-undang antilompat parti dan juga sekaligus ‘recall election’,” ujarnya.
INDUSTRI JUDI BANYAK NILAINYA
MUKHLIS EDY
Kena tunggu nilai RM300 billion baru dikira dosa hehehe

SALAH SATU PUNCA KEJATUHAN NAJB IALAH RAKYAT TOLAK CUKAI GST. ZAMAN "BOOSKAU'" DAH BERLALU
GST perlu dilaksana semula untuk salur bantuan tunai lebih tinggi, kata Najib

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Najib Razak berpendapat kerajaan perlu melaksanakan semula sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) secepat mungkin, sebaik negara pulih daripada pandemik Covid-19 bagi mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, menarik pelaburan asing dan mengukuhkan fiskal negara.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan dipetik Bernama berkata pelaksanaan GST mampu menyasarkan ‘ekonomi gelap’ yang bersaiz RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas daripada membayar apa-apa cukai.
“GST telah menyebabkan ‘the black economy’ menguncup daripada 25% kepada 10%. Ini adalah ketirisan yang lebih teruk sebelum GST, dan sebab itu GST memberi manfaat kepada negara dan rakyat,” katanya pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
Najib berkata, kutipan hasil GST mampu diagihkan kepada golongan berpendapatan rendah, khususnya kumpulan B40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding nilai GST dibayar mereka.
Ini kerana, katanya, GST ialah cukai kepenggunaan di mana lebih banyak berbelanja, lebih tinggi cukai dibayar.
Mengulas mengenai pengukuhan fiskal kerajaan, beliau berkata, sistem percukaian GST adalah lebih saksama dan progresif yang mampu memberi ruang kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.
Pada masa ini, katanya, cukai korporat yang dikenakan di Malaysia adalah antara tertinggi iaitu sebanyak 24%, berbanding negara Asean lain seperti Singapura sebanyak 17%, Thailand (20%), Indonesia (22%) dan Vietnam (20%).
Selain itu, Najib juga berkata, memandangkan RMK12 dibentang pada penghujung 2021 bagi tempoh pelan 2021-2025 berikutan Covid-19, ia wajar disemak semula supaya lebih bertepatan dan berdasarkan keadaan semasa.
KES ADIB HANYA MENJATUHKAN MARUAH PEMBELANYA DAHULU
EZAM MOHD NOOR
Bila melakukan pengkianatan hati jadi hitam kotor bernajis... Apa dibuat semuanya tidak ada barakah... Hanya membuka aib dia sendiri.

BALA DAH SAMPAI. ZAMAN NAJIB SUDAH BERLALU.Tunggakan cukai RM9.41 juta, LHDN mohon penghakiman terus terhadap Shafee

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon supaya kes samannya terhadap Muhammad Shafee Abdullah yang menuntut peguam itu supaya membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta diputuskan melalui penghakiman terus.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes melalui afidavit dan hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Menerusi carian sistem mahkamah, permohonan itu difailkan LHDN bagi pihak kerajaan selaku plaintif semalam atas alasan antaranya defendan gagal membayar keseluruhan tunggakan cukai pendapatan serta kenaikan cukai yang dikenakan ke atasnya berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh yang ditetapkan.
Berdasarkan notis permohonan itu, plaintif berhak mendapatkan kembali jumlah cukai pendapatan dan kenaikan tertunggak yang dikenakan ke atas defendan sebagai satu cukai yang genap masanya dan perlu dibayar.
Hari ini ditetapkan sebagai pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syeela Marlina Uttaman yang turut disertai Peguam Hasil Mohamad Ezmeer Zulkarnaen Asnizar dan peguam Wee Yeong Kang bagi pihak Muhammad Shafee.
Mohamad Ezmeer ketika dihubungi pemberita mengesahkan bahawa pihak LHDN telah mengemukakan permohonan agar kes itu diputuskan melalui penghakiman terus.
“Selain penghakiman terus, pihak kami juga membuat permohonan untuk membatalkan tuntutan balas defendan,” kata beliau sambil menambah mahkamah menetapkan 13 Okt sebagai tarikh pengurusan kes selanjutnya.
LHDN memfailkan saman itu pada 6 Mei lepas dengan mendakwa sehingga kini, Muhammad Shafee masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan yang dikenakan, kesemuanya berjumlah RM9,414,708.32.
Muhammad Shafee merupakan peguam bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib serta dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.
ALAAA...HANGPA MAAFKAN LAH DIA- JANGAN IKUT NUSI.DIA SUKA MELAWAK DAN TIDAK SEKOLAH TINGGI...JADI..BIARKAN DIA..TAK LAMA LAGI DIA TINGGAL GUSI

Panas! Sanusi diingatkan supaya jaga adab
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dinasihatkan menjaga adab dengan negeri jiran dengan tidak mengungkit mengenai isu pajakan melibatkan Kedah dan Pulau Pinang.
Yang Dipertua Persatuan Sejarah dan Peradaban Pulau Pinang (Peradaban), Datuk Abdul Kader Md. Ali berkata, isu berkaitan dengan pajakan Pulau Pinang itu tidak sepatutnya diketengahkan lagi memandangkan kesemua negeri di Malaysia telah pun merdeka dan berada di bawah satu Persekutuan.
“Kita ini berada dalam satu persekutuan, bukan satu negeri asing dan kena ada permuafakatan di antara negeri-negeri.
“Memang ada perkara ini (pajakan), tetapi tidak perlu pun diketengah kerana adab berjiran perlu dijaga terutama oleh seorang pemimpin tertinggi negeri, dulu isu air dia timbulkan sekarang isu pajak pula,” katanya ketika dihubungi di sini hari.
Sebelum ini, di dalam Sidang Dewan Undangan (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari Kedah dan tidak sepatutnya mencampuri urusan kerajaan negeri terbabit.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata, sepanjang beliau aktif di dalam isu-isu kemasyarakatan tidak ada satu pun Menteri Besar Kedah sebelum ini bertindak mengungkit mengenai isu pajakan antara Kedah dan Pulau Pinang.
Katanya, ini kerana semua pihak telah sedia maklum sebelum abad ke-18, Pulau Pinang sebenarnya terletak di bawah jajahan Kedah.
“Sehinggalah ke penghujung abad berkenaan, Francis Light mendapatkan Pulau Pinang secara tipu muslihat sehingga menyebabkan Pulau Pinang terpaksa diserahkan kepada British.
“Namun, setelah kita capai kemerdekaan sewaktu ucapan Tunku Abdul Rahman di London, dia menyebut pihaknya telah tebus balik Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang termasuk di dalam Persekutuan Tanah Melayu,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Yussof berkata, sebagai pemimpin tertinggi Kedah, Muhammad Sanusi perlu menguruskan negeri masing-masing dengan sebaik mungkin.
“Berunding secara baik dan berhemah, kita pegang jawatan pun sementara sahaja jangan jadikan ia (pajakan) satu isu hingga jejaskan hubungan baik antara Kedah dan Pulau Pinang.
“Ini soal adab, hormat-menghormati antara satu sama lain, kita kena buat sebaik mungkin untuk negeri yang kita tadbir, jangan ungkit perkara lampau hanya sebab politik,” katanya.
Sumber | UTUSAN
TAK HABIS LAGI KISAH ANAK BERANAK DIDAKWA MENYAMUN NI- TU PUN MACAI DOK LAGI PANGGE BOOSKU -APA PENCURI PANGGE BOSS...
Saman 1MDB: Anak tiri Najib diarah fail pembelaan sebelum 25 Okt

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengarahkan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak memfailkan pernyataan pembelaan bagi saman USD248 juta (RM1 bilion) terhadapnya.
Saman itu difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tiga subsidiarinya terhadap Riza dan dua syarikat miliknya berkaitan dakwaan salah guna dana bagi membiayai penerbitan filem serta membeli hartanah.
Semasa dihubungi Bernama, peguam Hariharan Tara Singh, mewakili Riza dan dua syarikatnya sebagai defendan, berkata anak guamnya telah diarahkan oleh mahkamah supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum 25 Oktober.
“Mahkamah juga menetapkan 9 November untuk pengurusan kes selain mengarahkan pihak-pihak berkenaan memfailkan sebarang permohonan interlokutori sebelum 8 November,” katanya selepas pengurusan kes melalui e-review di hadapan Timbalan Pendaftar Syeela Marlina Uttaman.
Hariharan berkata, defendan melantik Tetuan Scivetti and Associates sebagai peguam cara mereka manakala beliau dilantik sebagai peguam utama dalam saman itu.
1MDB dan tiga subsidiarinya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited sebagai plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei melalui Tetuan Shearn Delamore & Co, menamakan Riza dan dua syarikatnya, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited, sebagai defendan pertama dan ketiga.
Syarikat-syarikat itu turut menamakan firma guaman yang berpangkalan di New York, Shearman and Sterling sebagai defendan keempat.
Dalam writ saman itu, syarikat berkenaan mendakwa pada 2011 dan 2012, Riza serta dua syarikatnya menerima dana kira-kira USD250 juta daripada 1MDB dan tiga subsidiarinya, yang didakwa disalah guna apabila defendan menggunakan dana tersebut untuk kepentingan peribadi dan untuk kepentingan rakan sekutu mereka, termasuk bagi membiayai penerbitan filem dan pembelian pelbagai harta tanah.
Syarikat-syarikat tersebut mendakwa Riza, yang mengendalikan dua syarikat Red Granite, semestinya mengetahui bahawa wang yang berpunca daripada 1MDB disalahgunakan untuk kepentingan mereka.
Oleh itu, plantif memohon perisytiharan bahawa Riza bertanggungjawab di atas salah guna dana itu dan penggunaan dana yang tidak adil serta memohon pembayaran balik dana yang disalahgunakan itu.
Pada 10 Mei, Kementerian Kewangan mengesahkan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC) telah memfailkan 22 tuntutan sivil untuk mendapatkan kembali aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.
Menurut kementerian itu, writ saman itu difailkan pada 7 Mei terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.
Writ saman yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti termasuk dua institusi kewangan asing dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan lapan entiti atas pelbagai kesalahan.
Isu istana lama hendak dilelong: Muhaimin dedah satu sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan ditubuh

Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan
Hujan renyai-renyai malam Selasa ini mengiringi diskusi kami bagi masa hadapan pekan dalam menghargai khazanah bangsa. Tidur dan berehat-rehat bukanlah pilihan kami waktu begini.
Kami bersetuju untuk bentuk Sekretariat Pemuliharaan Khazanah Teluk Intan untuk memastikan khazanah tempatan tidak hilang, musnah atau diperlakukan sewenang-wenang oleh pihak tertentu. Ini bukan permulaan.
Ini bukan soal istana raja terbiar atau rumah agam mahu dilelong. Ini adalah soal identiti bangsa yang tahu menghargai khazanah berzaman.
Di Teluk Intan, selain istana Raja Muda yang khabarnya hendak dilelong, sejarah landasan keretapi lebih 100 tahun. Khazanah juga tidak sekadar monumen lama tetapi juga termasuk kebijaksanaan tempatan yang tidak dipelihara. Begitu juga khazanah alam. Di Teluk Intan, ada Sungai Perak, Pulau Bangau yang menjadi transit burung-burung dari benua luar.
Itu khazanah kita semua.
Kami mengalu-alukan sebarang sokongan dan dorongan dari semua pihak. Sekretariat ini diketuai seorang peguam muda, Amir Khusyairi dan dibantu anak-anak muda yang bertenaga Ahmad Munzirie,
Hafiz Ishak, Razaligh Hamzah, Mohd Azmi Yusof dan Nassir.
Biarlah hamba menjadi penyair menyusun bait-bait puisi buat azimat kaki dan otak bergerak. Degup jantung kami sudah sederap kaki kami melangkah.


Sumber | Muhaimin Sulam
BIASANYA ANWAR AKAN MEMBUAT KENYATAAN BERDASARKAN MAKLUMAT SAHIH.
Tok Pa nafi kerajaan belanja RM2 bilion untuk buku RMK12, harap Anwar perbetul kenyataan

PETALING JAYA: Kerajaan tidak pernah membelanjakan RM2 bilion bagi menyiapkan buku Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) seperti didakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, berkata perancangan pembangunan negara untuk lima tahun itu disediakan pegawai Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bawah seliaannya.
“Penyediaan RMK12 melibatkan kos yang amat kecil untuk sesi libat urus, cetakan dan perunding media.
“Saya berharap Anwar dapat memperbetulkan kenyataan beliau bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap pegawai UPE JPM dan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam perbahasan RMK12 di Dewan Rakyat mendakwa, sejumlah RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku RMK12.
SETISP SENTUHAN DIA NI PASTI ADA BEKAS. LAPORAN SPRM TERHADAP ANNUAR MUSA

Isu pemberian tanah: Laporan SPRM dibuat terhadap Annuar Musa
Seorang ahli Amanah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa telah membantu pemberian sebidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat swasta ketika masih menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi mendakwa Ahli Parlimen Ketereh itu telah mengeluarkan sepucuk surat sokongan terhadap syarikat swasta terbabit.
Hayatul berkata salah seorang daripada pengarah syarikat itu mempunyai hubungan saudara-mara dan jiran kepada Annuar.
“Saya percaya Annuar menyalahguna kedudukan sebagai menteri dengan memberi surat sokongan,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM pagi tadi.
Menurut Hayatul, tanah berkeluasan 2.9 ekar itu terletak di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur.
Katanya, syarikat terbabit tidak layak untuk memperolehi tanah berkenaan kerana ia tidak “mempunyai modal yang baik” untuk melaksanakan sebarang projek di tapak berkenaan.
“Syarikat swasta itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,” katanya.
Bagaimanapun, Hayatul berkata Annuar telah mengeluarkan satu lagi surat lain baru-baru ini, yang menarik sokongan kepada syarikat itu selepas menerima kritikan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak berkepentingan lain.
“Saya bimbang sekiranya surat terbaharu itu dikeluarkan terlalu lewat dan syarikat telah pun diberi tanah terbabit.”
Beliau menggesa Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Shahidan Kassim untuk meneliti dakwaan itu.
FMT tidak mendedahkan nama syarikat sementara menunggu ulasan mereka selain telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan komen beliau.

