USAH BERSELIMUT DENGAN PALIKAT CARIK


MSO



Timbalan presiden parti agama Tuan Ibrahim Tuan Man (Tuituman) menasihat orang ramai supaya jangan percaya dan terpengaruh dengan cerita berlaku perpecahan dalam Perikatan Nasional. 


Katanya apa yang dilapor, ditukar dalam medsos itu sengaja dibuat oleh mereka yang hendak pecah belahkan pakatan berkenaan.


Siapa nak pecah belahkan PN, rasanya tidak ada siapa pun terhingin, kerana PN kalau tidak dipasak ia akan pecah juga kerana penubuhannya dibuat secara curi dan veto sang saka parti itu sendiri. Sesuatu yang batil itu akan sirnah apabila tiba kebenaran.


Tidakkah penubuhan PN itu tidak diambil secara konsensus dalam muktamar Parti itu? Fakta ini ini bukan diketahui semua ahli apa lagi penyokong yang liat untuk kebatukan kepala.


Tindakan Tuituman cuba menyelamatkan PN itu tidak ubah, cuba menyembunyikan butir dengan palikat carik. Usaha itu tidak akan berjaya, kerana palikat sudah carik dan beka, susun dan kilaslah lagu mana pun, batang sawat akan terpamer juga. 


Perpecahan dan pertikaikan dalam PN kini tidak boleh ditusuk selindung lagi. Semua dunia sudah mengetahuinya. Sampai saat ini  PN gagal untuk melantik pengerusi baru menggantikan Mahiaddin yang melepas jawatan secara rekapaksa. PN berada di ambang perpecahan dan situasinya sangat kritikal.


Majlis presiden sepatutnya bersidang malam ini di rumah Gerakan untuk bincang dan mencari pengganti Mahiaddin, alih alih dibatalkan. Siapa yang membatalkannya, apakah netizen atau pimpinan PN sendiri. Pembatalan 

Itu jelas menunjukkan kata sepakat di kalangan ahli majlis tidak wujud. Perasaan curiga mencuirigai sesama mereka kian meluas dan melebar.


Jadi Tuituman tidak payah menyalahkan pihak lain kalau dipihaknya sendiri gagal. Tidakan Tuituman itu cuba meletakkan kesalahan itu kepada musuhnya secara hidup hidup menggambarkan beliau sudah hilang arah dan putus ikhtiar serta kehabisan doa. Sebelum menyalahkan pihak lain, beliau sepatutnya mengetahui dahulu apa yang berlaku dalam PN. Bersikap jujurlah duhai Tuituman.


Selaku timbalan presiden dan ahli majlis presiden PN, beliau seharunys tahu, melainkan beliau tidak dimaklumkan. Dan kalau beliau tidak dimaklum menunjukkan beliau tidak ada nilai berada disaf kepimpinan tertinggi parti. Orang tak hormat kita. Manakala kalau beliau tahu dan cuba menyembunyikan fakta bermakna Tuituman munafik.


Dicadangkan untuk mendapat maklumat lanjut apa berlaku dalam PN kini, sila bertanya khabar pemgasuh tua di hujung negeri, nescaya dia lebih mengetahui dan lebih berani ketimbang beliau sebagai timbalan presiden. Untuk menyuburkan bawang, jambaknya harus berani dipotong. Trims.




No comments: