TAK GUNA CAKAP BANYAK JIKA NAK POTONG GAJI PUN LIAT


TUN M MEMANG TIDAK SUKA ANWAR DAN DAP DAN MERANCANG UNTUK BERSAMA UMNO?


INTI PATI KLIP VIDEO (WAJIB JAUHI TUN M)
1. MEMANG TUN M DAN BERSATU MERANCANG UNTUK KELUAR DARI PH.
2. MEMANG TUN M AKUI BELIAU TIDAK SUKA KEPADA ANWAR DAN DAP.
3. TUN M MEMANG MAHU BERSAMA UMNO, TETAPI PERLUKAN SEDIKIT MASA.
OLEH KERANA ITU, JANGAN PELIK BILA TIBA2 TUN M LETAK JAWATAN TANPA BERBINCANG SESAMA PH.* *BUKANKAH KETIKA ITU, PH MASIH CUKUP SOKONGAN SEBAGAI KERAJAAN WALAUPUN MUHYIDDIN DAN SEMBURIT KELUAR DARI PH BERSAMA KUMPULAN PENGKHIANAT?
ITU SEBABNYA, WAJIB JAUHI TUN M JIKA KITA SAYANG KEPADA PH.
WFAUZDIN NS






ORANG KUAT AMANAH SERTAI PKR?


IBRAHIM MAT ISA

Amanah jangan egoist!
Angin kencang dari pantai barat sampai ke pantai timur. Ana masih husnoz zon!

 Image may contain: text that says "Parti Keadilan Rakyat Butiran Pemohon Pemoho Status Lulus Cabang Ranting ang ingin disertai Negeri Pahang Cabang erantut Butiran Peribadi Nama HAMZAH BINJAAFFAR Tarikh Daftar 23-07-2020 Keanggotaan C0400002951 Tarikh Cetak: 15-11-2020 *ini adalah cetakan berkomputer Tiada tandatangan Muka Surat 1/1"



Mahathir dan Anwar - Pertarungan Proksi Kapitalis Kaya dan Rakyat Miskin.


Image may contain: 1 person, text that says "98 GERAKO 98 GERK ANOS CN Kehadiran Sdr Ezam menambahkan lagi kekuatan Keadilan. Kalau kita tidak mahu bergerak mempertahankan Anwar atau Keadilan, kita tidak perlu sangsi dan ragu dengan mana-mana pihak yang mahu melaksanakan tugas itu. Saya lebih suka Sdr Ezam bersama Keadilan ketika oart ini dalam kesukaran berbanding beliau muncul di saat Anwar berada ditampuk kerajaan. -WFAUZDIN NS"



1.1997- Krisis ekonomi melanda dunia dan  Malaysia.Pertembungan Mahathir PM dan Anwar TPM bermula.Anwar juga Menteri Kewangan.

2.Saya menjadi Setiausaha Politik Menteri Kewangan pada tahun 1996.Saya menyaksikan dari dekat pertembungan Mahathir-Anwar pada tahun 1997 itu.

3.Sebagai Setiausaha Politik,saya hadir mesyuarat post kabinet Kem kewangan setiap minggu.(Anwar adalah seorang menteri yang tidak pernah gagal pengerusikan mesyuarat post kabinet.Tidak spt kebanyakan Menteri sekarang yang tuang/skip post kabinet.)

4.Bermula 1997 hampir setiap mesyuarat post kabinet Kem Kewangan Anwar membawa ke perhatian mesyuarat desakan Mahathir untuk selamatkan syarikat2 besar dan kroni2 besar beliau.Anwar memberi isyarat jelas beliau tidak bersetuju.

5.Disitulah bermulanya kebencian Mahathir pada Anwar.Anwar tidak melayan karenah beliau yang amat cenderung melindungi syarikat kroni2 besar sahaja termasuk anak2nya.

6.Anwar sering mempertahankan sikap beliau yang cenderung pertahan kelompok miskin daripada bail out syarikat2 kaya.Anwar mendidik warga Kem Kewangan agar dekat dengan kelompok miskin.Dizaman Anwar sasterawan2 besar pro rakyat diundang ke Kementerian Kewangan yang sebelum itu sarang kelompok si kaya raya.

7.Makanya Mahathir,kroni dan familinya yang sangat pro kapitalis kaya membenci Anwar.Mereka mula merancang menjatuhkan Anwar.Anwar terus ditekan untuk mengubah sikap pro rakyatnya.Anwar enggan dan bertahan sehingga dihari terakhir di Kem Kewangan beliau dipecat pada 2 Sept 1998.

8.Ia samasekali bukan soal Anwar cekap mengurus atau tidak.Malah rekod pamerkan Anwar diiktiraf MK terbaik dalam dan luar negara sepanjang perkhidmatan beliau.

9.Ianya soal Anwar yang pro rakyat dan enggan tunduk kepada kerakusan sang PM yang pro kapitalis kaya dan utamakan usaha selamatkan si kaya2 keparat ini daripada rakyat miskin.

10.Pada usia 29tahun dan setiausaha politik termuda ketika itu saya ditakdirkan menyaksikan pertarungan ini didepan mata saya.Saya bertanggungjawab meluruskan hakikat yang sebenar ini.

11.Hakikatnya Mahathir adalah alat kepada kapitalis kaya raya korup dan keparat.Ia memusuhi Anwar kerana Anwar musuh kepada kelompok ini.Malang sekali, di usia 95tahun ini Mahathir masih membiarkan dirinya menjadi alat dan perkakas.

12. Kapitalis2 keparat ini memang tidak mahu Anwar menjadi orang no 1 negara ini kerana Anwar tidak akan tunduk kepada mereka seperti Mahathir.Mereka tahu Anwar sebagai seorang PM akan lindungi rakyat bawahan dan tidak seperti Mahathir melindungi mereka yang kaya raya.

13.Sudah berpuluh bilion malah ratusan billion wang negara habis kerana melindungi mereka yang kaya raya ini dari zaman Mahathir menjadi PM.Ia pastinya tidak akan berlaku lagi semasa Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini.


Mohamad Ezam Mohd Nor

16 Nov 2020 /  1 RabiulAkhir 1442H



PERCATURAN YANG MELAHIRKAN KRISIS


Kamelia D Kota


Dengan tak disangka-sangka PH pon menanglah buat julong kalinya dalam PRU14 yg lepas dan berjaya membentuk sebuah kerajaannya yang baharu. Maka terbentuklah sebuah kerajaan yang sah, bermandat dan baharu. 


Tetapi usia kerajaan ini tidak lama bertahannya. Ia menerima berbagai-bagai macam ujian dan dugaan sehingga ia akhirnya jatuh. Jatuhnya bukanlah melalui Pilihanraya sebagaimana sepatutnya tetapi jatuhnya kerana krisis dalaman yang tak dapat diatasi, bertahan dan suatu konspirasi yang disusun rapi.


Mengapa berkrisis? Kalau ada krisis maknanya  ada perebutan kuasa yg berlaku secara dalamannya atau secara terangnya adalah krisis diantara Dr Mahadir dan Anwar. Akan tetapi diperingkat awalnya perkara ini telah pon disepakati dengan semangat mesyuarah. Maka lahirlah perjanjian. Melantik Dr Mahadir sebagai PM untuk tempoh masa 2 tahun dan akan diganti oleh DSAI selepas itu secara sepakatnya. 


Dr Mahadir bersetuju. Dia tak kata pon dia nak sampai habis sepenggal. Cuba kalau dia kata begitu, agak-agaknya jadi tak sepakat tu❓ Mahadir pon tahu yang dia tak boleh kata dia tak setuju. Apatah lagi kalau dia kata dia tak akan bagi Anwar jadi PM, lagi parah la kalau dia awai-awai lagi pecahkan tembelangnya sendiri. 


Jadi langkah awal untuk menciptakan sebuah krisis adalah dengan cara mengubah persepsi. Cetuskan isu baru dan berikan rumusan yg buruk terhadap isu tersebut sehingga timbul persepsi yg negatif terhadap kerajaan PH. Maka tugas spinal ini mudah sahaja. Berikan saja pada Umno dan Pas. Tahulah mereka apa yang perlu mereka buat. Mahadir bagi pula bantuan 400 juta pd negeri Pas dan Umno pula sudah ada cybertrooper mereka yang bergaji.


Apabila kerajaan PH dibanjiri dengan berbagai persepsi buruk, maka dalam masa yang sama Dr Mahadir pon bergeraklah menghancurkan PH dari dalam. Untuk menjayakan konspirasinya maka berlakulah Langkah Sheraton.


Inilah krisis yang dimaksudkan oleh Dr Mahadir yang Anwar gagal mengatasinya. Dr Mahadir hanya sebagai ahli parlimen Langkawi cuba menyindir Anwar yang adalah sama juga seperti dia iaitu sebagai ahli parlimen Port Dickson ja. Sama ja. Kenapa Dr Mahadir tak kata kat Muhyidin. Kamu lah Muhyidin yang tak mampu menjadi pemimpin negara yang sedang berkrisis ni.. kenapa nak kata kat Anwar atau kenapa kamu elak dari mengata kat diri kamu sendiri yang kamu tak mampu memimpin sebuah negara yang berkrisis disaat ini. 


Maka siapakah yang paling busuk dalam pengertian ini❓‼️

RAIKAN DEMOKRASI.. HUSAM PUN PATUT SERTAI PKR...


Raikan demokrasi.. Bila tersebar berita kononnya ada YB Amanah Selangor dikatakan menyertai PKR..Kita harus raikan hak Demokrasi.. Bukan setakat katanya YB Meru..Aku rasa Husam juga jiwanya sesuai dengan PKR... Dah sepatutnya Husam juga sertai PKR... 


Jangan jadi seperti PAS.. Mereka yang Hijrah dianggap Khianat hanya sebabkan ketika itu tak setuju ada kepimpinan PAS bersetuju dengan hala Tuju Ds Anwar..sehingga digelar Anwarinas.... Tak betul, Politik hanya Ijtihad..Jika suatu hari nanti ada orang PKR rasa tak sesuai dalam PKR, Juga boleh berhijrah..Janji masih bersama dan berpegang kepada Prinsip menentang Kleptokrat dan reformasi..


Dalam Sejarah Politik , Hijrah dan kecenderungan kepada parti kepada wadah lain itu biasa..Dulu difahamkan Saifuddin Nasution pernah jadi ahli PAS, Lepas tu kembali kepada PKR.. Begitu juga dengan Kamaruddin Jaffar.. begitu juga Zaid Ibrahim, Mula mula sertai PKR, selepas itu DAP..


Bila kita meraikan perbezaan wadah Politik.. Kita juga mesti meraikan perbezaan pendekatan dalam Politik, tak boleh paksa parti lain ikut telunjuk dan cara kita berpolitik.. Orang ni tak betul..Orang ni salah..hat dia jer betul.. 


Amanah pun aku berpendangan, Kena buat Penyesuaian Politik dan Pendekatan.. Lebih Inklusif dan terbuka.. dah masa struktur Organisasi Amanah berubah.. termasuk Kepimpinan ,lambang dan warna Parti.. Contohi Parti Warisan.. aku rasa Amanah mampu.. 


Yang Penting jangan ambil Pemimpin yang suka dengan idea idea terlalu besar..Populis.. dan suka join program program Scammer ini..Ini kena ubah... nak terima keahlian dan kepimpinan Politik kena kaji latar belakang.. Orang kalau pernah Join program Scammer dia selalunya oppurtunis.. Dalam Politik kena realistik..berpijak dengan realiti..  :)


Ipohmali



PELAJARILAH APA YANG TELAH TERJADI

 


KAK IDA ABDULLAH

Kita dinasihati jangan menyesal apa yang telah terjadi. Namun kita disaran meneliti dan mempelajari dari apa yang telah terjadi supaya kesilapan tidak diulangi lagi.

Saya selalu bertanya kepada kawan-kawan

"jika DSAI tidak berada dalam penjara, adakah Mahathir akan datang berjumpanya dan bekerjasama menjatuhkan Najib?"

Jawapan mereka "tidak"

Saya : "Dah tu kenapa kita terima dia?"

Kawan-kawan : "Ala dia dah tua, berapa lama buleh hidup lagi? Dia pun dah insaf. Biarlah kita perlu dia untuk menang!"

INSAF? KERANA DIA KITA MENANG? OI HAMPA TOLAK ALLAH TEPI?

Terima la natijah apabila seseorang yang tidak pernah menyesal atas kezalimannya.

Memang jika difikir apabila DS Wan Azizah mesra Kak Wan ditawar PM kerana mempunyai kerusi majoriti, menerimanya tentu pengkhianatan Muhyidin jika pun berlaku, PH takkan jatuh!

Namun kita tidak boleh undur dan berfikir jika begini, begitu kerana TIADA sesuatu boleh berlaku TANPA IZIN ALLAH AZZAWAJALLA. Kita hanya boleh jadikan ia sebagai pengajaran agar kita tidak dipatuk lagi dan lagi di masa hadapan.

Mungkin kesalahan pemimpin-pemimpin PH yang Muslim tidak solat istikarah mohon petunjuk sebelum bersetuju setan bertopeng manusia masuk dalam gabungan kerana yakin dengan kehebatan manusia melebihi Tuhan! Maka terimalah musibah.

Melangkah kehadapan, DSAI pastinya sudah ketahui sekarang dan belajar mencari hikmah dalam musibah. Kawan-kawan paling rapatlah yang biasanya meninggalkan DSAI berbanding penyokong bawahan seperti saya dan anak-anak yang sudah puluhan tahun masih setia dan pertahankan. Kerana apa?

Kami, TIDAK mengharap selain dari kehidupan yang lebih baik, penuh keberkatan hasil dari sebuah pentadbiran yang diredhai Tuhan. Itulah harapan rakyat bawahan yang ingin melihat negara sehebat negara jiran yang bersaing sihat kerana orang Malaysia TIDAK semua dungu! Malah ramai yang cerdik sekadar tiada keberanian kerana tiada prinsip hanya ingin hidup lumayan, persetankan yang lain!

Selama sejak merdeka TIADA pemimpin yang mendidik, yang mahu mengangkat mertabat rakyat selain Anwar Ibrahim. Oleh kerana matlamat itulah kami tetap setia, berbanding rakan-rakan rapat, yang senang sekali bertukar menjadi musibat, saat wang dan pangkat ditawarkan.

Doa kami sekeluarga dan saya yakin yang masih setia dan yakin matlamat kebenaran perlu ditegakkan, akan terus menyokong reformasi DSAI dan memohon bantuan Allah SWT sehingga berjaya bumi tercinta ini ditadbir dengan baik, bersih dan adil. Sudah sekian lama negara tercinta ini ditadbir oleh manusia-manusia tamak haloba. Rakyat perlu bersatu menyelamatkan Malaysia dari terus mundur dan hancur dari tangan-tangan penipu dan pencuri yang memegang jawatan tanpa amanah, kerana tiada usaha memulih dan mereformasikan sistem yang rosak.

Siapa pun PM selain Anwar Ibrahim, sistem yang rosak akan menghasilkan pentadbiran yang bobrok. Hanya pentadbiran sedemikian yang akan memastikan pemimpin terus kaya dan rakyat terus papa kedana.

Rakyat kini berpeluang melihat perangai-perangai yang bergelar YB dari pelbagai parti samada rakyat atau nafsu mereka didahulukan. Sekali lagi Anwar Ibrahim melondeh setiap seorang dari segenap lapisan. Dapatkah beliau berbuat demikian jika beliau berada disebalik tirai besi? Itulah sebab kenapa PM bacul dari Mahathir, Najib memastikan Anwar disimpan dalam penjara.

Apabila tampak Anwar mara, halangnya dengan apa cara walau pun bersandiwara! Drama mamak Mandeliar berjaya memperdaya!

Semuga Allah melindungi DSAI untuk rakyat dan negara Malaysia, amiin.

 

KISAH ORANG TUA NYANYUK


IBRAHIM MAT ISA

Image may contain: 7 people, text that says "Dr. Mahathir bin Mohamad, berani bidas data ini? BERITA 279 Shares A+ A- Anwar tak mampu tadbir negara di saat krisis, kata Dr M Diterbitkan 14 Nov 2020, 6:20 am SELEPAS ANWAR, BELANJAWAN DEFISIT 15 TAHUN BERTURUT-TURUT 2.3 0.80.7 2.87 -3.6 3.2 3.3 -4.1 -5.4 1988 1992 1998 Figure gure1iabudgedejcik19882018 Malaysia 1988-2018 2004 SR-6 arargiyor 2010 2016 2018" 

Ada orang tua nyanyuk membebel bahawa Anwar gagal menguruskan krisis. Iya betul, tak semua orang mahir semua perkara, tapi tak semua pandai tahap mega sampai tua bangka.

Tapi mampukah orang tua itu mengulas data yang kekal jadi sejarah begini dan kritik Anwar sambil menafikan bahawa Anwar tidak terlibat sepanjang rekod surplus tercatat?

Ah... Orang tua itu buta kali. Atau memang itu dasar mahafiraun?

 



TAKKAN TAK FAHAM LANGKAH SHERATON TU DIBAYANGI MAHATHIR?

 


IBRAHIM MAT ISA

Image may contain: 2 people, text that says "mana' 3h Parti Amanah Negara @PartiA... Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Abdul Samad berpendapat Pakatan Harapan (PH) pada masa ini tidak perlu menambah senarai musuh menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).. Serang menyerang antara Tun M-Anwar hanya untungkan Muhyiddi... gemilangdaily.com"

Duk puji Mahathir, duk tunduk dekat Mahathir, lambung Mahathir lagi bapa punya keuntungan kepada Muhyiddin.

Pemimpin Amanah tak faham lagi ke langkah Sheraton tu atas restu Mahathir? Tak faham lagi ke game Mahathir nak kucar kacirkan kesatuan Pakatan Harapan?

Yang nak hadap sangat dekat Mahathir tu pasal apa? Apa ke benak sangat pemimpin Amanah aku pun tak faham!

KALAU SEMUA USTAZ EBIT LIEW BANTU, 70 MENTERI JADI POKOK GETAH

 

SIAPA KATA ANWAR TAK LAYAK JADI PM MASA KRISIS EKONOMI?


DAH JADI KERAJAAN, MENTERI UNDANG UNDANG PUN DARI PAS...JADINYA???

 

Image may contain: 1 person


FAEZUDDIN PUAD


Sekarang dah jadi kerajaan melayu Islam, PAS ada dalam kabinet, SU Agong PAS Menteri Undang-Undang. Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama juga daripada PAS.

Sekarang siapa berani halang? DAP tiada kuasa lagi.

Sedar la bahawa semua ni sekadar sembang kosong saja tuan-tuan.





JANGANLAH BODOHKAN RAKYAT....INGAT NI ZAMAN TOK NADOQ KAH? WEIIIII...WALAU RAKYAT BUKAN KAYANGAN..RAKYAT DAH CERDIK LA BADIGOL

 

Usah risau jika belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan PN ditolak atau tidak diluluskan, ianya tidak akan tergantung begitu saja.

Sebaik saja belanjawan ditolak dalam dewan, maka Muhyiddin perlu meletakkan jawatan. Kemudian, Menteri Kewangan daripada Kerajaan yang baru akan bentang Belanjawan yang baru.

Saya harap kawan-kawan daripada PN jangan la hidang fakta yang salah kepada rakyat.

Jangan cuba bodohkan rakyat.


Image may contain: text that says "'Gaji penjawat w awam boleh dibayar walau Dewan Rakyat tolak belanjawan'"


KENAPA DIPADAM ???

 

RINA HAMZAH

Image may contain: text that says "KWSP EPF INFO Pencerahan Isu Pengeluaran Akaun 1 KENYATAAN DIBUAT PENCERAHAN Australia telah Pengeluaran AUD10,000 tersebut membenarkan sangat bersasan dan hanya mereka yang kehilangan sumber Pengeluaran pendapatan sahaja layak untuk sahaja yang Simpanan kelonggaran sebegitu Persaraan ahli melalui kemudahan pengeluaran i-Lestari Tambahan lagi,median mereka sebanyak gaji pekerja Australia adalah lebih RM20,000 AUD10,000 bagi berbanding dengan pekerja di RM2,000 tahun 2020 dan simpanan pekerja 2021. diAustraliajuga adalah lebih "SR alkyat berbanding pekerja diMalaysia. Se POSTING LESAP? 'MOF' & KENAPA KWSP NI Bertubi-tubi kena kecam ka..."


KENAPA infografik ni kat page Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) & KWSP telah dighaibkan ??!

Tak malu ke MOF nak bangga buat INFOGRAFIK bebal macam tu... Kalau 'PENCERAHAN' tu benar, kenapa NAK DELETE ??!

Mula-mula  KWSP sebar.. DELETE

Pastu MoF.. DELETE gak

Dedua bangang macam Menteri Banker tu..

CUBA KORANG CHECK...........

https://www.facebook.com/Kementerian.../posts/10158159653513

SR





Fakhrulrazi hijrah ke PKR tidak perlu sindir menyindir

 

 

HADI AWANG & MAT SABU ADAKAH BERBEZA?

 

Ramai rakan-rakan dari parti Mat Sabu mereka mungkin terkejut dengan keputusan ADUN MERU, Mohd Fakhrulrazi berhijrah ke PKR iaitu parti komponen PH.

Siapa sangka Mat Sabu yg memusuhi Tun Mahathir 40 tahun lamanya ( lebih lama dari Anwar ) kini dilihat mempertahankan orang tua itu. Mat Sabu sehingga hari ini belum pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menolak Mahathir, apatah lagi menyerang Mahathir.

 

Jadi saya melihat cara Mat Sabu telah membuatkan membuatkan PH ini lemah, partinya dilihat tidak move on, PH mudah dipecah belahkan oleh musuh dalam selimut, partinya dilihat hanya bergantung kepada parti-parti  lain dan dia dilihat seperti mempunyai agenda peribadi dengan menggunakan partinya.

 

Saya tidak mahu menyalahkan PAS mahupun Amanah sebab itu saya gunakan istilah Parti Hadi Awang dan Parti Mat Sabu kerana parti tidak bersalah tetapi nakhodanya yang membuatkan kapal itu tersesat arah dan silap-silap  boleh tenggelam.

 

Bagi saya asas perjuangan PAS dan Amanah adalah baik tetapi telah 'disesatkan' oleh nakhoda masing-masing . Saya mengenali ramai rakan-rakan  dari parti Mat Sabu yang mereka sependapat dengan saya. Malah ramai antara mengatakan Parti Mat Sabu ini patut diserahkan kepada Adly dan Husam sebagai nakhodanya.

Saya melihat tiada bezanya Hadi dan Mat Sabu. Apa persamaan Hadi Awang dan Mat Sabu? Hadi ketika bersama Pakatan Rakyat dia menyokong Ku Li menjadi PM sedangkan Ku Li bukan berada di dalam PR. Mat Sabu selain menyokong Anwar dia juga menyokong Tun dilantik semula dan kemudian Syafie Apdal sebagai PM sedangkan keduanya itu bukan bersama PH.

 

Hadi main dua kolam dengan menyokong UMNO melalui MN dan dalam masa sama menyokong Bersatu bersama PN. Mat Sabu juga dilihat bermain dua kolam dengan menyokong Anwar dan dalam masa sama mahu bekerjasama dengan Mahathir.

 

Parti Hadi kemenangannya kecil tetapi Hadi gunakan UMNO dan Bersatu menjadi Menteri dan begitulah Mat Sabu partinya hanya menang kecil tapi menumpang pengaruh PKR dan DAP menjadi Menteri. Keduanya dilihat seperti 'kaduk naik junjung.'

Hadi Awang membawa kapalnya jauh dari asas perjuangan seperti era Ustaz Fadhil Nor dan TGNA kerana sanggup bersengkokol dengan UMNO dan Bersatu mengkhianati mandat rakyat. Mat Sabu juga masih mahu bekerjasama dengan Tun yang mengkhianati mandat rakyat kerana Tun telah merancang kepada pengkhianatan ini.

 

Apabila ada pemimpin parti Hadi keluar parti mereka akan dicemuh. Begitulah juga jika ada parti Mat Sabu keluar beliau akan disindir gila jawatan. Bezanya mereka yang keluar parti Hadi akan lawan parti lamanya tapi yang keluar parti Mat Sabu mereka berjuang melawan musuh yang sama. Mereka mungkin keluar bila melihat parti Mat Sabu mempertahankan musuhnya.

 

Saya sebagai penyokong PH tidak berparti merasakan tak salahnya rasanya Tuan Fakhrulrazi mencari wadah baru yang sesuai dengan perjuangannya. Jika saya dalam kedudukannya saya juga akan meninggalkan parti Mat Sabu kerana saya melihat Mat Sabu mahu bekerjasama dengan individu yang mengkhianati rakyat dan perjuangan parti.

 

Husam Musa, Dr Mujahid dan Fakhrulrazi dilihat antara pemimpin parti Mat Sabu yang menyokong Anwar secara total dan menolak Mahathir secara total. Khabarnya bekas KM Melaka, Adly Zahari juga berpendirian yang sama. Itu tidak termasuk ramai pemimpin-pemimpin kecil yang samada menyokong Anwar atau menolak Mahathir. Jika Mat Sabu memilih Tun partinya boleh terbahagi 2.

Sebagai pemerhati politik yang bebas menulis atau mengkritik apa sahaja...saya melihat sewaktu Professor Aziz Bari meninggalkan PKR dan menyertai DAP tidak pernah saya dengar serangan samada pemimpin atau ahli-ahli  PKR menyerang beliau atau menghina beliau memasuki parti yang diketuai bangsa Cina.

Sebab itu selalu saya katakan PKR ini parti intelektual ( bukan secara total ).

 

Ramai penyokong atau ahlinya terdiri dari golongan profesioanal Melayu, Cina dan India. Sebab itulah kekuatan PKR di Bandar-bandar besar terutama di negeri Selangor, N9, Melaka dan beberapa kawasan di PP.

Pandangan saya untuk memulihkan Malaysia, Hadi Awang serta Mat Sabu mesti disingkirkan menjadi Presiden parti mereka. Kerana kedua dua nakhoda ini hanya menyusahkan rakyat Malaysia untuk memerangi kleptopkrasi yang akhirnya negara ini dikuasai oleh politikus-politikus  anyg hanya mengaut keuntungan dari laba politik.

 

Siapa boleh menjadi wakil Mat Sabu yang boleh berikan 5 sebab PH wajib menyokong Tun bersama sebab Mat Sabu sehingga kini masih gagal memberi penerangan yang benar-benar menyakinkan saya? Saya dah bosan hanya mendengar lawak jenaka terjerit jeritnya sambil mencampakkan mikrofon.

 

Credit fb: Norman Radzuan

 

 

 

MENITIK MALAM

MENITIK MALAM

Interview eksklusif Malaysia Gazzette dengan Anwar yang disiarkan menerusi live Fb sekejap tadi seperti menelan seteguh air di tengah sehara. Ia terlalu pendek untuk mengikuti sejarah dramatik seorang Anwar yang panjang dan berlekok-lekok.

Apa diajukan kepada beliau dijawab dengan tuntas dan konsisten. Anwar tidak lari dari paksi perjuangan dan terpesung daripada ensel prinsipnya sejak dulu hingga kini.

Apa terkesan bagi saya dalam interview selama 21.49 minit itu apabila ditanya apakah rahsia menyebabkan beliau istiqamah dengan perjuangan walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, dijawabnya "senyum walaupun di dalam hati menangis, senyuman dalam tangisan."

Tahniah kepada MG atas inisiatif itu yang membuka pencerahan untuk khalayak mengenali sosok bernama Anwar Ibrahim. Trims. Disertakan beberapa foto yang sempat saya tangkap layar semasa interview itu.

 


RULE OF LAW DAN SOKONGAN NAJIB



 1. Tulisan ini hanyalah sekadar pandangan saya berdasarkan apa yang saya pernah alami dan apa yang saya lihat dan yang saya baca.Ia tidak konklusif dan tidak sama sekali mengikat sesiapa.

2. Semasa PH yang mendapat mandat rakyat yang sah menjadi Kerajaan yang sah, saya sendiri masih ingat betapa banyak dan betapa kerap kami ditanya oleh rakyat bilakah misalnya mereka boleh lihat mantan PM di zaman BN dan beberapa orang yang lain akan dihukum penjara?.

Boleh dikatakan soalan panas tersebut ibarat sentiasa mengungguli dan menjuarai carta.

2A. Ya, ia soalan yang amat sukar untuk dijawab. Dan jika sudah dijawab pula, ia amat sukar untuk berjaya puaskan hati orang yang bertanya. Secara mudahnya, jawaban kami adalah isu yang dibangkitkan itu ada kaitan dengan prinsip “rule of law” ( kedaulatan undang-undang).

Bagi rakyat pula, prinsip rule of law itu terlalu abstract untuk difahami.

3. Mungkin setengah dari rakyat sendiri tidak begitu sedar bahawa hanya di zaman PH, mereka boleh, buat pertama kali, melihat mantan PM dan beberapa mantan menteri atau orang besar yang berjaya didakwa di mahkamah. Itu sendiri sepatutnya sudah dikira satu kejayaan besar PH !

Akan tetapi,malangnya, itu masih tidak mencukupi bagi rakyat.

4. Proses membicarakan sesorang yang buat salah atau melakukan jenayah di mahkamah ada kaitan dengan konsep “rule of law”. Dan prosesnya agak perlahan serta panjang dan tak sedikit yang rasa kurang selesa dan kurang sabar. Tetapi, suka tak suka itulah prosesnya. Ya, ia proses yang amat tidak popular. Tetapi proses itulah yang dinamakan ” a due process” yang bertunjang kepada prinsip keadilan. Keadilan wajib dilaksanakan hatta kepada insan yang kita tidak suka atau insan yang kita paling benci. Itu juga ajaran agama Islam-lihat Al-Quran 5:8.

5. Ya, jika nak mudah atau nak popular, Kerajaan PH boleh sahaja misalnya tangkap YB Pekan di waktu dinihari dengan polis yang beropeng macam samurai lakukan serbuan dengan bersenjata M-16, gari tangan YB Pekan, selubung muka dia dan dia terus ditahan macam seseorang yang ditahan di bawah ISA atau SOSMA.

Lepas itu beliau tidak perlu dibawa ke mahkamah untuk dibicara, dinafikan dia hak untik dapat peguam atau hak untuk dijamin . Sebaliknya terus sumbat dia dalam lokap atau penjara menunggu dia “reput” di penjara.

6. Jika itu yang PH lakukan, apa guna rakyat bersusah payah beratur panjang pada 9/5/2018 untuk mengundi PH jadi Kerajaan dan sekaligus tumbangkan BN.

Mungkin apa yang saya sebut di atas itu, Umno/ BN lagi pandai dan cekap lakukan dan tidak sedikit mantan menteri PH sendiri pun pernah jadi mangsa kezaliman dalam negara yang diperintah oleh rejim BN yang mungkin hanya ada law tapi tiada rule of law yang sebenarnya.

7. BilaYB Pekan mula dibicarakan, rakyat mula gembira sedikit. Bila satu-persatu bukti dikemukakan oleh pihak pendakwa di mahkamah, rakyat semakin teruja. Bila beliau didapati bersalah, ada rakyat yang menangis kerana terlalu bersyukur dan yang lebih ramai yang melonjak kerana terlalu gembira.

Masa tu rakyat sangat berharap YB Pekan akan dihantar ke penjara hari beliau dijatuhi hukum itu juga untuk lihat “proses pereputan” beliau di penjara!

8. Rupanya, YB Pekan tidak ke penjara pada hari tersebut walau dihukum penjara.Dia masih bebas sebab undang-undang membenarkan perlaksanaan hukuman penjara dia digantung ( stay of execution) kerana dia merayu. Ada dua lagi mahkamah dia boleh merayu-mahkamah rayuan dan mahkamah Persekutuan. Itulah “due process” nya atau nama lainnya “rule of law”.

9. Rakyat kecewa sekali lagi dan marah lagi. Rakyat lebih kecewa bila lihat YB Pekan masih boleh bebas pergi berkempen dalam PRK dengan diiringi atau ditemani rider polis dan bodyguard lagi. Dia masih boleh pergi ke parlimen dan hatta diberi masa 90 minit untuk berbahas bajet lagi.

Ada yang tanya saya ” kenapa dia boleh buat itu semua YB?.Saya tak mampu nak jawab.Tapi itulah “due process”nya.

10. Bagi kebanyakan rakyat hatta golongan cerdik pandai ,YB Pekan telah pun dikira bersalah bagi semua kesalahan khususnya yang berkaitan dengan skandal 1MDB. Semua kesalahan itu pula ibarat tidak boleh dimaafkan.

Saya tak salahkan rakyat sebab rakyat dah terlalu puas menderita kerana 1MDB.Bagi rakyat hukuman secara politik – kerajaan dia ditumbangkan- sepatutnya sama dengan hukuman secara undang -undang.

11. Dalam senario sebegitu, maka apabila diberitakan bahawa YB Pekan misalnya menyokong untuk DSAI jadi bakal PM, ramai yang marah dan rasa kecewa. DSAI juga turut diherdik dan dimarahi. Dengan secara mudah, DSAI juga dihukum kononnya menyokong YB Pekan. Dan dituduh serta dispekulasikan juga kononnya DSAI mungkin juga akan sokong-sekiranya beliau jadi PM- untuk YB Pekan dilepaskan dan dibebaskan.Ya, sedikit sebanyak apa yang mereka lihat macam mana Musa Aman dibebaskan, telah mempengaruhi ” judgment” mereka ke atas DSAI berhubung YB Pekan dan mereka yang sewaktu dengannya.

12. Untuk berlaku adil kepada DSAI, bagi saya, beliau tidak sewajarnya dihukum sebegitu hanya kerana YB Pekan telah bersuara sebegitu. Mungkin sahaja YB Pekan sendiri ada sebab tersendiri untuk dedahkan sokongannya ke atsa DSAI.

Seingat saya, saya tidak pernah mendengar lagi DSAI berkata yang YB Pekan dan mereka yang sewaktu dengannya akan dibebaskan jika beliau jadi PM. To be fair, sejak bila pula DSAI boleh kawal apa yang YB Pekan nak cakap?

13. Musa Aman dibebaskan.Ya, tapi itu berlaku di zaman Kerajaan Tebuk Atap yang tiada mandat rakyat.Ia tidak ada kena mengena dengan DSAI.

Jujurnya,saya musykil kenapa nak samakan jika ditakdirkan DSAI jadi PM, YB Pekan dan yang sewaktu dengannya pun akan diperlaku macam Musa Aman ?

Bagi saya, ia suatu prasangka semata mata yang amat tidak adil kepada DSAI. Dan saya tak rasa DSAI, setakat yang saya kenal, yang amat menjunjung prinsip rule of law dan pernah beberapa kali jadi mangsa kezaliman di zaman hampir ketiadaan rule of law akan bersikap macam Kerajaan Tebuk Atap.

14.Bagi saya, secara peribadi, tidak ada salahnya DSAI diberi peluang untuk mengemudi bahtera negara.Pengalaman luasnya walau mungkin tidak seluas YB Tun M -yang saya juga rasa amat banyak jasanya-itu fakta- mungkin berguna pada rakyat Malaysia.

Satu ciri tambahan yang ada pada DSAI yang mungkin tidak ada pada pada PM sekarang atau para mantan PM yang lalu adalah ini : Bagi saya, DSAI mungkin lebih mudah menjiwai penderitaan dan kesusahan kerana sejarah politik beliau terlalu banyak diwarnai dengan pelbagai warna penderitaan dan kesukaran! Dan itu bagus untuk rakyat!

والله اعلم

Mohd Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang

15/11/2020.



POLITIK SATIRA SEMASA: KAJANG MOVE


 Oleh: C. Nicholl (Bahagian II)

Setelah tayar bas diganti dengan sebiji tayar baru oleh kuli Hamzah, mereka semua kembali ke dalam bas.

Muhyudin kembali ke tempat duduk pemandu, lalu menyalakan injin sambil menunggu seorang demi seorang mendaki tangga bas untuk masuk ke dalam. Seperti yang dirasainya sendiri, dari pandangan Muhyudin, mereka semua seperti kehausan.

Yang paling akhir naik ialah Annuar.

‘Kau kira dulu, semua dah masuk ke?’ Kata Muhyudin kepada Annuar.

‘Ok, pm.’ Jawab Annuar pendek sambil menghitung penumpang yang semuanya duduk.

Dalam seminit kemudian dia berpusing balik  dan kembali ke depan dan membisik kepada pm.

‘Tiga penumpang tak ada, pm..’ suaranya yang agak perlahan masih dapat didengari oleh dua penumpang paling depan, Redzuan dan Takiyudin.

‘Sapa..?’ Tanya pm sedikit gusar.

‘Najib, Zahid dan Maslan.’ Jawab Annuar tegas.

‘Aku dah agak dah..’ kata Redzuan lagaknya seperti menyindir. ‘Mereka naik bas depan tu tadi..’

‘Bas PKR 1 tu tadi, ye..?’ Tanya Muhyudin seperti meminta pengesahan.

‘Ada kemungkinan..’ kata Takiyudin seperti membantutkan tohmahan. ‘Tapi mungkin tidak.’

‘Mungkin mereka pergi minum dan tunggu di depan..’ kata Annuar seperti mahu mengamankan keadaan.

‘Tak pa, pm..kita jalan dulu..nanti saya hantar text kat depa bertiga tu..’ jelas Annuar.

‘Ini yang aku tak gemar ni..kalau nak tukar bas pun, beritahulah dulu. Apa aku nak cakap kat hakim besok?  Tak kan nak mintak postpone lagi..leceh betullah mamat-mamat ni..’  Sambil bercakap, dia mula menggerakkan bas memasuki lorong paling kiri lebuhraya yang agak sibuk itu.

Annuar masih berdiri sambil memegang tiang besi keselamatan disebelah Redzuan.

‘Kita ada game minggu depan..itu hari mereka bertiga tu cakap nak main team kita..itu pasal aku nak bawa mereka selesaikan kes mereka dulu..tidak budak bertiga tu tak leh main..’ Sambung Muhyudin.

‘Oh macam tu ke kapten..’ Takiyudin bertanya pm yang juga menjadi kapten team mereka semua.

‘Undang-undang baru ke pm..?’ Tanya Redzuan.

‘Tak lah ..dah lama.. kalau tukar team, kena report dulu kat mahkamah. Tidak, tak leh main..’

‘So, bagusnya, mereka pun tak leh main team lawan jugak..’ kata Takiyudin.

‘Ye lah..mereka lupa tu..’ jawab Annuar sambil melihat kepada talipon bimbitnya.

‘Oh ada message dari Najib.’ Kata Annuar.

‘Oh apa katanya?’ Tanya Muhyudin.

‘Kami sedang makan satay di Kajang. Kalau perlu kami dalam team, sila datang ambil kami… Itu message dia,’ kata Annuar.

‘So, macam mana, pm.?’ Tanya Takiyudin. ‘ ..kita masuk Kajang dulu, makan satay dan ambil mereka? Dah tak jauh dari sini..’

‘Ya, bagus juga. Saya pun lapar ni..’ Annuar seperti mengesor.

‘Saya setuju.’ Sampuk Redzuan.

Selepas semuanya diam beberapa ketika Muhyudin bersuara.

‘Ok, beritahu kepada semua dalam bas.’ ‘Malam ni pm belanja makan satay Kajang.. dengan satu syarat.’

‘Apa syaratnya, pm..?’ Tanya Annuar.

‘Syaratnya semua mesti makan. Jangan ada yang tinggalkan kita, cakap satay Kajang tak sedaplah, nak pergi cari ayam kampunglah, nak cucuk satay sendirilah, nak bakar satay sendirilah..dan macam-macam lagi.. ini semua tak boleh.. tidak dibenarkan Salam pasukan kita.’

‘..dan satu lagi..’ dia sambung. ‘ ..lepas makan, kembali terus ke bas..jangan nak ngeteh pulak..kita dah tak ada masa dah.. kena praktis sebab game kita dah tak lama lagi.’

‘Ok pm..’ mereka semua menjawab hampir serentak.

Setiba mereka di satay Kajang, kelihatan ramai peminat sudah menunggu. Kelihatan ramai juga polis yang mengawal jalan masuk yang begitu sibuk dengan orang ramai yang lagaknya seperti sudah menunggu ketibaan mereka.

Dari jauh kelihatan bas PKR 1 meninggalkan jalan keluar dari Kajang satay.

‘Mereka telah disini lebih awal.’ Fikir Muhyudin sendirian. Dalam kesamaran malam dan keadaan trafik yang begitu sibuk, dia sahaja sebagai pemandu yang dapat melihat dengan jelas kenderaan lain yang bergerak di depan.

Banyak penumpang di dalam basnya bersikap benar-benar seperti penumpang; bukan pemandu. Banyak yang tidur dan tidak arif dengan persekitaran apa lagi aktiviti-aktiviti di jalanan.  Cuma dia, sebagai supir, yang lebih mengetahui keadaan sekitar.  

Bas mereka yang dua tingkat, tinggi dan panjang itu bergerak perlahan memasuki ruang parkir yang telah di kosongkan. Dia memberhentikan basnya betul-betul di depan ruang makan yang agak besar dan sudah tersedia. Ruangnya dengan barisan meja dan kerusi serta hidangan diatas, masih agak kosong kecuali satu meja dihujung yang telah diduduki beberapa orang tamu.

Dari sudut tempat duduk pemandu, Muhyudin dapat melihat dengan jelas siapa mereka bertiga.

‘Celaka punya gang.’ Dia berkata dalam hatinya. ‘Mereka makan di kedua pihak. Dengan team lawan dia makan.. dan makan lagi dengan team aku pulak.’

Dia lantas mematikan injin bas dan membuka pintu bas dengan menekan buka butang otomatiknya.

Di depan pintu bas ramai orang yang berpakaian agak kemas bersama beberapa ramai gadis penyambut tetamu, dalam dua barisan telah menunggu.

Seorang lelaki yang agak gempal dan besar badannya, berpakaian lounge suit serta tali leher berwana biru muda yang lagaknya seperti ketua mereka, naik ke tangga bas dan membaca satu nota di tangannya.

‘Selamat Latang ke Kajang Satay, tuan-tuan dan puan-puan… Makan malam ini, ditaja oleh Latuk Kunang Kunang, dengan dukacita, menjemput anda sekalian dari pasukan..’ dia melihat notanya dengan lebih dekat.

Sambil menyambung. ‘…pasukan perniagaan.. bukan, pengkiatan..bukan,  percakaran… peniakan.. peranakan… pemakan…semua bukan.’

Dia mendongak kepada pm. ‘.. sorry ah..gua tak tahu cakap…ini tulisan cina.. ‘

‘ tapi itu Latuk Kunang, Kunang panggil saya bayar untuk kasi makan.. sila tulun..sila tulun..’

Mereka yang di dalam bas melihat sesama sendiri tanpa berkata sepatah kata sambil bangun untuk turun.

Muhyudin yang pertama turun, diikuti Redzuan dan Takiyudin.

‘Sila Latuk..’ lelaki gempal itu berjalan bersama Muhyudin ke ruang makan.

‘Sana, Latuk Najib sudah tunggu..’ tambahnya.

Malam itu, satu jamuan satay Kajang yang melibatkan satu bas dan beratus peminat mereka menjadi satu sejarah, The Kajang Move.

14 Nov 2020.