RASUAH MENJEJASKAN KESELAMATAN NEGARA DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM




RASUAH MENJEJASKAN KESELAMATAN NEGARA DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM

1. Skandal Kapal tempur(LCS) untuk Tentera Laut Malaysia telah didedahkan di Parlimen dalam laporan PAC baru-baru ini. Segala usaha dari PH untuk selamatkan negara dari penyakit rasuah yang sistemik telah dikhianati atas sentimen perkauman dan agama sempit. Namun setelah pengkhinatan mereka, satu persatu skandal dari pimpinan politik orang-orang Melayu terus terbongkar. Lebih menggerunkan institusi orang Melayu /Islam seperti LTAT dan Tabung Haji menjadi mangsa oleh scam perjuangan Melayu/Isle. Walaupun hanya 22 bulan, PH berjaya memulakan langkah pemulihan ke atas kedua institusi ini.

2. Apa yang didedahkan oleh PAC ialah dari legasi era 'Bossku' sebagai PM dan Zahid serta Hishamudin sebagai MENHAN (2009-2014) ketika itu. Parti Melayu yang melaungkan patriotism negara dan ketuanan orang Melayu bukan sahaja menipu orang Melayu tetapi membahayakan keselamatan perairan negara dengan kegagalan projek ini akibat rasuah.

3 LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) menjadi mangsa skandal terkini kapal tempur LCS di mana perjanjian dgn BNS (Boustead Naval Shipyard) ditandatangani pada 2014 bernilai RM 9 Bilion , sepatutnya siap 6 buah kapal pada Ogos 2022 setelah kerajaan membayar RM 6bilion namun satu kapal pun tak sampai. LTAT adalah untuk kebajikan veteran yang rata-rata Melayu/Islam. LTAT ada kepentingan 50.8% secara tak langsung melalui BHIC (Boustead Heavy Industry Corporation) dan 10% kepentingan langsung dgn BNS. Sebelum ini LTAT dengan kewangan yang kritikal tetap memberi dividen atas campurtangan politik dan kelompok tertentu yang meraih keuntungan walaupun kebajikan tentera tidak banyak ditangani.

4. Arahan LTAT oleh 'Bossku' untuk membeli syarikat swasta bernilai RM 550juta untuk kuatkuasa AES yang rugi. Ini dideahkan oleh laporan PAC. PH telah selamatkan LTAT dengan menebus kembali RM550juta. Seluruh ALP dan Ketua Eksekutifnya ditukar untuk memulihkan LTAT semasa kerajaan PH.

5 Ketika TH (Tabung Haji) mengalami masalah kewangan yang sama, sejak 2014 dividen dibayar tinggi tidak patuh akta dan kerugian tidak direkodkan manakala keputusan dibuat dengan campurtangan politik, tiada bezanya dengan LTAT. Peliknya TH terus diserang dan difitnah walaupun Jabatan Audit Negara untuk Kewangan TH tahun 2019,2020, 2021 memperakui kejayaan hasil penstrukturan-semula TH di bawah kerajaan PH. Buktinya TH hari ini mampu membeli bangunan Minster Building di London bernilai RM1.32B walaupun tidak disebut harga perolehan.

6. Sedarlah rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu, kita tidak boleh kekal diperbodohkan oleh kelompok yang guna perkauman dan sentimen Melayu. Kita perlu berhijrah kepada politik Nilai dan Ide barulah negara ini dibersihkan dari perompak dan pengkhianat yang jadikan sentimen kaum dan agama sehingga menjejaskan kebajikan pendeposit majoriti Melayu/Islam dan keselamatan negara. Cukup-cukuplah kita menjadi mangsa oleh penunggang agama dan kaum.

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Parti AMANAH

Pengerusi PH Perak

Ahli Parlimen Parit Buntar

6 Ogos 2022

JANGAN SERONOK SANGAT : KES LIM GUAN ENG. BANYAK NAMA PIMPINAN UMNO TERLIBAT


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF







Sebelum permulaan kes terowong LGE saya ada sebut, jangan seronok sangat sebab dalam kertas siasatan pun tulis banyak nama pemimpin UMNO yang terlibat.

Star witness kes ini ialah Zarul Ahmad tapi yang paling best dia claim LGE dapat 200k dengan 2 sampul surat. Cuba la hangpa masukkan 100k dalam sampul surat size A4, muat ke tidak?

Beberapa hari lepas saksi yang sama juga cakap dia bagi 19 juta kepada proxy mat sakau.

Persoalan yang saya nak tanya antara 200 ribu dan 19 juta, yang mana lebih besar? Kalau anda percaya 200k, makna anda juga kena percaya 19 juta. Dan kalau 200k kena siasat , kenapa 19 juta tak kena siasat?

Lagi best dalam banyak kes rasuah ( terowong LGE, UKSB), kenapa nama pemimpin UMNO banyak yang keluar?


SKANDAL LCS MAKIN PANAS, PM PERLU TANGGUH DULU HASRAT NAK BUBAR PARLIMEN

 

Berikutan usul pindaan perlembagaan UMNO yang menetapkan pemilihan parti hendaklah diadakan selepas PRU15 dilangsungkan telah mendapat kelulusan RoS, banyak pihak menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen pada tahun ini juga.

Ada beberapa tarikh yang diramalkan sebagai pilihan untuk Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen, antaranya selepas 21 Ogos iaitu setelah genap setahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri atau selepas pembentangan Belanjawan 2023 pada Oktober.

Tambah mengukuhkan lagi kemungkinan itu ialah bila mana beberapa hari lalu Ismail Sabri sendiri menyatakan beliau tiada pilihan lain selain terpaksa membubarkan Parlimen jika PN menarik sokongan di sebalik mereka didapati kian meningkatkan tekanan terhadapnya untuk mendapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kenyataan Ismail Sabri itu dilihat menunjukkan beliau sudah bersedia pada bila-bila masa untuk mengadakan PRU15.

Tetapi, dengan kemunculan isu kapal perang LCS yang tak siap-siap, walau pembayaran lebih RM6 bilion telah dibuat, kesediaan Perdana Menteri untuk menghadapi PRU15 nampaknya perlu difikirkan semula.

Malah, isu tersebut yang kini makin hari makin panas itu seperti sudah dianggap suatu skandal besar yang turut mengaitkan nama UMNO sebagai parti yang memimpin kerajaan ketika pembelian kapal perang itu bermula.

Dua pemimpin utama UMNO kini terkait dan dikaitkan secara langsung dalam isu tersebut iaitu Najib Razak selaku Perdana Menteri ketika kontrak LCS ditandatangani pada 2011 dan Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan antara 2009 hingga 2013.

Kebetulan kedua-duanya adalah kelompok kluster mahkamah yang sedang menguasai parti ketika ini, tetapi sering pula berlaga angin dengan pemimpin UMNO sendiri yang berada dalam kerajaan atau dipanggil kluster kabinet.

Apatah lagi dengan sikap Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang pura-pura tidak mahu mengaku kontrak LCS ditandatangani ketika beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan dan tingkah laku Najib yang asyik menyalahkan pihak lain, walhal beliau adalah Perdana Menteri dan individu paling berkuasa di ketika yang sama.

Dengan satu demi satu pendedahan dimunculkan, bahkan ia dijangka berterusan lagi dalam beberapa hari atau minggu mendatang, isu LCS ini secara nyata telah memberi imej yang buruk kepada UMNO.

Belum pun UMNO tersuci daripada skandal 1MDB, nampaknya isu LCS ini sudah menjadi malapetaka yang sedang menggerbang di depan mata seluruh rakyat jelata.

Di sisi lain, ada yang beranggapan, daripada ada jawatan hingga hilang jawatan, tak habis-habis kluster mahkamah ini mendatangkan masalah kepada UMNO.

Bersamaan dengan itu, ramai orang juga mula takut untuk memberi kuasa sebagai kerajaan kepada UMNO lagi lantaran bimbang lebih banyak skandal bakal berlaku di masa depan.

Inilah yang dinamakan dek kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.

Ini dengan sendirinya bermakna sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kerana penolakan rakyat lebih mungkin diterjemahkan di kertas undi berbanding sokongan.

Berdepan hal ini, Ismail Sabri harus bersabar dan bertenang dahulu serta jangan tergesa-gesa mahu membubarkan Parlimen.

Bertenang dan fikir sebentar, tetapi lagi baik jika dapat diputuskan satu dua tindakan terlebih dahulu seperti menubuhkan badan siasatan dan mengheret sekali mana-mana pihak yang terbabit atau bersekongkol ke muka pengadilan.

Selepas itu dan setelah keadaan tenang sedikit, barulah sesuai untuk membubarkan Parlimen, selain dalam beberapa bulan akan datang, rakyat juga mungkin tidak lagi terbeban sangat dengan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

Jangan bimbang atau takut dengan desakan kluster mahkamah yang mungkin berterusan mendesak mahu PRU15 diawalkan kerana PN dan PH sudah pun berjanji untuk terus memberi sokongan sehingga ke akhir penggal.

Lagi pun beban, tanggungjawab dan cara berfikir pemimpin yang menguruskan negara tidaklah sama dengan orang yang selalu turun naik mahkamah dan laluan ke penjara sedang terbentang di depannya.

Sebelum pertengahan tahun depan adalah masa paling sesuai untuk mengadalan PRU15.

Kalau Perdana Menteri boleh bertahan sehingga Julai 2023 dengan tenang, bahkan lebih banyak masalah perlu dihadapi jika PRU15 diawalkan, buat apa cepat-cepat nak bubarkan Parlimen? – Shahbudinhusin 09/08/2022.



RAHSIA NEGARA ATAU RAHSIA UMNO ? SAJA NAK TANYA.




 

AKAI NAK SAMUN : DARI RAFIZI RAMLI -DCNS GUNA TIGA LAPIS SYARIKAT, KOS NAIK TIGA KALI GANDA

 

May be an image of 2 people and text that says "KOS SUBKON RM397 JUTA TUNTUTAN KPD KERAJAAN RM1.2 BILLION Tiga lapis sub-kontraktor,kos ditanggung rakyat naik 3 kali ganda"

Dari Rafizi Ramli

9 Ogos 2022

DCNS GUNA TIGA LAPIS SYARIKAT, KOS NAIK TIGA KALI GANDA

Penelitian saya terhadap skandal kapal perang LCS setakat ini menunjukkan ada perancangan dari awal untuk menyembunyikan penglibatan DCNS (syarikat Perancis yang sering dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Razak) dari projek ini.

Secara logiknya, jika DCNS adalah pembekal utama kepakaran, reka bentuk dan pembinaan kapal LCS, sewajarnya Kerajaan Malaysia melantik DCNS secara terus (seperti yang dibuat semasa projek kapal selam Scorpene).

Sebaliknya, bagi projek LCS, Kerajaan Malaysia melantik Boustead Naval Shipyard (BNS) sebagai kontraktor utama yang kemudiannya melantik syarikat-syarikat lain sebagai sub-kontraktor.

Walaupun keputusan ini dijelaskan sebagai usaha untuk membantu veteran tentera (kerana BNS milik Boustead yang dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera, LTAT) dan membina kepakaran tempatan, tindakan melantik lagi dua lapis sub-kontraktor sebelum sampai kepada pembekal akhir, iaitu DCNS, membayangkan ada unsur-unsur penyelewengan dari awal.

Setelah dilantik menjadi kontraktor kapal perang LCS melalui surat lantikan (LOA) bertarikh 16 Disember 2011, BNS mula melantik sub-kontraktor bagi pakej-pakej utama perbekalan dan pembinaan kapal perang LCS.

Pada 9 April 2012, BNS mengeluarkan dua surat lantikan (LOA) bagi dua pakej utama untuk melantik sub-kontraktor, seperti berikut:

BNS/DSD/SGPV/CS/LOA/CMS/0412-(1)

berjumlah RM898 juta

a) Combat System Equipment Integration (CSEI)

b) Software Integration Facility (SWIF)

c) Shore Integration Facility (SIF)

d) Combat System Integration Support (CSI)

e) Combat System Training Centre (CSTC)

BNS/DSD/SGPV/CS/LOA/CMS/0412-(2)

berjumlah RM287 juta

f) Combat Management System (CMS)

g) Software System Integration (CSI)

Jumlah keseluruhan dua pakej utama ini ialah RM1.185 billion.

Dua pakej ini dianugerahkan kepada sebuah syarikat bernama Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (atau dikenali sebagai CAD).

Lebih mengejutkan, pada hari yang sama BNS melantik CAD sebagai sub-kontraktor bagi dua pakej bernilai RM1.185 bilion ini, BNS juga membenarkan CAD melantik syarikat bersekutunya Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) sebagai sub-kontraktor kepada CAD.

Keputusan BNS membenarkan CAD melantik CED sebagai sub-kontraktor dikeluarkan pada hari yang sama surat LOA kepada CAD, iaitu pada 9 April 2012.

CED pula mengeluarkan LOAnya kepada DCNS untuk membekalkan kerja-kerja dalam dua pakej berjumlah RM1.185 bilion yang perlu dibayar Kerajaan Malaysia itu.

Malangnya, siasatan menunjukkan bahawa bagi dua pakej ini yang dimuktamadkan pada harga RM1.185 bilion dengan Kerajaan Malaysia, surat lantikan (LOA) dari CED (sub-kontraktor lapis kedua) kepada DCNS meletakkan kos sebanyak RM397 juta sahaja.

Maknanya, bagi kerja-kerja yang akan diinvois oleh DCNS kepada CED sebanyak RM397 juta, tuntutan dari sub-kontraktor CED dan CAD kepada Kerajaan Malaysia (melalui BNS) adalah tiga kali ganda lebih mahal.

Kanak-kanak pun boleh membuat kesimpulan ada tangan-tangan ghaib di belakang syarikat-syarikat BNS, CAD dan CED yang menyusun kontrak-kontrak perbekalan hingga mengambil komisen 200% dari kos yang dicaj DCNS.

Rakyat ingin tahu siapa jerung-jerung yang merompak wang rakyat dan melemahkan pertahanan negara sedemikian rupa.

Sebab itu cubaan Najib Razak mengalihkan perhatian dari isu ini setakat ini sangatlah lemah. Beliau memberi gambaran seolah-olah semuanya bersabit kelemahan birokrasi akibat keputusan PH menyiasat projek ini dan cuba menipu pengikutnya konon skandal ini tidak ada unsur rasuah langsung.

Saya akan terus mendedahkan bagaimana keputusan-keputusan penting dalam pengurusan projek kapal perang LCS mempunyai bukti penyelewengan secara terang-terangan. Ada pihak yang menyusun segalanya untuk merompak wang rakyat melalui projek ini.

Persoalan utama: siapakah kepala jerung yang mempunyai kuasa mengarahkan dan melindungi pegawai-pegawai tertentu dalam BNS untuk melakukan rompakan di siang hari seperti ini?

Saya tunggu komen Najib Razak.

RAFIZI RAMLI

SKANDAL LCS: RM6 BILION DUIT RAKYAT HILANG BEGITU SAHAJA?


NEW EPISOD- THE PIRATES OF CARRY BN


 Zunar cartoonist fan club.



GERAK LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA : MESTI KENA SIASAT..TAK KAN DUIT RAKYAT DAN DUIT NEGARA BERBILLION NAK BUAT DIAM..TA KAN JANJI SETAHUN DUA NI SIAP , KIRA SETTLE...SENANG BANYAK LA...

 


Siasat Najib, Zahid dan Hishammuddin, kata Pemuda DAP




Projek kapal tempur pesisir itu mendapat kritikan selepas kerajaan membelanjakan RM6 bilion setakat ini tanpa ada satu kapal pun dihantar. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pemuda DAP menggesa siasatan dilakukan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dan menteri pertahanan semasa Hishamuddin Hussein berhubung kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Ketuanya Dr Kelvin Yii berkata, beberapa laporan polis akan dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam projek kapal tempur pesisir yang bernilai RM9 billion.

Yii turut menggesa orang ramai supaya melakukan perkara yang sama sambil berkata bahawa pemimpin mesti memikul tanggungjawab dalam kegagalan perolehan projek, dengan mengatakan menteri kanan yang mempunyai kuasa membuat keputusan secara langsung mahupun tidak langsung dalam projek itu harus disiasat.

Projek kapal tempur pesisir tersebut memerlukan pembinaan enam frigat, dan kapal pertama dalam kelas itu, KD Maharaja Lela telah dilancarkan pada 2017.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, tiada satu pun daripada enam kapal yang dijadualkan untuk dihantar antara 2019 sehingga tahun ini diterima.

“Kami menggesa pihak berkuasa untuk mengambil serius perkara ini dan menyiasat semua yang terlibat, termasuklah Najib, Zahid, Hishamuddin dan pemimpin lain,” kata Yii.

Beliau mendakwa bahawa kerajaan tidak mengambil serius terhadap isu itu dan tidak mempunyai niat untuk bertanggungjawab, sambil mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memekakkan telinga berhubung perkara itu.

Projek tersebut telah mendapat kritikan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selaku badan pemerhati Parlimen yang berkata pada Khamis bahawa kerajaan telah mengabaikan pandangan tentera laut mengenai kontrak itu.

Jawatankuasa itu berkata, reka bentuk awal yang dipilih tentera laut serta diluluskan oleh Kementerian Pertahanan telah ditukar kepada kapal Gowind rekaan Perancis atas cadangan B Boustead Naval Shipyard (BNS) kepada menteri pertahanan ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi.

Hishamuddin awal hari ini berkata, LCS pertama akan siap dalam tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua tahun.

Beliau berkata, kementriannya akan memastikan projek itu siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

JAGA JAGA BANG KHAI NAIK ANGIN ....DIA SAMAN HANGPA TUNGGGIN KOT

 


Kalau ‘bersuara’ saya teruskan saman, Khairuddin ingatkan pihak ‘panaskan’ isu tanah LGM





Khairuddin Aman Razali menegaskan tuduhan terhadapnya tiada merit malah pihak berkuasa tidak pernah mengambil tindakan berkaitannya.

PETALING JAYA: Khairuddin Aman Razali mengancam meneruskan saman terhadap pihak dan individu yang menyebarkan fitnah isu pajakan serta penjualan tanah milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang pernah dikaitkan dengannya Jun tahun lalu sekiranya isu tersebut “dipanaskan” semula pihak lawan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu membuat amaran berkenaan sekiranya masih kedengaran suara-suara yang memfitnah beliau membabitkan syarikat tersebut sewaktu menjadi menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

“Saya mengambil sikap peringkat awal menyaman mereka, cuma bila zaman telah berlalu saya biarkan sahaja…kita malas bergaduh.

“Saman yang saya buat (tahun lalu) belum saya tarik lagi, bererti masih ada cuma tidak aktifkannya sebab tak ada serangan…kalau ada orang masih tuduh saya lagi, saya akan saman pihak terbabit. Buat apa nak panaskan barang yang sudah sejuk?” katanya ketika ditemu bual FMT.

Khairuddin berkata, mustahil untuk beliau bertindak meluluskan tanah milik LGM bagi apa juga tujuan sekiranya belum diluluskan ahli Lembaga Pengarah, seterusnya beliau menganggap isu itu hanya fitnah bagi tujuan politik murahan.

“Tuduhan ke atas saya tiada merit, kalau ada merit tentu pihak berkuasa ambil tindakan. Tidak ada satu kes pun yang dikaitkan dengan saya, tapi biasalah orang politik ini cuba mencari ruang untuk melihat di mana kelemahan.

“Sehingga hari ini pihak berkuasa tidak pernah menghubungi saya untuk dipanggil (bagi siasatan), sebab tidak ada isu. Itu hanya tuduhan,” katanya.

Pada 27 Mei lalu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Dis, 6 Jan dan 11 Mac yang didakwa berkaitan tanah milik LGM dan penglibatan Khairuddin dalam skandal tanah itu.

Khairuddin didakwa meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation pada harga 70 sen sekaki persegi berbanding harga pasaran RM2.50 sekaki untuk tempoh 15+10 tahun, dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 sekaki, sedangkan harga pasaran sekitar RM1,400 sekaki.

Dakwaan itu disokong Ahli Parlimen Jerantut dari Umno merangkap bekas pengerusi LGM Ahmad Nazlan Idris yang menuduh Khairuddin campur tangan dalam skandal tanah agensi itu.

Susulan tuduhan itu, Khairudin membuat laporan polis dan memfailkan saman terhadap mereka yang disifatkan sebagai pemfitnah.

AMANAH PERAK KECAM TINDAKAN MENCEMAR IMEJ DAN NAMA BAIK KESULTANAN PERAK

 








Pemuda Amanah Negeri Perak merasa sungguh terkejut dengan pendedahan Laporan PAC berhubung Kapal Peronda Generasi Kedua- Littoral Combatant Ship (LCS) yang turut melibatkan satu majlis upacara penamaan dan pelancaran yang telah disempurnakan oleh DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 24 Ogos 2017 yang lalu.

2. Telah didedahkan pada majlis tersebut menyaksikan sebuah kapal LCS yang diberikan nama KD Maharaja Lela yang telah siap dan dilancarkan di Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) Lumut yang mana hakikat sebenarnya adalah satu penipuan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia bahkan kepada Institusi DiRaja kerana terheret sama ditipu dan dipermain-mainkan.

3. Justeru, Pemuda AMANAH Negeri Perak mendesak Kerajaan Negeri Perak khasnya membuat satu laporan Polis kerana telah berlaku satu penipuan pelancaran kapal LCS tersebut dan ia melibatkan nama baik serta imej Institusi DiRaja dan Pemuda AMANAH Negeri Perak juga mengharapkan tindakan yang sama juga daripada Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga bekas Menteri Besar Perak ketika itu

4. Penipuan tersebut jelas telah mencemar Institusi DiRaja Perak khasnya yang sewajarnya tidak berlaku dan apa pun penjelasan yang telah serta bakal diberikan tidak akan menidakkan majlis upacara penamaan dan pelancaran kapal LCS tersebut yang telah berlaku dan permohonan maaf secara terbuka juga wajar didesak dengan segera oleh pihak yang bertanggungjawab dahulu dan sekarang ini.

Khairol Najib Hashim

Ketua Pemuda Amanah Negeri Perak

8 Ogos 2022

 

TIKTOK : INI KENAPA INDONESIA TELAH MEMOTONG MALAYSIA


 

TAK LEH PAKAI- HERET SEKALI KE MAHKAMAH






 

TIKTOK- TERBONGKARNYA SKANDAL LCS


 

TIKTOK- KITA MASIH MEMBICARAKAN HARGA AYAM TELUR- INDONESIA MENGHASILKAN GULA DARI SAWIT


 

TIKTOK : SIAPA KATA ANWAR TIDAK POPULAR DI INDONESIA


 

TUU DIAAA..GAM APA DIA PAKAI .....NI NAK BAGI AMARAN AWAI KOT ADA YANG BAKAL LEPAS...KAH..KAH

 




46 pertuduhan, satu pun tak lekat? Pakai gam apa pihak pendakwaan ni. Bukan 35 hinggit, tapi RM35 juta!

Harap @AGCPutrajaya merayu ke mahkamah tinggi.

Wow! Shiok ! Semua curi billion billion dan million million semua terlepas . Apa ini ?

 


SUDAH LAH NAJIB ....ORANG TEMBELIN SANA JA PERCAYA HANG

 

SALAHUDDIN AYUB


Udah-udah le tu bagi cerita dongeng kat rakyat. Projek ni diluluskan melalui direct nego pada tahun 2011 waktu pemerintahan BN bukannya PH.






PARTI ANA YAKIN SEHINGGA KINI DIAM MEMBISU




 

UMNO TIPU LAGI LAGI MELAYU



LIYANA MARZUKI


Ahli-ahli Jawatankuasa Kira2 Wang Negara (PAC) untuk kes kapal halimunan LCS.

14 orang ahli di kalangan YB Dewan Rakyat

3 UMNO

3 PPBM

2 DAP

2 PAS

1 GPS

1 Warisan

1 PKR

1 Amanah

9 orang blok Kerajaan, 5 orang blok Pembangkang.

Geng UMNO punya propaganda sekarang ialah Laporan PAC ni DAP yang keluarkan.

Kita bagi fakta supaya rakyat dapat gambaran sebenar.

 


PARTI ANA BAGI NYAWA...LEPAS PARTI ANA NAK BUAT PENDEDAHAN. SEBELUM RAFIZI BUAT PENDEDAHAN PARTI ANA TIDOR...KAH..KAH