SEGALA PENJURU SAKAW...


 

BILA DAH BIASA MAKAN BENDA HARAM.


 

APA NAK JADI


 

PANDANGAN SINIS TANPA DATA VS PANDANGAN WARTAWAN EKONOMI BERITA ASING.



 PANDANGAN ORANG TAK DAPAT A DALAM MATEMATIK.



PANDANGAN BERITA ASING TERHADAP EKONOMI MALAYSIA BESERTA DATA. 





ORANG MELAYU PEMALAS KATA BANGSA ASING


 

MUJARAB QUNUT LEBAI TESLA BACA


Zainuddin Omar


 Puak Pas nampaknya sebelah Hamzah yang sedang lawan geng Bersatu sebelah Muhyiddin. 





Berkecamuk habis PN antara Pas dan Bersatu. 


Dalam Pas puak, geng Hashim Jasin sedang berselisih faham dengan geng Hadi. 


Mujarab betul doa qunut Nazilah lebai Jasin.





PAS JANGAN LAGI PENING KEPALA, LEBIH BAIK KELUAR BN DAN GERAK SOLO



29 January 2026


PAS menyanggah kenyataan Muhyiddin Yassin tentang persetujuan parti itu untuk memansuhkan jawatan Pengerusi PN dan menggantikannya dengan penubuhan dua badan lain iaitu Majlis Presiden dan Majlis Eksekutif.


Presiden PAS, Haji Hadi Awang berkata, isu itu sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh PAS termasuk dalam pertemuan dengan Muhyiddin pada 16 Januari lalu.


Jelas beliau, PAS kekal dengan pendirian bahawa jawatan Pengerusi PN hendaklah dikekalkan dan tidak dimansuhkan serta diurus tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN.


Berhubung cadangan untuk pindaan Perlembagaan berkaitan penstrukturan PN khususnya mengenai Majlis Presiden, PAS tegas Haji Hadi,  mengulangi saranan bahawa Majlis Presiden hendaklah bertindak sebagai ‘Badan Penasihat’ dan ‘Pengawal Selia’ dalam memelihara dasar-dasar dan hala tuju PN.


“Adapun mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa “Dengan penstrukturan semula PN, jawatan Pengerusi Perikatan Nasional dimansuhkan dan hal pelantikan Pengerusi PN tidak lagi berbangkit”, saya ingin menegaskan bahawa isu ini sama sekali tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak kami termasuk dalam pertemuan pada 16 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan.


Haji Hadi menambah, sebagai rujukan asas berkaitan Majlis Eksekutif PN, Pas menggariskan cadangan yang mana Majlis Tertinggi PN (MTPN) harus menjadi Majlis Eksekutir (ME) yang bertanggungjawab melaksanakan segala perancangan parti.


Ia, ujar beliau, termasuk dari sudut perorganisasian, pentadbiran dan strategi bagi memperkukuhkan parti gabungan itu terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) mahu pun pilihan raya umum (PRU).


Selain itu, kata Haji Hadi, kuasa dan fungsi ME hendaklah digariskan dengan terperinci yang turut diselaraskan dengan idealisma dan perancangan Parti-Parti Anggota.


“Dalam menjalankan fungsinya, ME mempunyai akauntabiliti kepada Majlis Presiden yang berperanan memantau dan mengawal selia ME dari segi dasar dan hala tuju yang ditetapkan oleh parti.


“Berdasarkan kepada perkara di atas, maka adalah menjadi pandangan dan pendirian PAS bahawa Majlis Presiden hendaklah bertindak sebagai ‘Badan Penasihat’ dan ‘Pengawal Selia’ dalam memelihara dasar-dasar dan hala tuju PN.


“(Selain itu) Majlis Tertinggi PN hendaklah juga menjadi Majlis Eksekutif PN yang bertindak sebagai ‘Badan Pelaksana’ dalam segala urusan pentadbiran dan strategi parti, selaras dengan Fasal 8 Perlembagaan PN,” katanya lagi dalam kenyataan dua halaman itu.


Berdasarkan huraian Haji Hadi di atas, adalah jelas ia berlawanan dengan kenyataan Muhyiddin semalam.


Mengimbas konflik dalam PN sejak Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatannya bertarikh 1 Januari lalu, kekalutan yang timbul dan berlarutan hingga kini adalah kerana Presiden Bersatu itu tidak benar-benar ikhlas mahu berundur dan seolah-olah sedang mencari laluan u-turn untuk kembali menerajui PN.


Sepatutnya, setelah meletakkan jawatan, Muhyiddin mestilah benar-bemar ingin beundur dan melepaskan dirinya daripada PN.


Ini tidak, tiba-tiba muncul pula mengenai Majlis Presiden sedangkan sebelum ini majlis itu tidak terdengar ada peranannya.


Selain itu, kenapa juga perlu diwujudkan Majlis Eksekutif?


Tidak bolehkah dikekalkan PN seperti sedia ada dan sebagaimana Muhyiddin mengetuainya sebelum ini?


Kenapa setelah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN, Muhyiddin masih ingin mengetuai Majlis Presiden?


Bukankah setelah meletakkan jawatan, beliau sepatutnya tidak cuba melalui apa-apa cara ingin kembali menguasai gabungan itu?


Tidak bolehkah setelah meletakkan jawatan Pengerusi PN, Muhyiddin hanya menumpukan kepada Bersatu saja dan biarlah PAS pula mengetuai dan mengendalikan PN sepenuhnya?


Apakah Muhyiddin tidak mahu melepaskan PN sepenuhnya kepada PAS kerana beranggapan PN itu entiti yang ditubuhkannya sebelum ini?


Kepada PAS, jika mesyuarat malam esok Muhyiddin tetap dengan pendirian ingin lagi menguasai PN melalui Majlis Presiden, adalah lebih baik Haji Hadi membawa saja PAS keluar meninggalkan PN.


Bergerak solo adalah lebih baik dan tidak lagi membuatkan PAS pening kepala.


Dengan bergerak solo, PAS itu dipercayai mampu memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada PRU akan datang, termasuk menawan beberapa kerusi yang sekarang dipegang Bersatu.


Yang penting, dengan bergerak solo juga, selain PAS diyakini sepenuhnya mampu mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah, parti itu dengan mudah dapat kembali berkuasa di  Perlis yang kini dirampas oleh Bersatu.


Malah, dengan PAS bergerak solo juga, kemungkinan untuk parti itu didekati UMNO atau UMNO mendekati PAS lebih mungkin menjadi kenyataan.


Akhirnya, sama-sama kita lihat ke mana nasib Bersatu nanti tanpa PAS di sisinya. - ShahbudinHusin 29Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/pas-jangan-lagi-pening-kepala-lebih-baik-gerak-solo/



PM bertemu Panglima Tentera Darat baharu, tegaskan tentang amanah


 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak ada kompromi terhadap pelanggaran amanah termasuk isu salah guna kuasa membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Perkara itu disampaikan beliau kepada Panglima Tentera Darat baharu, Datuk Azhan Md Othman dalam pertemuan antara mereka hari ini.

Perdana Menteri menekankan, kepercayaan rakyat terhadap institusi pertahanan negara ini tidak boleh dibina dengan slogan semata-mata.


Sebaliknya kata beliau, mesti diperkukuh melalui profesionalisme, akauntabiliti dan integriti yang tegas serta konsisten dalam setiap lapisan pentadbiran dan operasi


“Dalam konteks cabaran semasa, termasuk isu salah guna kuasa dan rasuah yang boleh mencalar imej institusi, saya menekankan bahawa tiada kompromi terhadap pelanggaran amanah lantas menuntut ketelusan, kejujuran dan keberanian untuk membersihkan kelemahan demi memelihara maruah Angkatan Tentera Malaysia.

“Kerajaan MADANI akan terus mendukung usaha Tentera Darat untuk kekal sebagai pasukan yang berwibawa, profesional dan disegani, di samping memastikan kebajikan pegawai, anggota, keluarga serta para veteran sentiasa diberi perhatian sewajarnya,” katanya dalam catatan di Facebook.





"KENAPA PROJEK JANA WIBAWA ADA SYARIKAT CINA" ? YB PAGOH KOYAK TERUS !

Mesyuarat PN Khamis ini tiba-tiba batal, berpindah ke rumah Muhyiddin

PENDEDAHAN PANAS TAKI BERSAMA HAMZAH SURAT MUHYIDDIN! DOA QUNUT NAZILAH!

PENDEDAHAN PANAS TAKI BERSAMA HAMZAH SURAT MUHYIDDIN! DOA QUNUT NAZILAH!

KEH.KEH.KEH...BUKAN TU LA LEBAI,..MEMANG PAS N PN NI PENGECUT NAK JADI PENGERUSI


 

PARLIMEN! PENGECUT 3 PEMIMPIN KANAN PN! TIDAK BERANI BERSEMUKA DENGAN PMX!

KENAPA BILA JADI LEBAI PAS, MESTI TAK CERDIK. CAKAP TANPA ADA KAJIAN DAN DATA.


 

SELURUH RAK YAT MALAYSIA ,KECUALI WALAUN, SOKONG TERUSKAN TINDAKAN SAMAN. BUAQ SAMPAI TINGGAL TELUR.


 

TAK BOLEH LAKSANA DENGAN BAIK, BAIK LEPASKAN.


 

PMX SUDAH HILANG SABAR DENGAN PEGAWAI KANAN KERAJAAN MEMBUKTIKAN KRITIKAN KITA BENAR








1) Saya dah malas nak ulang balik bagi link artikel terdahulu di mana saya berkali-kali mengkritik bahawa Menteri dan Kerajaan MADANI perlu tegas kerana Rakyat terutama Kontraktor dan Perunding sdg bercakap menenai dakwaan bhw projek diatur oleh pegawai2 kerajaan dan turut melibatkan rasuah yg dianggap semakin teruk di era MADANI.


2) MESKIPUN kedengaran ia seperti "rumours", khanar angin, hoax namun Anwar perlu tegas meneliti sbb ianya boleh membina Persepsi buruk terhadap PH, Kerajaan MADANI dan mengakibatkan TRUST DEFICIT di kalangan PAP. Apa peranan dan tindakan pegawai-pegawai tinggi terutama agensi2 Penguatkuasaan?? Tak nampak apa2?? Semuanya ok2 shj?? Sbb itu rasuah berleluasa dan Anwar tidak berpuashati.


3) NAMUN kritikan dan teguran saya begitu hanya mendapat EJEKAN, dan MAKI HAMUN  Ceplos golongan PENJILAT, PEMBODEK, PENGAMPU dan PENYEMBAH Anwar Ibrahim. BUKAN salah Anwar sbb Anwar TAK suruh Ceplos jadi mcmtu tetapi puak TAKSUB dan FANATIK itu buta hati kerana KEJAHILAN mereka sendiri.


4) Ceplos PENJILAT, PEMBODEK, PENGAMPU terlalu berTuhankan Anwar sehingga buta utk melihat teguran, kritikan DSRR dan Team HIRUK adalah utk kebaikan Anwar, PKR, PH, Kerajaan MADANI dan Rakyat terutamanya jika diambil secara positif.


5) Nah....skrg Anwar sendiri sudah hilang sabar dgn pegawai-pegawai tinggi Kerajaan MADANI khususnya agensi penguatkuasaan dan beri tempoh seminggu utk melihat perubahan atau "OFF YOU GO" bermakna mereka patut berundur dari jawatan dan tangungjawab masing2.


6) Sekaligus membuktikan kritikan kita selama ini benar bhw wujud kepincangan dan "Deep State" dlm pentadbiran Anwar dan Kerajaan MADANI yg perlu ditangani dgn tuntas dan keras. TAPI...Ceplos anggap Anwar dan Kerajaan MADANI "PERFECT" dan tidak boleh dikritik.


7) Selain itu saya juga pernah sebut bhw antara REFORM penting yg sepatutnya dibuat ialah memberi punca kuasa kpd J/K Pemilihan Khas Parlimen utk mengesyorkan perlantikan Ketua2 Agensi Kerajaan (terutama Penguatkuasaan)  agar mereka lebih bertanggungjawab terhadap Rakyat. 


8.) Selain OMBUDSMAN (hanya kecoh baru2 ini) Kerajaan juga patut mengkaji "Impeachment Act" bg mengekang salahguna kuasa di kalangan Ketua2 Agensi Kerajaan, Pegawai Kanan Kerajaan, PM dan Menteri-menteri sendiri agar mereka lebih bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan oleh Parlimen.


-Zus Din

29/01/2026




PAS KENA TIPU NGAN YIDDIN

 


JANGAN MAIN-MAIN DENGAN MUHYIDDIN


28 Januari 2026


Sama ada secara sedar atau dalam keadaan mamai, semua orang dalam PN kini harus mengakui kehebatan Muhyiddin Yassin sebagai ahli politik yang bijak dan licik.


Ertinya, jangan main-main dengan beliau dan jangan cuba-cuba untuk menyingkirkannya.


Pada 2020 lalu, ketika berkrisis dengan Tun Mahathir Mohamad setelah secara tidak sengaja termenjadi sebagai Perdana Menteri, beliau telah memansuhkan jawatan Pengerusi Bersatu dan kemudian memecat keahlian bekas Perdana Menteri dua kali itu.


Dengan tindakan itu, Muhyiddin berjaya menguasai Bersatu sepenuhnya tanpa dibayangi lagi oleh pengaruh Tun Mahathir.


Jangan main-main dengan Muhyiddin.


Hari ini, beliau telah berjaya pula memansuhkan jawatan Pengerusi PN, jawatan yang disandangnya sebelum ini dan beliau telah pun meletakkan jawatan pada 1 Januari lalu.


Tujuan pemansuhan itu tidak lain ialah agar jawatan Pengerusi PN tidak jatuh kepada mana-mana pemimpin lain sama ada daripada PAS atau Bersatu.


Sebagai ganti jawatan Pengerusi PN yang akan dimansuhkan, diwujudkan Majlis Presiden dan Jawatankuasa Eksekutif.


Majlis Presiden yang akan  diterajui Bersatu adalah  badan tertinggi dalam membuat keputusan berkaitan dasar PN, sementara Jawatankuasa Eksekutif yang diterajui PAS bertanggungjawab menguruskan aspek pentadbiran.


Dalam keadaan Muhyiddin masih Presiden Bersatu, sudah tentulah beliau yang akan mengetuai badan tertinggi PN yang dinamakan Majlis Presiden PN itu.


Untuk mudah faham, meskipun telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN dan setelah jawatan itu kini dimansuhkan, melalui kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Presiden yang dipegangnya selepas ini, PN secara hakikinya kembali ke dalam genggaman rapat Muhyiddin.


Sekali lagi, jangan main-main dengan Muhyiddin.


Jika kita imbas semula,  keputusan Muhyiddin meletak jawatan sebagai pengerusi gabungan itu adalah berikutan serangan PAS terhadapnya terkait krisis perlantikan Menteri Besar Perlis sehingga jatuhnya jawatan itu daripada PAS kepada Bersatu dianggap sebagai pengkhianatan oleh pimpinan PAS sendiri.


Betapa marahnya pimpinan PAS kepada Muhyiddin sehingga ada terkeluar ungkapan “berambus” yang ditujukan kepada Presiden Bersatu itu.


Selepas Muhyiddin meletak jawatan, kecenderungan yang tertonjol dalam PAS ialah parti itu harus mengetuai PN selepas ini.


Malah Haji Hadi sendiri dua hari lalu berkata, keputusan untuk PAS menerajui PN adalah ketetapan Muktamar Agung parti itu.


Tetapi dengan pengumuman Muhyiddin bahawa berikutan pemansuhan jawatan Pengerusi PN dan Majlis Presiden yang akan ditubuhkan bakal diketuai Bersatu (hampir pasti calonnya ialah Muhyiddin sendiri), sudahlah jawatan Menteri Besar Perlis jatuh ke tangan Bersatu, kedudukan mengetuai badan tertinggi PN juga kembali ke pangkuan Bersatu.


Semuanya wal hasil balik asal dan pengumuman Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN sebelum ini tidak mengubah apa-apa.


Hakikatnya, jangan main-main dengan Muhyiddin.


Menurut pengakuan Muhyiddin lagi, penubuhan dua badan untuk menggantikan jawatan Pengerusi PN itu  sudah dipersetujui PAS dalam pertemuan pada 16 Januari lalu.


Perjumpaan dengan Presiden PAS, Presiden Gerakan dan Presiden MIPP di kediamannya malam esok adalah bertujuan memuktamadkannya sebelum mesyuarat PN yang sepatutnya malam esok diadakan semula pada tarikh lain.


Senang cerita, kiranya persetujuan mengenai penubuhan dua badan itu dimuktamadkan malam esok, PN selepas ini tiada bezanya pun dengan PN sebelum ini.


Ia tetap diketuai oleh Muhyiddin yang mempengerusikan badan tertinggi gabungan itu.


Oleh kerana PAS hanya mengetuai Jawatankuasa Eksekutif berkaitan hal-hal pentadbiran, manakala Majlis Presiden yang merupakan  badan tertinggi dan pembuat keputusan dalam soal dasar, sesuai dengan Muhyiddin telah dinamakan oleh Bersatu sebagai  calon PM, maka tiada halangan lagi untuk menamakan beliau sebagai calon PM bagi PN pula dan “poster boy” untuk PRU16 akan datang.


Sebenarnya banyak nak ditulis lagi, antara tidakkah PAS rasa diperdaya dan patutkah parti itu terus kekal dalam PN, tapi rasanya cukuplah setakat ini dulu.


Cuma, satu pesanan saja - jangan main-main dengan Muhyiddin dan jangan cuba-cuba acah beliau kalau ilmu politik tak cukup tinggi. - ShahbudinHusin 28Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/jangan-main-main-dengan-muhyiddin/




KEH KEH KEH


 

SETUJU UJIAN TAHUN 1 DIMANSUHKAN


 

ULU GANU DIAM LA...KENA BALIK DIAM.AKAI LOW.


 

DEPA KATA MUKA TAK PERNAH NAMPAK DI ALOQ SETAQ...KIOK


 

SIAPA CAKAP BOHONG..TAPI AKU PERCAYA DUA DUA KAKI PEMBOHONG.



 𝗗𝘂𝗮 𝗣𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻, 𝗗𝘂𝗮 𝗖𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮, 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻: 𝗞𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗞𝗲𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻







Kalau bukan seorang yang berbohong, mungkin kedua-duanya sedang bercakap dalam bahasa yang berbeza walaupun duduk semeja.


Apabila dua pemimpin mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai keputusan penting, rakyat berhak bertanya: siapa yang bercakap benar? Ketelusan dan kesepakatan adalah asas kepercayaan dalam kepimpinan.




PAKAR KAJI BABI KENA KAW KAW DENGAN MB SELANGOR..KIOK.


 

TITM AKAN KALAH DI CHEKA. SWMBANG OANDAI TAPI TAKUT NAK JADI PENGERUSI PN.


 

LAMBAT LAGI LA NAK HABIS..KALAU MUHYIDDIN TAK MAU..PAS AMBIL ALIH LA..APA YANG KECOH..KATA NAK TAWAN MALAYSIA..NAK JADI PENGERUSI ON PUN TAK BOLEH..LEKEH.


Che Ibrahim


 Lambat lagi nak habis cerita, puah ngelih juga kalau filem jenis dok belit wat tulo....






AKHIRNYA PN MANSUHKAN JAWATAN PENGERUSI. KAH KAH KAH.,WOIIII...KALAÚ BAGI KEPADA PUAK NI..MELINGKUP NEGARA

 


POV : Apa dah Jadi ?? Muhyiddin umum jawatan Pengerusi Perikatan Nasional di mansuhkan untuk hentikan konflik PAS dan Bersatu :





MASA PN TINGGAL 4.80. LA NAIL 3.90 ..DIAM TAK TERKATA APA.

 

Man Toba.



Menuju 3.8 dah. Masa 1 tahun PMX jadi PM. Masa dia ambik aleh tu 4.8 ditinggalkan oleh kerajaan tebuk atap masa tu.






Selepas 3 tahun dia memerintah, ke hulu kehilir cari pelabur, pembangkang gelar dia pegi melancung la, habiskan duit rakyat la, call sana sini digelar PM kaki telepon la pulak.


Akhirnya usha gigih beliau menampakkan hasil. Ehh, walaunkurap main pulak isu " ala, duit kuat pon harga barang mahal juga". 


Pulak dah... cer korang jawab apa nak humban kat walaunkurap biar puak kurap ni berakal.




USAH BERSELIMUT DENGAN PALIKAT CARIK


MSO



Timbalan presiden parti agama Tuan Ibrahim Tuan Man (Tuituman) menasihat orang ramai supaya jangan percaya dan terpengaruh dengan cerita berlaku perpecahan dalam Perikatan Nasional. 


Katanya apa yang dilapor, ditukar dalam medsos itu sengaja dibuat oleh mereka yang hendak pecah belahkan pakatan berkenaan.


Siapa nak pecah belahkan PN, rasanya tidak ada siapa pun terhingin, kerana PN kalau tidak dipasak ia akan pecah juga kerana penubuhannya dibuat secara curi dan veto sang saka parti itu sendiri. Sesuatu yang batil itu akan sirnah apabila tiba kebenaran.


Tidakkah penubuhan PN itu tidak diambil secara konsensus dalam muktamar Parti itu? Fakta ini ini bukan diketahui semua ahli apa lagi penyokong yang liat untuk kebatukan kepala.


Tindakan Tuituman cuba menyelamatkan PN itu tidak ubah, cuba menyembunyikan butir dengan palikat carik. Usaha itu tidak akan berjaya, kerana palikat sudah carik dan beka, susun dan kilaslah lagu mana pun, batang sawat akan terpamer juga. 


Perpecahan dan pertikaikan dalam PN kini tidak boleh ditusuk selindung lagi. Semua dunia sudah mengetahuinya. Sampai saat ini  PN gagal untuk melantik pengerusi baru menggantikan Mahiaddin yang melepas jawatan secara rekapaksa. PN berada di ambang perpecahan dan situasinya sangat kritikal.


Majlis presiden sepatutnya bersidang malam ini di rumah Gerakan untuk bincang dan mencari pengganti Mahiaddin, alih alih dibatalkan. Siapa yang membatalkannya, apakah netizen atau pimpinan PN sendiri. Pembatalan 

Itu jelas menunjukkan kata sepakat di kalangan ahli majlis tidak wujud. Perasaan curiga mencuirigai sesama mereka kian meluas dan melebar.


Jadi Tuituman tidak payah menyalahkan pihak lain kalau dipihaknya sendiri gagal. Tidakan Tuituman itu cuba meletakkan kesalahan itu kepada musuhnya secara hidup hidup menggambarkan beliau sudah hilang arah dan putus ikhtiar serta kehabisan doa. Sebelum menyalahkan pihak lain, beliau sepatutnya mengetahui dahulu apa yang berlaku dalam PN. Bersikap jujurlah duhai Tuituman.


Selaku timbalan presiden dan ahli majlis presiden PN, beliau seharunys tahu, melainkan beliau tidak dimaklumkan. Dan kalau beliau tidak dimaklum menunjukkan beliau tidak ada nilai berada disaf kepimpinan tertinggi parti. Orang tak hormat kita. Manakala kalau beliau tahu dan cuba menyembunyikan fakta bermakna Tuituman munafik.


Dicadangkan untuk mendapat maklumat lanjut apa berlaku dalam PN kini, sila bertanya khabar pemgasuh tua di hujung negeri, nescaya dia lebih mengetahui dan lebih berani ketimbang beliau sebagai timbalan presiden. Untuk menyuburkan bawang, jambaknya harus berani dipotong. Trims.




TAK PAYAH BAGI. BAGI TEMPAT LAIN BANYAK LAGI

 


Sejumlah RM2.1 juta diluluskan bagi Pusat Pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Bachok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Pelbagai prasarana dibaik pulih dan ditambah baik bagi meningkatkan kualiti masjid, pentadbiran, pengajian dan keselesaan para tahfiz dan tenaga pengajar.


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI 

#MADANIBekerja 

#YIK


Foto: Suara Rakyat




MAKI UMNO KAPIR LA BAGAI. MASA SURUH BENTANG ,DIA TANGGUH SAMPAI JADI KERAJAAN, TAK JUGA BENTANG. SEMALAM DIA KUTUK MACAM MACAM. SOH JADI PENGERUSI PN DIA TAK SIHAT. BERANI HADIR BILA ANWAR TAK DATANG. BILA ANWAR DATANG DIA TAK DATANG SAMPAI KE SUDAH.




 Masa BN jadi Kerajaan, UMNO pernah beri peluang kepada Pas bawa RUU 355 untuk bentang di Parlimen, tapi Pas memilih untuk sekadar bentang sahaja, tidak dibahas, tidak diundi, bahkan ditangguh sampai bila bila ... 


Sekarang ada lagi yang nak melalak pasal RUU 355???




SIAPA PENGERUSI PN? PAS ADA 6 SUARA SAHAJA. TAPI TETAP KALUT. DENGAR SAMPAI HABIS PN KECOH LAGI


 

MACAMANA NAK PERINTAH NEGARA NI? MESYUARAT TERGEMPAR PERIKATAN NASIONAL



Timbalan PN, DS Takiyuddin Hasan dilaporkan tidak menjemput TS Muhyiddin Yasin untuk hadir dalam mesyuarat luar biasa PN atas alasan TSMY telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari 2026. Selain itu, DS Azmin Ali selaku setiausaha dan Dato Dr Radzi Jidin selaku Ketua Penerangan juga tidak dipanggil atas alasan yang sama.







Bagi isu DS Azmin Ali dan Dato Dr Radzi Jidin itu tidak menimbulkan persoalan sangat kerana tiada sebarang klausa di dalam Perlembagaan PN yang menyatakan peletakan jawatan itu perlu disahkan terlebih dahulu. Perkara yang menjadi persoalan adalah langkah DS Takiyuddin yang tidak memberikan notis mesyuarat kepada TSMY untuk hadir.


Ini kerana wujud kontrakdiksi dalam kenyataaan DS Takiyuddin. Dalam kenyataannya, DS Takiyuddin menyatakan, "Agenda kedua mengesahkan peletakan jawatan pengerusi PN seperti mana kehendak fasal 8.3 (1)(b). Ketiga, apabila atau sekiranya Majlis Tertinggi PN meluluskan peletakan jawatan pengurusi PN, maka selepas itu baru diadakan pelantikan pengerusi PN yang baharu. Ia tertakluk kepada agenda dua di atas. Andai kata Majlis Tertinggi PN tidak meluluskan peletakan jawatan pengerusi PN. Maka secara sah, dia masih kekal sebagai pengerusi dan tidak perlulah agenda melantik pengerusi PN yang baharu.


https://www.sinarharian.com.my/article/765589/berita/politik/mesyuarat-pn-ini-untuk-ahli-majlis-tertinggi-sahaja-ndash-takiyuddin


Ini bermakna pada saat notis mesyuarat dikeluarkan itu TSMY masih lagi Pengerusi PN dan perlu diberikan notis mesyuarat untuk hadir. Soalnya kenapa awal-awal lagi TSMY kena kerat dengan DS Takiyudin untuk tidak hadir ke dalam mesyuarat. 


Fasal 8.3(1)(b) Perlembagaan PN itu menyatakan, “Sekiranya Pengerusi meletakkan jawatannya, peletakan jawatan itu hendaklah berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi yang akan memilih dengan secepat mungkin seorang Pengerusi baharu. 


Jadi senarionya sekiranya Majlis Tertinggi PN tidak memberikan kelulusan peletakan jawatan TSMY bermakna TSMY masih lagi pengerusi dan sepatutnya berada di dalam mesyuarat itu. Apakah tatkala berlaku hal tersebut baharu DS Takiyuddin akan berlaku kalut untuk menghantar pemandu menjemput TSMY untuk hadir mesyuarat. 


Ahli Majlis Tertinggi sepatutnya ada 20 orang dan wujud 4 kekosongan jawatan dan justeru 4 orang ini tidak dijemput hadir iaitu Pengerusi, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari Agung (kerana DS Dr Samsuri telah letak jawatan). 


Apa akan berlaku sekiranya undian dibuat di kalangan 16 orang itu dan keputusan yang diperolehi adalah seri 8-8. Maka keputusan akan menjadi buntu. Fasal 13 Perlembagaan PN menyatakan bahawa keputusan Majlis Tertinggi hendaklah dibuat secara majoriti dan setiap orang mempunyai 1 undi. Sekiranya keputusan itu seri, Pengerusi PN mempunyai 1 undi pemutus. Oleh kerana TSMY tidak hadir maka undi pemutus ini juga tiada dan akhirnya kelak tiada sebarang keputusan boleh diambil.


Satu perkara lagi adalah risiko untuk tidak menghantar notis mesyuarat kepada TSMY adalah kemungkinan TSMY akan membuat protes kepada ROS untuk membatalkan keputusan mesyuarat itu kerana mesyuarat itu telah dibuat bertentangan dengan kehendak Perlembagaan PN. 


Risiko ini nampaknya diambil mudah oleh DS Takiyuddin apabila dengan tanpa rasa bersalah telah membuat tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan PN. Apa pun kita tengok nanti perkembangan selanjutnya selepas hari Khamis ini.



SAHIH TAK DATANG.

 


JOM KITA TONTON WAN MAHUSSIN LAYAN WALAUN BODO

 


SAKIT HATI....JADI LA PENGERUSI PN.


 

DIA HADIR BILA ANWAR TAK DATANG DALAM PMQT....KALAU ADA DI KEPONTENG LA.


 

PERJALANAN. HADI AWANG


Wisata Roh






 Antara pemimpin yang paling DAP takut jadi pengerusi PN adalah...


Dominic Lau


Ingat PRK Tanjung Piai?

Ingat balik PRN Sabah DAP kena telur ayam...??

Semua sebab swing pengundi cina kepada asalkan bukan DAP.


Ya pengundi cina memang takde masalah dengan PMX,

cuma mereka tak suka DAP jadi another MCA 2.0.


Jadi drama Dr Akmal gaduh dengan DAP mesti diperluas sebanyak mungkin.

Ini semua taktikal, kata anak murid.


Musuh sebenar PAS dan BERSATU adalah DAP.

Jadi bila MAHiaddin berjaya disingkirkan oleh Hamzah dan PAS,

inilah masa yang terbaik untuk PN angkat Dominic Lau selaku orang nombor satu PN.


Impaknya lebih separuh kerusi DAP kat semenanjung akan swing kepada PN.

Sebab apa?

Sebab orang cina bakal dapat seorang Perdana Menteri berbangsa cina.


Orang india plak PN dah berjaya tarik MIC masuk.

So another gabungan pembangkang yang kuat untuk bagi Anwar sakit kepala.


Namun ia tak berakhir di situ, dengan terlantiknya Dominic Lau selaku pengerusi PN,

UMNO akan bertambah kuat balik.


Ingat PRK Nenggiri?

Ingat balik PRK Mahkota dan Ayer Kuning?

Semua sebab pengundi putih melayu PN dah tak nak keluar mengundi.


Ya PAS ada pengundi putih dia;

tetapi BERSATU adalah DNA UMNO, mereka akan swing balik undi BN bila Dominic Lau lead PN.


Jadi bacaan mudah, kalau PN ada keberanian(aku yakin mereka tidak ada kekuatan),

lantik je Dominic Lau jadi bakal PM a.k.a pengerusi PN.

*

*

*

Bila DAP dah lemah, GERAKAN akan tapau separuh kerusi sekitar 14-23 kerusi.

PAS pula akan kena titik dengan UMNO dan BERSATU, kembali wal hasil balik asal 18-27 kerusi.


BERSATU saya jangka MAHiaddin akan bawak masuk semula kepada UMNO atau friendly BN, persis parti WARISAN friendly PH skang.

Juga dia dapat sedikit pampasan.

Dapat la setanding dengan parti AMANAH 8-9 kerusi.


UMNO akan menang bergaya sekitar 49-58 kerusi.


58+27+23+9 = 117

Cukup jomlah.

Campur Sabah Sawarak akan berjaya bentuk another 2/3 majoriti.


PAS dan DAP sama-sama hilang separuh kerusi.

Tapi dapat perdana menteri yang baru tanpa DAP dalam kerajaan.


Nak makrifat politik malaya ni mudah je.


Bacaan politik wisata roh jarang tersasar.

PN nak menang ikut je cadangan ni..


Kompem DAP mimpi ngeri setiap malam.


So untuk turunkan Anwar, PAS dan BERSATU takde jalan lain, kena kuatkan UMNO balik.

Cuma masalah besar skang UMNO dah jadi Anwarinas.

Sikit je lagi guys Anwar akan lead balik UMNO .


Toreh tangan Pak Syeikh ni memang berdarah UMNO tak boleh ejas punya.

So untuk kalahkan Anwar , UMNO yang time tu ada sekitar 50 lebih kerusi jadi blok melayu paling besar.


Dengan guna MRR kelemahan besar Anwar Ibrahim, takde pilihan lain ,

PAS dan BERSATU kena angkat Zahid juga jadi PM untuk mereka join kerajaan.


Kalau tak nak Zahid PM, Zahid akan bawak UMNO join balik kerajaan perpaduan 2.0.

PMX kekal. 


Ini cerita kalau Dominic jadi pengerusi PN.


Kalau Dr Sam atau TiTM atau Nusibat Ashabul Karaoke,

Abah akan bawak keluar BERSATU dari Perikatan;

dan membentuk parti serpihan macam HAMIM dan BERJASA.

Tetapi friendly ke arah PN..


Ada satu jalan je lagi untuk bahtera PN selamat;

kena paksa juga Eddy jadi pengerusi PN.


Dengan Eddy jadi bakal PM, kepimpinan ulamak akan tapau separuh lagi kerusi UMNO yang ada skang.


So PAS, bola di kaki anda sekarang.

Good Luck dalam memilih pengerusi PN.


Nak DAP lemah, lantik Dominic.

Nak UMNO lemah, lantik Eddy.

Ulang part ni banyak kali..


TAMAT





DOK CAKAP PANDAI SITU LA. HAPA PUN TAK BLEH...MAKAN GAJI BUTE GAK SEDAP

 


ALAHAI FAWWAZ..HANG TAK TENGOK VIDEO LAMA HADI AWANG LAM DEWAN KA?


Che Ibrahim



 Masa BN jadi Kerajaan, UMNO pernah beri peluang kepada Pas bawa RUU 355 untuk bentang di Parlimen, tapi Pas memilih untuk sekadar bentang sahaja, tidak dibahas, tidak diundi, bahkan ditangguh sampai bila bila ... 


Sekarang ada lagi yang nak melalak pasal RUU 355???






SEKARANG BAGI PELUANG TAK MAU PULAK


 

ZAMAN LEBAI MEMERINTAH...33 BULAN ..APA PUN TAK BUAT..BAGI KELUAR KWaP....KEMUDIAN. MORATORIUM..TU SAJA. LAIN KIOK.



Zainuddin Omar


 Semalam semasa saya buat posting 3.97, ada walaun komen - nasib aje. 


Pada dia RM menguat dari USD 4.74 kepada USD 3.96 (sekarang) adalah kerana faktor 'nasib'. 





Apabila tiada modal (selain mengatakan USD melemah) maka alasan paling mudah untuk walaun ialah 'nasib'. 


Mengaku sahajalah bahawa ekonomi Malaysia dibawah PMX bertambah baik berbanding semasa 33 bulan bawah PN-PAS. 


InsyaAllah Anwar akan jadi PM11 selepas PRU16.



HADI TANGGUH RYU YU 355




 Berpuloh tahun berjuang untuk tegakkan hudud, seluruh negara dok jaja RUU 355 hingga ke Himpunan Raksasa di Padang Merbok. 


Akhirnya sendiri minta tangguh, sendiri minta tak perlu bahas.... Sekarang entah dilautan mana kubornya.





BIASA LA..MJNDA JA..TAPI SOH JADI PENGERUSI PN TAK MAU LAK..APA LA..


 

SOALAN BERTUBI TUBI DITANYA


 

RAKYAT YANG TAK RASA APA SEBAB MAKAN DI KEDAI YANG SEMBELIH




Norman Daud


 Ramai yang saya perasan cakap RM mengukuh pun rakyat tak rasa apa, harga barang tetap mahal. Ni lah naratif yang digunakan oleh pembangkang dan juga walajib dalam nak mengkodem kerajaan.


Kita kena faham kenapa pengukuhan RM ini sangat penting.


Pertama, pengukuhan ringgit membantu mengekang inflasi import, iaitu komponen inflasi yang paling sukar dikawal oleh kerajaan. Malaysia masih mengimport sebahagian besar makanan, baja, ubat-ubatan dan input industri. Apabila ringgit lemah, kenaikan harga global terus dipindahkan kepada pengguna tempatan. Ringgit yang lebih kukuh bertindak sebagai “penampan”, memperlahankan pemindahan kos ini ke dalam ekonomi domestik.


Kedua, hutang luar negara jadi lebih ringan. Kerajaan dan syarikat yang ada pinjaman dalam USD atau mata wang asing bayar balik dengan kos lebih rendah. Ini kurangkan tekanan fiskal dan risiko kewangan.


Ketiga, pelabur lebih yakin. Ringgit kukuh selalunya datang bersama aliran masuk pelaburan, kestabilan dasar dan disiplin ekonomi. Ini penting untuk bina keyakinan jangka sederhana dan panjang.


Keempat, kos operasi industri turun. Banyak sektor pembuatan bergantung kepada bahan mentah dan mesin import. Bila kos input turun, margin boleh bertambah atau harga boleh distabilkan.


Namun, di sinilah kekeliruan besar yang sering dimanipulasi.


Harga barang di peringkat runcit tidak bergerak seiring dan serentak dengan pergerakan mata wang. Harga hari ini dipengaruhi oleh kontrak lama, struktur kos domestik, sewaan, logistik, gaji dan hutang perniagaan yang terbentuk semasa tempoh inflasi tinggi sebelum ini. Dalam literatur ekonomi, fenomena ini dikenali sebagai price stickiness  harga melekat ke atas dan lambat turun walaupun kos input mula reda.


Oleh sebab itu, hujah “ringgit naik tapi harga ayam gepuk masih RM20” adalah hujah yang salah dari segi kerangka analisis. Ia menyamakan pembolehubah makro jangka sederhana dengan realiti mikro jangka pendek. Dua perkara ini tidak bergerak pada kelajuan yang sama.


Lebih penting, pengukuhan ringgit memberi ruang kepada kerajaan untuk mengurus pembetulan struktur tanpa mencetuskan kejutan ekonomi.


Dengan tekanan import dan hutang luar yang berkurang, kerajaan mempunyai lebih fleksibiliti fiskal untuk menumpukan kepada isu sebenar kos sara hidup iaitu produktiviti rendah, kebergantungan kepada buruh murah, sewaan tidak terkawal, dan rantaian bekalan domestik yang tidak cekap.


Naratif pembangkang dan walajib sengaja memadam konteks ini. Mereka mahu rakyat percaya bahawa satu-satunya ukuran kejayaan ekonomi ialah harga turun serta-merta. Hakikatnya, ekonomi yang sihat bergerak secara berperingkat: kestabilan mata wang → penurunan tekanan kos → pelaburan dan produktiviti → barulah pendapatan sebenar dan harga menjadi lebih seimbang.


Kesimpulannya, pengukuhan ringgit bukan penawar segera, tetapi ia adalah prasyarat kritikal. Tanpa ringgit yang stabil dan dipercayai pasaran, sebarang usaha menurunkan kos sara hidup hanya bergantung kepada subsidi sementara dan kawalan harga,  langkah yang terbukti tidak mampan dan akhirnya memakan rakyat semula.


Menafikan kepentingan ringgit yang mengukuh bukan sahaja tidak ilmiah, malah berbahaya, kerana ia menggalakkan penilaian ekonomi berasaskan emosi jangka pendek, bukan asas jangka panjang.


Dalam ekonomi, asas sentiasa mendahului hasil.

Dan hari ini, asas itu sedang dipulihkan oleh kerajaan pimpinan DS Anwar Ibrahim .



HARGA TAK MASUK AKAL.


 Fendi Apple


Thieorbaikk ATM🤣😅😆😁👍👍💪💪





Aset baru untuk Pasukan Para Tentera Darat Malaysia yang bakal diterima adalah 7 unit Argo Frontier 650 8x8 all-terrain vehicle (ATV) buatan Kanada 


spesifikasi Argo Frontier 650 8x8 all-terrain vehicle (ATV) . Mampu membawa sebanyak 454kg Barang di bahagian belakang atau 6 Anggota 


Kapasiti Tunda: sampai 635 kg

Boleh mencapai dgn kelajuan 32km/h

Bukan itu sahaja ATV mampu meredah di air juga Dan boleh diangkut dalam C-130H


Argo Frontier 650 8x8 boleh digunakan untuk pelbagai tujuan lain, seperti: mine sweeping, humanitarian aid, tactical vehicle 


Difahamkan Perolehan 7 unit Argo Frontier 650 8x8 ini adalah dari tender perolehan 2025 pemenang tender adalah Syarikat Gading Kasturi Sdn Bhd dengan nilai RM5.67 juta utk 7 unit 


Lepas semak harga pasaran di US Dan Canada Argo Frontier 650 8x8  dijual pada harga $16K kepada $20k USD (RM80,000) per unit. 


Namun kita beli dengan harga RM810, 000 se unit lebih sepuluh kali ganda..... 


📸 Hanafiezkan





GUNUNG BAUKSIK di Perasing ni milik siapa Samsuri Mokhtar?

 


Syam Ghaz.


GUNUNG BAUKSIK di Perasing ni milik siapa Samsuri Mokhtar? 









Milik siapa? Khabarnya tauke Cina nak hantar ke China? 


Berapa Kerajaan Terengganu dapat royalti? Syarikat mana dapat? 


Adakah syarikat sama dengan skandal bauksik Bukit Goh dulu? 


Berapa orang Exco Terengganu terlibat?



GARA GARA NAK SINGKIR HADI AWANG.