BUAT BAGI BAIK MB KELANTAN

 

MSO


Kelihatan MB Kelantan Nassaruddin Daud mempengerusikan satu kesyuarat di pejabat MB Kelantan. Butiran nesyuarat tidak diketahui apa agendanya.



Cuma dan harap turut bincang mengenai rungutan pekerja boroh kutip sampah yang dilantikan secara sambilan yang elaun  mereka tidak dibayar sepenuhnya lebih setahun lalu.


Bincang dan jangan lupa juga turut semak semula kenaikan cukai perlesenan runcit diseel daripada RM440 meningkat sampai lebih RM1000 setahun.


Peringatan wajib bayarlah gajj pekerja sebelum keringatnya kering dibadan. Jangan buat .. “Ikut aku pitis aku.” Trims.



KALAU NAK IKUT RASIS NI.. JENUH LA.... YANG DOK DIMALAYSIA PUN JENUH JUGA NAK LETAK MANA?

 

Aduh! Apa ni? 𝗠𝗼𝗱𝗶 𝘁𝘂 kan 𝗮𝗻𝘁𝗶-𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Takkan la PMX tak tahu pulak? Kenapa nak berbaik dengan 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗠𝗼𝗱𝗶 𝗻𝗶? Apa benda la PMX buat ni?



Itulah beza orang yang 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗹 dengan orang yang 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝘀𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗺𝗼𝘀𝗶. DS Anwar tak bodoh dan jumud macam kebanyakan lebai PAS.


Buat apa 𝙛𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙛𝙞𝙧𝙚 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙛𝙞𝙧𝙚? Kita 𝙛𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙛𝙞𝙧𝙚 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙛𝙞𝙧𝙚 𝙚𝙭𝙩𝙞𝙣𝙜𝙝𝙪𝙞𝙨𝙝𝙚𝙧 la. Kalau jawab permusuhan dengan kebencian, blla baru kita 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻?


Kalau ikut sirah pun, belajar bagaimana cara Nabi ﷺ 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗳 bila mana Baginda ﷺ dilontarkan batu ketika cuba berdakwah.


Baginda Nabi ﷺ tak balas kebencian penduduk Thaif dengan doa laknat. Sebaliknya Baginda ﷺ berdoa agar penduduk Thaif 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵. Hari ini bumi Thaif 𝗺𝗲𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵.


Lagi pun, cuba fikir. Bagaimana orang yang dikatakan anti Islam seperti Modi ni boleh 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵 kepada seorang lelaki Muslim yang datang ke negaranya 𝘀𝗶𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶 𝘀𝗼𝗻𝗴𝗸𝗼𝗸?


Akhlak DS Anwar adalah akhlak murni yang membawa mesej dakwah. DS Anwar bukanlah orang yang gemar 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝗻𝗮𝘁 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗮𝗻.


Kalau Nabi ﷺ tu suka ajak orang bermusuh, nescaya Islam 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗚𝘂𝗮 𝗛𝗶𝗿𝗮'. Nabi ﷺ takkan lawan mereka yang 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 ﷺ. Faham?


DS Anwar ke India antara lainnya untuk melobi agar penyertaan Malaysia ke dalam 𝗕𝗥𝗜𝗖𝗦 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮. Pada masa ini, India tak berminat untuk menambah ahli tapi tumpukan kepada ahli yang ada.


Penyertaan Malaysia ke dalam BRICS akan beri 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗴𝗻𝗶𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 dalam pembangunan ekonomi kita. Ini usaha yang 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗮𝗷𝘂.


DS Anwar bersahabat dengan pemimpin dunia untuk membawa Malaysia terus maju ke hadapan, ada pula yang nak keji. PM yang 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗴𝗼𝗹𝗳 masa rakyat susah, yang jadi 𝗱𝘂𝘁𝗮 tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴, 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 yang cuma pandai 𝗺𝗼𝗽 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗷𝗲, boleh pulak disokong. Dasar 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PENGHASUT! LAGI LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP PENGERUSI PERIKATAN NASION...



Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cuba mengalihkan tiang gol daripada kontroversi ucapannya ketika berkempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan merujuk kepada 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, dokumen lama tersebut kini tidak lagi relevan kerana tumpuan utama masih tertumpu kepada ucapannya yang didakwa menyentuh isu sensitif 3R (kaum, agama, raja). “Tindakan beliau (Muhyiddin) ini dilihat sebagai usaha untuk mengelak daripada menghadapi implikasi serius akibat kenyataannya yang menghina institusi diraja,” tegasnya menerusi kenyataan hari ini. Semalam, Muhyiddin memberitahu telah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu 3R semasa berkempen bagi PRK DUN Nenggiri. Menurutnya, antara dokumen yang diserahkan adalah surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022 mengandungi titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang meminta Ahli Dewan Rakyat mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin juga menyerahkan 115 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022..





MINGGU YANG PALING MEMBANGGAKAN! KJ DAN SHAHRIL PUN TIDAK DAPAT NAFIKAN!


Harga runcit bagi diesel turun buat minggu ketiga berturut-turut. Mulai tengah malam ini harga jualan bagi bahan bakar itu dijual pada kadar RM3.23 sen seliter dan akan berlanjutan sehingga 28 Ogos nanti. Menurut Kementerian Kewangan, pengurangan sebanyak 2 sen berbanding harga semasa itu dibuat seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia. "Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," kata kementerian itu dalam kenyataan petang ini. Tambahnya, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula automatic pricing mechanism (mekanisme harga automatik) harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 Ogos 2024 hingga 28 Ogos 2024 ditetapkan seperti berikut: (i) Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter; (ii) Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; (iii) Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan 2 sen kepada RM3 .23 seliter; dan ADS (iv) Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. Kali pertama harga diesel turun sejak penyasaran subsidi dilaksanakan ialah pada 8 hingga 14 Ogos lalu. Pada minggu itu harga diesel ditetapkan RM3.30 seliter berbanding 5 sen lebih mahal sebelumnya. Harga itu kemudian turun lagi 5 sen pada minggu berikutnya iaitu 15 hingga 21 Ogos menjadikan kadar jualan runcit diesel menjadi RM3.25 seliter. Sumber Berita 1.




PN KUCHALANA GARA-GARA PENGERUSI TAK JADI PERDANA MENTERI



"Saya juga menyerahkan 115 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022. "Satu lagi Surat Akuan Penerimaan Akuan Berkanun daripada Setiausaha Sulit Kanan baginda, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim yang mengesahkan beliau menerima dokumen itu," katanya, lapor beberapa media.

RENTASAN 1630 | PANAS!! MP MACHANG BAKAL DISIASAT PDRM?


MENARIK DALAM RENTASAN 1630 1. TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR 2. BURSA MALAYSIA MASIH TINGGI, PEMBANGKANG NAK APA LAGI? 3. PN KUCHALANA GARA-GARA PENGERUSI TAK JADI PERDANA MENTERI








ANNUAR MUSA KATA 4 SEPT ADA PENGUMUMAN BESAR! DARI 7 TINGGAL BERAPA?

Gabungan NGO membuat laporan polis berkaitan ceramah hasutan Muhyiddin Y...

DERHAKA! MAT JARGON DAN ABAHCOW! POLITIKUS SAMPAH MASYARAKAT YANG MEMALU...

SURUH YANG SERU JIHAD TU, BUKTIKAN DULU.. PI PALESTINE SANA.

 

Miqdad Zakaria


Pemimpin yang mendampingi Ulama.. dunia kan aman.. 


Di Malaysia pula, segilintir 'ulama' mengajak kepada puak. Itu sebabkan perpecahan.


Kerana kebenaran Islam dianggap berada pada puak2 tertentu sahaja. 


Maka hari ni, ada Ustaz PAS membuat seruan Mati Syahid untuk 'menegakkan Islam' di Malaysia.


Bersaing sesama Muslim, bagaimana boleh Syahid?







Anwar Ibrahim. 

Sebelum berangkat pulang saya juga menerima kunjungan pemimpin-pemimpin Islam India antaranya Maulana Syed Ahmed Bukhari dari Jama Masjid dan Maulana Mahmood A. Maddani dari Jamiat Ulama-i-Hind.


Pertemuan kami memberi penekanan kepada peri penting keharmonian di antara kaum terutamanya di India. 


Kami juga berkongsi pandangan terkait isu terkini umat Islam di India.


#MalaysiaMADANI


SEMOGA KENA.

 

Zusdin


Hopefully AG tak sengap lagu ja mcm kes Atok dan Eddy Weng. Dalam Parlimen ke main MDN kata dah serah pd AG lepastu selop, tak dakwa pun. Letih tengok benda camni.

**********




Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



DUA PIMPINAN PN BAKAL HADAPI TUDUHAN MENGHASUT ISU 3R

 





LAMA DAH DOK BUAT DUIT RUPANYA


 Tahniah Kerajaan Madani. 


Perkara ni berlaku dah lama. Tiada 'political wills' untuk bertindak sebelum ini.




BERTEMU MASYAKAT ISLAM DI INDIA.


Mohd Fairul


 Alhamdulillah..

Tak pernah PMX lupa untuk bertemu komuniti Islam dimana sahaja dalam lawatan beliau diluar negara.


Seolah-olah beliau memainkan peranan sebagai khalifah ummat era ini.








Anwar Ibrahim


Sebelum berangkat pulang saya juga menerima kunjungan pemimpin-pemimpin Islam India antaranya Maulana Syed Ahmed Bukhari dari Jama Masjid dan Maulana Mahmood A. Maddani dari Jamiat Ulama-i-Hind.


Pertemuan kami memberi penekanan kepada peri penting keharmonian di antara kaum terutamanya di India. 


Kami juga berkongsi pandangan terkait isu terkini umat Islam di India.


#MalaysiaMADANI




SEMBOYAN DAH SEMBUNYI

 


Nampak tak 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶𝗻𝘆𝗮 di sini. Kata tak campur hal politik. Tapi sebelum ni 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗡 tu buat apa? Jadi penari latar?




Bila dah 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗶𝗱𝘂𝗸. Tapi baguslah. Itu menunjukkan 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Sanggup kata tak ikut politik daripada mengutuk Mahiaddin yang menghina YDP Agong.


Cuma pesan aku, dunia hari ni maklumat 𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗿𝗶 je. Nak nafi boleh tapi petik jari je 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗼𝗿𝗲𝗸 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗼. Inilah namanya berani sekerat jalan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KISAH SEDIH DAN PENGAJARANNYA.

 

Jamzuri Ardani


Hari ini saya ditakdirkan bertemu dengan seorang kawan yang baharu saya kenali, lelaki berbangsa Cina yang umurnya jauh lebih senior dari saya. 


Beliau rakyat Malaysia dan sejak 30 tahun lepas lebih banyak berada di luar negara kerana mempunyai perusahaan dan perniagaan di luar negara. 


Dia menceritakan kesusahan hidup keluarganya masa beliau kecil. Beliau lima beradik dipelihara oleh ibunya. Ayahnya hilang entah ke mana meninggalkan ibunya bersama 5 orang anak yang masih kecil. 


Ibunya mengambil upah menoreh getah di Muar. Mereka tiada rumah dan tiada tanah. Mereka hanya mampu menyewa satu bilik kecil untuk tinggal 6 beranak. 


Itupun acap kali mereka dihalau keluar atas pelbagai sebab. Sewa rumah Cina pun kena halau. Sewa rumah India pun kena halau. Sewa rumah Melayu pun kena halau. 


Satu hari ibunya berjalan kaki sambil menangis bersama 5 orang anaknya mencari tempat berteduh. 


Kebetulan seorang Pak Aji melihat keadaan mereka. Pak Aji itu bertanya khabar dan menawarkan mereka 6 beranak tinggal menumpang di pondok buruk di tanahnya. 


Di atas tanah itulah mereka membina kehidupan. Bermula dengan bercucuk tanam, kemudian berniaga, dan akhirnya anak-anak tadi semua mendapat pendidikan dan berjaya dalam kehidupan masing-masing.  


Saya percaya Pak Aji yang membantu keluarga orang Cina ini mendapat pahala dari perbuatan baiknya menolong mereka. 


Saya juga percaya ada banyak kisah-kisah sebegini yang memupuk rasa kemanusiaan merentasi sempadan kaum dan agama.  Kisah-kisah ini perlu dicatat dan dikongsikan buat teladan generasi seterusnya. 


Semoga Malaysia terus makmur dan harmoni.



YADIM AKAN MEMBANTU


 YADIM akan membantu semuanya, sehingga setiap mereka merasakan mereka adalah pendakwah.



YADIM juga akan membantu mereka untuk menjadi pendakwah yang baik.


Latihan demi Latihan akan membuat kita semua berjaya dalam dunia DAKWAH.


DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS

Yang Dipertua

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 


 https://vt.tiktok.com/ZS2j6DP4n/



Muhyiddin dan Derhaka



1. Muhyiddin nafikan beliau derhaka, sebaiknya mengatakan itu adalah fakta dan sejarah.



2. Pemimpin Bersatu yang lain turut pertahankan presiden mereka, malah menyalahkan pula Suara Keadilan kononnya punca salah faham.


3. Dalam kenyataan media Muhyiddin dan jawapannya kepada siasatan polis, Muhyiddin turut melampirkan bukti kononnya beliau berkata benar dan sekaligus YDPA dipihak yang salah.





4. Menurut Tengku Razaligh Hamzah, Muhyiddin adalah pemimpin yang malas. Nampaknya beliau bukan sahaja malas, tapi juga bodoh.


5. Apabila Perlembagaan dipinda untuk mengelakkan lompat parti, tidak lagi dibenarkan sokongan individu untuk menyokong sesuatu parti lain. Sebaliknya sokongan mesti didapati secara enblock atau kerjasama sebuah parti.


6. Pendedahan Muhyiddin bukan sahaja menunjukkan beliau bodoh, tapi meneruskan perangai khianat. Setelah beliau khianat kepada PH pada penggal lepas, kini dia mengajak 10 orang ahli parlimen BN untuk khianat kepada BN walaupun mereka telah menandatangani perjanjian. 


7. Rakyat Malaysia sebenarnya bersyukur apabila Muhyiddin tidak lagi menjadi PM.


8. Muhyiddin menjadi PM hanya kerana ingin jadi PM, bukan untuk negara. Sebab itu banyak kegagalan sepanjang beliau menjadi PM.


9. Muhyiddin juga adalah PM yang malas. Selepas menjadi PM, beliau pergi main golf dan meninggalkan keadaan negara yang sedang dilanda covld.


10. Selain malas, beliau hanya tahu untuk mempertahankan kuasa sendiri tanpa peduli kesan pada rakyat. Ini terbukti dengan beberapa kali darurat diisytiharkan, parlimen ditutup dan pilihanraya negeri Sabah yang menyebabkan covld merebak teruk.


11. Muhyiddin juga gagal dalam membentuk politik yang stabil di Malaysia dan mengembangkan ekonomi negara.


12. Negara rugi dari pelbagai sektor dibawah pemerintahan Muhyiddin. 


13. Cerdiknya Speaker DUN Pahang bila meminta setiap ADN Pahang nyatakan pendirian terhadap isu penderhakaan Muhyiddin. 



14. Akhirnya Tuan Ibrahim Timbalan Presiden PAS yang juga ketua pembangkang DUN Pahang telah mengeluarkan kenyataan media yang ADN PN Pahang menjunjung Titah Murka Tengku Mahkota Pahang (TMP) terhadap Muhyiddin Yasin.


15. Tindakan ini menyebabkan Muhyiddin terpinggir dan beliau menjadi beban kepada PN.


16. Persoalannya benarkah kata-kata Muhyiddin itu satu penghinaan dan menghasut?


7. Muhyiddin mengatakan beliau ada cukup 115 sokongan "dan entah kenapa Agong tak panggil beliau angkat sumpah" . Ini lah sebenarnya ucapan menghasut tersebut.


 Sedangkan semua tahu betapa telitinya Sultan Abdullah dalam urusan melantik PM sehinggakan baginda turut menjemput Majlis Raja-Raja Melayu. 


18. Yang mengatakan ucapan ini menghasut bukan Mat Sabu, tapi TMP. TMP merasakan ucapan Muhyiddin itu sebagai "Secara terang-terang menghasut rakyat untuk tidak percaya kepada Institusi Raja-Raja Melayu dan memecahbelahkan rakyat " 


19. Telahan TMP itu ternyata benar apabila banyak komen penyokong PN mula menghina dan mempertikaikan Raja-Raja Melayu. 


20. Saya yakin jika perkara ini dibiarkan, maka lama kelamaan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dipandang tinggi seterusnya menyebabkan ketidakupayaan menjalankan tugas sebagai payung negara dan tonggak perpaduan.


21. Secara peribadi Muhyiddin sepatutnya berterima kasih dan terhutang budi kepada Tuanku Abdullah kerana pelantikan beliau sebagai PM ke-8 walaupun beliau mendapat kuasa secara tebuk atap.


22. Timbalan Speaker DUN Pahang mencadangkan agar kerajaan menarik balik gelaran Tan Sri dari Muhyiddin. Cadangan ini cukup bernas. 


23. Muhyiddin wajib diajar secukupnya. Watak pengkhianat ini perlu ditamatkan riwayat politiknya. 


Semoga Muhyiddin didakwa di mahkamah dan didapati bersalah.


Fairul al Qasas 

Jengka



MUHYIDDIN TIDAK SEPATUTNYA TERUS UNGKIT CERITA PERLANTIKAN PERDANA MENTERI



Malang berganda nampaknya menimpa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sekarang ini.


Sudahlah calon Bersatu yang diambil daripada Pas kalah dalam PRK Nenggiri, beliau pula kini berdepan siasatan kerana menyentuh isu 3R ketika berkempen.


Beliau akan diambil keterangannya esok berhubung ucapannya ketika berkempen di Nenggiri yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.


Muhyiddin didakwa menyentuh kewibawaan Agong ke-16 itu berkaitan perlantikan Perdana Menteri selepas PRU15 dengan mendakwa beliau ketika itu mempunyai sokongan yang mencukupi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak dipanggil ke Istana Negara.


Setakat ini dilaporkan sejumlah 29 laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak terhadap Muhyiddin.


Dalam hal ini, mahu tidak mahu, harus kita sedari adalah suatu kesilapan untuk Muhyiddin mengungkit-ungkit cerita lama pada tahun 2022 itu.


Pertamanya kerana perlantikan Perdana Menteri adalah atas budi bicara baginda kepada mana-mana Ahli Parlimen yang diyakini mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi.


Kuasa itu tidak perlu dipertikaikan atau dijaja sebagai bahan cerita secara terbuka.


Siapa yang diperkenankan, itulah yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri.


Lagi pula, apa kaitan cerita perlantikan Perdana Menteri yang tidak menjadi kenyataan itu dengan kempen PRK Nenggiri?


Yang kedua, isu perlantikan Perdana Menteri itu adalah kisah lama yang sudah berlalu dan tidak perlu diungkit lagi.


Ia ibarat bekas kekasih lama kita yang sudah berkahwin dengan lelaki lain dan kini sudah pun mempunyai keluarga.


Maka, ada faedahnya untuk diceritakan lagi?


Selepas tidak dilantik sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin seharusnya terus bergerak ke hadapan tanpa menoleh ke belakangg lagi.


Jika beliau masih ada hati untuk jadi Perdana Menteri juga, ada dua cara yang masih terbuka dilakukannya.


Pertama, pastikan PN menang PRU16 akan datang atau setidak-tidaknya memenangi jumlah kerusi Parlimen paling banyak supaya mudah untuk beliau menarik sokongan daripada parti-parti lain.


Kedua, mengusahakan atau menggerakkan agar Anwar Ibrahim  dijatuhkan sebelum penggal ini berakhir.


Soalnya, bolehkah ia dilakukan?


Jika tiada jalan untuk melakukannya, lebih baik tumpukan perhatian kepada PRU16 yang hanya kira-kira tiga tahun saja lagi daripada sekarang.


Apa pun, dalam perjalanan menuju PRU16 itu, jangan sesekali diungkit cerita lama yang sudah berlalu atau masih mengatakan ramai orang bertanya kepadanya bila lagi mahu mengambil alih kerajaan.


Kalau mahu menjatuhkan kerajaan, lakukannya dengan senyap-senyap sebagaimana beberapa gerakan menjatuhkan kerajaan sebelum ini.


Jangan hanya bercakap mengenainya di pentas ceramah, namun tiada apa-apa gerakan ada diusahakan dan ketika berkempen dalam PRK, yang patut disentuh ialah parti lawan atau Perdana Menteri, bukan Raja-Raja. – ShahbudinHusin 19Ogos2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/08/19/muhyiddin-tidak-sepatutnya-ungkit-lagi-cerita-perlantikan-perdana-menteri.html



WALAUN NGOK


 

NAK JIHAT KENA LA KE PALESTINE...


 

MAMPOIH LA SAPA YANG TERLIBAT DENGAN HRD CORP...TUNGGU MASA LA ...MAMPOIH LA...YA AMPUSALAM.


 

DOK PERASAN ZAMAN DIA BAGUIH. DAH TAK CUKUP JEMELAH


 

Mahiaddin PM Tepi PM PDF


Zuwairi Md Yusof






Satu satunya PM yang tutup Parlimen,pintu demokrasi dengan alasan COVID dan PKP buka tutup,kejap buka kejap tutup.Orang gila ja merindu zaman dia jadi PM Malaysia.Ribuan rakyat kibar Bendera Hitam,Bendera Putih sepanjang Mahiaddin berkuasa mutlak.Kami taknak PM PDF.Cukuplah sekali.Serik!



ELOK. SEBAB BALIK MESIR JADI PEMECAHBELAH


 Sham Ghaz


Alhamdulillah UIA di Malaysia dah jadi U no 2 terbaik di dunia. Elok lah tu.



Saya tengok kawan dan kenalan saya jika balik dari Mesir, banyak balik jadi pemecah belah daripada jadi pendamai terutamanya bab agama dan politik. 


Sepatutnya orang belajar agama lebih jaga silaturahim, sbb ia perintah Allah melalui Rasulullah Saw yang dirtulis dalam Al Quran



DIN BAGI KETERANGAN


 Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman media sosial Facebook memaklumkan, pihak polis telah mengambil kenyataannya berhubung ucapan beliau semasa kempen Pilihan Raya Kecil Nenggiri.



Jelas Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan menjelaskan fakta-fakta berhubung ucapan berkenaan.


Kata beliau, ucapan tersebut langsung tidak mempunyai niat untuk menghina institusi Raja di negara ini.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com


#AWANInews



ROBERT KUOK INGIN KEMBALI



 Usaha hartawan terkaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok dilaporkan mahu membuat kemunculan semula dalam perniagaan penapisan gula di Malaysia, yang telah beliau tinggalkan kira-kira 15 tahun lalu, mungkin menjadi satu daripada cabaran terbesarnya.



Wilmar International Ltd yang berpangkalan di Singapura berusia 100 tahun itu dikatakan sedang bersaing dengan Threadstone Capital Sdn Bhd untuk memperoleh pegangan dalam MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) milik penuh MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd atau MSM Johor.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com


#AWANInews



POLIS PANGGIL MUHYIDDIN. DIA SERAH SD DIA.


 

JANGAN IKUT PAS. PAS MEROSAKKAN NEGARA


 

RAMALAN


 

TEDIAAAA...


 

BEKAS PM MEROYAN DENGAN SDNYA.


 Satu sejarah politik di negara kita.  Satu2nya bekas PM yang SDnya tak laku di Istana, hari ini serah SD kat balai polis pulak.  Punyalah kemaruk.  Minta maaf kat Tuanku tidak juga.  Bawalah SD hang tu masuk kubur, Din cirit.


W. Faudzin




KALAH KATA RASUAH PULAK



 Eh eh! Dia dah kalah, dia tuduh orang rasuah. Kalau ada bukti, 𝙧𝙚𝙥𝙤𝙧𝙩 𝗹𝗮. Meroyan tapi takde bukti.



Tapi kan, yang terbukti rasuah dalam pilihanraya ni PAS. Sampai ada yang 𝗯𝗮𝘁𝗮𝗹 𝗸𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Kena buat pilihanraya semula. Siap ada video 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗣𝗔𝗦 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗱𝘂𝗶𝘁.


Biasa macam tu la. Seorang 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 akan selalu rasa orang lain pun akan menipu juga. Sebab tu 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 pun anggap orang lain akan 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘀𝘂𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗮 juga. Begitulah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



DULU GUAN ENG TURUN DARI 22. KE 11 .. HANGPA PENAIK BALIK TANPA BANTAHAN. NI NAK BAGI LESEN JUDI... KAEDAH APA TAKI WOIIII...


 

HANG NAK PUTAQ APA PULAK RAFIDAH


 

DIN MASIH BUAT TAK FAHAM.


MMMS

 

Kasihan Din PDF, masa lulus akta lompat parti, dia buat apa? Dia tak tahu ke lepas akta lompat parti di gazet, keputusan sokongan parti adalah secara enbloc dan semua SD ni tidak lagi terpakai. 





Sebab tu UMNO dah ubah perlembagaan parti sebelum PRU, siapa yang langgar arahan parti boleh di pecat dan sudah tanda tangan akuan bersumpah kena bayar 100 juga kalau tak silap. 


Yang Din PDF masih lagi meroyan bab SD lepas 2 tahun. Itulah bahana menyindir orang PM tepi, sekali Allah balikkan doa pada diri sendiri sampai jadi PM tepi. Tapi bagus juga, Din PDF akan jadi Lost cause macam atok dan ketua lebai. 


Seronok tengok pengkhianat di khianati.



SAMPAH..






 Memang kita tahu kebanyakan pemimpin PN sampah. Tapi setakat ini 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗶 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹. Yang celupar tu si Mahiaddin, yang disalahkan 𝗦𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻?


Fayhsal tuduh lidah rasmi parti Keadilan itu 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝙚𝙙𝙞𝙩 kandungan video asal. Edit macamana tu Fayhsal? Kalau setakat 𝗽𝗼𝘁𝗼𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸, itu masih lagi tidak mengubah 𝗺𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱 𝗮𝘀𝗮𝗹 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻.


Yang jelas, Mahiaddin menyebut dia ada 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 115 𝗠𝗣 tapi 𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 waktu itu  𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗮 𝗸𝗲 𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗮. Yang itu jelas Mahiaddin sebutkan. Itu bukan hasil teknologi AI.


Perkataan Mahiaddin tu jelas salah. Pertama, selepas ada 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶, 𝗦𝗗 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗸𝘂. Fayhsal kata dia sendiri yang tandatangan pun tak guna sebab 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶.


Kedua, DS Anwar telah memenangi 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮 di hari pertama persidangan. Sekali gus ia 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 115 𝗠𝗣. Kenyataan Mahiaddin tu sekadar omongan sedangkan sokongan kepada DS Anwar 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗸𝗼𝗱 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻.


Ketiga, bila Mahiaddin kata "𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗮", itu seolah, satu, memperlekehkan YDPA dan dua, menganggap YDPA 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗿𝗶𝗳 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻. Tidakkah itu biadab namanya?


Soal Suara Keadilan 𝘶𝘱𝘭𝘰𝘢𝘥 video tu, tak jadi masalah kalau Mahiaddin 𝘁𝗮𝗸 𝘂𝗰𝗮𝗽 𝗸𝗮𝘁𝗮-𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗯𝗶𝗮𝗱𝗮𝗯 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗶𝘁𝘂. Bahkan aku diberitahu, beberapa media PN serta walaun telah 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝘀𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 video tersebut.


Baca perlembagaan. 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 siapa-siapa ahli parlimen yang, 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗲𝗺𝗮𝘁 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮, mendapat sokongan majoriti ahli parlimen. Tak perlu pun buktikan dengan SD. Bila Tuanku yakin, baginda boleh lantik. 𝗜𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘁𝗶𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.


Tapi Tuanku Sultan Abdullah pergi 𝘦𝘹𝘵𝘳𝘢-𝘮𝘪𝘭𝘦 dengan menitahkan dibuat undi percaya. Jadi terbukti Baginda telah buat 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁. Mahiaddin menolak kebijaksanaan Baginda Tuanku malahan menidakkan 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗱𝗲𝗺𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮.


𝘎𝘳𝘰𝘸 𝘶𝘱 la mat oi. Aku tengok Fayhsal ni 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴. Terlampau keanak-anakan. Selalu sangat dia buat tindakan yang 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 macam ni. Dia bunuh karier sendiri.


Ini akibat apabila 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗹𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂. Sampai dia tak perasan apa yang dibuat tu bebal sebab penyokongnya sentiasa puji. Akhirnya nanti 𝗱𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗲𝗯𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Sekarang ni bagusnya semua pemimpin PN diamkan diri. Serahkan kepada polis. Jangan 𝘤𝘰𝘷𝘦𝘳 Mahiaddin. Makan diri nanti. Baik bangkitkan isu rakyat yang lain. Macam tu pun nak kena ajar? Tapi ada hasrat nak jadi pemerintah. Kartun betul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



FAKE AKAUN JAHAT!

Mohd Azlan Abdullah. 




Gewe Abu ni adalah fake akaun jahat yang selalu posting saya kemudian dia edit dan sebar sana sini sehingga mengelirukan pembaca.


Apepun, gambar dalam posting Gewe Abu ini adalah GAMBAR BETUL. Saya jelaskan kerana ramai yang bertanya dan bagitau ini gambar edit. Saya katakan, ini gambar betul.


 Ini gambar ketika saya bawa duit cash beli tanah dan saya buat bayaran secara tunai.


Asalnya saya nak bagi CEK je kat tuan tanah, tapi pihak mereka lebih selesa saya guna CASH untuk bayaran, sebab tu saya bawa cash!


Tiada yang pelik dan ajaib saya guna duit cash pergi beli dan bayar tanah!


Itu normal! Bukan benda salah! Yang penting duit ori, bukan duit palsu! Dan ini membuktikan urusniaga saya wujud!


Cuma bagaimana gambar ni tersebar saya tak pasti.


Sebab ketika tu saya ada bawa ramai bodyguard untuk tujuan keselamatan.


Jadi ada antara bodyguard tersebut minta nak ambil gambar duit cash, saya kata ok. Mungkin ada yang terlepas share gambar ni ke kenalan atau family mereka, lalu tersebar dan jatuh ke tangan fake fake akaun jahat!


Untuk makluman, saya biasa jualbeli hartanah ni dah berpuluh puluh juta amaun. Ada yang saya transfer, ada yang saya bayar cash, bergantung kepada situasi dan permintaan pihak owner tanah.


Tiada yang pelik dan luarbiasa di situ, ianya situasi normal bagi usahawan hartanah atau mana mana ahli perniagaan! Kita berurusniaga dengan wang ringgit, bukan cakap kosong!


Saya cuma nak bagitau bahawa akaun fb bernama GEWE ABU ini adalah FAKE AKAUN JAHAT yang selalu edit posting asal saya lalu menyebarkan ke mana mana page atau group untuk tujuan jahat!



MUDA MUDAH DAH NYANYUK.



 Kesian juga lebai ni. Kalah sampai dapat sakit mental. Masih tak mahu mengaku. Tapi yang seronok tu dia keluarkan balik istilah 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁.



Kata lebai, menang pilihanraya tu 𝗯𝗼𝗻𝘂𝘀 supaya dapat 𝙞𝙢𝙥𝙡𝙚𝙢𝙚𝙣𝙩 𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿-𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Lebai ni nampaknya muda tapi 𝗹𝗲𝘃𝗲𝗹 𝗻𝘆𝗮𝗻𝘆𝘂𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿.


Lebai dah tak boleh guna hujah tu. Sebab lebai sudah pun 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 33 𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻. Cuba senaraikan dalam 33 bulan tu, apa dasar Islam dah dilaksana?


𝗖𝗮𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗵𝗮𝘀 𝗷𝘂𝗱𝗶 yang dah diturunkan kepada 8 kali pun 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 22. Dasar Islam begitu? 𝗥𝗨𝗨355 𝗽𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝗹𝗮𝘂𝘁 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺. Janji 𝗵𝗮𝗽𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗧𝗣𝗧𝗡 𝗽𝘂𝗻 𝗹𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽. Hudud jadi 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝘀𝘆𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻.


Lagi pun, dah berpuluh tahun PAS perintah Kelantan. Masa zaman Almarhum 𝗔𝗹𝗺𝗮𝗿𝗵𝘂𝗺 𝗧𝗚 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝘇𝗶𝘇 ada juga nampak pentadbiran Islam. Tapi lepas tu?


𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗴𝗼𝗻𝗱𝗼𝗹, 𝗮𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮𝘁, hak asasi rakyat 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗯𝗮𝗶, janji dimungkiri (stesen bas KB misalnya) dan banyak lagi. Dekat mana dasar Islam yang PAS laksanakan?


Hakikatnya PAS 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁. Kalah di dunia ni jelaslah. Ketinggalan dengan lebih 3,000 undi. Tapi kalah di akhirat pun hampir pasti.


Dengan 𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗿𝗶, 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝗳𝗶𝗿, menghalalkan dosa 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳, menjadikan 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮, tiada tanda PAS kan berjaya di akhirat.


Jangan ingat pakai 𝘵𝘪𝘵𝘭𝘦 𝗧𝗼𝗸 𝗚𝘂𝗿𝘂, 𝘂𝘀𝘁𝗮𝘇, 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 atau apa sekalipun akan terlepas 𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗶𝘇𝗮𝗻. Ulama akan ditanya nanti dengan ilmu yang dikurniakan, apa yang telah dilakukan atas jalan Islam di dunia.


Lebai nak jawab 𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗵 𝗽𝘂𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗶𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗥𝗨? Atau nak kata 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻? Jangan dia ingat boleh tipu Allah macam dia 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. 


Hakikatnya, PAS 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗡𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶𝗿𝗶. Dan kalau masih tak berubah, masih terus nak berpolitik sejelik ini, PAS  juga, insyaAllah, 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗮𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BERSYUKUR LAH.. AKU TENGOK GANG GANG PENCEN PUN KEMAIN MAKI HAMUN KENCING LA BAGAI...


 

HANG PI KERJA JADI GURU PASTI ELOK LA.

 

Zainuddin Omar



Harap cikgu Asiah dengar nasihat tok guru untuk letak jawatan kalau tak suka bekerja dengan Kerajaan. 


Pastu boleh mengajar di PASTI gaji RM500. 


Harap cikgu minta maaf dengan kaum orang asli juga.




ISLAM YANG BAIK TIDAK MEMFITNAH.

 

Muzamal Mus


Orang Islàm yang baik akan menjauhi sikap mengadu dòmba, mengada-ngada kan cerita. 



PÄS mengatakan mereka memperjuangkan Islàm, 

Namun tidak menegur sikap pimpinan serta pengikutnya yang selalu bertindak dengan tidak mencerminkan akhlak ya g mulia. 


PÃS kini bertindak tidak mengikut cara Islãm dengan benar, PÄS yang ada kini menghalãlkan secara cara untuk berkuasa, 

Sebenarnya PÄS mengikut cara siapa, apabila bermudah mudah membuat sangkaan buruk, caci maki, fitnäh, mengadu dòmba, sesama saudara seìslam, Namun bagi PÃS mereka itu munãfiq, lïberal, sëkular, kafìr, orang yang tidak menjaga ïslam, dan juga dituduh menyokong orang bukan Isläm. 

Amat berat tuduhan yang berlegar-legar itu, Adakah org PÄS lupa di hari pembalasan itu, adanya hari penghitungan serta timbangan amal. Rasulläh begitu susah membawa orang masuk kepada ïslam, Namun orang PÄS bermudah mudah mengeluarkan orang dari Ïslam, malah mendoakan kehancurän sesama Isläm. 

Timbul di benak fikiran, PÄS yang ada hari ini sebenarnya mengamalkan Isläm fahaman apa? 

Gerakan mereka amat jauh dan tidak mencerminkan sikap ÄSWJ, hinggakan kata² Muftï itu dipermain-mainkan oleh pengikut-pengikut mereka tanpa teguran dari pimpinan, padahal mazhab orang awam itu adalah para Muftï yang di iktiraf, manakala fatwa dari mulut pimpinan PÄS itu siapa pula yang mengiktirafnya? PÄS yang hari ini PÄS memecahbelahkan ummat Isläm, insaflah kita semua. 

Utk apa kita berlebih-lebihan bertentang sesama islam.

Ingatlah isläm itu milik Alläh dan bukannya milik manusia, tanpa adanya dan tengah PÄS itu pun, Isläm akan tetap diperjuang dan terbela dalam tamadun kehidupan manusia.



DULU SEMBOYAN. LA SEMBUNYI

 


𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗢𝗡𝗧𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗜𝗞, Benar,untuk isu begini kami sentiasa di barisan hadapan,membela.Tetapi bila berkait dengan hal politik.Saya tidak berpihak dan tak masuk campur hal politik - Yusuf Azmi 



Baik punya putar belit jauh melalutnya kau ni.Tidak berpihak tak masuk campur hal politik kononnya,kahkahkah






Dulu mereka lebih pada emosi bangsa jadi bila bangsa sendiri buat mereka jadi terkedulah.Sebab itu dalam berniaga,berpolitik atau buat NGO ni kita jangan emosi bangsa seolah2 satu bangsa saja yang buat salah.Bila kena bangsa sendiri kita dah malu nak berhujahlah.Dulu jika ada kaum lain hina raja merekalah ke depan konon sayang Agama dan Bangsa.Bila bangsa sendiri buat mulalah terkedu.Tak payah cakap soal Islam soal bangsa jika sendiri pun tak boleh nak buat adil dalam kesalahan yang sama sedangkan Islam tu adil untuk semua.Mulut je berkokok konon pejuang.... 😂



HIMPUNAN SOLADIRITI RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA.


 

MUHYIDDIN YASSIN DAN PN HARUS TERIMA HAKIKAT ANWAR IBRAHIM PUNYAI MAJORITI KUKUH SEBAGAI PM





1. Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menghina kewibawaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah amat mendukacitakan. Hakikatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas meneliti sokongan ahli-ahli Parlimen dan pandangan pakar-pakar Perlembagaan  dan Majlis Raja-raja. 


2. Pakatan Harapan selaku gabungan yang telah memenangi kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 iaitu 82 kerusi telah diberikan peluang membentuk kerajaan, namun PN dan Muhyiddin telah menolak pembentukan kerajaan perpaduan walaupun idea ini telah diutarakan YDPA ketika itu, Sultan Abdullah.


3. Anwar Ibrahim telah membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen menerusi usul percaya pada 19 Disember 2022, dan ketika ini disokong 153 ahli Parlimen. Tindakan ini adalah selari dengan maksud Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 40 (2) dan 43 (2). Namun, ketika berlaku langkah sheraton dan sepanjang pentadbiran Muhyiddin, tidak pula berlaku usul undi percaya di Parlimen, kenapa Muhyiddin tidak berani ketika itu?


4. Proses keabsahan sokongan majoriti seseorang PM ini adalah sangat penting dalam amalan demokrasi tulen bagi mewujudkan kestabilan politik dalam keadaan tidak ada mana-mana parti memperolehi majoriti cukup (112 kerusi Parlimen). Kestabilan politik di bawah pimpinan PM Anwar Ibrahim telah mendorong Malaysia mencatatkan kejayaan dalam pelbagai aspek. 


5. Antaranya, buat dua suku tahun berturut-turut, KDNK negara telah melangkaui jangkaan pakar. Paling baru, KDNK Malaysia melonjak 5.9% pada suku kedua 2024. Susulan itu, OCBC, RHB Research, Hong Leong Investment Bank Research dan BMI Research, antara lain, telah menaikkan ramalan pertumbuhan KDNK untuk tahun ini.


6. Pasaran saham Bursa Malaysia juga sedang melonjak. Sejak pertengahan 2023 sehingga sekarang, FBM KLCI telah meningkat lebih 19%. Ringgit pula telah mengukuh ke paras 4.37 berbanding US dollar dan ringgit adalah matawang paling berprestasi positif tahun ini dalam kalangan matawang Asia.


7. Muhyiddin dan PN harus berhenti membangkitkan isu keabsahan PM ini. Berhentilah daripada mengelirukan rakyat dengan fakta dan undang-undang yang tidak menyakinkan. Rakyat seharusnya dididik untuk fokus kepada usaha membangunkan negara dan pemulihan ekonomi. Agenda ini yang sedang diusahakan PM Anwar Ibrahim bersama pasukan kerajaan Perpaduan seharusnya mendapat sokongan dan pengiktirafan semua pihak. 


Muhammad Faiz Fadzil

Setiausaha Agong Amanah

20hb Ogos 2024