MANJA BETOI,,,,,



MrNiceGuy
Ngadu ke? Alahhhh .... Manje nau Duit tabung kan ada? Napa tak guna..

TAKKAN DIA NAK MENGAKU


NORMAN RADZUAN




Tentulah Muhyiddin denial…apa you all ingat Muhyiddin akn mengaku dan kita pun tahu mustahil ia berlaku. Dkt sekolah kentut pun sampai tunjuk langit bersumpah tak mengaku.

Mcm geng dia sebelum ini nafi nafi nafi… ada bukti dgn video terus ‘tukar’ itu bukan rasuah tapi sedekah. Sebelum ini pun ‘saya tidak fitnah dan tidak akn mohon maaf’. Bila kes di bawa ke mahkamah terus mohon selesai luar mahkamah…yelah hati hitam boleh simpan dalam jubah.

Muhyiddin boleh la nafi. Tiba2 SPRM sahkan sdg siasat projek bernilai Rm 1.2 billion…tak apa la kita tunggu. Masa tidak pernah berhenti.

 

Parti politik hancurkan keharmonian kaum

 NORMAN RADZUAN




Parti politik hancurkan keharmonian kaum

KEBODOHAN ATAU KEGILAAN?

Kerajaan Perpaduan mereka kata tak boleh guna nama ini sb tak libatkan mereka. Kurangkan jumlah Menteri mereka tak puji. PM tak ambil gaji mereka tak peduli. Lantik Penasihat2 tanpa gaji mereka keji.

Buat slogan Malaysia Madani mereka kata falsafah barat. Sampai Menu Rahmah yg sudah tentu kebaikan utk golongan B40 pun mereka sanggah.

Itu belum bab ekonomi… saham meningkat, ringgit semakin mengukuh, pelaburan berbillion mula hadir, ada harga barang semakin murah, PMX dpt jimatkan hampir Rm 2 billion wang rakyat ( projek tambatan banjir )… lalu mereka masih bertanya apa yg kerajaan ini buat? Mereka ini bodoh atau gila?

Jadi apa yg mereka mahu? PM yg lantik begitu ramai penasihat hingga terpaksa dibayar ratusan ribu, PM yg beri projek dgn menantu berbillion ringgit, PM yg hanya tahu beri perutusan, PM yg belanja ratusan juta utk melantik 70 lebih Menteri ( scheme Of things).

Atau mereka berbangga Menteri yg dapat gaji puluhan ribu tapi tak buat kerja, PM yg membuatkan byk pelabur meninggalkan negara ini? Menteri yg membazirkan hampir RM 2 billion wang rakyat?

Please lah rakyat Malaysia jika mahu berpolitik sekalipun jgn jumuk yg membodohkan diri. Lihat adakah PN menjalankan tanggungjawab mereka sebagai check n balance utk kerajaan?

Mereka tidak pernah mencadangkan suatu yg baik utk ekonomi negara. Yg mereka tahu bangkang dan lihat sendiri apa yg mereka bangkang yg hanya merugikan rakyat. Apa sahaja mereka memperbodohkan rakyat dgn membangkang.

PN membangkang isu2 yg sebenarnya apa kerajaan buat itu membawa kebaikan utk negara. Sepatutnya mereka bersama kerajaan educate masyarakat terutama org Melayu. Sdgkan semua tahu dunia mengkagumi ketokohan PMX.

Mereka hanya guna sentimen perkauman. Siapa anak 70an seperti saya? Sayang semangat perpaduan yg telah digilap oleh kerajaan sebelum itu telah dihancurkan dgn sentimen perkauman oleh parti politik. Ia sgt tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkan rasa benci antara kaum kembali memuncak.

Demi politik mereka tak peduli soal agama hingga mereka sanggup lakukan fitnah. Fitnah dulu minta maaf kemudian. Kadang2 tak masuk akal mereka yg berimejkan Islam sanggup memfitnah. Kesian org2 kampung yg kurang pengetahuan dibohong begitu sahaja.

Beritahu saya di mana Islam terancam. Saya org Melayu, saya org Islam jika Islam ini terancam nescaya saya akn lawan PMX sb saya lebih taksub kpd agama saya.

 

DAN DAN TU DIA KELUAR FATWA KERAJAAN MELAMPAU PADA ISLAM....KEH..KEH...MASYUKKKK TARAK...KENA KLUAR LAGI YA YUB.




 

LAPORAN PAC. VAKSIN- SEMUA BOLEH DIKESAN


 

KALAU RAZMAN KENA BAYAR 1 JUTA MEMANG KERUSI DIA AKAN HILANG

 


10 DITAHAN DI LOKAP SPRM


 

INGAT AKU BODO MACAM HANG KA


 

Anwar revisits idea of Asian Monetary Fund

ISWARDY MORNI- MB KEDAH TAK KAN TAK TAHU ?..KAH..KAH MB KEDAH KATA TAK TAHU- ADOIIII....BENGONG NYA HANG...


 

KENAPA 52 ORANG DITAHAN DI DALAM HUTAN KALAU BUKAN MENCURI ? MB KEDAH DIAM BAB INI..


 

PN DALAM DUKA LARA


 

SAPA FAHAM BAHASA SIAM


 

MASA SEKOLAH DULU DUDUK KELAS PENGHABISAN- KELAS YANG CIKGU CIKGU GELEK KEPALA- LEPAS UPSR MAK AYAH HANTAR DIA SEKOLAH PONDOK- INGAT DIA LEBIH CERDIK. TAPI NAMPAKNYA SAMA..BOLEH LA AGAMA TU ..TAPI BAB NAK FAHAM DAN MALAS MEMBACA TETAP KEKAL...

 

Ini masalah bila orang kurang membaca tapi hati hitam, sehitam.bontot kuali. Lain kali kalau nak kritik pun, baca dulu. Cari fakta.

Ini tidak. Nampak isu sikit je, terus gaduh nak guna untuk hasut rakyat benci kerajaan. Itu je niatnya. Nak rakyat benci kerajaan.

Sudahlah bahasanya huduh. Mencerminkan tahap IQ orangnya. Bikin malu Melayu je. Akhirnya sendiri nampak bengap. Guane boh?

Raja Gelap




NANTI TUA TAK ADA PENCEN- NAK KENA KERJA JADI JAGA PULAK KA ? SIMPANAN UNTUK HARI TUA.....TAPI KALAU NDAK JUGA BAGI BIAR SAMPAI TINGGAL 0....

 

Tadi ada yang komen, rupanya di TikTok ada yang suruh DS Anwar letak jawatan sebab isu KWSP. Aku jarang di TikTok walaupun ada juga buat video. Jadi tak pernah jumpa posting yang sebegitu.

Aku tak faham kenapa nak suruh DS Anwar letak jawatan hanya sebab tak setuju pengeluaran KWSP. Pertama, bukan DS Anwar yang janji akan benarkan pengeluaran wang KWSP. Penyokong undi PH dulu pun bukan sebab nak keluarkan wang KWSP.

Kedua, Rafizi malah DS Anwar sendiri beri jaminan kerajaan akan cari jalan untuk bantu rakyat tanpa perlu keluarkan simpanan hari tua masing-masing. Kenapa masih nak marah sampai begitu lagi?

Aku berkecuali soal pengeluaran KWSP ini. Macam aku tulis sebelum ini, kalau dibenarkan pun, yang paling terdesak tak ramai boleh dapat. Yang untung orang yang tak perlukan, tapi simpanan banyak lagi.

Sebab itu DS Anwar keberatan nak benarkan. Tapi dalam masa yang sama, PM akui kesukaran yang dihadapi oleh rakyat. Sebab itu perkara ini akan dititik beratkan dalam merangka belanjawan.

Masalahnya, bila kerajaan nak bantu rakyat, tanpa rakyat perlu gadaikan simpanan masa depan, nak marah tu kenapa? Sepatutnya bersyukur. Bantuan akan diberi, simpanan hari tua kekal selamat.

Cuma kita belum tahu bagaimana bentuk bantuan itu akan diberikan. Jadi bersabarlah dahulu. Jangan kelam kabut nak marah. Sampai nak suruh letak jawatan, rasa dah mengarut sangat dah tu.

Kadang-kadang aku rasa ada pihak yang gunakan isu KWSP ini hanya untuk membisikkan kebencian terhadap kerajaan. Pihak tu bukan perlukan pun duit tu. Dan bukan simpati sangat pun terhadap rakyat.

Hati-hati dengar bisikan. Jangan terpedaya dengan manusia berhati hitam. Sekarang memang susah, tapi jangan sampai lepas pencen pun masih susah. InsyaAllah, kita doakan kerajaan jumpa jalan terbaik untuk bantu rakyat. Guane boh?

Raja Gelap

 

 

 

 

BYE BYE ATOK

 



PEJUANG ditubuhkan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri, pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak jawatan sebagai Pengerusinya pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini, perwakilan PEJUANG mengumumkan tarik diri daripada GTA, pada mesyuarat agung kedua parti itu, 14 Januari lalu.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipetik berkata, keputusan itu juga membolehkan PEJUANG mempunyai sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara, sebelum ia benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), GTA yang bertanding menggunakan logo PEJUANG, gagal meraih sebarang kemenangan meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.

Dr Mahathir sendiri kalah teruk dengan majoriti 13,518 undi di kerusi Parlimen Langkawi, malah bekas Perdana Menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi

*PENCERAHAN TAMBAHAN OLEH YB MENTERI PENGANGKUTAN MENGENAI MEMPAMIRKAN CUKAI JALAN*

 



Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. 


Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;


1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?


*_Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu._* 


2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax,  adakah saya akan disaman?


*_Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan._*


3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?


*_Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal._*


4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?


*_Jangan bimbang, digital format bukan diWAJIBkan._*

*_Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu._*


5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?


*_Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta._* 

*_Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan._* 

*_Pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka._*


6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?


*_Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi._* 


_Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya._


_Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan._

_Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut_


_Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin_


_Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini._


_Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik_.


_Terima kasih!_


*Anthony Loke*

*MENTERI PENGANGKUTAN*



BUKAN SAYA LANTIK NAZRI JADI DUTA AS

RENTASAN 1308 | PANAS!! INI PUNCANYA KEWUJUDAN GELOMBANG HIJAU PAS-PN?

APA PUNYA KOMAN SPANA....

 

Walaun buat lawak apa hari ni.


Wahhh...ada isu dah lebai. Hoi lebai bodoh. Haritupun korang masa jadi pembanggang berkeras juga nak cari pembunuh Adib, buat ruu355, laksana hudud, bungkus pramugari. Dah jadi kerajaan, lembut bodoh mcm Hadi. Jadi pembangang balik, keras balik. Itu namanya keras batang serati. Gah x tentu pasal. Meroyan macam hilang pelanggan.

JAWAPAN BUAT MALAUN KALAU DOK MERUNGUT BARANG MAHAL ZAMAN PERPADUAN NI.


 

PERKENALKAN CYBERTROOPER ???? .... - INGAT DOSA......KALAU TIDAK MASUK NERAKA








 

REE DI KEDAH- TAKKAN LA MB TAK TAU= KALAU TAK TAU JADI MB BUAT APA- KONON SAMPAI BILLION BILLION....

 

Tubuh RCI siasat kecurian nadir bumi di Kedah, gesa bekas wakil rakyat.



Mahadzir Abdul Hamid bersama penduduk Kampung Melayu Paya Terendam, Sik membantah perlombongan nadir bumi di kawasan itu (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas Adun Jeneri Mahadzir Abdul Hamid mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau tribunal untuk menyiasat dakwaan terperinci kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah.

Mahadzir yang juga pengerusi Yayasan Jariah Malaysia berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk mengesan jika wujud penyelewengan atau salah guna kuasa sehingga berlaku kegiatan itu.

Beliau mendakwa, perbuatan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu di kawasan berkenaan namun tiada tindakan tegas diambil.

“Saya rasa eloklah kerajaan tubuhkan tribunal siasatan atau RCI bagi menyiasat dalang atau sebab berlaku benda ini,” katanya menurut Astro Awani.

Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia, Meor Razak Meor Abdul Rahman pula mendakwa keputusan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Noor menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat swasta untuk meneroka perlombongan REE sebagai “bercanggah dengan fakta” dan melanggar Akta Perhutanan Negara 1984.

“Jadi macam mana seorang menteri besar selaku pengerusi jawatankuasa hasil bumi dan perhutanan tidak mengetahui tentang peruntukan akta ini, sepatutnya dia ada agensi teknikal yang menasihati beliau,” katanya.

Sanusi dilaporkan menandatangani MoU dengan Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd dan Xiamen Tungsten Co Ltd dalam usaha penerokaan maklumat dan kepakaran bagi perlombongan REE di Kedah.

Media sebelum ini melaporkan seramai 52 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan penerokaan REE secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang dua minggu lalu.

Operasi diketuai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah itu turut merampas peralatan dan mesin dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

INI KELEMAHAN ANWAR- SUKA MEMAAFKAN ORANG ...ORANG YANG MENGANIAYA BELIAU PUN DIMAAFKAN- KALAU LEBAI HARI HARI FITNAH...


 

Anak Razman alkastami pun terpaksa membela ayah dia. Puas dia pusing sana sini bila dpt tahu ayah dia dah melutut kat Anwar mintak maaf. Anak mana tak malu bila dpt tahu ayah dia takde telo....


W.FAUDZIN

JANGAN TUDUH KERAJAAN MELULU. BIAR PIHAK YANG BERWAJIB SIASAT.


 

KONONNYA ANWAR GUNA KEMUDAHAN KERAJAAN UNTUK KESENANGAN SENDIRI ? OOOOO YANG GUNA KEMUDAHAN KE LUAR NEGARA - DAN YANG PENTING DIA GUNA KEMUDAHAN UNTUK KEBAIKAN NEGARA


 

MAIL DIKATAKAN PENGKHIANAT SEBENAR UMNO


 

MADANI ITU ADALAH UNTUK KEMANUSIAAN,KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN YANG LAIN


 

JANGAN MENIPU- SEKALI MENIPU ORANG DAH TAK PERCAYA LAGI- TAPI LAIN WALAUN- LAGI KUAT TIPU LAGI DIA PERCAYA....


 

TUGAS 2 TIMBALAN MENTERI DAN TUGAS MEREKA


 

MENGKRITIK JKOM TIDAK MENGAPA - ORANG SAYA AKAN BUAT LAPORAN- INI TERBAIK- TAPI JANGAN LENA MACAM MENTERI


 

JIKA TAK FAHAM BERMAKNA MEMANG BANGGANG


 

ZUBAIDI SUDIN


Hangpa paham tak kenapa dulu hgpa kena paksa cocok menatang HaramJ tu? Kalau tak paham elok berhenti jd manusia. Jd lembu lebih bermakna.




BAGI TOPI APA PUN DIA AKAN BELOT.




FAHMI REZA




 

SEMBANG LAH KAU RAZMAN- PADA HAL KAMU MEMANG PENAKUT PUN.....NAK TENGOK HANG DUDUK LAM LOKAP SEBULAN DUA BAGUS JUGA


 

KISAH NAK PUNGGUNG CANTIK

 







Khairul Faizie

  · 

Kau ingat Kim Kardashian, Jeniffer Lopez ni semua berak menyangkung ke? Description: 🙄

Nak bontot kau cantik, jaga makan + regular exercise, terutamanya glute exercise. Bukan sebab cara kau berak menentukan shape bontot kau.

Lain kali jangan tido dalam kelas sains!

 

ANWAR PRESIDEN UMNO?


 Susulan Anwar Ibrahim akhirnya dengan penuh bergaya menjejakkan kaki ke Bangunan UMNO buat pertama kali setelah 25 tahun dipecat serta dihalau daripada parti itu, ramai yang bertanya, malah mula membuat spekulasi, apa bakal terjadi selepas ini?

Rata-rata tidak percaya kedatangan Anwar itu ke Bangunan UMNO baru-baru ini semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat pertama Seketariat Kerajaan Perpaduan, tetapi merasakan ada maksud lebih dalam daripada itu.

Spekulasi yang berlegar bahkan sampai ke peringkat ada yang bertanya, apakah Anwar akan kembali ke pangkuan UMNO dan bakal menjadi Presiden parti itu?

Menelusuri perjalanan politik Anwar selama ini, harus diakui beliau memang seorang yang tidak pernah diam daripada berstrategi.

Ketika dalam penjara pun beliau merancang pelbagai strategi, inikan pula setelah duduk sebagai Perdana Menteri.

Secara umumnya, selain untuk mempengerusikan mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan, setujunya Anwar dengan mesyuarat itu diadakan di Bangunan UMNO bukanlah secara kebetulan atau disebabkan tiada pilihan premis yang lain.

Tetapi sebagai Perdana Menteri yang suatu ketika dahulu pernah dipecat daripada UMNO, selain untuk menunjukkan hubungan dan penerimaan parti itu terhadapnya, kesediaan Anwar merendah diri hadir ke Bangunan UMNO, disertai sekali lagi merendah diri dengan sedia sekadar menjadi makmum solat maghrib yang diimamkan Dr Asyraf Wajdi Dusuki, beliau dengan sendirinya terlihat amat mengkagumkan.

Sebagai Perdana Menteri, jika mahu memilih untuk bersikap ego, Anwar boleh saja meminta mesyuarat Seketariat Kerajaan Perpaduan itu diadakan di Putrajaya atau di mana-mana tempat lain yang bersesuaian kerana ia adalah urusan berkaitan kerajaan.

Tambahan lagi, DAP yang barangkali masih janggal untuk memijak Pejabat UMNO turut sama hadir dalam mesyuarat itu.

Begitu juga, sebagai pemimpin gerakan Islam yang memang biasa menjadi imam solat sejak dulu lagi, tiada masalah dan tidak bersalah jika Anwar memilih unuk menjadi imam solat maghrib di Bangunan UMNO itu.

Namun, kerana jiwa besar dan sebahagian adab menghormati tuan rumah, memilih menjadi makmum adalah lambang pekerti dirinya yang terpuji.

Apa pun, kunjungan Anwar ke Bangunan UMNO buat pertama kali ini, disertai ramai ahli UMNO sendiri teruja dan mengambil kesempatan bergambar dengannya, spekulasi mengenai kehadiran beliau itu dan hubungan PKR dengan UMNO terus menjadi bualan di sana sini sampailah sekarang.

Tambahan lagi, berdasarkan situasi pasca PRU15 lalu, PKR dan UMNO sebenarnya bukan saja saling memerlukan untuk menubuhkan kerajaan, malah juga untuk masa depan kedua-dua parti itu.

Berdasarkan keputusan PRU15 lalu, PKR dan Anwar dilihat amat memerlukan UMNO untuk menjamin Presiden PKR itu kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri, manakala UMNO pula memerlukan PKR dan PH untuk berkongsi sokongan bukan Melayu dan agar terus berada dalam kerajaan di sebalik sokongan Melayu makin merosot yang diterimanya.

Untuk itu, pilihan untuk Anwar menjadi Presiden UMNO selepas ini adalah pertimbangan yang rasional, matang serta sihat demi masa depan kedua-dua parti ke arah kestabilan negara yang menyeluruh.

Pun begitu, untuk menjadi Presiden UMNO, Anwar mestilah terlebih dahulu kena membawa PKR bergabung dengan UMNO sebagai sebuah parti yang lebih besar.

Oleh kerana PKR sebuah parti berbilang kaum dan UMNO berteraskan Melayu, penggabungan kedua-dua parti itu memerlukan UMNO dijenamakan daripada United Malays Nasional Organisation kepada United Malaysians Nasional Organisation.

Walaupun UMNO berteraskan Melayu tetapi menukarnya kepada pelbagai kaum tidak sepatutnya menjadi masalah kerana selepas penggabungan dengan PKR itu masih meletakkan pemimpin Melayu sebagai dominan dan peneraju utama dalam kepimpinannya.

Ia tiada beza seperti mana UMNO sejak sekian lama telah memasarkan BN yang pelbagai kaum kepada pengundi ketika PRU yang melambangkan ia adalah parti yang tidak lari daripada jiwa Malaysia yang berbagai kaum serta agama.

Mustahaknya, bunyi dan sebutannya tetap UMNO.

Malah dengan tiga kaum utama berada dalam sebuah parti bernama UMNO yang diberi jenama baru itu lebih melambangkan keikhlasan sejati dalam merukunkan hubungan kaum di negara ini berbanding amalan dalam BN selama ini.

Yang penting, apabila PKR dan UMNO bergabung dengan Anwar sebagai Presiden dan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Presiden, parti itu bukan saja bertambah besar dan kukuh untuk mendepani cabaran masa depan, bahkan kembali menerajui kerajaan bersekali dengan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara sendirinya juga menjadi milik parti itu sebagaimana tradisinya sejak merdeka lagi.

Tidakkah ia suatu kebanggaan buat UMNO?

Terciptanya sejarah bila mana Anwar menjejakkan kaki ke pejabat UMNO baru-baru ini setelah 25 tahun berlalu barangkali suatu permulaan kepada terbukanya satu lagi sejarah baru buat parti itu. – ShahbudinHusin 11/02/2023.



BUKAN SAHAJA PARTI SENDIRI TOLAK DIRI SENDIRI- TETAPI RAKYAT PUN DAH MELUAT DAN IKUT TOLAK....JADI ELOK SEDAR DIRI

 

Keluar GTA bermakna Pejuang tolak saya, kata Dr M


Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan Pejuang keluar daripada
 Gerakan Tanah Air (GTA) seolah-olah ‘menolak’ dirinya yang juga
 pengerusi penaja gabungan itu.

PETALING JAYA: Asas perjuangan Pejuang sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya, kata Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, tindakan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) seolah-olah “menolak” dirinya yang juga pengerusi penaja gabungan itu dan ahli Pejuang.

“Pejuang sudah tolak GTA maknanya dia (Pejuang) tolak saya sekali lah. Saya bersama GTA dan Pejuang sejak dahulu (awal penubuhan) lagi.

“Saya melihat aliran Pejuang sudah nampak lain sikit sekarang. Sebab itu saya letak jawatan dan keluar daripada Pejuang,” kata bekas perdana menteri itu menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Mahathir meninggalkan Pejuang yang diterajui anaknya, Mukhriz kerana tidak bersetuju parti itu keluar GTA.

Bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Abu Bakar Yahya mengesahkan 13 pemimpin termasuk Mahathir dan dirinya meletak jawatan serta keahlian serta-merta.

Baki 11 pemimpin yang meninggalkan Pejuang adalah Timbalan Presiden Marzuki Yahya, bekas ketua Pejuang Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan, Afiqah Mohamad, Nurhairi Rahmat, Fyzul Adzwan Mustafa Kamal, Mohamad Jani, Ahamed Basheer, Azman Mohd Hashim, Mohd Jefrie Hussin, Armin Baniaz Pahamin dan Wan Azliana Wan Adnan.

Sementara itu, Mahathir berkata beliau mahu mengukuhkan GTA dan sedia menerima sesiapa sahaja yang bersih serta mempunyai idealogi sama untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama.

“(Gabungan lain) kalau nak bekerjasama, kita terima, kita akan terima sesiapa sahaja yang bersih. Setakat ini, kita tidak menerima mana-mana permohonan daripada sesiapa lagi,” katanya ketika ditanya perancangan selepas keluar Pejuang.

Mahathir menubuhkan Pejuang pada 2020 selepas meninggalkan Bersatu, yang diasaskannya pada 2016 selepas keluar Umno.

Ads by Kiosked

Ogos lalu Mahathir mengumumkan penubuhan GTA dianggotai Pejuang, dua parti kecil dan profesional Melayu untuk bertanding dalam PRU15.

Namun semua calonnya kalah dan hilang wang deposit termasuk Mahathir serta Mukhriz yang bertanding di Parlimen Langkawi dan Jerlun.

Pada 16 Dis lalu Mahathir melepaskan jawatan pengerusi Pejuang, tetapi kekal sebagai ahli dan pengerusi GTA.

Presiden Pejuang, Mukhriz pada 14 Jan lalu mengumumkan parti itu menarik diri daripada GTA bagi mengukuhkan kedudukannya.