Timbalan PN, DS Takiyuddin Hasan dilaporkan tidak menjemput TS Muhyiddin Yasin untuk hadir dalam mesyuarat luar biasa PN atas alasan TSMY telah meletakkan jawatan berkuatkuasa 1 Januari 2026. Selain itu, DS Azmin Ali selaku setiausaha dan Dato Dr Radzi Jidin selaku Ketua Penerangan juga tidak dipanggil atas alasan yang sama.
Bagi isu DS Azmin Ali dan Dato Dr Radzi Jidin itu tidak menimbulkan persoalan sangat kerana tiada sebarang klausa di dalam Perlembagaan PN yang menyatakan peletakan jawatan itu perlu disahkan terlebih dahulu. Perkara yang menjadi persoalan adalah langkah DS Takiyuddin yang tidak memberikan notis mesyuarat kepada TSMY untuk hadir.
Ini kerana wujud kontrakdiksi dalam kenyataaan DS Takiyuddin. Dalam kenyataannya, DS Takiyuddin menyatakan, "Agenda kedua mengesahkan peletakan jawatan pengerusi PN seperti mana kehendak fasal 8.3 (1)(b). Ketiga, apabila atau sekiranya Majlis Tertinggi PN meluluskan peletakan jawatan pengurusi PN, maka selepas itu baru diadakan pelantikan pengerusi PN yang baharu. Ia tertakluk kepada agenda dua di atas. Andai kata Majlis Tertinggi PN tidak meluluskan peletakan jawatan pengerusi PN. Maka secara sah, dia masih kekal sebagai pengerusi dan tidak perlulah agenda melantik pengerusi PN yang baharu.
https://www.sinarharian.com.my/article/765589/berita/politik/mesyuarat-pn-ini-untuk-ahli-majlis-tertinggi-sahaja-ndash-takiyuddin
Ini bermakna pada saat notis mesyuarat dikeluarkan itu TSMY masih lagi Pengerusi PN dan perlu diberikan notis mesyuarat untuk hadir. Soalnya kenapa awal-awal lagi TSMY kena kerat dengan DS Takiyudin untuk tidak hadir ke dalam mesyuarat.
Fasal 8.3(1)(b) Perlembagaan PN itu menyatakan, “Sekiranya Pengerusi meletakkan jawatannya, peletakan jawatan itu hendaklah berkuat kuasa selepas mendapat kelulusan Majlis Tertinggi yang akan memilih dengan secepat mungkin seorang Pengerusi baharu.
Jadi senarionya sekiranya Majlis Tertinggi PN tidak memberikan kelulusan peletakan jawatan TSMY bermakna TSMY masih lagi pengerusi dan sepatutnya berada di dalam mesyuarat itu. Apakah tatkala berlaku hal tersebut baharu DS Takiyuddin akan berlaku kalut untuk menghantar pemandu menjemput TSMY untuk hadir mesyuarat.
Ahli Majlis Tertinggi sepatutnya ada 20 orang dan wujud 4 kekosongan jawatan dan justeru 4 orang ini tidak dijemput hadir iaitu Pengerusi, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari Agung (kerana DS Dr Samsuri telah letak jawatan).
Apa akan berlaku sekiranya undian dibuat di kalangan 16 orang itu dan keputusan yang diperolehi adalah seri 8-8. Maka keputusan akan menjadi buntu. Fasal 13 Perlembagaan PN menyatakan bahawa keputusan Majlis Tertinggi hendaklah dibuat secara majoriti dan setiap orang mempunyai 1 undi. Sekiranya keputusan itu seri, Pengerusi PN mempunyai 1 undi pemutus. Oleh kerana TSMY tidak hadir maka undi pemutus ini juga tiada dan akhirnya kelak tiada sebarang keputusan boleh diambil.
Satu perkara lagi adalah risiko untuk tidak menghantar notis mesyuarat kepada TSMY adalah kemungkinan TSMY akan membuat protes kepada ROS untuk membatalkan keputusan mesyuarat itu kerana mesyuarat itu telah dibuat bertentangan dengan kehendak Perlembagaan PN.
Risiko ini nampaknya diambil mudah oleh DS Takiyuddin apabila dengan tanpa rasa bersalah telah membuat tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan PN. Apa pun kita tengok nanti perkembangan selanjutnya selepas hari Khamis ini.

No comments:
Post a Comment