JIKA DITAKDIRKAN MEMIMPIN NEGARA INI - PESANAN ATGNA KEPADA ANWAR IBRAHIM





Tuan Guru Dato' Seri Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berpesan kepada Dato' Seri Dr Anwar Ibrahim :


“ Anwar, kamu boleh maafkan orang yang menzalimi kamu, dan orang yang pukul kamu. Tapi kamu kena ingat, ini jadi pengajaran. Esok kalau Allah takdirkan kamu perintah, kamu kena ingat apa erti kezaliman. Apa erti sakit dipukul walaupun kamu tak salah.”


“ Anwar, tidak banyak orang lalui seperti kamu. Pemangku Perdana Menteri sudah, bintang di baju dah penuh dah. Kalau Anwar ditakdirkan memimpin, maka Anwar kena pastikan jangan ada seorang pun rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti yang kamu rasa.”


'' Kamu mesti pastikan bila kamu ada kuasa, kamu kenang nasib mereka setiap rakyat ini, kerana tidak ramai orang yang rasa macam apa yang kamu rasa. Jaga mereka seperti anak-anak kamu sendiri. Maka insha'allah kamu akan jadi pemimpin yang baik.”


PASTI ADA YANG TAK KENA

 

Hamdan Taha



Bila ada kenyataan macam ini setahu saya ini gambaran ada pihak yang sedang berbuat sesuatu untuk menjatuhkan Perdana Menteri dari Parti tersebut...


Semasa umno memerintah dan najib sebagai PM sebelum pru ke 14 dan ketika itu Tan Sri Muhiddien sebagai TPM pun berlaku juga tiba tiba pengerusi perhubungan buat kenyataan taat setia kepada Presiden termasuk Pemuda,wanita dan puteri...


Kali ini dalam parti Bersatu pula mula pengerusi perhubungan membuat kenyataan. Jika sekadar undi tidak percaya atau undi percaya surat ini tak perlu...


Saya yakin perkara ini berlaku kerana ada desas desus menyebut ahli parlimen dari umno cuba mendapatkan SD dari MP untuk mengantikan Muhiden dan di sokong pula oleh menteri dari Bersatu sama ada secara terang atau senyap Allahualam tapi jika tokoh dari Umno itu di angkat jadi PM dia akan jadi TPM...


Pergolakan seperti ini cukup tidak baik buat negara dan kerajaan. Bagi saya tak ada masalah Muhidden terus jadi PM tapi di perkukuhkan dengan tindakan yang lebih baik dan mantap. Beri keyakinan pada rakyat menteri dan kerajaan yang cukup besar ini kuat dan boleh menjadi kerajaan yang mampu menangani isu covid dan ekonomi


Muhiddie boleh saja mengadakan pertemuan secara terbuka dengan semua presiden parti parti pembangkang untuk mengelakan berlaku undi tidak percaya di parlimen buat satu perjanjian terbuka. Rakyat akan menilai dan buka parlimen dengan kadar segera biarkan di bahas apa juga isu di situ...maka tak perlu lah pengeruai negeri bersatu buat kenyataan menyokong muhiddien....


Semua perkara boleh di selesaikan dengan perundingan jika mahu di buat perundingan tapi jika terlalu ego dan yakin diri terlalu kuat maka ini akan ada masalah...


Saya sangat berharap adanya kerajaan yang adil dan serius...itu saja...kami rakyat ni bukan dapat apa pun dari mana mana parti dari segi keuntungan. Tapi akan dapat kebaikan jika kerajaan kuat dan stabil maka semua pihak boleh hidup aman damai dan menumpukan ke arah mencari rezeki dan amal....


Siapa pun Pm rakyat tak kisah tapi rakyat kisah jika PM itu gagal...itu saja

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENDAPAT PENGAMPUNAN SEPENUHNYA DAN REKOD DIPAD...PENGAMPUNAN ANWAR SAH DAN TERATUR.



DATO' SERI ANWAR IBRAHIM MENDAPAT PENGAMPUNAN SEPENUHNYA DAN REKOD DIPADAMKAN. TIADA KESALAHAN YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG. Rujuk Video disertakan. Youtube Link : https://youtu.be/PHc3Ga8zCOE

#ViralBroadcast #Sebarkan SELUASNYA sebagai menangkis Persepsi yg cuba dibina oleh Lockman Adam, Walaun-cai PNkhianat, PANtuk Oren Masam dan PANjilat2 Mahathir KUNUNNYA DSAI tidak layak jadi Perdana Menteri.

- Zus Din (20 June 2021)

*****************************

PENGAMPUNAN ANWAR SAH DAN TERATUR

1. Dalam sehari dua ini, timbul isu berkenaan keteraturan pengampunan yang telah diperolehi Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16.5.2018 lepas.

2. Hujah utama yang dikemukakan untuk mencabar pengampunan tersebut adalah bahawa keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018 adalah bercanggah dengan Perkara 42(5) dan (11) Perlembagaan Persekutuan, kerana: a) Tiada Peguam Negara yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, lantas menyalahi Perkara 42(5); dan b) Tiada Menteri Wilayah Persekutuan yang menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, bertentangan dengan Perkara 42(11).

3. Kedua-dua figura yang disebutkan di atas ini tidak menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut kerana: a) Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali telahpun bercuti pada ketika itu; dan b) Setakat 16.5.2018, Jemaah Menteri Persekutuan masih belum dilantik. Perkara 42(5) – Kehadiran Peguam Negara

4. Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa Peguam Negara hendaklah menjadi anggota Lembaga Pengampunan.

5. Walaubagaimanapun, bahagian kedua dalam Perkara 42(5) memperuntukkan bahawa “Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa melalui surat cara secara bertulis mewakilkan fungsinya sebagai anggota Lembaga itu kepada mana-mana orang lain”.

6. Dalam konteks mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berlangsung pada 16.5.2018, Peguam Negara telah diwakili oleh Peguamcara Negara ketika itu, Engku Nor Faizah Engku Atek yang menghadiri mesyuarat tersebut mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, selaras dengan Perkara 42(5).

7. Rujukan juga dibuat kepada seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950, yang mana hendaklah dianggap bahawa “… tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan”.

8. Seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa satu-satu fakta tersebut adalah wujud melainkan dibuktikan sebaliknya, dan beban pembuktian diletakkan kepada mereka yang ingin mempertikaikan fakta keteraturan tindakan rasmi yang telah dilakukan.

9. Dalam konteks kehadiran kehadiran Engku Nor Faizah Engku Atek dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu, seksyen 114(e) Akta Keterangan 1950 ini menganggap bahawa kehadiran Peguamcara Negara tersebut adalah satu tindakan rasmi, dan tindakan rasmi tersebut adalah teratur, selaras dengan Perkara 42(5).

10. Sekiranya ada pihak-pihak yang mempertikaikan keteraturan tindakan rasmi Peguamcara Negara tersebut, maka beban pembuktian diletakkan kepada mereka untuk membuktikan bahawa kehadiran beliau tersebut adalah tidak teratur. Perkara 42(11) – Keanggotaan Menteri bertanggungjawab terhadap Wilayah-wilayah Persekutuan

11. Perkara 42(5) juga menghendaki “Ketua Menteri Negeri” berkenaan menganggotai Lembaga Pengampunan tersebut.

12. Dalam konteks Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, “Ketua Menteri Negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

13. Adalah menjadi fakta matan bahawa setakat 16.5.2018, Jemaah Menteri Persekutuan masih belum dibentuk. Justeru, seorang Menteri yang disebut sebagai Menteri Wilayah Persekutuan juga tiada semasa itu.

14. Namun, hal ini tidak langsung mencacatkan tubuh Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut.

15. Rujukan perlu dibuat kepada seksyen 2(1)(a) Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, yang memperuntukkan bahawa “Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu …”

16. Kemudian, rujukan silang dibuat kepada Warta Kerajaan Persekutuan PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, iaitu Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2018 yang memperuntukkan seperti berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa 1. … (2) Perintah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 10 Mei 2018. Fungsi-fungsi Menteri 2. Diberitahu bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, adalah dipertanggungkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang baginya jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan Menteri lain dalam Jemaah Menteri.

17. Walaupun pada tarikh 16.5.2018 tersebut belum ada seorang Menteri Wilayah Persekutuan, namun berdasarkan seksyen 2(1)(a) Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 dan dibaca bersama PU(A) 125 bertarikh 22.5.2018, Yang di-Pertuan Agong telah memasyurkan bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir adalah Menteri yang bertanggungjawab terhadap semua jabatan Kerajaan Persekutuan, termasuklah jabatan yang berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

18. Oleh yang demikian Tun Dr. Mahathir adalah merupakan “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …” bagi maksud Perkara 42(11).

19. Media melaporkan bahawa Tun Dr. Mahathir telah menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Tarikh 16.5.2018 tersebut. Justeru, kehadiran Tun Dr. Mahathir dalam mesyuarat tersebut adalah dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”.

Kesimpulan

20. Berdasarkan hujahan di atas, keanggotaan Lembaga Pengampunan pada tarikh 16.5.2018 tersebut adalah sah dan teratur. Hal ini kerana: a) Peguamcara Negara telah hadir mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut, mewakili dan menjalankan fungsi Peguam Negara sebagai anggota Lembaga itu selaras dengan Perkara 42(5); dan b) Tun Dr. Mahathir telah menganggotai mesyuarat Lembaga Pengampunan tersebut dalam kapasiti beliau sebagai “Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur …”, selaras dengan Perkara 42(11).

21. Oleh kerana keanggotaan Lembaga Pengampunan adalah teratur, maka Lembaga tersebut boleh dan telahpun memberikan nasihat yang wajar kepada Yang di-Pertuan Agong dan Baginda bolehlah bertindak selaras dengan nasihat yang diberikan oleh Lembaga ini.

Mohd Ruzaini Bin Zulkifli ialah seorang peguam dan beramal di Tetuan Hafiz Ruzaini & Co.

Kredit utk artikel : Abdul Rauf Hj. Jainullah.

Kredit utk video : FB page Anwar ibrahim

 




GEMPAR! MUHYIDDIN DIBELOT OLEH MENTERINYA SENDIRI!!

HIDUP MENCARI MUSUH


May be an image of 1 person, sitting and text


MOHD SHAH RIM

Masa muda, dia bermusuh dengan UMNO. dijualnya Amanat, dipolishkan Dalil dan fatwa agar UMNO menjadi musuh umat Islam..

Berlaku peristiwa Memali, Sembahyang Dua Iman, perpecahan ummah, sehingga Raja Raja Melayu terpaksa campur tangan ..

Akhirnya J/kuasa Fatwa Kebangsaan telah mengistyiharkan Amanat itu sesat dan menyesatkan..

Dah tua, sifat permusuhan diteruskan, pihak yang menolak politik extreme PAS, difitnah musuh Islam dan wajib ditentang, seolah olah PAS itu Islam.. direkanya dalil, seolah olah Islam diancam, diperlekehkan, kedudukan raja raja melayu dihakis bagi memujuk orang Melayu menyokong kesesatan yang dibawanya..

Semoga Allah melindungi kita semua dari kesesatan yang dibawanya..

BUALBICARA MENARIK "Kesan khianat demokrasi. Apa dah jadi Mesir?"

Simpan 2 Juta Dos Vaksin Buat Apa?



Peningkatan kadar kematian akibat Covid 19 mutakhir ini sangat mengesankan. Ia tidak seharusnya dilihat sebagai suratan takdir semata-mata. Pasti diperingkat pengawalan dan pengurusan, ada tindakan yang boleh dilakukan bagi memastikan jangkitan penyakit ini mampu diturunkan tanpa mengurangkan jumlah ujian. "Saya juga kesal atas laporan yang menyebut terdapat lebih 2 juta dos vaksin yang masih belum diberikan biarpun jumlah yang menunggu vaksin masih ramai. Pihak yang berkepentingan harus memberikan jawapan." kata Dato' Seri Anwar Ibrahim



RAKYAT MAHU KERAJAAN YANG STABIL- BUAT APA JAWATANKUASA PARLIMEN


“Pihak eksekutif dari kerajaan PERIKATAN NASIONAL tidak perlu berdolak-dalih lagi untuk memanggil sidang Parlimen begitu juga saranan Majlis Raja-Raja kepada negeri-negeri supaya persidangan dijalankan segera,” kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam kenyataannya, merujuk kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu tersebut. “Keputusan Yang di-Pertuan Agong dengan semangat Syura Majlis Raja-Raja itu turut jelas mengisyaratkan kelemahan kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang tidak peka kepada tuntutan rakyat selama ini sehingga Majlis Raja-Raja terpaksa campur tangan bertindak mendesak Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibuka,” tegas Mujahid.



NAJIB TROLL MUHYIDDIN LEPAS CERDIK

 May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "MG Malaysia Gazette MalayslaGazet @MalaysiaGazette Ahli parlimen boleh bersidang di kilang sebab sana selamat Najib #malaysiagazette Translate Tweet BN MalaysiaGazette® malaysiagazette. com Ahli Parlimen boleh bersidang dalam kilang sebab sana selamat- Najib 19:30 20 Jun 21 WordPress.c"


HAMZAH RIE NA


Sebab tu aku  percaya reform yang DSAI mahu lakukan didalam sistem yang ada sekarang. Sebab sistem yang ada sekarang memang boleh membuat mereka-mereka ini jadi bodoh! Contoh dulu Ahmad maslan berada didalam sistem, semua ayat-ayat yang keluar bodow-bodow jer. Sekarang cerdik pula dia setelah tidak berada didlm sistem.

Sekarang najib pula, dulu bodow ya amat, dah tu kuat pula sakau. Dah keluar dari sistem cerdik jugalah mamat shalalala ni.

DSAI perlu naik sebagai PM secepat mungkin, untuk mereformkan sistem yg boborok dan berpenyakit ini.

Najib ohhhh najib, sekarang baru kau tahu dan terasa meluat bila diperbodohkan. Itulah perasaan kami rakyat sewaktu kau dan menteri2 kau buat wayang kulit dahulu! Kami rasa nak simbah jer kauorang dgn air kumbahan IWK.!!!

Pas ingat Agong titah main ikut suka ke? Soal peguam. Mana la lebai nak tahu menahu antara benar dan jelas..sebab walaun dipebodohkan..

 


Pas ingat Agong titah main ikut suka ke? Soal peguam

Pas ingat Agong titah main ikut suka ke? Soal peguam

Rajin PAS buat poster pasal peranan dan tugas-tugas YDPA.

Mungkin PAS ingat YDPA bertitah ikut suka dia kot tanpa nasihat dari sesiapa.

Kalaulah faham Perlembagaan Persekutuan semudah buat poster macam ni, buang masa kot dulu aku belajar subjek “Constitutional Law” selama 2 semester di universiti.

Buang masa kot orang buat Phd pasal Perlembagaan dan tulis buku komentari pasal Perlembagaan.

Sebaiknya sebelum buat poster ni, adalah lebih baik PAS teliti dulu peranan dan tanggungjawab Executive body (baca: PN) dalam kerangka Perlembagaan. Saya cadangkan PAS amati terlebih dahulu pandangan Almarhum Sultan Azlan Shah yang merupakan bekas Ketua Hakim Negara:-

“The executive itself cannot just act as it pleases, for its own powers are also subject to precise restrictions. Even where limits do not appear to be sufficiently clear, there are rules of unwritten law which dictate the courses of action that may be followed. These rules are called constitutional conventions. They serve to ensure that actions undertaken are not just lawful according to the letter of the supreme law, but are also practical, viable and have the support of society in general. ”

(Rujuk: Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance, HRH Sultan Azlan Shah)

#kitajagakita

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158865603498101&id=76412310

HANYA NEGARA INI SAHAJA YANG DIBENARKAN OLEH ARAB SAUDI UNTUK MASUK KE NEGARANYA

 May be an image of one or more people and text that says "11 NEGARA Yang Diperbolehkan Masuk Arab Saudi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan, hanya ada 11 negara yang dapat masuk ke Arab Saudi per 30 Mei 2021. Akan tetapi Indonesia tidak termasuk di dalamnya. Adapun, 11 negara yang diperbolehkan masuk tersebut adalah: Uni Emirat Arab (UEA) Jerman Amerika Inggris Swedia Irlandia Italia Swiss Portugal Perancis Jepang Kesebelas negara ini diizinkan masuk ke wilayah Kerajaan Arab Saudi atas dasar pertimbangan keberhasilan pemerintah mereka dalam menjaga stabilitas situasi epidemik efektifitas mereka dalam mengendalikan pandemi Covid-19 di masing-masing negara 品 www.jawapos.com f jawapos"

DENGAR BOLEH...TAPI PERCAYA JANGAN...

 May be an image of ‎text that says "‎Home Ahmad Zahid Hamidi Politik Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 hari Mesyuarat UMNO putus keluar dari kerajaan PN dalam masa 14 14 hari June 20, 2021 Ahmad Zahid Hamidi, Politik و فح TunCarlos KUALA LUMPUR- Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan akan menarik diri dari kerajaan sekiranya Persidangan Parlimen tidak dipanggil oleh Perdana Menteri dalam masa 14 hari.‎"‎

JAWATANKUASA BUKA PARLIMEN...PATUT LA SEMBAB

 

May be an image of 1 person and text that says "BERNAMA Jawatankuasa dibentuk teliti persidangan Parlimen PM @MuhyiddinYassin Abdullah bernama.com/bm/am/newp... Translate Kepada pengurusan Rafah kerajaan yang @rafidah72 saya Saya inginkan sedikit pencerahan. berisiko PPE kerana kita membuang 500 ambulan? Kita tidak perlu negative pressure yang saya mahal. kita semua ber- tidakcuk lter. Stafhospital Intubasi merata- berubatan sepatutnya Parlimen Malaysia dakko saya Web App ♡ 27Ree @rafidah72 weets More negative pressure ambulances to be procured to ferry Covid-19 patients- Dr Adham pencerahanya. procure.. lance Abdullah @rafidah72"


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


Help me to understand this, nak buka parlimen pun nak kena ada jawatankuasa? Semua benda nak ada jawatankuasa, padanla serba serbi slow.

Apa yang susahnya nak buka sidang parlimen, Ahli Parlimen semua dah dapat suntikan vaksin Covid, last year waktu nak lulus belanjawan 2021 takde pun masalah sampai macam ini.

Melainkan, kalau buka parlimen itu, Mahidin akan hilang kuasa, that makes more sense.

Tapi tang beli negatif pressure ambulance yang mana Doktor Pakar sendiri kritik, tak ada pula jawatankuasa? Padahal keperluan mendesak adalah untuk wad yang ada penapis HEPA bukannya negatif pressure ambulance.

Saya rasa kewujudan mana-mana jawatankuasa itu bergantung dengan siapa yang untung di sebalik deal tersebut.

 

ADA DUIT KAH NAK BAYAR GAJI ?

 


Pengambilan khas guru: Beri keutamaan anak tempatan, kata kesatuan



Presiden Kesatuan Guru Sabah STU, Said Saidi, berkata pihaknya berharap pra-syarat pengambilan khas guru memberikan keutamaan kepada calon lokaliti atau anak jati setempat.

KOTA KINABALU: Kesatuan Guru Sabah (STU) berharap kerajaan akan memberi keutamaan kepada calon tempatan atau anak jati Sabah bagi mengisi tawaran pengambilan khas guru secara “one-off” seperti diumumkan Menteri Pendidikan Radzi Jidin, hari ini.

Presidennya, Said Saidi, berkata ia bagi mengelak berlaku perpindahan guru dan menyebabkan sekolah kehilangan guru berpengalaman serta mengikut opsyen seperti diikuti semasa di institut pengajian guru (IPG) dulu.

“Kami menyokong penuh inisiatif KPM (Kementerian Pendidikan) berkaitan pengambilan khas guru Secara ‘one-off’ bagi menampung kekurangan guru yang telah lama berlarutan terutama di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

“Kekurangan itu juga merujuk kepada keperluan guru mengikut opsyen yang kebanyakan mengajar di sekolah sekarang didapati mengajar tidak mengikut opsyen mereka semasa mengikuti kursus di IPG dulu.

Said Saidi.

“Sehubungan itu, kesatuan berharap agar pra-syarat pengambilan khas guru ini memberikan keutamaan kepada calon lokaliti atau anak jati setempat bagi mengisi tawaran pengambilan ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Radzi berkata KPM akan melaksanakan pengambilan khas guru secara “one-off” seramai 18,702 pendidik, bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di sesetengah negeri.

Beliau berkata, permohonan pengambilan khas pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 itu, akan dibuka mulai 7 Julai untuk membolehkan pendidik ditempatkan secara berperingkat di sekolah masing-masing bermula Oktober depan.

Sementara itu, Said berkata, pihaknya amat mengharapkan pihak berkaitan memberi perhatian terhadap capaian internet di kawasan luar bandar yang masih lagi bermasalah sehingga kini.

Katanya, masalah terbabit memberikan kesukaran kepada guru dan murid di luar bandar untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Selain itu, kami juga berharap lebih banyak kursus peningkatan kemahiran ICT (teknologi komunikasi dan maklumat) serta pendigitalan pendidikan dapat diperluaskan di kalangan guru.

“Ia bagi memperkasakan lagi penyampaian PdPR agar lebih berkesan dan dapat menarik minat murid mengikutinya secara ‘online’ mahupun ‘offline’,” katanya.

Majoriti DUN sedia bersidang, Muhyiddin hanya berani umum jawatankuasa, malu! kata PKR

 

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata Muhyiddin mesti segera menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membuka Parlimen secepat mungkin.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mesti segera menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk membuka Parlimen secepat mungkin, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, ini berikutan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah pun menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan sidang DUN.

Katanya, adalah amat memalukan jika Muhyiddin tidak memastikan Parlimen bersidang kerana sebahagian besar DUN mahu bersidang.

“Tunggu apa lagi, Muhyiddin mesti segera nasihati Tuanku untuk buka Parlimen Malaysia secepat mungkin!

“Setakat ini, sudah ada tiga DUN yang kenal pasti tarikh sidang, Selangor: minggu ke-3 Ogos, Melaka: pertengahan Julai dan Perlis: 24 Ogos,” katanya di Facebook.

Fahmi berkata, ada lima DUN yang telah atau akan mohon perkenan Agong untuk adakan sidang iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Pahang, Johor dan Perak.

Katanya, tiga lagi DUN iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah pula akan bersidang hanya selepas Parlimen bersidang, atau jika ada arahan pemimpin manakala DUN Sabah akan bersidang sekiranya dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Nampaknya majoriti DUN lebih berani dan bersedia menjunjung titah Raja-Raja Melayu untuk bersidang berbanding Muhyiddin Yassin, yang setakat ini hanya berani mengumumkan satu lagi jawatankuasa untuk ‘teliti’ itu ini. Malu,” katanya.

KAMI TELAH DIKENCING

 



Sham Ghaz

1. Hudud tak laksanakan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Malaysia.


2. RUU 355 juga tidak dibentang untuk dilulus dan dilaksanakan di Seluruh Malaysia


Agama mereka jadikan alat untuk dapat kuasa dan Kerajaan.


Sudah setahun lebih berkuasa, sampai sekarang makan gaji buta tak laksanakan apa yang mereka janji kan dalam Manifesto dan Janji setiap kali Pilihanraya

UMNO JUGA DIKIRA BERSUBAHAT DENGAN PENDERHAKA RAJA

Sehingga ini masih belum ternampak sebarang langkah atau tindakan positif diambil oleh Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin untuk memenuhi titah Agong berkaitan pembukaan sidang Parlimen dengan secepat mungkin.

Malah kenyataan terbaru Mahiaddin tentang penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana Parlimen hendak dibenarkan bersidang ketika tempoh darurat tidak lebih sebagai satu lagi helah untuk melengah-lengahkan titah Agong itu.

Isu di sini, berapa lama pula jawatankuasa ini perlu mengambil masa untuk bermesyuarat dan membentangkan laporan kepada Perdana Menteri?

Hakikatnya, beliau sebagai Ketua Majlis boleh mengarahkan Speaker untuk memanggil sidang Parlimen untuk diadakan dengan secepat mungkin.

Kalau minggu depan pun ia dimahukan, dengan arahan Perdana Menteri selaku Ketua Majlis, sidang Parlimen sebenarnya boleh diadakan bagi memenuhi titah Agong itu.

Sebagaimana disebut oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim semalam, notis 28 hari mengikut amalan biasa tidak perlu lagi dipenuhi kerana ketika ini negara dalam tempoh darurat.

Pokoknya dalam hal ini ialah sama ada Mahiaddin mahu atau tidak saja memenuhi titah Agong itu.

Kalau mahu dan benar-benar setia kepada Raja, tiada alasan untuk berlengah atau menangguh-nangguhkannya lagi.

Tetapi, jika tidak mahu, macam-macamlah helah boleh direka atau diada-adakan.

Yang nyata, pada pandangan rakyat umum, Mahiaddin dan kerajaan PN ini dengan tingkah laku lebih daripada sekali melengah-lengahkan titah Agong adalah sebuah kerajaan yang sudah dianggap sebagai derhaka.

Tidak lama sebelum ini Agong juga ada bertitah bahawa Parlimen boleh dibenarkan bersidang dalam tempoh darurat, tetapi ia langsung tidak dipedulikan oleh Mahiaddin.

Kerajaan ini tidak lain adalah sebuah kerajaan yang kemaruk serta pelahap dengan kuasa tanpa memikirkan masa depan negara serta nasib rakyat yang semakin sengsara kehidupannya.

Lantaran itu, waima ada titah Agong sekali pun, jika ia dilihat mengancam kuasa, mereka akan tampil dengan macam-macam alasan untuk mengelak daripada menunaikannya.

Namun demikian, di sebalik Mahiaddin terus dengan taktik dan helahnya melengah-lengahkan titah Agong itu, apa yang pelik ialah UMNO sebagai kelompok Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN ini masih lagi hidup seolah-olah tanpa perasaan dan tidak sensitif kepada apa yang ada di depan mata.

Walhalnya, dalam majlis menghadap Agong baru-baru ini, Presiden UMNO, Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan, antara pandangan yang disampaikan kepada baginda ialah agar Parlimen dibenarkan bersidang dengan segera.

Pandangan dan keinginan UMNO itu adalah senada dengan apa yang diminta oleh ketua-ketua parti dalam PH yang sememangnya menjunjung tinggi amalan demokrasi.

Sekarang dengan Agong telah mendengar semua pandangan tersebut serta menitahkan Parlimen perlu dibuka dengan secepat mungkin, mengapa UMNO masih mahu terus berada dalam kerajaan PN yang dikira telah derhaka kepada Raja?

Mengapa masih tidak berani keluar segera daripada kerajaan PN sebagai tanda kesetiaan terhadap titah Agong yang merupakan Raja Berperlembagaan?

Buat apa pemimpin UMNO sekadar berani menulis dan melalak dalam media sosial saja, sedangkan masih lena tidur sekelambu dengan kerajaan yang dianggap derhaka kepada Raja?

Tidakkah dengan masih berada dalam kerajaan PN dan menyokong lagi Mahiaddin ini, UMNO juga sebenarnya telah bersubahat dengan penderhaka dan memperlihatkan mereka pun tidak cukup setia kepada Raja? 

(ShahbudinHusin 20/06/2021



MESYUARAT BERKALI DAH ,KEPUTUSAN TAKADA.AKHIRNYA JADI KULI JUGAK....KEH..KEH

 

Biro Politik Umno mesyuarat malam ini, bincang langkah seterusnya






Mesyuarat Biro Politik Umno dijadualkan 8 malam ini akan diadakan secara maya.

PETALING JAYA: Biro Politik Umno dijangka mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dipercayai bagi membincangkan langkah susulan selepas titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.

Sumber memberitahu FMT, mesyuarat dijadualkan pada 8 malam itu akan diadakan secara maya oleh beberapa pemimpin tertinggi parti.

“Mesyuarat Biro Politik jam 8 malam ni. Biarkan mereka buat keputusan langkah seterusnya,” katanya.

Semalam, Pemuda Umno mendesak kepimpinan tertinggi parti itu membuat keputusan tegas jika kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin gagal mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, kegagalan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong boleh dianggap sebagai satu bentuk penderhakaan.

Rabu lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah baginda berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pandangan baginda berhubung persidangan Parlimen tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.

INGAT PESAN HADI AWANG UNTUK GENERASI MUDA

 May be an image of 1 person and text


MOHD MUHKLIS 

Ingat pesanan Guru Abdul Hadi Awang kepada generasi muda yang tidak menyaksikan peristiwa lalu; "Jangan mudah lupa"!.

Lalu Allah Azza Jalla tontonkan sendiri dengan mata dan kepala kita, apa yang berlaku di masa lalu untuk ibrah ummat masa kini.

Ketika ditanya tentang siapa orang yang paling baik, Rasulullah SAW menjawab: “Iaitu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Sedangkan orang paling buruk adalah mereka yang panjang umurnya tetapi buruk amalannya.” (Hadis Riwayat Ahmad)

 

Asmuni setuju usaha kerajaan negeri sembah maklum cadangan tarikh Sidang DUN kepada Sultan Perak

 

Asmuni setuju usaha kerajaan negeri sembah maklum cadangan tarikh Sidang DUN kepada Sultan Perak

Saya dan pimpinan AMANAH Perak amat bersetuju usaha Kerajaan negeri menyembah maklum kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan seberapa segera yang mungkin.

Sebelum ini saya juga telah melontarkan cadangan agar diadakan satu pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) tatkala berdepan dengan pandemik Covid-19. Saya juga mencadangkan agenda membasmi Covid-19 dan pemulihan ekonomi serta pendidikan akan dijadikan fokus perbincangan didalam Sidang tersebut.

JIKA NAK JADI MUSUH AGAMA, PECAT MENTERI PAS DARI KERAJAAAN ATAU JANGAN BEKERJASMA DENGAN MEREKA


May be an image of 1 person, sitting, headscarf and text that says "Hoi!!"


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Mula-mula  Umno musuh agama. Lepas makan duit Umno 90 juta, Amanah dan PKR pula musuh agama.

Sekarang Bersatu bukan musuh agama. Kalau Bersatu nak rasa jadi musuh agama, cuba buang orang parti dia yang jadi menteri.

Jam 12 buang, 12.05 terus jadi musuh agama. Kalau Bersatu tak percaya, terai buat tengok.

Masa dia

peluk

Kit Siang, MCA musuh agama. Bila dia sokong Ka Siong, DAP pula musuh agama.

Masa dia jadi pembangkang, hudud wajib. Tak buat hudud kafir. Lepas jadi kerajaan, tanya bab hudud, suara syaitan.

Dia jual fatwa agama sekupang dua saja. Ikut sedap mulut dia nak kata apa. Seolah² agama ini tak ada sistem, tak ada manhaj.

Sesiapa lawan parti dia, itu penyokong penjajah, penyokong Barat, anti Islam dan sekularis.

Tapi apabila geng dia bermesra dgn al-Sisi yang bunuh ramai pejuang rakyat Mesir, dia diam.

Begitulah dia. Semuanya mengikut selera politik dia. Ayat Quran pun dibaca ikut selera politik dia juga.

Ketika dia lawan Umno, dia baca ayat waman lam yahkum. Apabila dia duduk bawah ketiak Umno, dia baca pula ayat wa'tasimu bi hablillah.

Kalau orang macam ni hidup di zaman Abu Jahal, tentu Abu Lahab lantik dia jadi penasihat agama kerajaan Quraisy.

PH dihukum haram?


Mohd Hafizi


Hari ini dalil dan fatwa dikeluarkan oleh ulamak  Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan mengisytiharkan gabungan PH sebagai haram. 


Allah SWT di dalam al-Quran al-Karim berfirman bermaksud: "Terangkan kepada-Ku wahai Muhammad tentang orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya. Ataupun apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar ataupun memahami padahal mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya." (Al-Furqan: 43-44)


Firman-Nya: "Maka jangan kamu mengikuti hawa nafsu untuk menyimpang daripada kebenaran. Dan apabila kamu memutarbelitkan kata-kata ataupun enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan." (Al-Nisa': 135) 


Firman-Nya: "Wahai Daud, sesungguhnya Kami jadikan kamu penguasa di muka bumi, maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia menyesatkan kamu daripada jalan Allah." (Shad: 26) 


Firman-Nya lagi: "…Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulu dan mereka telah menyesatkan kebanyakan manusia dan mereka tersesat daripada jalan yang lurus." (Al-Maidah: 77) 


Imam al-Nawawi sekali lagi di dalam al-Majmu' Syarh al-Muhadzab m/s 46 juz 1 menegaskan: "Haram hukumnya bertindak semberono dalam memberikan fatwa. Dan haram pula bagi mereka yang meminta fatwa daripada orang yang bersikap semberono itu."


Kesimpulannya, ayat-ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa sikap mendustakan kebenaran dan mengikuti hawa nafsu serakah adalah perbuatan yang dicela oleh Allah SWT. Ia bukan sahaja wujud dalam kalangan ahli kitab atau generasi musyrikin terdahulu, tetapi penyakit ini juga turut menghinggapi segelintir agamawan dan umat Islam pada hari ini. Iaitu penyakit cintakan dunia dan takutkan kematian.


VIDEO : SIRI PEMBOHONGAN HADI AWANG TERHADAP WALAUN - Jangan mudah lupa sehingga ditipu Hadi Awang & Pas berulang kali

VIDEO : JOM DENGAR APA YANG Dato Zaharin Maki Hamun PAS ? Dengarkan Apa Makian Beliau Kepada Lebai L...

UMNO PERLU KELUAR DARI KERAJAAN SEBLUM RAKYAT KUTUK SEPERTI MUHYIDDIN

Tengku-Haphiz-Tengku-Putera

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Terengganu mencadangkan agar parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) jika kerajaan masih gagal membuka Parlimen dengan segera.

Cadangan itu dibuat supaya UMNO tidak terpalit dengan politik derhaka kepada raja seandainya pendirian kerajaan terus acuh tidak acuh merealisasikan titah raja dan tuntutan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera menegaskan pihaknya bersetuju dengan ketetapan Pemuda UMNO Malaysia agar Parlimen Malaysia perlu segera bersidang dalam tempoh 14 hari.

Jelasnya, sebagai kerajaan yang mendukung tinggi prinsip demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaaan seharusnya memahami titah pandangan dan pendirian Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai panduan menyelesaikan kemelut rakyat kini, dan bukannya membuat tafsiran-tafsiran di luar konteks asal.

”Melewat-lewatkan titah ini dilaksanakan menggambarkan sebagai tindakan berpolitik yang menjurus kepada penderhakaan. Pemuda UMNO Terengganu percaya Parlimen adalah platform rasmi untuk ahli-ahli Parlimen mewakili rakyat masing-masing berbahas mencari formula paling ampuh membantu percepatkan proses vaksinisasi dan program bantuan ekonomi rakyat di musim PKP ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan sepatutnya lebih bersifat inklusif terutama di dalam menerima idea semua pihak bagi membantu saku rakyat yang jelas-jelas semakin berkurangan.

Sebagai contohnya, pelaksanaan i-Sinar dan i-Lestari 2.0 wajar dibuka kembali kepada rakyat ataupun setidak-tidaknya beri peluang perbahasan di Parlimen agar ruang cadangan membantu rakyat lebih bercambah.

Menurutnya, sikap sambil lewa kerajaan pusat melayani Terengganu dalam peruntukan tambahan PKP 3.0 juga mengecewakan.

Sedangkan dalam rekod kenaikan harga minyak mentah dunia, purata enam bulan pada tahun ini adalah bersandar pada harga AS$68.85 setong maka seharusnya Terengganu memperolehi sedikit tambahan pendapatan sekurang-kurangnya lebih RM600 juta hasil royalti Petronas untuk Terengganu.

”Oleh yang demikian, sangat penting bagi kami agar Parlimen bersidang segera untuk Ahli-Ahli Parlimen Terengganu menyampaikan hasrat rakyat tempatan yang sangat memerlukan bantuan tunai terutama kelompok B40,” tambah beliau.

Tengku Haphiz berkata, Pemuda UMNO Terengganu turut bimbang terhadap program vaksinasi di negeri yang agak perlahan sedangkan pendaftaran rakyat telah mencecah 440,000 orang iaitu melebihi separuh rakyat yang diberi keutamaan untuk divaksinkan.

Pusat Vaksin yang dibuka juga pula terhad kepada 14 buah sahaja di seluruh negeri menyebabkan pencapaian pevaksinisasian kepada rakyat kurang berkesan, katanya. – MalaysiaGazette

Sekarang bukan masa berkira dengan rakyat – Najib

MGF12092020_CERAMAH-PILIHAN-RAYA-BOSSKU-5


KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta jangan terlalu berkira dengan rakyat yang memerlukan bantuan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+), kerajaan mengumumkan peruntukan tunai sebanyak RM5 bilion.

Oleh itu, kenapa timbul banyak permohonan ditolak untuk bayaran tambahan Geran Khas Prihatin (GKP) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM100 bagi golongan bujang dan RM300 hingga RM500 untuk B40.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika permohonan diluluskan mengapa perlu tunggu bayaran pada akhir bulan Jun sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dikuatkuasakan sejak 12 Mei 2021.

”Yang suruh rayu pula akan dibayar pada bulan Ogos atau September.

”Zaman krisis ini bukan masa untuk berkira dengan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, permohonan penerima BPR atau GKP Fasa 1 tidak patut ditolak atau diperlukan untuk merayu.

“Apa logiknya,” soal beliau lagi.

Ini kerana, secara prinsipnya rakyat tidak tiba-tiba terjumpa harta karun dan menjadi kaya dalam tempoh masa beberapa bulan sahaja pada zaman pandemik ini, ujarnya. – MalaysiaGazett