Empat jam lebih video program Bicara Mufti itu. Saya ikutinya dari awal sampai tamat.
Banyak juga yang saya lompat. Tapi saya sudah dapat gambaran menyeluruh program itu.
Memang ada ungkapan yang agak pedas seperti ungkapan orang demam dan burung hantu.
Bagi yang terkena tentu terasa. Biasalah tu. Tergigit cabai...!
Kita terasa apabila orang lain kritik kita. Orang lain juga terasa apabila kita kritik orang lain.
Kita boleh tak setuju dengan orang lain. Orang lain juga boleh tak setuju dengan kita.
Kita kata majlis itu tak sesuai bicara hal sebegitu. Orang lain kata, bicara hal sebegitu dalam majlis sebegitu sesuai.
Kadang-kadang kita lupa apa yang kita buat terhadap orang lain. Apabila orang lain buat benda serupa terhadap kita, baru kita sentap.
Kita rasa kita hebat, orang lain juga rasa dirinya hebat. Kita rasa kita betul, orang lain juga rasa dirinya betul.
Kita mahu orang lain hormat kita. Orang lain juga mahu kita hormat dia. Kita ada perasaan, orang lain juga ada perasaan.
Di negeri kita ada istana, di negeri orang lain juga ada istana. Kita kalut nak balik, orang lain juga kalut nak balik.
Pendek kata, kita kena banyak belajar untuk menerima orang lain supaya orang lain juga boleh menerima kita.
Saya menyokong usaha menginstitusikan Asya'irah dan Maturidiyyah sebagai manhaj aqidah umat Islam di negara tercinta ini.
Zola,
27082024