PAS Takut, Halang Debat Terbuka Husam-Mustafa





PAS Larang Debat Terbuka Husam-Mustafa

PAS menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perdebatan atau perbincangan secara umum yang membabitkan isu dalaman parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menasihatkan kepada pihak yang terlibat dalam kemelut terutama yang membuat dakwaan terhadap parti dan pimpinan perlu membincangkan kemelut itu di peringkat parti.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu dalam PAS yang didakwa oleh beberapa pimpinan parti itu mengenai isu kononya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu PAS dan Umno bergabung di negeri Selangor.


Terkini, Ketua Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali dengan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah bersetuju untuk mengadakan satu perdebatan berkenaan isu tersebut.

Bercakap di hadapan pemberita di Lobi Parlimen petang ini, Takiyuddin telah mengeluarkan satu surat kepada Husam untuk hadir di hadapan Dewan Harian PAS pada 24 November ini.

"Di sini beliau boleh memberi penjelasan kepada Dewan Harian atas dakwaannya tersebut. Kita bagi peluang seluasnya untuk dia memberi penjelasan.

"Jika sekiranya dia rasa Presiden adalah pihak berkepentingan mungkin tanpa kehadiran Presiden dia boleh beri keterangan, yang ada lagi Timbalan Presiden dan Naib. Di dalam surat itu juga saya menyatakan beliau boleh membawa semua bukti-bukti atau dokumentari yang perlu," katanya.

Katanya, PAS sebagai sebuah parti Islam tidak boleh membangkitkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah.

"Dakwaan yang ada asas hendaklah pergi melalui saluran yang betul. Husam boleh bangkitkan dalam mesyuarat perhubungan kalau betul-betul niat untuk menjaga parti," katanya.

Jelas Takiyuddin, Mustafa Ali merupakan Ahli Dewan Harian turut hadir pada 24 November ini dan mungkin di dalam pertemuan itu kemelut ini boleh diselesaikan dengan lebih baik. –HD

ULASAN GB

Gayung telah bersambut, tiba-tiba PAS melarang debat Husam-Mustafa diadakan.

PAS sebagai sebuah parti Islam sepatutnya menggalakkan perdebatan terbuka kerana itu namanya prinsip ketelsan demi sebuah kebenaran.

Sekaran PAS meniru sikap UMNO - debat bukan budaya kita.


Tiba-tiba salah seorang ahli debat, iaitu Mustafa Ali tiba-tiba dinaikkan taraf sebagai ahli tribunal untuk mendengar penjelasan Husam kononnya di atas kapisitinya sebagai ahli Dewan Harian.

Sudah ada komplot untuk menekan Husam sebelum Husam hadir. Sepatutnya jika debat dibatalkan, Mustafa juga tidak boleh berada di dalam sesi pendengaran hujjah itu. Kini Mustafa seperti sudah ada "team" untuk membelasah Husam. Begitu rupanya perancangan jahatnya.

Apakah PAS takut lebih bayak hal yang akan terburai jika debat diteruskan? Apakah PAS khuatir Husam akan berjaya mendedahkan kebenaran dan kredibiliti Presiden PAS akan musnah? Apakah PAS khuatir para audien akan menyebelahi Husam dan pimpinan PAS akan mendapat malu kerana menuduh Husam sebagai memfitnah?

Jangan lupa di dalam muktamar PAS yang lalu, Husam adalah tokoh paling popular di kalangan akar umbi di mana beliau mendapat pencalonan untuk tiga jawatan tertinggi dalam PAS, Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Belum ada sesiapa yang memperolehi apa yang diperolehi oleh Husam.

Beliau gagal kerana beliau bukan dari kumpulan cai, bukan dari kumpulan ulama yang semua orang tahu taktik kotor kumpulan ulama mengenepikan kumpulan progresif semasa muktamar yang lalu.

GB sudah ulas sebelum ini, bahawa kemenangan kumpulan ulama dengan taktik kotor di dalam muktamar yang lepas tidak akan ada keberkatan pada kemenangan itu sekalipun mereka melaung dan mendabik dada kononnya mereka sebagai pejuang Islam, pejuang hudud.

Kebenaran itu tetap terserlah jua sekalipun semua pimpinan dan ahli PAS berhimpun untuk menutupnya. Husam ada kekuatan tersendiri, kekuatan ruhiyyah yang tidak ada pada diri pimpinan PAS yang lain hasil tarbiyah yang beliau lalui semasa berdamping dengan TG Nik Aziz.

Tidak mengapa, kita berserah kepada Allah kerana kita yakin hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan untuk menghantar mereka yang menjalankan rencana dan taktik kotor itu ke lembah kehinaan dan kehancuran.

"KEBENARAN itu adalah dari Tuhanmu,
sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu." Al-Baqarah:147

No comments: