RENTASAN 1632 | PANAS!! AKHIRNYA DAKWAAN BERSATU DINAFIKAN KPN?

MENARIK DALAM RENTASAN 1632
1. ADAKAH PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL MENGHASUT? 2. GELARAN DAJJAL ZALIM DAN BERBAHAYA 3. KERAJAAN MADANI KEKAL MOMENTUM KERJASAMA DAN EKONOMI





DS AWNAR NAIK KERETA MAHAL BENTLEY! GENG WALAUN MEROYAN TABUR FITNAH!

MEREKA TAK LAKUKAN KERANA SIBUK MEMPERTAHANKAN KUASA.


Zainuddin Omar 


Saya setuju undang-undang lapuk ini dihapuskan tetapi kenapa semasa PN berkuasa 33 bulan tidak buat apa-apa mengenai undang-undang ini? 



***************

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Harapan dalam kerajaan adalah hipoktrit kerana menggunakan Akta Hasutan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, kata setiausaha agung parti itu Hamzah Zainudin.

Dalam kenyataan di Facebook, Hamzah membidas Anwar dan PH kerana berulang kali secara zalim menggunakan Akta Hasutan selepas berkuasa.


“Bersatu mengecam sekeras-kerasnya sikap hipokrasi Anwar serta pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya lantang menentang Akta Hasutan dan berjanji untuk menghapuskan akta yang dikatakan undang-undang zalim atau ‘draconian law’ dalam manifesto PH sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU15.

Ironinya, setelah menjadi kerajaan mereka telah menggunakan Akta Hasutan berulang kali secara zalim untuk menekan dan menindas lawan politik, katanya.


Terdahulu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil menegaskan bahawa kerajaan tidak ada kaitan dengan pertuduhan menghasut terhadap Muhyiddin.

Beliau berkata Jemaah Menteri dimaklumkan dalam mesyuarat hari ini bahawa pertuduhan terhadap Muhyiddin bukan berdasarkan laporan polis oleh kerajaan, sebaliknya oleh wakil Istana Pahang.

Pihak kerajaan tak masuk campur dalam hal ini. Siasatan dilakukan oleh polis dan pendakwaan dibuat berdasarkan siasatan tersebut, kerajaan tidak terlibat, katanya.

Bagaimanapun, Hamzah mendakwa pertuduhan terhadap Muhyiddin bermotifkan politik, menyatakannya sebagai keputusan ‘tergesa-gesa’ untuk mendakwa tanpa mengendahkan fakta dan kenyataan daripada individu-individu utama yang terlibat serta memperhalusi dokumen-dokumen yang diserahkan.


Pertuduhan terhadap Muhyiddin sesungguhnya amat luar biasa apabila ketua polis negara memperakui bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara pada hari yang sama kenyataan Muhyiddin Yassin direkodkan bersama dokumen-dokumen, katanya.



GITU PULAK..

 

Bab ni sebenarnya aku dah lama fikirkan. Kenapalah semua pembangunan nak 𝗱𝗶𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝘁 ke KL je? Macam tempat lain tak boleh.



Sampaikan KL tu 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗸 𝗻𝗮'𝘂𝘇𝘂𝗯𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵. Ada je nak buat bangunan ke, apa ke, semua KL. Padahal keliling KL tu ada je bandar lain.


𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴, 𝗦𝗲𝗿𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 malah 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 pun boleh. Lepas tu tambah baik pengangkutan awam antara bandar tu. Tak boleh? Kurang la sikit sesak kat KL tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HATI SIAPA TAK TERASA BILA BACA JHO LOW TIPU

 

Zainuddin Omar


Hati siapa tak terasa sakit apabila membaca kes 1MDB di mana penyangak Jho Low, Obaid, Mahony dan Petrosaudi begitu mudah menipu duit kita lebih 8 Billion Ringgit atas projek yang tidak ujud. 



Itu sebab Najib perlu merengkok dalam jail atas kecurian berbillion duit kita.  


***********

Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland mensabitkan eksekutif PetroSaudi International Ltd, Tarek Obaid dan Patrick Mahony atas peranan mereka dalam menggelapkan dana 1MDB.


Mereka dituduh mencipta tanggapan palsu bahawa kerajaan Arab Saudi menyokong syarikat mereka, dalam usaha meyakinkan lembaga pengarah 1MDB untuk menubuhkan usaha sama dengan syarikat mereka pada 2009.


Mereka kemudiannya meneruskan penipuan 1MDB sebanyak AS$1.8 bilion (RM8 bilion).


Laporan Reuters hari ini memetik pertuduhan terhadap mereka yang menyatakan bahawa Obaid mendapat sekurang-kurangnya AS$805 juta, manakala Mahony mendapat sekurang-kurangnya AS$37 juta.


Laporan itu menyebut Obaid dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, manakala Mahony dijatuhi hukuman penjara enam tahun.


Dalam satu kenyataan berasingan, 1MDB berkata mahkamah juga telah memerintahkan aset kedua-dua mereka berjumlah lebih AS$240 juta dirampas dan dikembalikan kepada 1MBD.


Ini termasuk hartanah di Switzerland dan UK dan wang yang disimpan dalam banyak akaun bank.


“Kami mengalu-alukan keputusan hari ini di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland, yang bermaksud bahawa Patrick Mahony dan Tarek Obaid akan berdepan hukuman atas peranan mereka dalam menyeleweng dan menipu rakyat Malaysia, dan kami memuji pihak berkuasa Switzerland atas usaha mereka memastikan sabitan ini,” kata seorang jurucakap lembaga pengarah 1MDB.


Jurucakap itu berkata 1MDB akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa di seluruh dunia untuk membawa tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB, yang dianggarkan berjumlah AS$4.5 bilion.


“Penghakiman hari ini adalah langkah seterusnya ke arah memulihkan kemudaratan yang dilakukan kepada rakyat Malaysia.


“Kami akan terus mengejar mereka yang bertanggungjawab atas rompakan 1MDB dan mendapatkan semula aset sah negara kita, di mana sahaja ia berada,” tambah jurucakap itu.


Selain tindakan jenayah di Switzerland, 1MDB juga menyaman Mahony dan firma guaman White & Case LLP yang berpangkalan di UK di mahkamah Malaysia kerana didakwa mengelirukan dan menipu 1MDB.


Tindakan sivilnya menuntut Mahony membayar balik AS$1.83 bilion kepada 1MDB, dan untuk pengisytiharan mahkamah bahawa White & Case bertanggungjawab untuk jumlah yang sama sebagai pemegang amanah yang membina untuk 1MDB.


Sebelum ini, dilaporkan bahawa Obaid, Mahoney, dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho telah bersekongkol dalam apa yang digelar "Goodstar Phase" dalam skandal 1MDB.


Mereka dikatakan menubuhkan usaha sama untuk projek palsu dan meyakinkan lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan AS$1 bilion untuk usaha sama itu, yang mana AS$700 juta telah dialihkan ke dalam akaun Switzerland yang dimiliki oleh Low.


Sebahagian daripada wang yang dialihkan kepada Low kemudiannya disalurkan kepada Obaid dan Mahoney.


Pendakwa raya Switzerland mendakwa bahawa baki AS$300 juta telah disalurkan kepada Petrosaudi untuk faedah syarikat itu.


Selanjutnya, katanya, kedua-dua tertuduh turut membantu Low menipu 1MDB sebanyak AS$830 juta lagi antara September 2010 dan Oktober 2011 sebagai sebahagian daripada pinjaman susulan usaha sama palsu itu.


Nama Obaid telah disebut beberapa kali semasa perbicaraan 1MDB terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.


Semasa perbicaraan pada Januari, sebagai contoh, seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tentang pertemuan yang sepatutnya antara Najib dan wakil PetroSaudi termasuk Obaid, di atas kapal layar RM Elegance di perairan selatan Perancis.


Bagi Low, dia telah mendakwa dia tidak bersalah dan masih bebas walaupun terdapat waran tangkap terhadapnya.



APA PROJEK NAJIB BUAT YANG BERJAYA.?


 𝘐𝘵𝘶 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝙉𝙖𝙟𝙞𝙗 𝘭𝘢. 𝘗𝘔 𝘭𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘦...


𝗛𝗼𝗶!

.

Antara benda paling aku 𝗺𝘂𝗮𝗸, 𝗷𝗲𝗹𝗮𝗸 dan 𝗹𝗼𝘆𝗮 bila baca walajib 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 semua projek yang elok tu Najib yang buat 


Sedar sikit. Najib 𝗷𝗮𝘁𝘂𝗵 dah 6 tahun. 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 pun rasanya dah dekat 2 tahun. Orang tua tu dah lama 𝗹𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗵𝗶𝗿𝗮𝗿𝗸𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Kalau betul ada projek dia rasmi, dia lancar, luncur atau apa sekali pun, kena ingat 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝘁𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Mati keras je.


Dia bukan macam tanam durian. Orang ni tanam, 8 tahun lepas tu baru berbuah. Lepas yang tanam tu dah mati. Macam tu boleh la kata jasa orang yang tanam 


Projek ni sepatutnya 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘂𝗺𝘂𝗺 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸. Tapi tak. Lepas umum, diam. Sampai pentadbiran baru naik baru diteruskan. Jadi ia usaha pentadbiran yang baru.


Bukan aku kata Najib tak ada sumbangan. Tapi kalau nak 𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮 pun, 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝗮-𝗽𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵. Zaman Najib dulu bukan sikit projek yang 𝘂𝗺𝘂𝗺 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗺.


Belajar terima kenyataan. 𝘔𝘰𝘷𝘦 𝘰𝘯. Berhenti bodohkan diri sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


YA LA TU MEZAH

 

Kebenaran akan menang. Betul la tu. Jadi nanti kalau Mahiaddin kalah, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝘁𝗲𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸. Kalah maknanya Mahiaddin salah la kan? Sebab 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴.


Cuma bila dia kata kezaliman PH tu susah sikit la nak faham. Apa kena mengena dengan PH pulak? Semua 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Kalau dia 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽, tak jadi begini.


PH zalim apanya? Yang buat laporan polis tu 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 sendiri. Bukan PMX. Bila dah ada laporan, polis terpaksalah siasat. Kena pula yang buat laporan tu 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗷𝗮. Takkan nak abaikan?


Bukan PMX yang tiba-tiba arahkan polis siasat. Semua ni 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝗱𝘂𝗿. Takkan Hamzah yang pernah jadi 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 tak tahu? Adakah masa jadi menteri dulu dia 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀?


Samalah macam kes Sanusi dulu. Yang buat laporan tu 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗜𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿. Kalau Hamzah kata buat laporan tu zalim, maknanya dia kata 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮 𝗣𝗮𝗵𝗮𝗻𝗴 dan 𝗜𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 yang zalim. Begitu?


Tak payah 𝘴𝘱𝘪𝘯 la Hamzah oi. Rakyat Malaysia ni, yang bodoh 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Yang lain cerdik. Semua rakyat tau Mahiaddin didakwa sebab kebiadabannya sendiri. Tak ada siapa aniaya 𝗣𝗠 𝗧𝗲𝗽𝗶 ko tu.


Lepas ni, suruh Mahiaddin tu ambil kursus 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶. 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿 sekali pun bagus juga. Sebab dia memang tak reti berkomunikasi. Masa jadi PM pun main edar PDF je. Sebab tu bila bercakap, dia pun tak tahu 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KONA ARAH LAIN BILA ISU EKONOMI TAK TERJAWAB


 Bila mereka tak dapat jawab bab ringgit, pasaran saham, KDNK, pelaburan, isu Palestine, maka..




Mereka mula fitnah.


Faktanya harga beras walaupun import di Malaysia adalah lebih murah dari Pengeluar beras di Thailand dan Indonesia. 


Keduanya kerajaan sering buat jualan Madani.


Beras jualan Madani tu, bukan beras tempatan. Murah sebab kerajaan subsidi. Tujuan dia nak bagi orang yang memerlukan dapat beras murah.


Hawa Yaakub ni terpaksa bodohkan diri dia untuk buat fitnah.


Kesian..belajar tinggi jadi bodoh sebab ikut PAS.


Malu anak-anak mak macam ni.


Kes di Muar mati bukan sebab dia tak ada beras. Tapi warga emas yang meninggal akibat tua/sakit..disebabkan dia juga yang menjaga anaknya OKU, anak tersebut mungkin mati akibat kelaparan kerana ayahnya telah mati.


Ini isu terpencil dan melibatkan masyarakat. Ya isu ini perlu diatasi, tapi bukan fitnah dan tunggang. Hanya kerana benci kerajaan. 


Perkara ini boleh berlaku lagi pada masa hadapan melibatkan ramai orang tua yang tinggal bersendirian. Negara kita menuju negara tua.


Cuba lah guna kebijakan anda untuk  tawarkan Solusi. Bukan fitnah.


Terima kasih 


Fairul al Qasas 

Jengka




SIAPA JAGA ZIONIS NI?

 

Aku setuju dengan 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗵𝗱𝗮𝗶𝗹𝘆 kali ni. Menyerang dan memburukkan ulama sebenarnya gerakan yang dibuat demi menjaga kepentingan  𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗭𝗶𝗼𝗻𝗶𝘀.



Hari tu ada 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗿𝗮𝗺𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗯𝗿𝗶𝘁𝗶 yang hina 2 ulama sebenar, 𝗗𝗿. 𝗠𝗔𝗭𝗔 dan 𝗗𝗿. 𝗥𝗼𝘇𝗮𝗶𝗺𝗶. Dia kata tukang tebar roti canai la, tuang minyak selinder la. Kiranya penceramah selebriti tu jaga kepentingan Zionis kan?


Dr. MAZA dan Dr. Rozaimi adalah ulama pada erti kata sebenar. Mereka 𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗵𝗗. Bukan pemain gitar yang tiba-tiba digelar ustaz. Bukan bekas pegawai kastam atau yang 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹.


Tapi aku tengok dua tokoh ni tak pernah pun mendabik mengaku ulama. Itu satu lagi sifat ulama. Mereka 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗴𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂. Lebih penting mereka 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮. Tak betul, mereka tegur 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗶𝗿𝗮 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮.


Dan atas sebab itulah mereka sering dapat kecaman oleh penyokong penceramah selebriti yang 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗯𝗲𝗹 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 dia pakai tu.


Jadi jika betul kata Harakahdaily ni, bermakna betullah penyokong parti fitnah dan penceramah selebriti tu 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗺𝗲𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗭𝗶𝗼𝗻𝗶𝘀 kan? Sebab mereka benci ulama. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BIAR YANG TAHU AMBIL TAHU



 Ini keputusan 𝗯𝗶𝗷𝗮𝗸 dan yang 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗶𝗸 diambil oleh kerajaan demi 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻. Tapi kalau boleh bukan setakat anggota kabinet, bahkan 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 kecuali mereka yang memang pernah terlibat dalam sukan tersebut 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗶𝗻.



Macam seorang ahli parlimen tu, takde nampak muka macam perenang pun. Tahu tahunya dia jadi 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. Apa ke he? Biarlah sukan kita diketuai  individu yang 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻. Bukannya yang sibuk cari 𝙢𝙞𝙡𝙚𝙖𝙜𝙚 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 je.


Ini mungkin boleh buka laluan untuk hapuskan 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻, sekiranya ada. Sukan perlu 𝘀𝘂𝗰𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘂𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 barulah kejayaan akan menyusul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


NAIK LAGI.

 





Esok, BSKL dan RM akan naik lagi.. sabarlah geng anti kerajaan..


Assalam dan Selamat Malam FnF dimana saja ANDA berada.

RMS

BAGI PELUANG BN UMNO.

 




Anthony Loke Siew Fook, DAP dan PH 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗕𝗡 dalam 𝗣𝗥𝗞 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗼𝘁𝗮. Bukan boikot tapi kita cuma nak bantu 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝘂𝗸𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 orang Melayu terhadap parti itu sekarang. Kan Dr Akmal Saleh kata UMNO nak gerak solo PRU16 nanti. Pemimpin UMNO pun tak tegur dia maknanya 𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗹𝗮 𝘁𝘂.


Itu 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. Jadi biarlah UMNO 𝙩𝙚𝙨𝙩 𝙢𝙖𝙧𝙠𝙚𝙩 dulu. Lagipun, 𝗣𝗥𝗞 𝗡𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶𝗿𝗶 penyokong UMNO kata 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗛 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 telah memenangkan mereka. Jadi rasanya kalau PH, terutamanya DAP 𝘁𝗮𝗸 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗻𝗶, UMNO pastinya boleh menang dengan majoriti yang 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿.


Mahkota tu 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂. Dalam negeri Johor pulak tu. Tak ada masalah untuk UMNO 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯 PAS di situ. PH lebih baik pusatkan persediaan untuk hadapi PRU16. Minta Mohamad Sabu 𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 khususnya kawasan luar bandar. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


FUHHH.... DIA LAGI.

 

Norshidah Md Daud


Hakak baru nk up post...



Banyaknya duit si ostard ni pakai pone mahal

Tapi umrah x mampu katanya, siap ditaja

Bil letrik mintak sedekah


Tapi tu la, anak murid dia paling kanan bgtau tadi suh husnuzon

Maybe dia ambik plan telco bayar bulan2 tu


Akak pun malas nak gadoh ngan dia

Ye la dah dia anak murid paling kanan


Kang cakap lebih2 hakak pulak atas kerusi roda tu nanti 😞


Kak AAwie Noraliza Binti Alitanya tadi ape kelebihan phone ni 


Hakak xtau, tapi hakak rasa phone ni dapat memanjangkan yang pendek dalam gambar

Serta menutup cagu2 yang nyata


Nk tau sape anak murid plg kanan tu?

Boleh tanya kak AAwie Noraliza Binti Ali



HANG PI NGADAP LA WOIII..


Najib Bakar


 Kalau Harakahdaily Suffi Kamari lah admin ni. Nasib baik JPA pantas jawab fitnah. 


Haih main dengan puak gila kuasa ni.



TAHUN NI DASAR DAH BERUBAH KAH?

 

Exco Kelantan ni 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝘼𝙢𝙧𝙖𝙣 𝙁𝙖𝙣𝙨 siarkan satu 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗹𝗲𝗸 𝗱𝗶 𝗕𝗮𝗰𝗵𝗼𝗸, 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻.



Apa yang dia tak puas hati, aku pun tak tahu. Tapi bila dia kata video tu video lama, bermakna sahihlah video itu 𝘁𝘂𝗹𝗲𝗻.


Bermakna betullah kejadian itu berlaku di Kelantan. Baru 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀. Tak adalah lama sangat. Ertinya MB dan Exco 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴.


Adakah ini bermakna di Kelantan pun diadakan acara yang 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺, sepatah kata Azhar Idrus.


Tak payahlah marah Amran Fans. Marah la diri sendiri tu. Tanya apa yang kamu dah buat sebagai exco tak halang 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗵𝗼 seperti ini berlaku.


Kalau peringkat pusat, ada penceramah suruh anak muda suruh lawan kerajaan. Suruh cari syahid. Jadi yang di Kelantan ni pun sama ke?


Keluar video baru setahun dah bising. Dia main video DS Anwar lebih 10 tahun dulu 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘹 je. Sikit-sikit Allah 𝗸𝗮𝘀𝗶 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BUDAK BARU NAK BESAR.. BUAT PERANGAI. KONONNYA HEBAT..




Semalam memang mendidih baca komentar 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 dalam BN, 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗮𝗹𝗲𝗵. Tentang nak gerak solo la, UMNO parti dominan la, nakkan jawatan Menteri Komunikasi la.


Tapi hari ni jumpa video ucapan 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗨𝗺𝗻𝗼 𝗧𝗼𝗸 𝗠𝗮𝘁. Sejuk sikit hati. Ini cara orang lama main politik. Lembut  cakap beralas. Bukan bingung macam 𝗯𝘂𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵 𝘁𝘂.


Tapi masih lembut sangat. Orang 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗹 macam Akmal tu perlu diberi peringatan lebih jelas, keras dan tuju tepat pada dia. Takut kalau berkias sangat dia 𝘁𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺. Biasalah. Otak level Wan Fayhsal mana faham bahasa. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


MAKNA KATA DASAR TAHUN LEPAS DAN TAHUN NI TAK SAMA LA YA.?


Che Ibrahim


 "Hasil semakan segera didapati rakaman persembahan tersebut telah berlaku lebih setahun dahulu dan dimuat naik semula oleh Amran Fans yang mempunyai jumlah pengikut seramai 361,000 orang." - Exco Kelantan, Hilmi Abdullah


Baca di ⬇️




KEH.. KEH.. KEH... LEPAS NI NAK KUTUK SAPA PULAK. JANGAN JANGAN BAGI PAS JOIN.


 

DARI ZAMAN MUDA SAMPAI TUA, KERJA DIA PECAHBELAH ORANG MELAYU ISLAM MALAYSIA


 

DURI DALAM DAGING UMNO


 

PMX TUNAIKAN JANJI LAMPU DI PASANG DI JALAN JALAN DALAM FELDA.


 

NAK KRITIK KONONNYA. TAPI ILMU TAK ADA.


 

DATA TAK MENIPU


 

SYARIKAT KENA BAYAR.




 Ni baru betul...

Syarikat penerbangan kena bertanggungjawab...

Terbaiklah menteri pengangkutan..




MELINGKUP LA.. TAPI DENGAN PAS PUN JANGAN

 


Tiada seorang pun pemimpin PAS yang hadir beri sokongan buat Muhyiddin di Mahkamah Gua Musang hari ini. Adakah ini tanda2 Abah bakal melingkup tak lama lagi?

Video: go.my/Muhyiddin-tiba-di-Mahkamah-Gua-Musang.



TERBAIK PAK YUS...


 

MP BENGGONG SI FADLI NI TAK TERASA MALU GAMAKNYA...

 

Mula-mula aku tak hirau sangat berita ni. Tak ada pun yang pelik. Sekali baru aku perasan. Laa... Di 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗽𝗮𝗻𝘆𝗮. Ingatkan di Bangladesh.



Sebab setahu aku, hantar tenaga kerja keluar 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗹𝗮𝗱𝗲𝘀𝗵. Mereka memang pengeksport tenaga kerja. Tapi bila di Kelantan...


𝘑𝘰𝘬𝘦 𝘢𝘴𝘪𝘥𝘦, benda ni tak pelik pun. Tapi dibuat bahan lawak sebab mengenangkan 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 cakap besar dan berlagak sebelum ni.


Mereka kutuk negeri-negeri yang ditadbir oleh 𝗣𝗛 dan 𝗕𝗡. Tak cukup itu, mereka reka cerita konon PH 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 dan jaga ekonomi.


Tapi akhirnya, di negeri yang dipimpin oleh pihak yang 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 tu la yang dihantar rakyat mereka. Dah tu dia 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 𝘁𝘂.


Dah lebai yang konon hebat sangat, tak mampu ke nak sediakan peluang pekerjaan? 𝗖𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗹𝗲𝗯𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗵𝗮𝗺𝗽𝗲𝗵. Itulah kejadiannya.


Tapi tak ada masalah pun. Sebagai rakyat Malaysia, boleh je nak kerja di mana-mana selagi dalam negara. Cuma, 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮.


Lebai selalu bercita-cita nak memerintah Selangor sebab negeri tu kaya. Tak mustahil kalau pekerja ini dihantar sebagai 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗣𝗔𝗦.


PH tak boleh pandang enteng perkara ni. Perlu adakan rancangan untuk hadapi sekiranya 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Lebai ni 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝗶𝗰𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗹𝘂𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ISU PAS SERTAI KERAJAAN PERPADUAN-SALIM PARPU DENGAN WALAUN PAS. WALAUN LAYAN SALIM MEMANG BENGGONG LA.


 

TAK SANGKA INI PMX BUAT PADA 1988, SATU LAGI JASA PADA UMMAH! #malaysia ...



BERITA BURUK KEPADA DAIM & ISTERI! KENYATAAN PANAS DARI PIHAK MAHKAMAH!


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin supaya kes gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah dihadapinya, didengar hakim Mahkamah Sesyen lain. Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pemohon gagal membuktikan kemungkinan berlaku berat sebelah dalam perbicaraan itu. Peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Daim dan isterinya Na’imah Abdul Khalid tidak membantah keputusan itu. Dalam prosiding hari ini, Nizamuddin turut memohon pengecualian kehadiran Daim dalam prosiding permohonan atas alasan kesihatan. Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin kemudiannya memohon mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan mental di hospital kerajaan yang digazetkan. Menurutnya, berdasarkan laporan perubatan pihak pembelaan, tertuduh disahkan mengalami beberapa serangan strok dan keadaan itu menyebabkannya jatuh hingga retak tulang. Jika dilihat keadaan tertuduh, perbicaraan nanti kemungkinan tertuduh tidak dapat hadir. Yang utama ialah kesihatan mental tertuduh, katanya menurut Berita Harian. Wan Shaharuddin menjelaskan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah boleh digunakan untuk menilai sama ada Daim layak dibicarakan. Azura menetapkan 17 Oktober depan keputusan permohonan itu. Daim sebelum ini memfailkan permohonan untuk memindahkan kes pada 7 Mei lepas atas alasan antaranya terdapat kemungkinan berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadapnya kerana kes isterinya, Na’imah Abdul Khalid juga didengar di hadapan hakim sama (Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi). Pada 29 Jan lepas, Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin, 86, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Na’imah, 66, pula didakwa pada 23 Jan lepas atas satu pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Mereka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.






TAK PAYAH LA TERIMA SELAGI HADI AWANG ADA- PAS KAJI BAIK BURUK SERTAI KERAJAAN! SETUJU KA ANDA SEMUA PAS SERTAI KER...



Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Malah, katanya, perkara itu juga ada dibangkitkan pada Majlis Syura Ulama, namun secara sepintas lalu dan belum ada sebarang keputusan muktamad. “Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat. “Ya, memang ada usaha daripada pihak tertentu yang mengajak kita bersama di dalam kerajaan perpaduan dan kita belum buat apa-apa keputusan lagi,” kata Hashim yang dipetik Utusan Malaysia, dan disiarkan hari ini. Menurut musyidul am PAS itu, sebagai parti tunggal yang mempunyai kerusi terbanyak di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti Melayu sudah pastinya, kerjasama itu boleh membantu memperkuatkan kedudukan kerajaan. Namun, untuk bersama di dalam kerajaan perpaduan, Hashim berkata PAS memerlukan kajian dan perbincangan lebih menyeluruh. “Ada baik dan buruknya perkara tersebut dengan PAS masih tidak membuat sebarang keputusan muktamad mengenainya”, katanya lagi. Pada Februari lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tetap beristiqamah bersama "Islam yang berkuasa" dan bukan sebaliknya dengan "Islam sekular yang tidak berkuasa". Kata Presiden PAS itu "Islam sekular" tersebut dicacatkan oleh penjajah dengan meninggalkan petunjuk Allah, seterusnya membawa akibat buruk yang dapat disaksikan sekarang. Mengulas mengenai aspek perpaduan yang kini menjadi perbincangan, Abdul Hadi berkata, perkara itu dilihat penting sehingga menjadikan semua menguar-uarkan perpaduan. Pada Jun lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil tidak mengesahkan mahupun menafikan khabar angin kononnya PAS mungkin menyertai kerajaan perpaduan tetapi dia menegaskan terdapat perbincangan antara kerajaan dan pembangkang, khususnya membabitkan pemimpin negeri. Bagaimanapun, Fahmi tidak menyatakan secara jelas sama ada perbincangan itu termasuk dialog eksklusif antara kerajaan pusat dan PAS. Perkara itu sekali lagi dinafikan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan parti itu tidak bercadang untuk menyertai kerajaan gabungan pimpinan Pakatan Harapan-BN.




KEMPEN MASUK SEKOLAH KAH UNTIT NI.

 Desa HM


Mereka dah lama merancang..



Kita jer yang tak nampak...


Hihihi... untit masuk buat program di sekolah... GB ni pun untit gak kot...


Hmmm... PRN Mahkota ni banyak lagi sekolah boleh buat program kanak2... jemput untit ni masuk...


🤔🤔🤔🤔



SEBELUM WAKIL DAJJAL MENDAJJALKAN UMNO. EEERRRKKKK.... GLUPPPP. .


 

OWHHHH... UPSEREYNAPETEY


RMS


 Aku tak hina Kelantan, wife pun orang sini, tapikan bila semua hiburan disekat, dilarang pasti ada yang over excited bila ada peluang..



Bukan salah tok guru, ustaz  kerana tok guru memang tumpukan pada golongan yang sealiran saja, golongan kaki masjid dan usrah..kerana itu kes penyalahgunaan dadah, jenayah maksiat berleluasa kerana mereka bukan dalam skop tok guru..


*Gambar Hiasan.



MEREKA AKAN TERPERANGKAP JUA. PENYAMUN HARTA NEGARA TIDAK BOLEH LARI LAGI.

 

Gino Marvela. 


Dalam awal tahun ini GM pernah terkeluar cakap memang sedang berurusan dengan FDI, transaksi beberapa perbankan, dan jual beli @ pindah milik perbankan itu sendiri. Dalam tangan memang ada 3 entiti sedang di uruskan. 


Dan sudah tentu kami juga buat siasatan dalaman. Silap hari bulan, entiti pegawai dalam BNM itu sendiri bakal terkait. 


Tapi, kami bukan bodoh nak dedahkan butiran terperinci terkini. Kami akan guna 3rd parti utk sebahan umum. Jadi, kalau ada mana2 pihak lain juga yg lakukan siasatan...kami hulurkan apa yg perlu.


Rasuah tak buleh di biarkan berterusan dan berlarutan terlalu lama. Tindakan-tindakan sebeginilah yg buatkan ahli-ahli politik dan kroni-kroni kepada ahli politik yg mahakaya amat tidak suka kpd pentadbiran sdra Anwar Ibrahim.


Maka, dari sinilah momokan si korup berkata...

👉 Anwar Ibrahim lebih teruk & kejam berbanding Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mael Sabri mengurus negara.


Kata-kata itu mula tersebar ketika SPRM menyiasat si mata satu atas kerusi roda. Akauntan yg sama inilah juga yg memegang segala aset & harta ulamraja entiti Melayu yg tak malu berdarah Kerala. 


Jadi, dh faham kan mengapa usaha yg sdra Anwar itu sendiri cuba melakukan Reformasi & tegakkan tatakelola kadangkala gagal ? 


Kerna puak inilah juga yg selama puluhan tahun korupsi telah berakar  ke setiap agensi/badan.


Kerna puak yg sama inilah juga kadangkala cuba main sentimen negatif pasaran dan kadangkala menarik keluar aset/sumber dari pasaran.


Dari korupsi peringkat pertama, harta ismet ulam raja tadi di sucikan/bersihkan melalui pelaburan-pelaburan legal atau sah di pasaran. Di sebabkan inilah kadangkala SPRM yg menyiasat berada di jalan buntu. Maka audit forensik satu persatu akan melibatkan LHDN akan berlaku. Apabila naik kepada suatu peringkat, akan ada mata-mata perkakas korupsi yg berakar inilah membocorkan rahsia dalaman. 


Kita naikkan gaji...kita naikkan elaun. Kadangkala bonus saja 5-8 bulan berdasarkan jumlah gaji. Apabila terjerutnya tengkuk sang korupsi, petualang dalaman inilah yg akan acapkali bersekongkol membocorkan rahsia dalaman.


Kemudian ahli politik yg kepanasan tadi, akan mengeluarkan beberapa kenyataan di media. Jika dia tidak bercakap, peguamnya akan bercakap di media tak kiralah melalui wartawan atau sengaja menulis di media sosial. 


Parti-parti politik yg sengaja menutup mata, akan cuba menceduk di air keroh. Jika mandrem bangsa & agama di gunakan, maksudnya adalah mana-mana ahli politik korup yg di sentuh. 😊


Kadangkala GM sendiri hilang seminggu dua dalam penulisan bahkan kadangkala melebihi 1 bulan tidak berkarya.


Dalam tempoh tu, adalah perkara yg kami lakukan di luar sana. Nak banteras 100%, memang sukar kerna kebusukan rasuah itu telah berakar lama sejak zaman pengswastaan bermula lg. 


Kalau bagi kami, peduli apa si petualang-petualang ini gelar Anwar sbg org yg lebih kejam! Itu dh cukup baiklah SOSMA itu tak di kenakan sebagaimana ISA yg di salahgunakan kpd pihak lawan yg bersuara. Kalau ikutkan jiwa kami, habiskan saja petualang & penyangak korupsi itu melalui SOSMA. 


Tapi itu tak berlaku...


SPRM, PDRM, LHDN adalah agensi yg lebih sesuai berurusan. Sementara itu, kami cuba meneliti kaunter pasaran dan impian kami Ringgit akan menuju ke RM4.2/dollar. 


Lani dh hampir bulan 9. Ada 3 bulan lagi nak habis tahun. Apakah Malaysia mampu akan pergi ke RM4.0 di hujung tahun ? 


Jika perjalanan ini sempurna, tahun hadapan adalah tahun yg paling baik. Kami akan cuba tekan lagi sampai RM3.8/dollar. Cuma masalah negara kita tahun hadapan, kita kekurangan sumber simpanan makanan negara. Harap pihak kerajaan buleh lakukan tindakan drastik atasi masalah ini. 


Apakah kita tidak mampu capai ke RM3.7-3.8/dollar ? Malaysia mampu...kita dah lalui RM4.78/dollar, kini semakin menguat ke arah RM4.3 dalam beberapa bulan saja. 


Selagi korupsi dan rasuah di banteras, susun kembali ekonomi, lebarkan peluang niaga & pekerjaan, banyakkan sektor pelaburan asing masuk ke Malaysia, wujudkan sektor tani utk sumber makanan negara yg secara tak langsung mendidik usahawan tani berniaga... InsyaAllah, ketika KDNK mula menguat...tak mustajil Malaysia akan capai RM3.5/dollar di bawah tangan sdra Anwar. 


Kami bukan taksub kpd sdra Anwar dan politiknya. Persoalannya di sini, siapa yg mampu menguruskan perubahan ekonomi kepada lebih baik.


Sdra Mahathir dh jadi PM 2x, Muhyiddin juga bersama parti pas dh jadi kerajaan menerusi tebuk atap, kembali pula kpd tangan Mael Sabri dari umno. Halatuju ekonomi jadi lebih buruk dgn hutang yg sangat tinggi. 


Sekali lagi nak di tanya, kalau bukan Anwar...nak harapkan pd siapa lg ? Berdegar cakap saja kunun ada lg yg lebih baik. Awat ada kalangan yg lebih baik itu tak guna peluang ketika mereka pernah jadi kerajaan yg lepas membaiki segala kelompongan ?


Nak harapkan kpd Hadi Awang yg ambil gaji dan elaun tapi tak boleh masuk ke Arab Saudi dan jirannya ?



MP BENGGONG CUBA TIPU PENGIKUT YANG BENGGONG JUGA.

 


Dia punya tulis tu macam la Mahiaddin terlepas. Tapi rupanya setakat 𝙜𝙖𝙜 𝙤𝙧𝙙𝙚𝙧 dab 𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 je.



Yang dia tak tulis, 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻. Bererti ada kes. Maknanya ada kemungkinan Mahiaddin akan 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.


Cara dia tulis pun menunjukkan betapa 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗲𝘀𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 dalam mempertahankan kebiadaban presiden mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



KENYATAAN MEDIA SEKRETARIAT KERAJAAN PERPADUAN









Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang berlangsung pada 27 Ogos 2024 di Seri Perdana, Putrajaya telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan seperti berikut:


1. Mesyuarat menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional kerana memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri dengan majoriti besar. 


2. Menyokong penuh calon Barisan Nasional di PRK DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dalam masa terdekat.


3. Seluruh jentera parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia terutamanya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota dari kalangan pelbagai kaum dan agama.


4. Mesyuarat memperakui struktur jentera Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil N.29 DUN Mahkota sebagaimana berikut:


a) Pengarah Pilihan Raya Kecil: YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.    

                                                                                                                                                          b) Penyelaras Jentera Pakatan Harapan: YB Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan.

 

5. Mesyuarat turut memandang serius isu-isu mengenai 3R dan menegaskan akan menumpahkan taat setia serta terus mempertahankan kedaulatan dan kedudukan DYMM Raja-Raja Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.


Dr Asyraf Wajdi Dusuki,

Ketua Sekretariat,

Kerajaan Perpaduan Malaysia.



KULIAH PENDEKATAN TASAUF IMAM JUNID.

 [27/08, 11:52 pm] Dato Hassnuddin: Pentingnya pendekatan Tasauf Imam Junid Al-Bagdadi *PART 1.



[27/08, 11:52 pm] Dato Hassnuddin: Pentingnya pendekatan Tasauf Imam Junid Al-Bagdadi *PART 2*





PUAK GHILAU DAN PELAMPAU AGAMA.

 

Ada golongan yang menggunakan agama sebagai alat politik untuk meraih kuasa, bukan untuk menyebarkan kasih sayang dan rahmat Tuhan. Perlu diingat, mereka ini bukanlah ulama sebenar, tetapi golongan ekstremis yang memecah-belahkan umat dengan agenda mereka sendiri. Islam adalah agama yang membawa perpaduan, bukan kebencian. 



Wajarkah kita mengikut ulama' sebegini? Yang hanya membawa fitnah kepada agama suci?



MUFTI PERLIS DR MAZA PATAHKANHUJAH BIADAP MAT JARGON YANG BIADAP!


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Palestin datang dari diri Perdana Menteri itu sendiri. Menurutnya, ucapan PMX pada Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin bukan lakonan politik. “Saya hadir ke majlis ini. Saya mendengar ucapan YAB PMX. Saya berpendapat beliau telah mengambil risiko yang besar untuk dirinya, bahkan politiknya demi isu Palestin. “Jika ia satu lakonan politik, pasti ia bukan lagi sesuatu membawa laba yang banyak. “Saya percaya, dari kenyataan-kenyataan yang sangat tegas dan jelas itu, itu datang dari diri beliau,” katanya menerusi akaun Facebook, Dr MAZA Channel. Terdahulu, Anwar dalam Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al-Aqsa dan Palestin hari ini antara lain menempelak kenyataan segelintir pihak yang mempersoalkan usaha murni kerajaan membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk diberi rawatan. Mengulas lanjut, Dr Mohd Asri berkata Allah lebih mengetahui segalanya. “Itulah andaian saya yang tidak terlibat dengan parti politik sesiapa. “Pemimpin-pemimpin gerakan Islam yang tidak memegang tampuk kuasa sahaja yang biasanya bercakap demikian,” ujarnya lagi. Sumber Berita




VIRAL PENDERHAKAAN MUHYIDDIN MEMALUKAN DIRI SENDIRI HINGGA DIDAKWA!

JATUHKAN PERNIAGAAN HARTANAH AZLAN




Dapat info sulit, terdapat usaha jahat oleh  ' pihak-pihak tertentu ' untuk menghentikan perniagaan hartanah saya kerana dianggap menganggu periuk nasi mereka.


Saya tak nak cerita lanjut siapa ' mereka-mereka ' ini. Tapi teorinya sangat menghairankan.


Lihat saja page page jahat macam PW dan lain lain , dah la berselindung guna fake fake akaun,  asyik asyik yang kena hentam tu boleh dikatakan USAHAWAN MELAYU je!


Yang tukang komen dan tukang membawang hentam sesama Melayu pun, Melayu juga!


Tak nak cakap lebih, korang fikirlah dengan mata hati sendiri.


 Teorinya senang, Kota Melaka runtuh dan kebanyakan pahlawan Melayu tewas bukan kerana mereka tidak kuat , tetapi adanya watak watak pengkhianat dan talibarut di kalangan sesama sendiri yang ' dibeli ' oleh musuh!


Dalam cerita saya, anda semua tahu saya agak dikenali sebagai usahawan Melayu dalam bidang hartanah.


Di mana konsep perniagaan saya iaitu JUAL TANAH SECARA ANSURAN BULANAN TANPA RIBA telah banyak membantu masyarakat memiliki tanah sendiri.


Jadi ' mereka ' marah kerana saya jual tanah SECARA ANSURAN TANPA INTEREST!


' Mereka ' benggang saya jual tanah MURAH!


' Mereka ' dengki saya dikenali dalam perniagaan!


Jadi bagaimana cara ' mereka ' nak musnahkan saya dan perniagaan saya ??


Guna laman sosial, upah cybertooper dan fake fake akaun atau page page  murahan yang jahat lalu tulis pelbagai cerita cerita rekaan.


Motifnya, rosakkan nama dan imej saya serta momokkan pelbagai cerita negatif tentang perniagaan harganah saya.


Senang cerita ialah ' bunuh karakter ' saya dulu.


Sebar pelbagai dakyah negatif, lama lama orang akan termakan pelbagai cerita toksi. Itulah motif mereka.


Dengar sini saya nak bagitau kepada ' mereka-mereka ' ini.


Saya orang islam, kebergantungan hidup saya hanyalah kepada Allah SWT. 


Apa kamu ingat rezeki manusia di tangan manusia ke ??? 


Tidak , rezeki makhluk di tangan Allah yang Maha Kuasa.


Buatlah apa saja dan ciptalah seberapa banyak usaha khianat, namun sesungguhnya rezeki yang sudah ditetapkan tidak akan pernah tersalah alamat!


Saya tak peduli, saya akan tetap jual tanah murah murah! Kita orang islam, untung bukan hanya tentang duit di dunia, tapi hakikatnya untung sebenar juga berkenaan pahala di akhirat.


Hari ni saya BUKA TAWARAN JUALAN TANAH LOT MURAH PROMOSI BERMULA DARI HARGA RM29 RIBU SELOT di Kg Alor Lintah, Jertih.


Tanah siap geran, sape cepat dia dapat!


Watsap no di bawah : 


www.wasap.my/60169316346

www.wasap.my/60198315006

www.wasap.my/60132775006



INI FGV YANG ORANG TAK TAHU.. RUGI BERTAHUN. BILA PMX NAIK UNTUNG DIA KENA MAKI.

 

Ahmad Mohammad Afendi. 



"Terima Kasih Najib Razak"

.


Bahagian ke-2.

.

Idea siapa yang menubuhkan FGV ini? Sudah tentu Najib Razak.

.

Perlu ke kita berterima kasih kepada Najib Razak?

.

Sewaktu FGV ditubuhkan, "dipaksa" habis semua peneroka tanah untuk menandatangani kontrak pembelian saham FGV. Apa yang dijadikan cagaran?

.

Tuan puan cari sendiri, terima kasih kepada Najib Razak boleh, kenapa nak cari maklumat pasal negara tak pandai?

.

Saham FGV diagih secara percuma kepada pemimpin politik, yang peneroka dipaksa beli.

.

Selepas IPO Saham FGV, merudum jatuh habis nilai saham. Ada yang tak tahu ke?

.

Tahun tahun selepas itu, pernah kita tengok laporan FGV mencatat keuntungan? Pernah?

.

Sampai zaman PMX tahun 2024 ini baru FGV nak catat untung.

.

Kemudian kita ucapkan terima kasih kepada Najib Razak kerana menubuhkan FGV, kan? Dia berak merata, kita ucap terima kasih, kan?

.

Orang yang membersihkan beraknya itu, kita pandang hina dengan cemuhan "mana pakar formula", tak termasuk cemuhan lain, kan?

.

Jadilah rakyat yang bersyukur, mudah mudahan Allah SWT tambah nikmat apabila kita bersyukur.

.

Nanti jangan lupa, singgah ke halaman FB Najib Razak dan terima kasih kepadanya sebab menubuhkan FGV ya 📏📏📏



NARATIF KEBENCIAN PUAK GHULAW DAN KHAWARIJ.



Jamzuri Ardani



 Ini antara contoh naratif kebencian dan permusuhan agama yang sering disebarkan oleh pendokong politik ghuluw dan takfiri. 



Pertamanya, naratif seperti ini boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama. Ia tidak mempunyai objektif yang baik dalam konteks dan realiti kehidupan rakyat Malaysia. Hanya sekadar membawa sentimen 'Islam terancam' yang palsu dan hanya diada-adakan bagi menjustifikasikan amalan politik ghuluw dan takfiri. 


Kedua, argumentasi yang fatal dari sudut logika. Bukan tanggungjawab non-muslim pun untuk memartabatkan Islam. Kenapa mahu meletakkan kesalahan ke atas non-muslim kerana tidak memartabatkan Islam? Ini contoh pemikiran eksklusif kelompok ghuluw dan takfiri. Orang yang tidak mendokong hasrat dan pemikiran mereka adalah musuh yang jahat. 


Mereka terasa terancam bila non-muslim berjudi, minum arak, pergi konsert, dedah aurat dan seumpamanya. Bagi mereka non-muslim yang hidup tidak ikut cara Islam seperti mereka adalah musuh Islam yang jahat. 


Ketiga, faktanya salah. Abi Talib adalah seorang musyrik yang menjaga dan mempertahankan Nabi SAW di Mekah. Selepas Abi Talib meninggal dunia, Muth'im bin Adi, Ketua Kabilah Bani Naufal pula memberi perlindungan kepada Nabi SAW di Mekah. Ketika peristiwa Hijrah, Nabi SAW dibantu oleh seorang musyrik bernama Abdullah bin Uraiqi'.  Pasukan tentera Amru ibn Al As mendapatkan bantuan dari seorang musyril berbama Rafi' ibn Amir dalam perang Dzat Al Salasil. 


Malah dalam sejarah dicatatkan umat Islam dan orang Yahudi sama-sama berjuang mempertahankan tanahair mereka bersama di Andalusia menentang 'Spanish Inquisition'. Orang Yahudi pernah dilantik menjadi Panglima Tentera dalam kerajaan Islam di Andalus. 


Sultan Salahuddin Ayyubi pernah melantik seorang pendeta Yahudi sebagai doktor peribadinya di Mesir. 


Dicatat dalam sejarah juga ketika tentera Monggol menyerang bandar-bandar umat Islam di Syam, ribuan orang Yahudi yang mati ketika berperang bersama umat Islam mempertahan bandar-bandar tersebut.


Janganlah dengan mudah menafikan fakta sejarah bahawa umat Islam pernah hidup harmoni dan saling membantu antara satu sama lain di dalam menjalani kehidupan di atas dunia. 


Menyebar naratif kebencian dan permusuhan antara penganut agama hanya kerana mahu menegakkan sentimen politik 'Islam terancam' adalah satu bentuk sabotaj ke atas pembinaan negara bangsa yang bersatu-padu.



KAMI OK JA..


Desa HM


 Haipppp....



Awai bagi hints ustad...


Keputusan kajian ustad kami tau dah... 

"banyak yang baik"...


Kikiki....


🤣🤣🤣🤣🤣🤣

.

.



DALIL PRESIDENG.

 Miqdad Zakaria. 


Kalau berlawan sesama parti dengan isu tadbir urus, polisi, idea bangunkan negara, kita boleh berbaik dan berbalah dan itu hal biasa.



Tapi bila terlalu guna doktrin agama yang ghuluw, nampak melampau. Hukum bertukar2 bila berkawan dan berlawan. Ada yang sampai terkorban kerana ikut fatwa yang berubah-ubah ni.


Saya selalu harapkan ada yang nasihatkan Haji Hadi perbaiki dan islah dengan segala kerosakkan lampau yang berpunca dari pendekatan yang ghuluw ni sebelum terlambat.


Semoga Allah kurniakan kita semua husnul khatimah..