Ahli Parlimen Bayan Baru cadang 7 langkah tangani bekalan beras



 

Oleh: Abdullah Zaid



Kenaikan harga beras putih import selain kesukaran untuk mendapatkan bekalan beras Super Spesial Tempatan (SST) meresahkan orang ramai.



Justeru bagi sesi Dewan Rakyat Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK), Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mencadangkan 7 langkah bagi menjamin Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) dan bekalan beras import mecukupi.



Katanya, kerajaan pada ketika ini perlu memberi penekanan kepada syarikat pengimport beras tunggal Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menyediakan bekalan beras mencukupi sebagai penyelesaian jangka pendek.



"Dalam perjanjian (sebagai pembekal tunggal import beras) Bernas bertanggungjawab menyediakan kuantiti beras yang mencukupi untuk mengelakkan kekurangan bekalan beras.



"Walaupun langkah tersebut merugikan mereka (ekoran kenaikan harga beras import) tetapi langkah itu perlu diambil demi security (jaminan) makanan negara," katanya di Dewan Rakyat hari ini.



Tambahnya, masalah sindiket tukar beg atau aktiviti ‘tukar baju’ (tukar bungkusan) oleh pihak tertentu bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda perlu ditanggani oleh pihak berkuasa dan kementerian yang terlibat.



"Ketiga kerajaan harus membenarkan syarikat lain untuk mengimport beras agar boleh mewujudkan persekitaran daya saing yang lebih sihat selain mewujudkan pembelian beras India yang berpatutan seperti yang dilakukan Singapura," ujarnya.



Oleh itu, kata mantan Timbalan Menteri Pertanian itu, kerajaan pada ketika ini wajar memberi kuota 30 peratus kepada syarikat lain untuk mendapatkan bekalan import beras.



"Untuk menyelesaikan masalah bekalan beras kerajaan harus membuka 30 peratus bekalan beras import kepada syarikat lain supaya isu kekurangan ini dapat diatasi," katanya.



Selain itu, tegasnya pihak kementerian juga disarankan mengkaji semula keberkesanan projek pembangunan sektor padi dan beras agar ia mampu pulangan kepada negara.



"Bagi memastikan projek pembangunan padi dan beras berjaya, kerajaan perlu mengkaji semula program yang telah dilaksanakan supaya ia mampu membawa keuntungan kepada negara," jelasnya.



Dalam pada itu, Sim yang juga Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN mencadangkan kerajaan untuk memberi subsidi secara terus kepada pesawah untuk mendapatkan bekalan baja.



Hal ini katanya, bekalan baja yang hanya dibekalkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dibimbangi boleh menjejaskan kualiti padi yang dihasilkan.



"Ia boleh memberi peluang kepada pesawah untuk membeli baja sendiri dan menentukan sendiri tapak sawah masing-masing supaya padi yang dihasilkan lebih sihat," ujarnya.

 

DNAA kes Zahid: Peguam Negara akan beri penjelasan di Parlimen


 Oleh: Abdullah Zaid


Pengerusi Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Pembaharuan Institusi Parlimen William Leong Jee Keen memberi jaminan untuk memanggil Peguam Negara (AG) berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan terhadapnya.


Penjelasan tersebut dibuat susulan wujud kekeliruan dikalangan ahli dewan pembangkang yang mendesak usul khas untuk dibahaskan dalam sesi sidang Parlimen kali ini.


"Saya sebagai Pengerusi (Hak Asasi Manusia, Pilihanraya dan Pembaharuan Institusi) telah mengeluarkan kenyataan bagi memanggil kedua-dua Peguam Negara untuk prosiding bagi memberikan penjelasan.


"Justeru, kami akan membentangkan laporan itu selepas siasatan dilakukan," kata William yang juga Ahli Parlimen Selayang di Dewan Rakyat, hari ini.


Pada 4 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan, melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Presiden UMNO itu atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.


Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwa yang diwakili Peguam Negara (AG) menarik balik tuduhan tersebut atas sebab wujud bukti baharu melalui surat representasi yang dikemukakan pihak tertuduh.


Susulan itu, pihak pendakwa mengambil keputusan menyiasat dengan lebih mendalam tentang perkara yang ada dalam surat tersebut.

[panas] FITNAH DARI MKT UMNO YANG MELAMPAU! INI PENCERAHAN PADU DARI LOK...



𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗦𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗣.

UMNO sebenarnya mampu BERUBAH dan mengubah pemikiran hasil indoktrinasi lama, my sebahagian dari pemimpin dan ahlinya yg masih skeptikal dgn DAP. Contohnya Isham Jalil.

Parti itu masih punya masa 4 tahun utk meyakinkan sebahahian ahlinya bahawa kerjasama dgn PH yg didalamnya ada DAP adalah formula terbaik. A win win situation bg BN dan PH.

Alhamdulillah, sebahagian ahlinya sudah boleh menerima kerjasama dgn PH dan DAP sbbtu Kerajaan Perpaduan boleh pertahankan 3 negeri dan 2 kerusi Parlimen dan DUN dlm PRK di Johor baru2 ni.

Ahli UMNO jangan putus asa atau percaya dgn org mcm Isham Jalil yg percaya kununnya UMNO TAK BOLEH KERJASAMA dgn DAP jika mahu Melayu sokong UMNO BN. Ini satu pandangan yg regresif.

Ahli UMNO patut maju ke hadapan dan terus merintis jalan yg telah dimulakan oleh pimpinan UMNO utk bekerjasama dgn PH yg dalamnya ada DAP. DAP tidak pun tamak haloba nak kuasai, mereka jd rakan kongsi yg baik. Tunggu tengok tempoh 4 tahun akan dtg jangan kita rosakkan muafakat kerajaan perpaduan hanya kerana andaian buruk.

Bersatu dan berpadu kita teguh. Ini yg ditakuti oleh PA$ PPBM PNyakau. Jangan kita bg apa mereka nak yakni PERPECAHAN yg berlawanan dgn PERPADUAN.

InsyaAllah

- Zus Din

12092023

 



Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil mendakwa beberapa pemimpin parti termasuk dirinya mungkin dipecat pada minggu ini. Dia mendakwa perkembangan itu kerana terdapat pemimpin Umno yang tidak sehaluan dengan DAP. "Pemimpin pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi. "Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli Umno akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai," katanya dalam catatan Facebook malam tadi. Sumber Video/Berita YT Lokman Adam



[panas] SPEAKER DEWAN SEKOLAHKAN MP ARAU & MACHANG MEMBUANG MASA DAN MEM...



PEMBANGKANG MASIH MEROYAN DAN CUBA MEMBUAT PERSEKSI KONONYA KERAJAAN GUGURKAN KES ZAHID SEDANGKAN KES INI HANYA DILEPAS TANPA DIBEBASKAN AKAN DIBICARAKAN PADA BILA BILA MASA SAHAJA! Sumber Video YT Parlimen Malaysia




RENTASAN 1445 | GEMPAR!! KINI PEMUDA PN MAHU 'SELAMATKAN' MALAYSIA?



MENARIK DALAM RENTASAN 1445
1. ADAKAH PENGUNDI PULAI BERDOSA BESAR DAN PERLU BERTAUBAT? 2. MUDA YANG KINI MENJADI PENGKHIANAT 3. KADUK NAIK JUNJUNG. KE MANA PERGINYA PRINSIP PRESIDEN MUDA? 4. SELAMATKAH MALAYSIA DENGAN ‘SELAMATKAN MALAYSIA’




Johari Abdul Ghani 'sekolahkan' Ketua Pembangkang semasa berbahas RMKe -12

KEMENANGAN DI JOHOR PERMULAAN KEMENANGAN KERAJAAN PERPADUAN







Berjayanya gelombang hijau dibenamkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram merupakan kejayaan cemerlang kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurut Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, kemenangan tersebut amat bermakna kerana Johor yang dijadikan negeri barisan hadapan PN telah mempermalukan pembangkang dengan majoriti besar di kedua dua kerusi berkenaan biar pun mereka menurunkan kesemua panglima perang termasuk bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk berkempen.

“Kemenangan ini adalah permulaan kemenangan seterusnya bagi Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke10 itu sendiri,” kata Aminolhuda dalam kenyataan malam ini.

Selain itu, beliau turut mengucapkan syabas kepada jentera Pakatan Harapan dan BN yang datang membantu dari seluruh pelusuk negara.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden, Pengerusi Induk PRK Johor dan Jawatankuasa Amanah National serta semua petugas dari negeri yang membantu dan telah berkampung sejak awal kempen bermula.

“Kepada Jawatankuasa Induk PRK Negeri Johor dan Jawatankuasa PRK Parlimen Pulai serta Jawatankuasa PRK Simpang Jeram saya menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan, kelemahan dan kekurangan dari diri saya yang daif serta anak-anak buah saya yang ramai di sini,” katanya lagi.

Keputuan rasmi Suhaizan Kayat menang di parlimen Pulai dengan mendapat 48,283 undi dan majoriti 18,641 undi mengalahkan PN.

Manakala Ir Ts Nazri Abdul Rahman pula menang di DUN Simpang Jeram dengan mendapat undi 13,844 menewaskan calon PN.



GELOMBANG HIJAU GAGAL: JOHOR KALIS POLITIK ‘ADU DOMBA’

 



Kegagalan PN untuk mengungguli kerusi parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram walaupun berusaha dengan taktik serangan media sosial Tiktok yang menjadi senjata terhebat mereka dalam Pilihan Raya Negeri baru baru ini membuktikan rakyat Johor bijaksana serta tidak termakan politik adu domba.

Bagi Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin, kemenangan calon calon Pakatan Harapan (PH) itu juga membuktikan rakyat Malaysia telah menerima rasional kewujudkan Kerajaan Perpaduan yang sebelum ini cuba dikelirukan oleh jentera propaganda PN.

“Rakyat akhirnya menerima dengan baik kewujudan Kerajaan Perpaduan, kemenangan ini juga menunjukkan perpaduan jentera PH dan BN semakin menemui rentak dalam mencipta kejayaan.

“Sudah pasti kemenangan ini diberikan kerana rakyat akhirnya dapat melihat kerjasama PH dan BN inilah yang berupaya mencetuskan kestabilan dan memberi harapan kepada masa depan negara dengan amalan politik sederhana yang diamalkan kepada semua.

“Tidak kurang pentingnya daripada kemenangan ini ialah cita-cita PN untuk menembusi negeri Johor terbukti tidak berjaya sama sekali.

“Bangsa Johor yang terkenal dengan semangat muafakat cenderung sepakat menolak politik adu domba, ektremisme dan asyik menyalahkan kerajaan yang cuba dibawa oleh PN,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Noraini lagi, kegagalan PN, terutama kalah dengan majoriti besar di Pulai bererti Johor akan menjadi kubu kebal PH dan BN selepas ini.

“Kegagalan PN bukan saja bererti suatu kejayaan buat PH, tetapi ia juga memperlihatkan Johor adalah negeri yang kalis untuk mereka (PN) cuba tembusi.

“Tiada masa depan lagi untuk PN di Johor,” katanya.

Selain itu, Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat itu turut berkata, kemenangan di Johor memperlihatkan keserasian jentera PH dan BN dalam bekerjasama dan menentukan strategi terbaik pun baharu 9 bulan dalam satu pasukan.

“Kemenangan ini tidak lain adalah hasil kerja keras jentera PH dan BN berkempen hampir dua minggu selama ini, demi untuk meyakinkan rakyat perlunya wakil Kerajaan Perpaduan dijadikan pilihan,” katanya lagi.

Keputusan rasmi PRK yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini di parlimen Pulai, Suhaizan Kayat menang dengan majoriti 18,641 undi, sementara di Simpang Jeram, Nazri berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 3,514 undi.



TANPA TAMBAH KAWASAN BARU PUN KERAJAAN PERPADUAN MASIH BOLEH MENANG PRU AKAN DATANG

 

Satu isu yang hebat diperkatakan berikutan keputusan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik keluar Muda daripada menyokong kerajaan perpaduan, seterusnya menyebabkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim hilang majoriti dua pertiga ialah ia kononnya telah berjaya menghalang cubaan menambah kawasan pilihanraya.

Diperkatakan, pertambahan kawasan pilihan raya baru itu, diheboh-hebohkan sebanyak 78 jumlahnya, di mana semuanya adalah di kawasan bandar yang berpotensi untuk DAP menandinginya.

Dalam erti kata lain, jika pertambahan kawasan itu berjaya dilakukan melalui kedudukan majoriti dua pertiga yang dimiliki kerajaan, bermakna selepas ini DAPlah yang akan menjadi parti paling berkuasa, menjadikan Anwar sekadar hanya boneka, bahkan ditakut-takutkan mungkin parti itu menuntut jawatan Perdana Menteri di masa akan datang.

Maka itu, apabila Syed Saddiq menarik sokongan dan kerajaan hilang majoriti dua pertiga, lalu cubaan menambah kawasan tidak mungkin lagi menjadi kenyataan, Ahli Parlimen Muar itu dianggap telah melakukan pahala yang sangat besar kepada kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

Dahsyat sekali cerita rekaan begini.

Melihat bagaimana begitu banyak cerita tentang cubaan mahu menambah kawasan pilihan raya ini diperkatakan, termasuk oleh mereka yang berkedudukan dan mempunyai gelaran, ini adalah petanda paling jelas bagaimana masyarakat kita sebenarnya telah rosak di mana mereka begitu mudah mempercayai khabar angin, maklumat tidak benar dan kata-kata fitnah.

Mereka ingat Anwar Ibrahim sudah “gila” agaknya mahu menambah kawasan pilihan raya sesuka hati dan memberi kelebihan kepada DAP semata-mata hanya ingin kekal berkuasa?

Apakah mereka tidak melihat bahawa Anwar, dalam banyak rentetan perjuangannya, memiliki jiwa Melayu dan Islam yang lebih tinggi berbanding sebahagian pemimpin dalam blok pembangkang sendiri?

Jadi, di mana logiknya ada cubaan mahu menambah kawasan pilihan raya Parlimen sebanyak 78 lagi menjadikan jumlah kesemuanya 300 sebagaimana diperkatakan itu?

Anwar sebagai seorang “fighter” tidak mungkin memilih jalan sebegitu mudah untuk mengekalkan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya ini bagi menghadapi PRU16 akan datang.

Beliau adalah seorang yang terbuka untuk berlawan di padang yang terbuka, bukan berlawan dengan mengikat kaki, tangan serta menutup muka lawannya.

Sebab itu, tidak masuk akal untuk beliau tergamak menambah kawasan pilihan raya, bahkan ia tidak pernah dirancang atau diperkatakan, baik dalam kerajaan atau dalam parti-parti yang membentuk kerajaan.

Pertambahan kawasan pilihan raya, selain memang hanya boleh dilakukan dengan undi majoriti dua pertiga, ia mestilah juga dilakukan dengan asas yang jelas iaitu berikutan pertambahan penduduk dan pembukaan penempatan-penempatan baru dengan tidak mengabaikan kepentingan masa depan negara.

Lagi pun, kalau benar Anwar memang ada merancang untuk menambah kawasan pilihan raya sebelum tibanya PRU16 akan datang seperti diperkatakan itu, beliau pasti menjaga dan mengepung 148 Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan sejak awal lagi dengan memberi mereka jawatan, kedudukan dan kontrak-kontrak lumayan.

Apakah Anwar ada melakukan perkara begitu sejak sembilan bulan lalu?

Hakikatnya, Anwar dan parti-parti dalam kerajaan perpaduan sekarang masih boleh dan berupaya untuk menang dan kekal berkuasa lagi selepas PRU16 akan datang berdasarkan penerimaan rakyat yang semakin baik ketika ini.

Apa yang harus dilakukan ialah dengan terus menambah baik program untuk rakyat, memastikan hidup rakyat tambah selesa, memperbaiki lagi komunikasi atau penyampaian maklumat ke akar umbi serta menambahkan-akrabkan lagi perpaduan sesama parti dalam kerajaan.

Berdasarkan apa yang berlaku setakat ini dan ada masa sekitar empat tahun lagi sebelum ketibaan PRU16, adalah diyakini lebih banyak penambahbaikan mampu dilakukan.

Kalau mahu dihitung, begitu banyak sebenarnya benda-benda baik, pembaharuan atau bantuan kepada rakyat telah diperkenalkan oleh beliau, cuma banyak kebaikan itu terlindung kerana ditenggelami oleh timbunan sampah fitnah dan berita palsu yang bertebaran.

Mereka yang berjiwa pembangkang dan bercop walaun, apa pun kebaikan yang dilakukan kerajaan, tetaplah dianggap sesuatu yang tidak bermakna.

Tapi, jika pemimpin mereka melakukan kejahatan, misalnya fitnah terhadap Tabung Haji, mengkafir, mengharam atau memonyetkan musuh, termasuk menyebarkan kepalsuan berkenaan 78 kawasan pilihan raya baru mahu diwujudkan, ia tetap dilihat sebagai perbuatan yang wajib diberi sanjungan, seterusnya dihebahkan lagi dengan meluas.

Inilah sebenarnya masalah besar dalam negara kita. – ShahbudinHusin 11/09/2023.




Dalam sesi rawatan...tulis sedikit berkenaan ahli parlimen Muar.


Gino Marvela.


Bagi kami, ia lebih kpd nak beri tekanan pada Anwar & Kerajaan Perpaduan supaya kes ini di lepaskan. Keduanya mmg umum mengetahui dia turuti tekanan pihak pembangkang yg mmg di ketahui hubungan dua hala antara Muhyiddin & Mahathir. 


Ketiganya, hanya sekadar mencuba nasib mempergunakan 1 kerusi yg ada bawa keluar dr parti kerajaan menafikan majoriti 2/3...kemudian dgn kes mahkamah yg dia hadapi jika di dapati bersalah kelak, dia akan kata Anwar & Kerajaan Perpaduan mula menggunakan kuasa bg menekan pihak yg memberi tentangan.


Ayat pertama yg beliau keluarkan ialah "menormalisasikan rasuah!". Sekarang ini bukan pasai kes nak menormalisasikan rasuah + berprinsip.


Ini 5 kes Syed Saddiq siasatan pendakwaan. 👇


1. Pecah amanah dana Armada Bersatu RM1j.

2. Salahguna wang sumbangan RM1.2j utk kempen pilihanraya pru14.

3. Pengubahan wang haram RM100k.

4. Pecah amanah dana Armada RM600,537.00


5. Duit RM4,652,155.62 dalam akuan bank di sita oleh SPRM melibatkan penyalahgunaan dana YPC yang telah diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) & Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Ini kes duit Armada dari parti Bersatu di mana ketika itu beliau adalah ketua Armada Bersatu sendiri (kini Muda) masukkan duit parti ke akaun persendirian miliknya sebanyak RM1juta.


Persoalan, siapa yg buat report ? Bukankah parti Bersatu yg ada Muhyiddin dalam PN itu sendiri ?


Apabila PDRM & SPRM dah sambut, pendengaran di mahkamah (kini kluster mahkamah)...perjalanan kes ini beri tekanan kuat kpd jawatan ahli parlimen Muar miliknya. 


Sekiranya kes Zahid Hamidi lepas tanpa bebas oleh mahkamah, jika nak kata kerajaan normalisasi rasuah ibarat sprt Syed Saddiq kata...takkanlah takut sangat dgn keputusan mahkamah sewaktu berada dlm kerajaan. Bukankah duduk dlm proksi kerajaan, keputusan mahkamah akan memihak Syed Saddiq sebagaimana di inginkan?


Ini bukan prinsip wahai adik Syed Saddiq. Kami melihat saudara di permainkan & di pergunakan pihak ketiga saja. Ungkapan prinsip/berprinsip itu tidak wujud dlm hal ini dan jauh dr hakikat sebenar.


Bagaimana prinsip/berprinsip itu buleh pindahkan wang parti armada Bersatu ke dalam akaun peribadi setelah kini beralih sbg ketua dlm parti Muda, masih ada kes melibatkan parti bunga ?


Bukan kerajaan atau Anwar yg nak check mate saudara Saddiq. Sebaliknya saudara rela di perkotak-katikkan demi agenda politik. Kes mahkamah, hadaplah dgn baik dan terima apa jua keputusan. 


Pusing sana...pusing sini, kelak diri sendiri yg kepeningan berpusing. 😵‍💫🫨



ESOK !! RABU (13/9/23) JUALAN RAHMAH BERGERAK SAMPAI KE PARLIMEN PAYA BESAR DI DUN LEPAR






Di antara inisiatif kerajaan perpaduan di dalam mengurangkan bebanan rakyat adalah dengan mengadakan jualan rahmah secara bergerak meliputi kesemua Dun seluruh negeri yang bermula beberapa bulan yang lalu.  


Jualan rahmah ini adalah program jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran.  Di dalam keadaan kerajaan perpaduan kini sedang giat berusaha mengatasi masalah kos sara hidup yang diwarisi dari kerajaan terdahulu, program seperti ini akan tetap diteruskan di seluruh negara. 


Esok, rabu 13/9/2023 tiba giliran kawasan Dun Lepar, Parlimen Paya Besar pula.  Jualan akan diadakan di Pondok KRT Taman Seriku, Batu 12, Jalan Gambang, Kuantan.  Program bermula jam 9.00 pagi sehingga semua barangan habis dijual.  


WFAUZDIN NS



ISHAM JALIL MEMANG PATUT DIPECAT DARIPADA UMNO



Tidak pasti sejauh mana benarnya Isham Jalil, Ahli MT UMNO bakal dipecat dalam masa terdekat ini.


Sejauh ini, ia hanya sekadar dakwaan Isham berdasarkan cakap dengarnya semata-mata.


Dalam catatan di media sosialnya, Isham dipetik sebagai berkata, “Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai.”


Berdasarkan catatannya itu, segala kemungkinan bellau dipecat daripada UMNO itu tidak lebih hanya suatu andaiannya saja.


Begitu pun, sebagai Ahli MT UMNO, tindakan beliau menyanggah keputusan parti berkenaan hubungan dengan PH yang ada DAP di dalamnya, adalah suatu keterlanjuran yang serius.


Isham sepatutnya membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat MT UMNO.


Dalam hal ini, tidak diketahui sama ada beliau pernah membangkitkannya atau pun tidak dalam mesyuarat MT UMNO.


Kiranya beliau pernah membangkitkannya dan ia ditolak secara majoriti oleh MT UMNO, beliau perlu akur dengan keputusan tersebut kerana itulah hukum demokrasi dalam berorganisasi di mana keputusan majoriti hendaklah dihormati serta diakuri.


Jika terus tidak setuju juga, adalah tidak wajar terus menceceh secara terbuka.


Pilihan seterusnya jika tidak setuju dengan keputusan majoriti ialah meletak jawatan sebagai Ahli MT.


Pun begitu, jika Isham tidak pernah membangkitkan isu hubungan UMNO dengan PH, khususnya dengan DAP di dalam mesyuarat MT parti, sebaliknya hanya berani bercakap di luar melalui saluran media sosialnya sendiri, ini bermakna beliau memang secara sengaja mengundang surat pemecatan hadir ke pintu rumahnya.


Lagi pula, keputusan UMNO bekerjasama dengan PH telah lama dibuat iaitu pada November 2022, sebaik saja berakhirnya PRU15 lalu.


Apakah ketika itu Isham ada membuat bantahan?


Bukankah waktu itu beliau merupakan Ketua Penegangan UMNO?


Kenapa tidak letak jawatan dalam jawatan lantikan Presiden itu jika tidak setuju dengan hala tuju baru UMNO sejak awal lagi?


Oleh kerana Isham turut bertanding menawarkan diri untuk mengisi salah satu kerusi MT dalam pemilihan UMNO kemudiannya ialtu pada Mac 2023, pemafahaman paling mudah ialah beliau dianggap bersetuju dengan hala tuju UMNO ketika itu yang sudah pun menjalin kerjasama dengan PH.


Soal pokoknya di sini, kenapa baru sekarang beliau mahu bersuara menyanggah?


Apakah Isham ada terkecil hati kerana UMNO tidak memilihnya sebagai calon dalam PRN negeri Selangor baru-baru ini?


Dalam berparti atau berorganisasi, bukan tidak boleh bersuara, tetapi selagi saluran rasmi untuk beliau berbuat demikian masih terbuka, saluran itulah yang patut digunakan.


Tak tahulah, mungkin Isham sengaja mengenepikan saluran rasmi itu, sebaliknya memilih saluran terbuka agar beliau boleh dipecat oleh UMMO.


Tak mustahil juga tindakannya mendedahkan berlenaan cakap dengar pemecatannya itu dengan tujuan agar beliau lebih cepat diambil tindakan.


Jika begitu, beliau memang patut dipecat dan Zahid Hamidi tidak harus berfikir dua kali lagi.


Lagi disimpan, entah apa-apa lagi onarnya selepas ini, sedangkan UMNO perlu bersatu hati untuk berdepan musuh politik utamanya, Bersatu dan Pas dalam banyak lagi cabaran perjuangan yang lebih getir di masa depan. – ShahbudinHusin 12/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette



APA PUNYA OLANG

 


Mohd Asri Abu Bakar

Orang gila.....sekor ni...mohon bantuan demi mencapai KEMUNCAK KEPUASAN!..🤭🤣





PEMERINTAH YANG JAHAT





Saya tidak pasti sama ada laman Ustaz Azhar Idrus yang memberi komen di laman Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu mewakili Ustaz Azhar Idrus yang sebenar atau tidak, kerana itu bukanlah laman rasmi beliau, laman rasmi beliau di satu lagi alamat Facebook bernama sama iaitu Ustaz Azhar Idrus. Tetapi berdasarkan rekod, maklumat yang disampaikan melaluinya dan jumlah pengikut, nyata laman yang pertama itu juga bukan laman "scam."


Cuma, kalau betul laman itu pun dari Ustaz, saya teringin nak bertanya, apakah takrif pemerintah yang jahat itu?


Antara tokoh filusuf Islam yang banyak memperkata tentang kepimpinan negara adalah Ikhwān al-Safā' (4H). Ikhwān al-Safā' ada mengkategorikan negara sebagai negara baik dan negara jahat. Negara jahat bagi Ikhwān al-Safā' adalah negara yang terletak di bawah orang yang zalim dan jahil yang dianggapnya seperti binatang buas (Rasā'il, 4:4006).


Sekali lagi, kalau betullah itu komen dari Ustaz, apakah Ustaz melihat pemerintah hari ini adalah "pemerintah yang jahat" sebagaimana hadis, dan kepimpinan negara hari ini adalah kepimpinan yang sangat zalim, sangat jahil serta seperti binatang buas? Hanya kerana seorang Zahid Hamidi lepas tanpa bebas?


Wallahu a'lam...


Apa pun, Ustaz masih seorang tokoh fuqaha negara yang sangat saya hormati.


Zukri Aksah 

MyMadani Parti Keadilan Rakyat 


#neoreformia #DSAIPM10 #MalaysiaMadani #kamikeadilan #kerajaanmadani #AkuKeadilan #Reformasi #AnwarIbrahim #DemiPertiwi #harapan 

Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah Wan Ismail Pakatan Harapan Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia



MAT KEPOH....

 




SYED SADDIQ TARIK SOKONGAN, BUKAN KERANA KES ZAHUD HAMIDI..INI PUN TIADA KENA MENGENA DENGAN KES ZAHID.. AHMAD FADHLI MERAPOH KER? KATA SELAMATKAN MALAYSIA?


DAHULU SEMASA PH MEMERINTAH, TUN M  LAH YANG MENGUGURKAN UMNO UNTUK MENGANTIKAN PPBM@BERSATU SUPAYA BERKUASA... 


AHMAD FADHLI NAK BUAT HIMPUNAN DI SOGO UNTUK APA? UNTUK ZAHID KE? UNTUK SELAMATKAN NEGARA KE? 


KERAJAAN PERPADUAN PUN SUDAH DISELAMATKAN DARI "PENSAKAU" DAN DUIT "PENWELEWENGAN". APA LAGI AHMAD FADHLI??



Tanya Je

 



Che Ibrahim


Jika ditakdirkan (لا قدر الله semuga dijauhkan Allah ) ustazah menjadi seorang janda di usia yang semuda ini, apakah di ketika itu ustazah juga masih menolak poligami???


Ambo tanya jah, jangan marah deh, sebab pengalaman ambo yang menyatakan sebegitu.....



MU NAK JAWATAN NAK ISLEY..HUH...