Gino Marvela.
Dalam awal tahun ini GM pernah terkeluar cakap memang sedang berurusan dengan FDI, transaksi beberapa perbankan, dan jual beli @ pindah milik perbankan itu sendiri. Dalam tangan memang ada 3 entiti sedang di uruskan.
Dan sudah tentu kami juga buat siasatan dalaman. Silap hari bulan, entiti pegawai dalam BNM itu sendiri bakal terkait.
Tapi, kami bukan bodoh nak dedahkan butiran terperinci terkini. Kami akan guna 3rd parti utk sebahan umum. Jadi, kalau ada mana2 pihak lain juga yg lakukan siasatan...kami hulurkan apa yg perlu.
Rasuah tak buleh di biarkan berterusan dan berlarutan terlalu lama. Tindakan-tindakan sebeginilah yg buatkan ahli-ahli politik dan kroni-kroni kepada ahli politik yg mahakaya amat tidak suka kpd pentadbiran sdra Anwar Ibrahim.
Maka, dari sinilah momokan si korup berkata...
👉 Anwar Ibrahim lebih teruk & kejam berbanding Mahathir, Muhyiddin Yassin, Mael Sabri mengurus negara.
Kata-kata itu mula tersebar ketika SPRM menyiasat si mata satu atas kerusi roda. Akauntan yg sama inilah juga yg memegang segala aset & harta ulamraja entiti Melayu yg tak malu berdarah Kerala.
Jadi, dh faham kan mengapa usaha yg sdra Anwar itu sendiri cuba melakukan Reformasi & tegakkan tatakelola kadangkala gagal ?
Kerna puak inilah juga yg selama puluhan tahun korupsi telah berakar ke setiap agensi/badan.
Kerna puak yg sama inilah juga kadangkala cuba main sentimen negatif pasaran dan kadangkala menarik keluar aset/sumber dari pasaran.
Dari korupsi peringkat pertama, harta ismet ulam raja tadi di sucikan/bersihkan melalui pelaburan-pelaburan legal atau sah di pasaran. Di sebabkan inilah kadangkala SPRM yg menyiasat berada di jalan buntu. Maka audit forensik satu persatu akan melibatkan LHDN akan berlaku. Apabila naik kepada suatu peringkat, akan ada mata-mata perkakas korupsi yg berakar inilah membocorkan rahsia dalaman.
Kita naikkan gaji...kita naikkan elaun. Kadangkala bonus saja 5-8 bulan berdasarkan jumlah gaji. Apabila terjerutnya tengkuk sang korupsi, petualang dalaman inilah yg akan acapkali bersekongkol membocorkan rahsia dalaman.
Kemudian ahli politik yg kepanasan tadi, akan mengeluarkan beberapa kenyataan di media. Jika dia tidak bercakap, peguamnya akan bercakap di media tak kiralah melalui wartawan atau sengaja menulis di media sosial.
Parti-parti politik yg sengaja menutup mata, akan cuba menceduk di air keroh. Jika mandrem bangsa & agama di gunakan, maksudnya adalah mana-mana ahli politik korup yg di sentuh. 😊
Kadangkala GM sendiri hilang seminggu dua dalam penulisan bahkan kadangkala melebihi 1 bulan tidak berkarya.
Dalam tempoh tu, adalah perkara yg kami lakukan di luar sana. Nak banteras 100%, memang sukar kerna kebusukan rasuah itu telah berakar lama sejak zaman pengswastaan bermula lg.
Kalau bagi kami, peduli apa si petualang-petualang ini gelar Anwar sbg org yg lebih kejam! Itu dh cukup baiklah SOSMA itu tak di kenakan sebagaimana ISA yg di salahgunakan kpd pihak lawan yg bersuara. Kalau ikutkan jiwa kami, habiskan saja petualang & penyangak korupsi itu melalui SOSMA.
Tapi itu tak berlaku...
SPRM, PDRM, LHDN adalah agensi yg lebih sesuai berurusan. Sementara itu, kami cuba meneliti kaunter pasaran dan impian kami Ringgit akan menuju ke RM4.2/dollar.
Lani dh hampir bulan 9. Ada 3 bulan lagi nak habis tahun. Apakah Malaysia mampu akan pergi ke RM4.0 di hujung tahun ?
Jika perjalanan ini sempurna, tahun hadapan adalah tahun yg paling baik. Kami akan cuba tekan lagi sampai RM3.8/dollar. Cuma masalah negara kita tahun hadapan, kita kekurangan sumber simpanan makanan negara. Harap pihak kerajaan buleh lakukan tindakan drastik atasi masalah ini.
Apakah kita tidak mampu capai ke RM3.7-3.8/dollar ? Malaysia mampu...kita dah lalui RM4.78/dollar, kini semakin menguat ke arah RM4.3 dalam beberapa bulan saja.
Selagi korupsi dan rasuah di banteras, susun kembali ekonomi, lebarkan peluang niaga & pekerjaan, banyakkan sektor pelaburan asing masuk ke Malaysia, wujudkan sektor tani utk sumber makanan negara yg secara tak langsung mendidik usahawan tani berniaga... InsyaAllah, ketika KDNK mula menguat...tak mustajil Malaysia akan capai RM3.5/dollar di bawah tangan sdra Anwar.
Kami bukan taksub kpd sdra Anwar dan politiknya. Persoalannya di sini, siapa yg mampu menguruskan perubahan ekonomi kepada lebih baik.
Sdra Mahathir dh jadi PM 2x, Muhyiddin juga bersama parti pas dh jadi kerajaan menerusi tebuk atap, kembali pula kpd tangan Mael Sabri dari umno. Halatuju ekonomi jadi lebih buruk dgn hutang yg sangat tinggi.
Sekali lagi nak di tanya, kalau bukan Anwar...nak harapkan pd siapa lg ? Berdegar cakap saja kunun ada lg yg lebih baik. Awat ada kalangan yg lebih baik itu tak guna peluang ketika mereka pernah jadi kerajaan yg lepas membaiki segala kelompongan ?
Nak harapkan kpd Hadi Awang yg ambil gaji dan elaun tapi tak boleh masuk ke Arab Saudi dan jirannya ?