30,000 pelajar tak ambil SPM perkara serius - PM




Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius laporan yang menyatakan bahawa hampir 30,000 pelajar tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.


Presiden Parti KEADILAN itu berkata, isu tersebut sangat membimbangkan dan serius untuk pendidikan negara. Justeru Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah diarah untuk meneliti secara terperinci perkara itu bagi memastikan ia tidak berulang tahun-tahun akan datang.

"Perkara ini berlaku masa pasca Covid-19, politik tak tentu arah dan tidak ada dasar jelas.


"Bagi saya 30,000 pelajar perkara yang serius. Nak kata mereka ‘hilang’, mereka tidak hilang cuma kalau tak buat apa-apa ia hilanglah. Tapi yang tak ambil SPM majoriti Melayu, menteri dulu buat apa?" soalnya.

Anwar sebelumnya berucap pada Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada Selasa.


Terdahulu, media melaporkan, seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 tidak hadir menduduki peperiksaan.


Berdasarkan analisis KPM, calon tidak hadir bagi SPM 2022 bertambah berbanding SPM 2021 yang merekodkan 10,681 calon daripada keseluruhan 392,837 calon yang berdaftar.


Dipetik laporan Kosmo, Anwar turut menyelar Menteri Pendidikan ketika itu, Mohd. Radzi Md. Jidin yang jelasnya gagal memantau perkara tersebut.


"Hanya selepas Fadhlina jadi Menteri, perkara ini dibongkar. Ini adalah masalah tetapi dalam kempen, dia (Radzi) tak sebut perkara ini," katanya.

 

Teruskan subsidi ayam, telur pastikan harga berpatutan, perniagaan bertahan




Tindakan Kerajaan Perpaduan meneruskan subsidi ke atas pengeluar ayam dan telur sewajarnya disokong penuh dan dialu alukan.



Menurut Anggota Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup, Keusahwanan dan Pertanian Parlimen Malaysia, Hassan Abdul Karim, penerusan subsidi itu bukan sahaja menjamin harga asas ayam dan telur mampu dibeli rakyat tetapi juga untuk memastikan pengeluar boleh bertahan dan terus menghasilkan bekalan.



"Saya secara peribadi sebagai Ahli Parlimen dan juga anggota Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup, Keusahwanan dan Pertanian menyokong pengumuman Perdana Menteri untuk meneruskan subsidi ayam dan telur



"Dengan adanya pemberian subsidi bermakna industri ternakan ayam dan telur di Malaysia dapat hidup serta dapat mengeluarkan bekalan yang mencukupi di pasaran



"Apabila industri ternakan diberi subsidi ia bermakna Kerajaan boleh menguatkuasakan harga kawalan ke atas ayam dan telur



"Bila harga ayam dan telur terkawal ia bermakna rakyat dapat membeli kedua bahan mentah itu yang menjadi sumber makanan dan protein dengan harga mampu beli," katanya dalam satu kenyataan.



Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, tindakan memberi subsidi pada jangka pendek atau sederhana tidak akan menjelaskan ekonomi.



Katanya, subsidi perlu diberi memandangkan kos pengeluaran ayam dan telur naik mendadak akibat harga makanan ayam yang diimport melonjak berikutan pandemik Covid-19, perang di Ukraine dan rantaian bekalan yang terganggu serta nilai Ringgit merosot berbanding Dolar Amerika.



"Kerajaan Persekutuan cukup menyedari langkah memberi subsidi untuk bekalan ayam dan telur perlu disemak semula apabila industri pengeluaran ayam dan telur pulih serta dapat berdikari



"Maka waktu itu apabila industri telah siap sedia, barulah subsidi ayam dan telur ditamatkan di mana pengeluar ayam dan telur itu berupaya menjual dengan harga yang berpatutan dalam keadaan pihak pengeluar boleh mendapat keuntungan.



"Kerajaan Persekutuan akan dapat menjimatkan berpuluh billion ringgit setahun apabila industri ayam dan telor ini dapat bangkit semula dan harga kembali stabil di pasaran pada ketika itu," katanya lagi.



Tambah Hassan, sekiranya penarikan subsidi dibuat maka ianya akan memberi kelebihan kepada ekonomi negara. Namun ketika ini, katanya, subsidi ayam dan telur masih amat perlu diteruskan.

 

GRANDMASTER




Elok2 dah parti UMNO, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A dan Team B, maka berpecah lah parti. Team A jadi UMNO Baru, Team B jadi Semangat 46.

Elok2 dah parti UMNO, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A dan Team B, maka berpecah lah parti. Team A kekal dalam UMNO, Team B jadi Bersatu.

Elok2 dah parti Bersatu, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A dan Team B, maka berpecah lah parti. Team A kekal dalam Bersatu, Team B jadi Pejuang.

Elok2 dah parti Pejuang, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A dan Team B, maka berpecah lah parti. Team A kekal dalam Pejuang, Team B jadi GTA.

Elok2 dah parti PKR, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A dan Team B, maka berpecah lah parti. Team A kekal dalam PKR, Team B masuk Bersatu.

Elok2 dah parti PAS, la ni sekali lagi masuk Grandmaster, tup tup nanti akan jadi Team A dan Team B, maka akan berpecah lah parti. Team A kekal dalam PAS bawah Hadi, Team B mungkin bawa diri bersama Sanusi.

Grandmaster ini legendary. Divide and conquer yang dicari. Makanya setiap parti berhati2.

Salam hormat,

Liyana Marzuki



6 BULAN PERTAMA KERAJAAN MADANI INI BERJAYA , DAN RAKYAT MERASAINYA.




 

Alhamdulillah, dalam 6 bulan pertama ni, rakyat dah dapat harga ayam, telur, minyak masak & beberapa barangan semakin stabil. Bekalan pun mencukupi berbanding 33 bulan PN dalam kerajaan.

Selain itu rakyat juga terus dapat subsidi elektrik tanpa mengira taraf hidup yang PN mahu hapuskan dulu. Memang kerajaan bakal dikaji semula tapi pengkelasan taraf hidup mengikut gaji juga akan ditakrif mengikut kaedah yang lebih tersusun.

Rakyat juga baru sekali dapat kenaikan OPR. Bukan macam masa PN memerintah dahulu. Setiap tiga bulan rakyat dihadiahkan kebaikan OPR. Walaupun kerajaan dakwa konon ekonomi semakin pulih.

Rakyat B40 dapat Inisiatif Pendapatan Rakyat yang memberi peluang mereka memulakan perniagaan. Ada bisnes bekalkan makanan ke vending machine yang sewanya ditanggung kerajaan dan juga bisnes pembersihan.

Rakyat juga dapat kurangkan kos kerja seharian dengan adanya menu Rahmah. Dapat beli makanan yang enak dan mengenyangkan pada harga hanya RM5. Banyak dapat dijimatkan di situ.

Rakyat juga dapat kestabilan politik yang kembali jadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang mana ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Banyaklah kalau nak senaraikan apa yang rakyat dapat dalam 6 bulan Kerajaan Perpaduan berada di Putrajaya. Kalau nak dibandingkan dengan 33 bulan PN berkuasa, rakyat cuma dapat susah.

Kes bunuh diri pun meningkat. Ada yang terpaksa kibar bendera putih. Lebai masa tu siap larang kibar bendera. Suruh angkat tangan berdoa je. Ada lebai yang samakan rakyat dengan haiwan kalau kritik kerajaan.

Jangan lupa yang rakyat dapat vaksin di zaman PN dalam kerajaan. Dapat juga ugutan dari menteri yang hidup mereka akan disusahkan jika enggan ambil vaksin. Sebegitu hebat.

Cuba bandingkan apa yang rakyat dapat sekarang dengan ketika PN dalam kerajaan dulu. Agak-agak mana yang rakyat lebih mahu?

Paling istimewa, di zaman Kerajaan Perpaduan ini, rakyat dapat tahu orang yang mengaku abah rakyat Malaysia rupanya sakau duit rakyat berarus juta nilainya. Sekali anak beranak dia terlibat.

Dan rakyat juga baru dapat tahu dalang di sebalik kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi rupanya adalah anak menteri dari PN. Jadi masih nak tanya lagi rakyat dapat apa dalam enam bulan ini? Guane boh?

Raja Gelap

 

PATUT MALU BILA PEMIMPIN PN DATANG BERKEMPEN DI SELANGOR

ILLUTRASI - FAHMI REZA


FAHMI REZA


 

MUKHRIZ NAK JADI MB ? KEH.KEH..MELEPAS SANUSI


 

GELOMBANG PH


 

TUUU DIAAA AIH NOOOO..




 


FITNAH KETIKA TPM DI SRI LANGKA


 

BAGAIMANA JIKA TIDAK BAYAR PINJAMAN PERUMAHAN??


 

WOOO..WOOOO...MASA HANG JADI TUTUP SEMUA....SEMBANG LA...


 

RIBUT ANGIN TAK DAK. TIBA TIBA SOLADIRITI.


 

FADILAH PERDANA MENTERI ?10 SERTAI PN, PERPADUAN MASIH KERAJAAN






NORMAN RADZUAN


  Gerakan menjatuhkan kerajaan Perpaduan semakin agresif

10 SERTAI PN, PERPADUAN MASIH KERAJAAN

 

Saya telah mendengar khabar angin ini beberapa bulan lalu. Tapi saya anggap ia jalan mati apabila tiada pertandingan jawatan Presiden UMNO kecuali jika berlaku masalah kesihatan kpd Zahid.

 

Bagaimanapun melihat perkembangan muktahir, saya dipanggil beberapa rakan yg bukan di kalangan ahli parti PKR. Dlm dua hari ini saya duduk dgn beberapa rakan berbeza yg boleh dianggap sumber yg sgt dipercayai. 

 

Rumusannya ketika ini satu gerakan paling agresif semenjak selepas PRU15 digerakkan secara terbuka oleh pembangkang.

 

Dari sumber itu mengatakan kononnya ia bukan sahaja gerakan parti politik dari PAS, Bersatu dan UMNO (team B ) sahaja tetapi juga NGO dan tokoh2 korporat yg berkepentingan. 

 

Nama2 di dlm gambar konon hanya menunggu masa yg sesuai utk meninggalkan UMNO. Ahli Parlimen hanya diarahkan berdasarkan keputusan PRN ini. Jika gelombang hijau kuat… ‘10 budak hitam’ ini akn mengosongkan kerusi masing2 dan akn bertanding  semula dgn memakai jersi baru.

 

Gerakan pertama mereka gagal selepas Zahid menolak utk bersama PN menubuhkan kerajaan. Mereka teruskan lagi dlm Pemilihan UMNO utk menjatuhkan Zahid yg dianggap batu penghalang niat mereka menuju ke Putrajaya. Pun begitu menuju jalan gagal apabila jawatan Presiden dan Tim Presiden tidak dipertandingkan.

 

Percaturan mereka skg ialah utk mengalahkan semua kerusi yg UMNO bertanding utk memberi tekanan kpd Zahid Hamidi. Jika BN tewas di semua kerusi yg dipertandingkan… provokasi digerak dan ada yg mengatakan dgn menggerakkan anak2 muda di dlm parti tersebut.

 

Bila saya ajukan adakah cukup jumlah jika GPS tidak bersama. Mereka ada pilihan iaitu parti dari Sabah. Namun kata sumber tersebut tawaran akn diberikan kpd Datuk Fadilah utk menjadi PM Malaysia dan Tok Mat sebagai TPM2 …. asal bukan Anwar atau Zahid. 

 

Persoalannya adakah Fadilah berani mengambil kerusi PM dgn cara begini di mana beliau akn dikenang sebagai PM tebuk atap seperti Muhyiddin. Adakah rakyat Sarawak bersetuju beliau bekerjasama dgn PN yg dianggap parti rasis?

 

———————————————————————————-

 

PN tahu mereka tidak akan menang di PP, Selangor dan N9. Jadi sasaran mereka hanya menang kerusi Melayu. Disebabkan itu kempen perkauman sgt kuat didendangkan.

 

Mahathir sanggup jumpa siapa sahaja dgn bertemu Hadi Awang. Malah sanggup melayani Papagomo dan Tar Senik asal siapa yg boleh dipergunakan olehnya utk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

 

Daim sanggup bertemu Hadi Awang. Malah mereka menjemput sesiapa sahaja bekas ahli UMNO seperti KJ utk bersama sama mereka.

 

Persoalannya ‘10 budak hitam’ itu berani dan apakah mereka berjaya?

 

‘10 budak hitam’ ini adalah mereka yg digantung, dipecat dan tiada jawatan dlm kabinet kerajaan. Adakah sebahagian dari mereka berani mengosongkan kerusi masing2 utk bertanding semula dan menang? 

 

Pasti mereka fikir 10 kali… risikonya sgt besar. Ismail Sabri contohnya boleh dibuang parti. Begitulah juga mereka yg menang atas bendera BN yg diundi oleh pengundi kawasan masing2… adakah mereka berani dgn gabungan PH & BN ini mereka akn menang semula.

 

KJ masih tarik tali… mahu sertai PN atau kekal di seperti sekarang dan membuat rayuan. KJ tahu risiko sgt besar sdgkan usianya masih muda. Jika dia menyertai PN, KJ akn hilang kredibiliti seorang pemimpin masa depan Malaysia.

 

KJ boleh menumpang tuah menang ADUN di bawah tiket PN tetapi dia akn hilang kredibiliti atau kepercayaan sebagai pemimpin yg disukai perbilang bangsa. Apatah lagi KJ dianggap malay urban di mana gaya pemikiran intelektualnya tidak sesuai berada di dlm PN yg dianggap rasis oleh masyarakat Malaysia.

 

Annuar Musa dan beberapa mantan Menteri pula bergerak agresif atas bendera NGO pro PN. Senario ini dilihat seperti ada gerakan besar besaran utk menumbangkan kerajaan Perpaduan dari setiap penjuru. 

 

Mereka tidak pernah berhenti dan kerajaan perpaduan jangan mudah terlena. Cuma bagi saya PN boleh mencuba tetapi setakat ini mereka telah kena ‘checkmate’. 

 

Mereka sebenarnya sgt bimbang kpd 2 perkara. Pertama semakin lama PMX menjadi PM dan mampu membawa Malaysia keluar dari kekalutan ekonomi ini maka rakyat akn menyokong kerajaan sedia ada. Kedua mereka sgt takut kes mahkamah mereka jika dpt diselesaikan dlm 5 tahun ini mereka akn merengkok di dlm penjara (jika bersalah).

 


FILEM LAMA NAK TUMBANGKAN SELANGOR. SEKARANG TENGAH TUNGGU SIASATAN POLIS.


 

PMX TAK PERNAH LARI LA..HANG TANYA LA..KENA TAJI DEPAN DEPAN


 

KENA SMASH DEPAN DEPAN NAK MONTA LAGI..


 

BUAT LAWAK HINA NEGARA ORANG..LARI TAK CUKUP TANAH


 

UMNO JANGAN JADI BEBANAN..MANAKALA BAWAHAN JANGAN DOK KALUT. KALAU BAWAHAN UMNO TAK NAMPAK LAGI.TAK TAHU NAK KATA LA.


 

ORANG HAJI MANA YANG DITARIK ? ORANG KAYA BAYAR LA


 

KENA TAJI KAW KAW...


 

APA LAGI KAMU MAHU


 

PENCERAHAN TERBAIK SEORANG PROFESSOR. INGAT INI BUKAN PROFFESOR KANGKONG


 

BIAR FLIP FLOP ASAL RAKYAT TERBELA.


 

USTAZ ZUL CAKAP BAB MELAYU YANG DILAUNGKAN .


 

ROSMAH DIJATUHKAN HUKUMAN 10 TAHUN PENJARA.


 

PAGOH KENA SOUND. AWAT HANG TAK BANGUN JAWAB ?


 

PEMIMPIN PN BODOH JANGAN DIIKUT. KALAU IKUT SAMA JADI BODOH. KERAJAAN NAK BANTU DIA PERTIKAI.MEMANG PERTIKAIAN NATIONAL.



Nampak tak pemimpin PN ni jenis cerdik tak boleh ikut? Tapi bodoh pun jenis tak boleh diajar juga.

 

Kononnya nak kutuk PMX dan Kerajaan Perpaduan flip-flop kerana umum untuk teruskan subsidi telur dan ayam serta pemberian biasiswa JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi tak lama selepas pembatalannya diumumkan.

 

Rupanya arahan pemberhentian subsidi ayam dan telur serta biasiswa JPA itu dibuat pada ketika PN memerintah dahulu. Akan tetapi DS Anwar tidak bersetuju dengannya. Maka sebab itu ia diteruskan. Baca di https://shorturl.at/rLW25.

 

Sebelum kedua perkara ini, subsidi elektrik pun DS Anwar teruskan setelah pentadbiran sebelum ini bercadang untuk hapuskan. Nyata DS Anwar lebih mengutamakan rakyat berbanding PM-PM sebelum ini. Jika tidak, lebih susah kita.

 

PN pun satu hal. Yang marah subsidi dan biasiswa diteruskan tu kenapa? Sakit hati kerajaan tolong rakyat? Biarlah flip-flop kalau ianya untuk kebaikan rakyat. Daripada berdegil tapi rakyat susah macam PN buat masa tutup parlimen. Sampai berbilion duit rakyat hilang. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 

.

 


 

UNTUK KETELIAN MENTERI PENDIDIKAN.. RASANYA YB MENTERI PENDIDIKAN AKAN MENCARI JALAN YANG SESUAI.


 


YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek silalah ambil perhatian. Ini soal masa depan negara. Jumpalah sendiri dengan para guru.

 

Jangan bergantung kepada nasihat para pegawai di kementerian saja. Para guru lebih arif apa yang berlaku di lapangan.

 

Sesiapa yang bersetuju dengan posting di bawah ini sila share dan tag menterii. Lebih ramai yang tag, lebih berkesan. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

10K straight A..

Tapi 70K TIDAK LAYAK mendapat sijil..

Sama ada GAGAL BM..atau GAGAL SEJARAH atau kedua-duanya sekali..


OLEH: SITI SALMAH LAHAPI.


Di mana silapnya...?

Sedangkan markah lulus terlalu rendah..

Untuk BM..ada 4 kertas/100

Bahkan pelbagai soalan KBAT diwujudkan untuk membantu mereka...

Begitu juga dengan subjek sejarah !!

 

Salah satu punca..

Pelajar boleh membaca..tidak boleh mengeja..

Dan paling teruk..tidak tahu membaca..dan mengeja waima sudah tingkatan 5 !!

Salah siapa????

Selebihnya,mungkin sudah tidak berminat untuk belajar..

 

Kami nak ajar membaca budak sekolah menengah???

Pernah buat gaisss...

1 petikan dia nk baca habis 1jam..habis pelajar lain ?? Aku nak letak mana??? Ini yang merangkak..

Yang lansung X tahu ..aku nak ajar ba ni be bo bu ba bi !!!!

 

Kembalikanlah silibus sekolah rendah tu ..

3 tahun pertama ajar kuasai 3M..

Jgn masukkan silibus merepek..

Bagi anak-anak gembira sekolah..

Hafal abc..mengeja suku kata macam kita dulu-dulu..

Hafal sifir..X perlu kalkulator..

Jangan matikan keinginan anak-anak belajar..

Jangan letak tanggungjawab ibu bapa..ibu bapa sekarang struggle cari duit utk kos hidup yang semakin  meningkat..nak luangkan masa mgajar anak, agar sukar..apatah lagi silibus entah apa-apa..ibu bapa juga sangat berharap dengan kita.. guru-guru untuk memandaikan anak mereka..

Ajar anak.. didik anak..kerja kita guru-guru...cuma kita sebagai guru, kita perlukan pengertian dari pihak atasan..!!

 


NASIHAT UNTUK AHLI UMNO

 

Mohd Faisal

Dalam politik saya suka mengambil kira peristiwa yang lepas2 sebagai ukuran atau panduan. 

 

Apa yang berlaku hari ini adalah ulangan peristiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 2015 dan 2016. 

 

Menjatuhkan orang yang sedang memegang kuasa bukan semudah makan kuaci. Sebab kuasa di tangan dia. 

 

Tahun 2015 dan 2016, macam2 gerakan dari luar dan dalam mereka buat untuk menjatuhkan DSNR. 

 

Malah sampai ke peringkat antarabangsa. Pernah satu ketika kita rasa terkedu dan terduduk apabila DOJ buat siaran langsung dedah macam2 benda untuk membuat persepsi buruk terhadap ketua kita ketika itu. Dari situlah muncul perkataan MO1. 

 

Shahbudin Husin salah seorang ketika itu tukang bakor di fb pasal kenyataan DOJ. Geram ja aku waktu itu kepada dia. Jangan marah Abg Din. Saja menggamit kenangan lama. 

 

Siaran langsung DOJ masa itu kita lihat melalui FB. Gegak gempita malam hari dibawa hingga ke pagi esok. Sebiji sama peristiwa malam tadi dan pagi ini. Malam tadi pun kita tonton melalui FB. 

 

Tidak cukup dengan DOJ dan Sarawak Report, dalam negara pula UMNO berpecah kepada dua kumpulan. Muncul pula Umno Team A dan Team B. 

 

Kalau saya nak cerita terlalu panjang bagaimana cara2 yang dibuat untuk menjatuhkan DSNR. Pernah satu ketika hampir2 jadi dengan bantuan peguam negara ketika itu. Tetapi berjaya dipatahkan tang konar. 

 

Segala cara dan segala usaha, tidak ada satu pun yang berjaya. 

 

Anwar juga pernah hendak menjatuhkan Tun M ketika beliau berkuasa. Akhirnya tidak berjaya juga. 

 

Sekarang ini kita pula sedang ulangi benda yang sama. Bagi saya ianya satu kerugian dan membuang waktu. Dan imej kita akan semakin tercalar. Kita rasa kita mendapat sokongan. Tetapi kita hanya melihat dalam kelompok kita sahaja. 

 

Bagaimana dengan kelompok masyarakat terbanyak yang tidak berpolitik ? Cuba lihat komen2 orang biasa di portal2 berita. Suasana berbeza dari komen2 orang yang mengikuti kita. 

 

Pada saya biarlah kerajaan ini buat kerja mereka. Manakala parti kita fokus untuk PRU 15. Tiga tahun telah berlalu, tinggal dua tahun lagi. Dan saya yakin kerajaan PN ini tidak akan menang PRU akan datang. 

 

Seperti yang saya pernah katakan berkali2 sebelum ini, pada saya tidak salah jika kita menjalinkan hubungan rasmi dengan PKR dan DAP utk PRU 15. Pastikan ianya dlm bentuk rasmi. Bukan dgn cara di belakang ahli2. 

 

Perjalanan pandemik kita ini sebenarnya masih jauh lagi. Bukan selesai dengan vaksin. Bagaimana hendak membangunkan ekonomi balik selepas habis pandemik ? Panjang lagi ceritanya itu….

 

Untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi kita perlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Kerajaan yang ada 2/3. Kerajaan yang diwakili pelbagai kaum yang mencerminkan imej masyarakat Malaysia. Barulah pelabur2 asing dan dunia luar akan percaya. 

 

Bagaimana untuk dapatkan kerajaan yang begitu ? Seperti yang saya katakan sebelum ini, jajaran baru itu sebenarnya bagus. Kita bina politik Malaysia baru pasca covid. Tetapi untuk ahli2 kita menerima jajaran baru itu bukan mudah. Sebab itu masa dua tahun ini perlu digunakan bagaimana untuk meyakinkan ahli2 dan orang ramai. 

 

Apa-apa pun doakanlah yang terbaik untuk tanah air dan rakyat kita.

 

 


SARANAN KEPADA MAHIADDIN - JANGAN JUMPA TUN MAHATHIR SEHINGGALAH PRN BERAKHIR


Shahbudin Hussin

 

 Kalau berjumpa nanti, takut susah pula Muhyiddin nak menolak permintaan Tun Dr Dr. Mahathir bin Mohamad agar diperuntukan sejumlah kerusi untuk penyokongnya dan juga untuk Pejuang yang dipimpin anaknya, Mukhriz…

 

SARANAN KEPADA MAHIADDIN - JANGAN JUMPA TUN MAHATHIR SEHINGGALAH PRN BERAKHIR 

 

Meskipun hasrat Tun Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dengan Mahiaddin Md Yasin telah disambut positif oleh Presiden Bersatu itu, tetapi setakat ini belum ada sebarang pertemuan atau perbincangan rasmi antara kedua-dua mereka.

 

Dalam rundingan meja bulat Proklamasi Orang Melayu minggu lalu yang dihadiri oleh semua parti di luar kerajaan di mana ia diadakan selepas ada saling kesediaan untuk bekerjasama, Mahiaddin sebaliknya tidak menghadirkan diri atas alasan berada dalam keuzuran.

 

Bercakap dalam sidang media selepas rundingan itu, Tun Mahathir mengumumkan semua parti yang menyokong Proklamasi Orang Melayu bersetuju untuk tidak bertembung sesama sendiri, suatu tindakan yang dilihat seolah-olah beliau telah memproklamasi dirinya sendiri sebagai ketua kepada blok pembangkang yang mana jawatan itu selama ini dipegang oleh Mahiaddin atas kapasitinya selaku Pengerusi PN.

 

Tun Mahathir seterusnya berkata, beliau akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Mahiaddin dalam waktu terdekat ini.

 

“Saya akan ada pertemuan tapi dia (Muhyiddin) dah menyatakan pendirian dia. Dia sokong proklamasi, dan dia tdak menentang saya.

 

“Saya pun tak menentang dia. Ini semua public knowledge.

 

“(Adakah kerjasama ini untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)?) Itu kita akan bincang.

 

“Ada kemungkinan kita akan bertanding dalam PRN…kalau kita dapati itu kehendak kesemua daripada kita,” kata Tun Mahathir lagi.

 

Namun demikian, sehingga ini masih lagi belum berlaku pertemuan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

 

Perlukah Mahiaddin bertemu dengan Tun Mahathir?

 

Kalau diamati tindakan dan kenyataan Tun Mahathir selepas Mahiaddin mengumumkan sedia untuk bekerjasama dengannya, terutama dalam kenyataan selepas rundingan meja bulat Proklamasi Orang Melayu itu, adalah jelas keutamaan bekas Perdana Menteri berusia 98 tahun itu ialah PRN.

 

Tidak mustahil, keinginan yang disuarakannya sedia bekerjasama dengan Mahiaddin itu pun banyak didorong oleh kepentingan PRN berbanding membela nasib orang Melayu sendiri.

 

Sejujurnya, sebagai individu tidak berparti, bahkan partinya telah ditolak pengundi pada PRU15 lalu dan kemudian keluar daripada Pejuang, Tun Mahathir sepatutnya tidak perlu masuk campur atau sibuk-sibuk lagi mengenai PRN.

 

PRN enam negeri akan datang ini adalah pertembungan antara PH dan parti-parti kerajaan perpaduan dengan PN sebagai blok pembangkang.

 

Untuk itu, adalah disarankan kepada Mahiaddin agar tidak mengadakan sebarang pertemuan atau menangguhkan dahulu perjumpaan dengan Tun Mahathir sehinggalah PRN enam negeri itu berakhir.

 

Oleh kerana sudah ternampak kilat dalam kilau di hati Tun Mahathir berkenaan keghairahan terhadap PRN berbanding Proklamasi Orang Melayu, jika perjumpaan itu diadakan sebelum PRN diadakan, ia akhirnya hanya akan menyusahkan PN saja.

 

Sudah tentu nanti, Tun Mahathir akan meminta diberikan sejumlah kouta kerusi Dun untuk beliau letakkan orang-orangnya sebagai calon di negeri-negeri tertentu, khususnya Selangor dan Kedah.

 

Kouta kerusi itu tentu sekali termasuk kepada Pejuang yang diketuai anaknya, Mukhriz yang sebelum ini permohonan parti itu untuk menyertai PN telah pun ditolak atas alasan tidak mahu menyukarkan pembahagian kerusi antara parti-parti komponen sedia ada.

 

Ertinya, jika berlaku perjumpaan Mahiaddin dengan Tun Mahathir sebelum PRN ini, pembahagian kerusi akan berubah dan ini akan menyulitkan lagi keadaan PN, walhal tarikh pengundian sudah semakin dekat.

 

Di ketika ini, PN perlu fokus kepada PRN atas kedudukan parti-parti sedia ada dalam gabungan itu tanpa perlu ada pihak luar cuba menempel di saat-saat akhir dengan tuntutan kerusi yang macam-macam, tetapi sebenarnya hanya ingin menumpang kekuatan PN.

 

Lagi pun, soal orang Melayu yang mahu dibela oleh Tun Mahathir melalui Proklamasi Orang Melayu itu boleh dibincangkan selepas berakhirnya PRN nanti.

 

Dalam hal ini, jika Tun Mahathir mahu membawa Proklamasi Orang Melayu bekerjasama secara ikhlas dengan Mahiaddin dan PN, beliau mesti hadir memberi sokongan kepada gabungan itu dalam PRN ini tanpa sebarang syarat.

 

Juga, jangan cuba-cuba meletakkan dirinya sebagai ketua kepada blok pembangkang atau meminta-meminta kerusi untuk kelompoknya atau parti yang diketuai anaknya.

 

Sokongan dan kerjasama beliau kepada Mahiaddin dan PN mesti dihadirkan tanpa syarat serta sepenuh ikhlas, dan Tun Mahathir yang tiada part itu mesti sedia meletakkan dirinya bukan sebagai ketua kerana PN sudah pun ada Mahiaddin sebagai ketuanya.

 

Tetapi, sebagai jalan selamat kepada PN, yang mustahak sekali ialah Mahiaddin harus mengelak daripada berjumpa atau bertemu Tun Mahathir sebelum PRN diadakan kerana kadang-kadang bila sudah berjumpa, susah pula untuk menolak permintaannya, selain macam tak manis juga jika tidak melayan permintaan orang yang lebih tua.

 

Lepas PRN berakhir, bukan saja ketika itu lebih selesa, bahkan tiada tekanan sama ada di pihak Tun Mahathir atau Mahiaddin untuk membincangkan mengenai Proklamasi Orang Melayu. – ShahbudinHusin 13/06/2023.

 

https://shahbudindotcom.net/


POLIS MASIH SAYANG




FAHMI REZA

Polis Bukit Aman dah pulangkan balik handphone yang dirampas masa kes satira 'House of Balak' tahun lepas, tapi kes belum NFA, belum ditutup, aku masih boleh didakwa di mahkamah. Polis kata belum ada keputusan dari Pejabat Peguam Negara (AGC).

Apa sebab korang rasa polis pulangkan handphone ni walaupun kes masih aktif?

 

PN PEJUANGKAN HANYA SATU KAUM?



NORMAN RADZUAN





Demi kuasa masing2 jilat kembali cercaan

PN PEJUANGKAN HANYA SATU KAUM?

Saya tidak terkejut apabila Tun Mahathir sanggup menyambut TS Hadi Awang utk bekerjasama. Strategi Mahathir sangat mudah dibaca dan beliau sanggup lakukan apa sahaja asal cita2nya tercapai.

Walaupun tidak masuk akal manusia, ada seorang lelaki di usia 98 tahun masih lagi ingin menjadi pencatur politik tetapi itulah Mahathir yg kita kenali. Sejak era 80an sifat pendendamnya tidak pernah padam. Malah sejak dulu lagi beliau mengamalkan strategi pecah dan perintah utk berkuasa.

Yg terakhir beliau hampir berjaya memecahkan Pakatan Harapan apabila Mat Sabu dan Lim Guan Eng begitu mesra dgn Mahathir berbanding DS Anwar.

Strategi kedua yg diamalkan Mahathir… mempergunakan musuh atas nama penyatuan utk memerangi kemusnahan. Dahulu kononnya ingin bersama sama lawan rasuah, kali ini strateginya konon ingin bersama sama ‘selamat’ kan Melayu.

Jika dulu sanggup ke mahkamah bertemu Anwar, insan yg beliau aibkan dan hancurkan karier politiknya dan kali ini beliau sanggup bertemu Hadi Awang. Suatu ketika dahulu Mahathir menjadi bahan serangan politik Hadi Awang kerana kes Memali.

Hadi ingat beliau boleh gunakan Mahathir dgn konsep win win situation tetapi sebenarnya Mahathir yg win. Ini kerana Mahathir kali terakhir bertanding dirinya dan parti hilang wang pertaruhan di semua kawasan mereka bertanding. Bermakna Mahathir telah ditolak oleh rakyatnya sendiri.

——————————————————————————

Dalam politik bukan suatu mengejutkan lawan jadi kawan, kawan jadi lawan. Politik adalah dinamik dan permainannya sukar dibaca.

Cuma yg menjadi persoalan corak pembangkang (Perikatan Nasional) berkempen. Di era 2023 ini masih memainkan isu perkauman ia sgt tidak relevan, bahaya utk keharmonian serta ia boleh menghancurkan masa depan negara.

Tahap kempen perkauman dimainkan sesetengah pemimpin bersifat emosional dari rasional dan praktikal. Kepalsuan diangkat menjadi benar dan yg benar menjadi palsu dlm isu2 perpaduan serta integrasi.

Ia menggugat cita2 Agong melalui PMX utk membawa perpaduan di dlm negara. Politik adalah dinamik dan tidak boleh menjadi eksklusif utk satu golongan sahaja kerana negara ini ada kepelbagaian kumpulan etnik.

Strategi ampuh pembangkang memainkan sentimen perkauman kebencian antara kaum akan berhasil utk kawasan Melayu luar bandar tetapi persoalannya adakah ia strategi ampuh utk mendapat kuasa menjadi kerajaan.

Mustahil ia berlaku kerana strategi perjuangan parti tidak boleh dikhususkan kpd sesetengah golongan saja berikutan negara ini mempunyai masyarakat berbilang bangsa, usia dan terdiri daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

PRN ini sebenarnya org seperti saya bukan hanya melihat siapa menang siapa kalah tetapi jauh dari itu. Apatah menang atau kalah ia tidak mengubah kerajaan perpaduan ini.

Saya mahu melihat adakah parti perkauman semakin berkembang, adakah PH dan BN berjaya menarik kembali undi Melayu, adakah pengundi Melayu UMNO ikhlas utk mengundi PH, adakah PH/BN mampu bersaing perang dunia medsos yg diakui dikuasi PN dan byk lagi.

 

DAP PERLU ‘DAP BARU’ HAPUSKAN ‘DAP FOBIA’




NORMAN RADZUAN


Antara setuju & tidak bersetuju dgn Ketua Pemuda Umno

DAP PERLU ‘DAP BARU’ HAPUSKAN ‘DAP FOBIA’

Saranan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal mahu DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata2 dan tohmahan yg pernah dilemparkan kpd UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu ada betul dan tidaknya.

Yg tidak betulnya, Akmal mesti ingat UMNO juga lebih byk memberi tohmahan yg teruk kpd DAP dgn pelbagai isu perkauman. Adalah tidak adil jika di satu pihak sahaja berbuat demikian.

Namun jika UMNO memohon maaf… ia akn dijadikan naratif kebencian atau bom atom utk PN menghina UMNO dan org Melayu. Ia hanya memberi kesan negatif atau kebencian yg lebih besar kpd org Melayu.

Apapun yg betulnya jika mahu lembutkan hati org UMNO atau org Melayu atas pagar, DAP mestilah berjiwa besar utk membuat pemohonan maaf walaupun ia dilihat tidak adil.

Benar DAP tidak perlu pengundi Melayu kerana tanpa sokongan kaum majoriti ini, kerusi DAP tetap selamat. Namun DAP jgn pentingkan diri sendiri , mereka mesti fikirkan nasib PKR, UMNO dan Amanah akn kehilangan byk kerusi Melayu kerana liabiliti mereka adalah DAP.

Kita mesti ingat dlm PRN akn dtg ini, 90% pengundi PH akn mengundi BN. Tetapi pengundi Melayu UMNO belum tentu akn mengundi PH dan pastinya akn memberi undi sabotaj dgn mengundi PN.

Ini dpt dibuktikan di dlm gelombang hijau yg lalu BN dpt mengekalkan DUN Tioman sebalik PH tewas Parlimen Padang Serai di mana PH menerima kenaikan 4 ribu undi, sebaliknya 15 ribu undi BN memberikan PN (PAS) kelebihan majoriti 16 ribu undi.

Petunjuk itu sebagai data dan fakta bahawa pengundi Melayu BN tidak mengundi PH walaupun PH dan BN membentuk kerajaan Perpaduan. Jadi PKR, UMNO dan Amanah perlukan bantuan DAP dgn hanya memohon maaf secara terbuka.

Persoalannya kenapa org Melayu tidak mahu mengundi PH & BN?

Asas utamanya ia bermula dgn tewas persepsi di media sosial. Pertama mereka yg mengundi PAS percaya undi PAS mereka akn dpt jalan pintas ke syurga dan hak org Melayu terpelihara.

Kedua org Melayu takut kpd DAP seperti takut kpd hantu. Mereka belum pernah nampak hantu tetapi sgt takut dgn hantu kerana sejak kecil ditakutkan dgn hantu.

Begitulah mereka tidak kenal DAP tetapi ditakutkan dgn DAP sejak remaja. Sebenarnya tiada bezanya antara DAP dgn MCA dan Gerakan. DAP sgt dibenci org Melayu hanya kerana persepsi tadi.

———————————————————————————

DAP ERA BARU

DAP di bawah Anthony Loke sewajar berjiwa besar utk membetulkan apa yg salah. Walaupun DAP era Anthony Loke dilihat jauh berbeza dgn DAP di era Lim Guang Eng yg dilihat agak keras dgn ideologi politik parti itu tetapi perubahan itu tidak disokong dgn kempen atau marketing utk pembaharuan tersebut.

Langkah2 perlu diambil DAP utk tidak membebankan PKR, Amanah, UMNO dan GRS sendiri ialah dgn memohon maaf atas kesilapan ideologi politik mereka yg agak ekstrim dgn slogan ‘ Malaysia Malaysian’ yg pernah diperjuangkan oleh DAP era Tan Sri Lim Kit Siang sebelum ini.

Kerana slogan sama tara ini jugalah diratib oleh musuh2 politik mereka hingga membuatkan DAP dianggap ancaman kpd negara seperti tindakan komunis sebelum ini. Ia bukan soal parti ini bukan gerakan komunis dan DAP parti berdaftar yg sah tetapi ia bagaimana utk melawan dan menutup persesi negatif kpd parti ini.

Langkah kedua DAP mesti menunjukkan kesedaran politik masakini yg memerlukan keterbukaan dan menerima hakikat bahawa bumi Malaysia ini bertuankan org Melayu.

Apabila Lim Kit Siang sanggup menerima anugerah Tan Sri daripada Yang Dipertuan Agong ia telah membuktikan reformasi politik DAP yg mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Sekaligus menutup isu penderhakaan DAP kpd Raja2 yg sering dimanipulasi oleh pemimpin UMNO dan PAS sebelum ini.

Bagi saya memohon maaf secara terbuka itu walaupun tidak adil ia memberi impak yg sgt besar kpd pengundi2 Melayu. Fitrah manusia bila pemohonan maaf dibuat kemarahan akan reda.

Masih saya ingat di UK beberapa kali saya lihat mereka cukup pantang bila kita terlanggar bahu atau melakukan kesilapan tidak memohon maaf. Mereka akn kejar dan pegang kita dan bertanya kenapa tidak meminta maaf akn kesilapan. Jika kita kata ‘Im sorry’ terus mereka jawab ‘Its ok…” mudah kan kerana manusia lemah dgn pemohonan maaf.

Kunci utk menambat hati pengundi Melayu, DAP perlu lembutkan hati org Melayu dgn cara memohon maaf secara terbuka dgn mengakui kesilapan yg lalu. Istiharkan sahaja ‘DAP BARU’… mudah tidak perlu berkempen siang malam.

Org Melayu ini sudah dipergunakan oleh Mahathir dgn strategi divide and rule. Cukuplah jgn DAP menjadi sebahagian dari perpecahan itu.

 

PERCAYALAH MUKHRIZ TIDAK AKAN DIBERI PELUANG LAGI MENJADI MB. MASIH BANYAK CALON LAIN BERKEBOLEHAN MEMANDANGKAN ATOK TIDAK LAGI BERKUASA

 



Little Birds struck again.

Ingat 3 hari lepas saya post, ada nego antara parti, MB Kedah akan diganti.

Hari ni, PAS Kedah buat Solidariti ke atas Sanusi. Agar terus jadi MB.

Bukan kaleng2 info Little Bird beri.

TBH, saya suka Mukhriz lagi dari Sanusi. Nampak la juga kredibiliti Description: 😊

~LM~

 

NAK JADI PM KE SELEBRITI? INI UNTUK AZMIN.

 





Inilah yang Azmin katakan, nak jadi PM ke nak jadi selebriti? Hahaha... Come on Azmin.

Ada ramai orang nak jadi selebriti. Tapi tak dapat jadi sebab orang tak minat. Contohnya macam si Mahiaddin. Pergi pasar malam jalan slow je pun orang tak serbu. DS Anwar jalan laju, orang serbu.

Sebab minat orang ni bukan boleh dipaksa. Jadi macam DS Anwar yang dikerumun sebab rakyat sayangkan beliau. Bukan masalah beliau nak jadi selebriti, tapi dah memang beliau tu selebriti.

Azmin jangan jeles eh? Awak tu pun selebriti juga. Maklumlah, ada video sendiri kan? Sayangnya awak selebriti murahan. Bila diri tu tak popular, terimalah hakikat. Tak perlu perlekeh orang lain. Guane boh?

Raja Gelap