Peningkatan Bil Elektrik Bukan Salah Smart Meter









 Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Pentadbiran Kerajaan Perpaduan menghadapi badai tohmahan yang besar menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam buah negeri apabila dikaitkan dengan punca kenaikan bil elektrik. Pelbagai tuduhan tidak berasas dilemparkan kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan terutamanya kepada Perdana Menteri ke 10 (PMX) sebagai menyusahkan rakyat dan tidak menunaikan janji.


Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) telah menyatakan bahawa kenaikan bil elektrik dalam kalangan 9.5 juta pengguna domestik di Malaysia bukan disebabkan oleh penggunaan Smart Meter yang diperkenalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), beberapa isu diperingkat global dan domestik telah menjadi punca kepada isu tersebut.


Namun fakta yang dibentangkan tidak diendahkan oleh Exco Lajnah Isu Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dewan Pemuda PAS Gombak, Mohd Iqman Iberahim dengan menyangkal kenyataan dan fakta yang dipertahankan oleh TNB.


Kenaikan harga bahan bakar


TNB buat masa kini menggunakan fossil fuel dan arang batu sebagai sumber utama untuk menjana elektrik di Malaysia, namun peperangan Ukraine - Rusia dan kejatuhan nilai ringgit diperingkat global telah menyebabkan kos penjanaan elektirk bertambah dalam bentuk Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).

Mohd Fauzi Fadzil

Kos ICPT walaupun telah diserap sebahagiannya oleh pihak kerajaan melalui pemberian rebat bil elektrik kepada pengguna yang layak tetap tidak dapat menampung sepenuhnya jumlah kenaikan bil elektrik. Akibatnya lebihan kenaikan kos ICPT terpaksa ditanggung oleh pengguna.


Kenaikan bil elektrik dalam kalangan pengguna domestik di Malaysia tidak boleh dikaitkan dengan penggunaan Smart Meter. TNB melalui penegasan Akta Bekalan Elektrik 1990 terpaksa menukar meter baru untuk setiap pengguna domestik di Malaysia dalam tempoh 15 tahun.


Smart Meter digunakan di seluruh dunia


Smart Meter adalah alat pengukur penggunaan elektrik yang paling tepat dan canggih berbanding alat pengukur sebelumnya (Meter Digital dan Meter Analog). Smart Meter telah digunakan secara meluas oleh negara-negara maju terutama di Eropah, justeru penggunaan elektrik akan dapat direkodkan secara lebih tepat. Mustahil wujud kecurangan berbentuk “penindasan dalam senyap” melalui penggunaan Smart Meter kerana tahap efisyen teknologi tersebut yang diperakui oleh negara-negara maju di dunia.


Kenaikan bil elektrik dalam kalangan pengguna domestik di Malaysia juga perlu dikaitkan dengan tingkahlaku pengguna sendiri yang terdorong menggunakan barangan elektrik (seperti alat penghawa dingin dan kipas elektrik) secara kerap kesan daripada fenomena El Nino.


Suhu di Malaysia boleh mencecah sehingga 40°C akibat fenomena El Nino, keadaan ini sudah tentu memaksa penggunaan barangan elektrik untuk menyejukkan badan lebih dari kebiasaan. Rakyat Malaysia juga telah mula dibiasakan dengan budaya bekerja dari ruam (work from home) selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Keadaan ini juga membantu meningkatkan bil elektrik pengguna di kawasan bandar terutamanya.


Secara tuntasnya Kerajaan Perpaduan tidak pernah mengambil sikap tidak bertanggungjawab dengan menaikkan taarif elektrik, malah tarif elektrik di Malaysia masih dikekalkan seperti tahun 2014.


Rebat elektrik turut diberikan bagi membantu meringankan bebanan pengguna di Malaysia, justeru tuduhan tidak berasas bagi memburukkan Kerajaan Perpaduan hanyalah cubaan terdesak sesetengah pihak bagi menghadapi PRN yang bakal menjelang tidak lama lagi.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor



KALAU GIRLFRIEND TAK JAWAB PANGGILAN, KITA PUN AKAN CARI SAMPAI KE RUMAH JUGA

 


Pelbagai pihak didapati meluahkan rasa tidak senang dan sedikit marah dengan tindakan pihak polis menahan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor pada jam 3.00 pagi.

Mereka menyifatkan penahanan Sanusi pada waktu subuh itu adalah tindakan keterlaluan, tidak wajar, berlebih-lebih dan tidak sesuai kerana kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri.

Mereka berhujah lagi bahawa kes yang dhadapi Sanusi bukan berkaitan jenayah serta beliau dikatakan tidak berpotensi sama sekali untuk melarikan diri.

Sanusi ditahan sekumpulan polis di sebuah hotel di Mont Kiara semalam untuk dibawa di IPD Gombak, sebelum diiringi untuk ke Mahkamah Majistret Selayang pada jam 9.00 pagi bagi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan.

Meskipun Ketua Polis Negara, Razarudin Husain telah tampil menjelaskan tindakan terhadap Sanusi itu terpaksa diambil kerana Pengarah Pilihanraya PN itu tidak menjawab, malah menolak (reject) panggilan melalui telefonnya, mereka yang tidak puas hati dan marah itu terus juga membebel lagi.

Mereka mengatakan, menahan orang pada waktu subuh bukanlah amalan yang patut dalam sebuah kerajaan madani.

Jika kita teliti penjelasan daripada Ketua Polis Negara, bukan saja Sanusi tidak menjawab dan menolak panggilan daripada pihak polis, malah beberapa pegawai Sanusi yang dihubungi juga turut berbuat hal yang sama.

Mungkin benar Sanusi tidak mungkin melarikan diri, tetapi dengan tidak menjawab dan menolak setiap panggilan pihak polis, bukanlah mustahil beliau akhirnya tidak muncul di mahkamah.

Apa lagi sebelum itu ketika telah heboh berita mengenai pendakwaannya dilaporkan media dan sudah dimasukkan dalam jadual mahkamah, Sanusi dilaporkan masih memberitahu beliau belum dimaklumkan lagi mengenainya.

Sanusi Oh Sanusi…macam mana hang nak maklum kalau panggilan pihak polis pun tak berani nak jawab?

Kenapa Sanusi dan pegawai-pegawainya tidak menjawab dan menolak panggilan daripada pihak polis?

Apa sebenarnya akal yang ingin dilakukannya?

Sesibuk mana pun, takkan seminit dua tak boleh jawab panggilan?

Lepas tu kenapa tolak atau reject pula panggilan pihak polis?

Kalau ia pun sibuk bebenar pada waktu panggilan itu diterima, kenapa tidak membuat panggilan semula kepada nombot yang membuat panggilan?

Sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan orang yang kena tuduh hadir di mahkamah, sudah pasti pihak polis bimbang dengan keadaan sebegitu.


Jadi, itulah sebabnya Sanusi didatangi pihak polis pada jam 3.00 pagi.

Pokoknya kalau panggilan dijawab dan tidak di-reject atau melakukan panggilan semula, tiada sebab untuk pihak polis datang pada pukul 3.00 pagi mencari Sanusi

Kalau kita masih ingat ketika muda-muda dulu, kalau girlfriend atau buah hati kita tidak dapat dihubungi dan tidak menjawab panggilan telefon, akhirnya kita pun akan segera mencarinya sampai ke rumah atau tempat kerjanya.

Begitu juga, jika panggilan daripada bank kerana bayaran kereta ada tertunggak berbulan-bulan, tukang tarik juga akan datang sampai ke rumah kita akhirnya.

Ertinya, mencari sampai ke rumah jika gagal dihubungi adalah perkara biasa.

Makanya, lain kali jawablah panggilan telefon, lebih-lebih lagi bagi yang bermulut celupar, terutama terhadap Raja-Raja serta sedar telah banyak laporan polis dibuat terhadap mereka.

Atau lagi mudah, jadilah orang baik-baik. – ShahbudonHusin 19/07/2023.


Pelan struktur KL perlu ditambahbaik, diwartakan segera - Anwar


 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta supaya segera melaksanakan penambahbaikan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040).

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan taklimat bagi mendengar dan meneliti laporan sesi libat urus pindaan Draf PSKL 2040 bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL pada Isnin turut meminta supaya dokumen itu diwartakan sebelum penghujung tahun ini.



Dalam satu kenyataan, PM pada dasarnya berpuas hati dengan laporan sesi libat urus yang dibentangkan.

Namun katanya, DBKL perlu memberikan tumpuan kepada mengekalkan kawasan rizab hutan dan kawasan lapang bagi memastikan matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau, sihat dan rancak tercapai.



Selain itu, beliau bersetuju supaya perumahan mampu milik diperluas bagi menampung permintaan oleh warga Kuala Lumpur.



"Cadangan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik melalui konsep Kejiranan Madani di Kuala Lumpur



"Kerajaan amat komited bagi memastikan penyediaan PSKL 2040 ini komprehensif dan bersifat inklusif untuk rakyat selaras dengan visi Kuala Lumpur, Bandar Untuk Semua," kata dalam kenyataan itu.



Anwar berkata berdasarkan pelanjutan sesi libat urus yang diadakan pada 18 hingga 26 Mei lepas, DBKL menerima sebanyak 639 pandangan daripada 425 peserta yang hadir.



PSKL 2040 adalah antara komponen utama Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang mengandungi visi, matlamat, hala tuju strategi dan tindakan untuk memandu Kuala Lumpur bagi 20 tahun akan datang.



Antara kandungan draf PSKL 2040 adalah mengintegrasikan penggunaan tanah dengan perancangan infrastruktur, pengangkutan, penyediaan perumahan mampu milik, pekerjaan, kemudahan awam serta peningkatan kualiti alam sekitar dan ruang awam.

 

PM 'spot check' sekolah, mahu pastikan tandas rosak dibaiki


 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan hasratnya bagi memastikan semua tandas di sekolah mesti berada dalam keadaan baik untuk keselesaan pelajar bukan sekadar retorik.



Dalam kesibukan tugas menghadiri dan merasmikan Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan, Anwar sempat meluang masa membuat lawatan mengejut ke dua sekolah di Sabak Bernam pada Selasa.



Dalam lawatan pertama, Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi meninjau keadaan di Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah, sebelum bergerak ke program berkenaan.



Sebaik program yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari itu selesai, Anwar singgah mengejut selama 40 minit di Sekolah Kebangsaan Seri Makmur.



Dalam kedua-dua lawatan itu Anwar memberi tumpuan untuk melihat keadaan infrastruktur keseluruhan sekolah seperti tandas dan kelas, selain memantau keadaan dan keselesaan murid menjalani sesi pembelajaran.



Beliau turut meluangkan masa beramah mesra bersama murid dan guru, sebelum meninggalkan Sabak Bernam.



Terdahulu, dalam ucapannya pada program di Sekinchan, Anwar memaklumkan komitmennya untuk menambah baik infrastruktur asas di sekolah termasuk tandas.



Katanya, kerajaan sudah meluluskan peruntukan bagi tujuan itu dan mahu pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung memantau proses berkenaan dan segera melaporkan jika masih ada sekolah yang belum ditambah baik.



"Kita dah belanja tinggi. Di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Tanjong Karang. Tengok saja sekolahnya, banyak tandas tak terurus, tandas rosak. Tandas ada empat, dua rosak.



"Jadi saya pergi tengok tandas (di Sekolah Rendah Agama Ehyaul Falah)... malam ini ceramah mereka (pembangkang) komen pula itulah kerja Perdana Menteri, inspektor tandas.



"Saya tak peduli, panggillah Anwar inspektor tandas. Saya bangga, Alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya saya kerja sampai di bawah," katanya dihadapan 6,000 hadirin dalam kalangan pesawah, peladang dan nelayan.

 

AGAR ISU KEBIADAPANNYA KEPADA RAJA TIDAK BERPANJANGAN, SANUSI SEPATUTNYA PILIH MENGAKU BERSALAH

 


Atas kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di bawah Akta Hasutan, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor telah membuat pilihan untuk mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Ini bermakna, kes beliau yang mempertikaikan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam melantik Amirudin Shari sebagai Menteri Besar dan kewujudan kerajaan perpaduan yang dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong, akan dibicarakan di depan hakim.

Tetapi, sebelum ini Sanusi telah pun mengutus surat kepada Sultan Selangor untuk memohon ampun dan maaf atas keceluparannya itu.

Bukankah dengan mengutus surat kepada baginda Sultan Selangor itu bermakna Sanusi sendiri mengakui kesalahannya, tidak kiralah sama ada ia dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja?

Kalau sudah mengakui begitu, kenapa sekarang beliau memilih untuk mengaku tidak bersalah di mahkamah dan mahu kesnya dibicarakan?

Apa yang ingin Sanusi buktikan?

Kes melibatkan Sanusi ini bukanlah kes politik, tetapi kerana menyentuh kedudukan Raja-Raja di mana yang turut membuat laporan polis terhadapnya ialah Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor sendiri.

Selain mengutus surat memohon ampun, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi turut mengadap Sultan Selangor, semalam.

Walaupun tidak diketahui tujuan serta butiran majlis mengadap itu, adalah dipercayai ia juga bertujuan memanjangkan permohonan maaf atas keceluparan Sanusi itu serta memberi penjelasan berkenaan dengannya.

Bagaimanapun, selepas itu, Istana Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan isu berkenaan masih belum selesai.

Dan berikutan Sanusi membuat keputusan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terhadapnya, bermakna isu dan kes ini menjadi lebih jauh daripada titik penyelesaiannya.

Ia akan terus menjadi panjang dan dipanjang-panjangkan.

Sepatutnya, malah amat terpuji, lebih baik sebenarnya jika Sanusi membuat pilihan mengaku bersalah saja atas kedua-dua kesalahan yang dikenakan terhadapnya itu.

Dengan mengaku bersalah, bukan saja isu kebiadapan dan keceluparannya dapat dinoktahkan serta-merta, malah ia menunjukkan sikap merendah diri dan kesetiaan tidak berbelah bahagi Sanusi sebagai rakyat terhadap Raja atas isu yang dipertikaikannya itu.

Kes akan segera tamat dan ia tidak menarik lagi untuk dijaja atau dipanjangkan dan Sanusi akan lebih dipuji berana memilih beralah atas kebiadapan dan keceluparannya terhadap dua Raja – Sultan Selangor dan Yang Dipertuan Agong. – ShahbudinHusin 18/07/2023

Maal Hijrah: Pertahan negara dari anasir perkauman - PM




 Malaysia perlu dipertahankan daripada anasir perkauman yang memecah-belah, kata Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1445 Hijrah yang dikongsi di laman Facebook dan Twitternya, PM berkata keamanan dan kestabilan kini menjadi maqasid utama agar kebajikan rakyat terbela.



Sebarang usaha untuk merubah negara yang berperlembagaan dan berdaulat ini kepada negara perkauman yang huru-hara tegasnya, tidak akan dibiarkan walau seinci pun.

"Justeru, menjelang sambutan Hijrah 1445 ini, marilah kita bertekad untuk melakukan hijrah yang hakiki.



"Berhijrah daripada kemungkaran kepada kebaikan, daripada kebejatan rasuah kepada amanah, daripada ketaksuban kepada minda yang merdeka, dan daripada perkauman sempit kepada taayush silmi (hidup bermuafakat)," katanya.



Melalui kenyataan sama, Presiden KEADILAN itu turut mengimbau sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan kota Madinah.



Rasulullah jelasnya meletakkan asas tatacara dan tatakelola sistem pemerintahan Islam dengan pengajaran dan kefahaman mengenai soal akhlak, nilai dan prinsip.



Tambah beliau, daripada didikan kerohanian itu, maka terbitnya dasar kenegaraan yang mencerminkan sikap rahmah dan adil buat semua



"Walhasil, penghijrahan Rasul membenam faham perkauman. Pakatan para Muhajirin bersama Ansar, dan sebelumnya bersama Raja Ashamah, pemerintah negeri Habsyah mencerminkan semangat kerjasama dalam perkara makruf.



"Kota Madinah dilatari kepelbagaian agama, budaya dan bangsa kemudiannya didirikan atas nama umat yang satu. Demikianlah hijrah Rasul dan para sahabat menjadi ibrah segar sepanjang zaman," katanya.



Majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1445H akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini dengan tema "Perpaduan Teras Malaysia MADANI".

 

PENGUNDI KINI WAJIB TOLAK SANUSI DAN PARTI YANG DIWAKILINYA

 

Setelah berhari-hari cuba mempertahankan keceluparan dan kebiadapannya terhadap Raja-Raja, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor akhirnya bertemu buku dengan ruas apabila didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan.

Tuduhan pertama kerana menghasut berhubung perlantikan Menteri Besar Selangor oleh Sultan Selangor dan tuduhan menghasut kedua berikutan tindakannya mempertikaikan penubuhan kerajaan perpaduan selepas PRU15 lalu yang dititahkan oleh Yang Dipertuan Agong.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, Sanusi didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan-perkataan yang mempunyai maksud untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Raja-Raja.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan terhadapnya mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Apa yang nyata, kedua-dua pertuduhan yang dihadapkan kepada Sanusi itu adalah berdasarkan kesalahan yang dikira amat berat telah dilakukannya iaitu cubaan membangkitkan perasaan tidak setia kepada Raja.

Sebagai pemimpin Melayu/Islam di negara ini dan Sanusi sendiri adalah ketua sebuah kerajaan negeri yang mempunyai Raja, bahkan kedudukan Raja-Raja sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, apa yang dilakukan Sanusi, selain tidak wajar, tetapi juga tidak tidak boleh diterima sama sekali.

Jika inilah perangai dan kelakuan pemimpin Melayu/Islam yang ada di negara ini, sementelah pula beliau adalah mewakili Pas, sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam, maka siapa lagi yang mahu menghormati dan mendaulatkan Raja-Raja kita?

Kalau tiada Raja-Raja juga, siapa lagi mahu melindungi kita semua?

Sebab itu, pertuduhan yang dikenakan kepada Sanusi adalah tepat dan wajar agar ia menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat negara ini.

Dalam hal ini, titah Sultan Selangor semalam yang menyatakan isu Sanusi masih belum selesai, walaupun setelah Pesuruhjaya Pas negeri mengadap baginda, haruslah menjadi renungan dan pedoman yang berpanjangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana perbuatan menghasut atau mengajak kepada kecenderungan tidak setia kepada Raja tidak harus dibiarkan berlaku begitu saja.

Dengan pemimpin sendiri sanggup melakukan hal yang tidak baik terhadap Raja, ia lebih mungkin mendorong rakyat biasa melakukan hal yang sama.

Dalam konteks PRN yang bakal tiba ini, ia adalah masa terbaik dan menjadi kewajipan kepada pengundi untuk menolak Sanusi dan parti yang diwakilinya di mana saja mereka meletakkan calonnya.

Sudah sampai masanya perbuatan Sanusi ini dihukum, selain melalui peruntukan undang-undang, juga melalui suara rakyat yang menolak secara mutlak kebiadapannya terjadap Raja-Raja.

Tidak cukup dengan selama ini menunggang agama dan menanamkan bibit perpecahan dalam masyarakat, kini Raja-Raja pun mahu diheret sama yang didorong oleh kerakusan terhadap kuasa.

Begitukah kelakuan pemimpin dan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam? – ShahbudinHusin 18/07/2023.




KES BLOM SELESAI.

 

TUAN ularmak Ibrahim pun nak spin juga?

Tuan  tahu tak siapa yang buat laporan polis?

Tuan tau tak Sultan Selangor kata isu Sanusi  belum selesai?

Jadi bila tuan kata dakwaan ke atas Sanusi akan membuat rakyat kian marah, adakah bermakna rakyat marah kepada Sultan Selangor dan/atau Sultan Selangor di bawah pengaruh kerajaan hari ini?

Hati2 tuan ularmak ...



KECOH APA PULAK HARI NI. BETOI KA?


 

KAJIAN YANG KITA BUAT MENUNJUKKAN SOKONGAN RAKYAT KEMBALI KEPADA PH/BN.


 

DIA KATA TOK NENEK DIA DARI CHINA. HA.HA.


 

BILA MASA MAT MASLAN SOH AHLI UMNO KIBAQ BENDERA DAP. DAP BERTANDING KAWASAN CINA SAJA.


 

FITNAH MELALUI PN AMAT HEBAT. MAKA PENYOKONG PH/ BN PERLU PEKA DAN JAWAB.


 

BAB ISU HINA SULTAN. DENGAR NI PAK LEBAI PAK LEBAI


 

MAHIADDIN BERI SPANCO TANDER LEBIH MAHAL 700 JUTA DARI BIDAAN NAZA. INI KERJA MAHIADDIN


 

POLITIK POLITIK TAPI SULTAN JANGAN SENTUH


 

KEH..KEH..KEH......


 

TAUKE PASARAYA CAKAP: AUN DAN YANG TAK MEMBACA, TAK MEMBELI DUDUK DALAM UTAN..MEREKA KATA HARGA BARANG NAIK


 Ni tauke pasaraya yang cakap. Bukan aku pandai pandai. Ayam dah murah daripada harga kawalan. Bukan ayam saja, ada barang lain juga.

Jangan dengar khabar angin barangan akan naik harga bulan Ogos sampai 20%. Kalau naik pun 5 sen ke 10 sen je. Jadi tenang saja.

Aku bukan promosi Mydin. Tapi cuma nak sebarkan berita gembira. Kalau pemimpin PN masih kecoh pasal harga barang, ketawakan je. Nampak sangat jenis baru keluar gua. Guane boh?

 
Raja Gelap 

.