PAS Larang Debat Terbuka Husam-Mustafa
PAS menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak
menganjurkan perdebatan atau perbincangan secara umum yang membabitkan
isu dalaman parti itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menasihatkan kepada
pihak yang terlibat dalam kemelut terutama yang membuat dakwaan terhadap
parti dan pimpinan perlu membincangkan kemelut itu di peringkat parti.
Beliau berkata demikian merujuk kepada isu dalam PAS yang didakwa oleh
beberapa pimpinan parti itu mengenai isu kononya kenyataan Presiden PAS
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu PAS dan Umno bergabung di
negeri Selangor.
Terkini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali dengan bekas Naib
Presiden PAS Datuk Husam Musa telah bersetuju untuk mengadakan satu
perdebatan berkenaan isu tersebut.
Bercakap di hadapan pemberita di Lobi Parlimen petang ini, Takiyuddin
telah mengeluarkan satu surat kepada Husam untuk hadir di hadapan Dewan
Harian PAS pada 24 November ini.
"Di sini beliau boleh memberi penjelasan kepada Dewan Harian atas
dakwaannya tersebut. Kita bagi peluang seluasnya untuk dia memberi
penjelasan.
"Jika sekiranya dia rasa Presiden adalah pihak berkepentingan mungkin
tanpa kehadiran Presiden dia boleh beri keterangan, yang ada lagi
Timbalan Presiden dan Naib. Di dalam surat itu juga saya menyatakan
beliau boleh membawa semua bukti-bukti atau dokumentari yang perlu,"
katanya.
Katanya, PAS sebagai sebuah parti Islam tidak boleh membangkitkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah.
"Dakwaan yang ada asas hendaklah pergi melalui saluran yang betul. Husam
boleh bangkitkan dalam mesyuarat perhubungan kalau betul-betul niat
untuk menjaga parti," katanya.
Jelas Takiyuddin,
Mustafa Ali merupakan Ahli Dewan Harian turut hadir pada 24 November ini dan mungkin di dalam pertemuan itu kemelut ini boleh diselesaikan dengan lebih baik. –HD
ULASAN GB
Gayung telah bersambut, tiba-tiba PAS melarang debat Husam-Mustafa diadakan.
PAS sebagai sebuah parti Islam sepatutnya menggalakkan perdebatan
terbuka kerana itu namanya prinsip ketelsan demi sebuah kebenaran.
Sekaran PAS meniru sikap UMNO - debat bukan budaya kita.
Tiba-tiba salah seorang ahli debat, iaitu Mustafa Ali tiba-tiba
dinaikkan taraf sebagai ahli tribunal untuk mendengar penjelasan Husam
kononnya di atas kapisitinya sebagai ahli Dewan Harian.
Sudah ada komplot untuk menekan Husam sebelum Husam hadir. Sepatutnya
jika debat dibatalkan, Mustafa juga tidak boleh berada di dalam sesi
pendengaran hujjah itu. Kini Mustafa seperti sudah ada "team" untuk
membelasah Husam. Begitu rupanya perancangan jahatnya.
Apakah PAS takut lebih bayak hal yang akan terburai jika debat
diteruskan? Apakah PAS khuatir Husam akan berjaya mendedahkan kebenaran
dan kredibiliti Presiden PAS akan musnah? Apakah PAS khuatir para
audien akan menyebelahi Husam dan pimpinan PAS akan mendapat malu kerana
menuduh Husam sebagai memfitnah?
Jangan lupa di dalam muktamar PAS yang lalu, Husam adalah tokoh paling
popular di kalangan akar umbi di mana beliau mendapat pencalonan untuk
tiga jawatan tertinggi dalam PAS, Presiden, Timbalan Presiden dan Naib
Presiden. Belum ada sesiapa yang memperolehi apa yang diperolehi oleh
Husam.
Beliau gagal kerana beliau bukan dari kumpulan cai, bukan dari kumpulan
ulama yang semua orang tahu taktik kotor kumpulan ulama mengenepikan
kumpulan progresif semasa muktamar yang lalu.
GB sudah ulas sebelum ini, bahawa kemenangan kumpulan ulama dengan
taktik kotor di dalam muktamar yang lepas tidak akan ada keberkatan pada
kemenangan itu sekalipun mereka melaung dan mendabik dada kononnya
mereka sebagai pejuang Islam, pejuang hudud.
Kebenaran itu tetap terserlah jua sekalipun semua pimpinan dan ahli PAS
berhimpun untuk menutupnya. Husam ada kekuatan tersendiri, kekuatan
ruhiyyah yang tidak ada pada diri pimpinan PAS yang lain hasil tarbiyah
yang beliau lalui semasa berdamping dengan TG Nik Aziz.
Tidak mengapa, kita berserah kepada Allah kerana kita yakin hukum
kebenaran dan keadilan akan terus berjalan untuk menghantar mereka yang
menjalankan rencana dan taktik kotor itu ke lembah kehinaan dan
kehancuran.
"KEBENARAN itu adalah dari Tuhanmu,
sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu." Al-Baqarah:147
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.