KAH..KAH...DIA PUNYA PERASAN- MANA KAJIAN HANG BUAT NI TAKI- BAB ARAK..BAB ADIB..BAB HUDUD..RUU 355...DAN BANYAK BAB LAGI SEMUANYA GAGAL...

 

Menteri Pas sekarang berjaya raih sokongan 80 peratus rakyat – Takiyuddin

Wakil rakyat PAS dalam kerajaan sekarang mendapat 80% sokongan rakyat, menurut tinjauan baru-baru ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata menteri dan timbalan menteri daripada PAS mendapat keyakinan rakyat kerana nilai agama mereka.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila dan siapa yang menjalankan tinjauan itu.

“Wakil PAS dalam kerajaan, walaupun berlatar belakang agama, berkhidmat dengan kerajaan secara profesional,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada perhimpunan agung ke-67 parti itu yang berlangsung di Kuala Terengganu, yang berakhir hari ini.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man adalah menteri alam sekitar dan air, naib presidennya senator Idris Ahmad adalah menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Takiyuddin adalah menteri tenaga dan sumber asli.

Lima daripada wakil PAS memegang jawatan timbalan menteri termasuk Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Datuk Awang Hashim (Kementerian Sumber Manusia); Datuk Ahmad Amzad Hashim (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi); Nik Muhammad Zawawi Salleh (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan); dan Datuk Ahmad Marzuk Shaary [Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)].

Takiyuddin berkata wakil rakyat telah berkhidmat kepada rakyat dengan memuaskan dengan prinsip dan maruah, dan ini memberi keyakinan kepada rakyat.

Beliau juga berkata parti itu tidak lagi mengalami masalah kewangan kerana semua wakil rakyatnya perlu menyumbang dana kepada parti setiap bulan.

Beliau berkata menteri perlu mencarum RM8,000 sebulan dan timbalan menteri perlu membayar RM7,000 sebulan.

“Semasa Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, terdapat pemotongan gaji untuk menteri kabinet,” katanya.

PAS mempunyai 845,920 ahli aktif dan kira-kira 50,000 ahli tidak aktif dengan jumlah 7,618 cawangan dan operasi di 197 bahagian daripada 222 kawasan parlimen.

Sayap remajanya mempunyai 185 bahagian, manakala sayap wanita beroperasi dalam 182 bahagian.

Calon BN: Bimbang sabotaj dalaman, Zahid janji penyandang yang digugur jadi calon Parlimen

 



Calon BN: Bimbang sabotaj dalaman, Zahid janji penyandang yang digugur jadi calon Parlimen



Penyandang kerusi DUN yang digugurkan atau tidak dicalonkan pada PRN Melaka 20 Nov ini, akan dipertimbang bagi kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah yang diambil BN ketika ini adalah satu pendekatan baru dan berani, dalam memenuhi kriteria Wali (winnable, acceptable and likeable) yang diutarakan sebelum ini.

“Adun yang digugurkan sudah memberi khidmat cemerlang kepada parti selama dua dan tiga penggal atau lebih. Kepada mereka ini, parti mengucapkan ribuan terima kasih dan diharap membantu calon baru.

“Kepada mereka yang tidak dicalonkan, insya-Allah mereka akan dipertimbangkan pada masa depan atau bagi kerusi Parlimen pada PRU nanti. Apa yang lebih utama ialah memenangkan parti yang menaungi kita selama ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Bernama hari ini melaporkan Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata BN mempertaruhkan 86 peratus calon muka baru, di samping mengekalkan empat penyandang untuk PRN Melaka.

Dia dipetik sebagai berkata empat penyandang berkenaan ialah Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Rahmad Mariman, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Muhammad Jailani Khamis serta Zaidi Attan.

Tarikh mengundi PRN Melaka ditetapkan pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal 16 Nov.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman sebagai ketua menteri Melaka, ketika itu.

[[LIVE]] 6 11.2021 PRN MELAKA MENGECEWAKAN?

UMNO JATUH KERANA TIPU DAYA SENDIRI


1MDB mempunyai hutang terkumpul berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan pada 29 Oktober 2021 yang lalu, lapor Bernama. Dalam pada itu Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs) mencapai persefahaman dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk membayar balik lebih AS$2 bilion (RM8.3 bilion).


18 TAHUN BOLEH JADI CALON TETAPI TAK BOLEH UNDI DI SARAWAK


TERNYATA BN, PN TAK SEHALUAN DALAM PRN MELAKA


Slogan ' Selamatkan Melaka'

 

(TULISAN TIDAK DI EDIT EJAAN )



BUKAN MASA UTK BERBALAH SESAMA KITA



May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor


Norman Radzuan

Utk PRN Melaka kita mesti ada slogan khas utk PRN ini. Bagi saya Data2 di setiap kawasan DUN itu penting utk gerak kerja parti di kwasan2 tersebut tapi yg lebih penting dari itu wujudkan slogan utk kenapa rakyat Melaka patut memilih PH dan kempen utk mengajak rakyat Melaka turun mengundi.
Byk info2 yg saya perolehi mengenai apa sebenar berlaku dan apa pengundi Melaka mahukan. Ada yg kita boleh bual di sini ada yg perlu dibualkan. Byk perkara ingin saya berikan teguran dari info2 tersebut tapi buat masa ini tak mahu menganggu fokus kita yg hanya ada 11 hari dari skg utk kempen.
Slogan 'Selamatkan Melaka' adalah intipati PRN ini utk PH mengajak rakyat keluar mengundi dan mengundi PH. Ia bukan hanya sekadar slogan tetapi sebagai satu peringatan kpd rakyat Melaka betapa perlunya perubahan ini.
Malah telah terbukti melalui pimpinan mantan KM, Adly... Melaka jauh lebih baik dari sebelum dan KM selepas itu. Cuma mood rakyat Melaka ketika ini... jgn terkejut jika sekitar 50%-60% saja akn keluar mengundi. Kita perlu org2 Melaka terutama generasi muda keluar mengundi.
Mengenai rasa tidak puas hati calon yg dipilih pimpinan tak mengapalah rasa kecewa sebentar tapi ia bukan masanya utk kita bualkan di medsos atau wall masing2. Kita fokus kpd lawan bukan berlawan sesama kita.
Lagi pun soal calon ini ia berlaku kpd semua parti. Bukan PKR atau Amanah sahaja rasa tidak puas hati ini. Bekerja keras dan sahabat2 yg tidak dpt hadir anda hanya perlu menulis sehari sekali di wall masing2 dgn fokus kpd lawan dan bukan menyindir calon2 kita. Lepas PRN nanti baru luahkan apa yg terpendam.



Tuan Ibrahim kecewa Umno tamak

 


Terkini! Tuan Ibrahim kecewa Umno tamak


PAS berasa sedikit kecewa apabila usaha merundingkan kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka gagal sekali gus memaksa mereka bertembung dengan Umno di tujuh kerusi.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata usaha rundingan itu memang mengambil masa yang panjang dengan menunjukkan hasil positif pada peringkat awal.

Namun pada akhirnya kata Tuan Ibrahim BN kekal mahu bertanding di semua kerusi.

“Bagi kami rasa sedikit kecewa (kerana) usaha penyatuan itu gagal pada hujungnya, tetapi Melaka bukan medan kita,” katanya ketika ditemui media di Kuala Terengganu hari ini, menurut laporan Malaysiakini.

Menteri kabinet itu berkata demikian ketika ditanya berhubung pertembungan kerusi yang dijangka membabitkan calon PAS dan Umno di tujuh kerusi dalam PRN Melaka.

Andaian itu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan Umno-BN serta Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Terdahulu, PAS melalui PN diumumkan bertanding di lapan kerusi iaitu dewan undangan negeri (DUN) Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam, Kelebang dan Merlimau.

Kerana tidak didaftarkan

Sebagai rekod Umno merupakan penyandang di tujuh kerusi tersebut kecuali DUN Bukit Katil yang dimenangi Amanah dalam PRU ke-14 yang diadakan pada 2018.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim menyifatkan pertembungan dengan Umno – yang menjadi rakan PAS melalui Muafakat Nasional – sebagai situasi yang terpaksa dihadapi.

“Sebenarnya pada peringkat awal kita runding supaya kita mengelak (bertembung), kalau kita dapat kompromi kerusi. Tetapi oleh kerana Umno buat keputusan untuk bertanding semua menyebabkan kita tiada pilihan.

“Ya (terpaksa), sebab Umno akan tanding semua kerusi. Jadi pada masa itu tak ada kompromi untuk kita melihat mana-mana kerusi diagih (runding).

“Kalau sekiranya kita runding dan ada kerusi Umno tak bertanding mungkin tidak ada pertembungan,” jelasnya yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian.

Dalam perkembangan berkaitan Tuan Ibrahim berkata kerjasama Muafakat Nasional bersama Umno bukan sebagai parti politik kerana ia tidak didaftarkan berbanding PN.

“Kami dalam MN (adalah) medan besar untuk muafakat besar yang bukan sekadar (untuk) pilihan raya (tetapi) gagasan penyatuan ummah, sebab itu PAS bertanding di bawah PN kerana sudah berdaftar,” ujarnya.

IDRIS HARON, NOR AZMAN BUKANLAH ‘KATAK POLITIK’ SEPERTI HAMZAH ZAINUDDIN, AZMIN ATAU TOK PA

 

Ada beberapa pihak yang terkait dengan PH secara terbuka meluahkan rasa kurang senang atas tindakan gabungan itu memilih dua bekas Adun UMNO, Idris Haron dan Nor Azman Hassan sebagai calon dalam PRN Melaka.

Hujah mereka, tindakan PH itu tidak beretika kerana menerima “katak politik” ke dalam gabungan tersebut, sedangkan selama ini menolak perbuatan melompat parti.

Termasuk yang secara terbuka menunjukkan rasa senang itu ialah DAP, salah sebuah parti dalam PH sendiri.

Dilaporkan bahawa ketika pengumuman calon PRN Melaka semalam, pemimpin DAP telah tidak memunculkan diri sebagai tanda protes mereka kepada PH.

Isunya, adakah Idris dan Nor Azman merupakan “katak politik”?

Adakah mereka sama seperti Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Mustapa Mohamad yang melompat daripada UMNO untuk menyertai Bersatu sebaik BN tewas dalam PRU14 lalu?

Atau, adakah juga tindakan kedua-dua Adun itu sama seperti Kumpulan Azmin Ali yang meninggalkan PKR dan mengkhianati PH semata-mata kerana mahu menyekat Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri?

Dalam hal, harus kita berlaku adil kepada Idris Haron serta Nor Azman dan melihat dalam skop yang lebih luas tentang jiwa besar PH menerima kedua-dua Adun itu sebagai calon PRN Melaka.

Realitinya, Idris dan Nor Azman menyertai PKR serta Amanah hanyalah setelah mereka dipecat oleh UMNO berikutan tindakan mereka bersama dua Adun lain menarik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka pimpinan Sulaiman Md Ali.

Mereka tidak melompat untuk menyertai PKR dan Amanah ketika masih berada dalam UMNO, sebaliknya memilih untuk bersama PH setelah tidak lagi menjadi ahli kepada mana-mana parti.

Tindakan mereka menarik sokongan terhadap kerajaan negeri tidak lain ialah kerana tidak mahu melihat pelbagai kemungkaran, penyelewengan dan perkara tidak betul berlaku dalam kerajaan negeri ketika mereka memegang jawatan sebagai Exco dan juga wakil rakyat.

Lantaran itu, mereka bertindak menarik sokongan dengan tujuan agar kuasa kerajaan negeri dikembalikan kepada PH sebagaimana mandat diberikan pengundi pada PRU 2018 lalu.

Atas tindakan berani itu, mereka kemudiannya dipecat daripada UMNO.

Setelah dipecat dan kemudian PRN diadakan, hakikatnya tidak menjadi kesalahan untuk PH menerima dan mencalonkan mereka semula sebagai calon kerana mereka sudah tiada parti ketika itu.

PH pula akan dilihat sebagai parti yang tidak mengenang budi dan tidak tahu menghargai pengorbanan orang lain jika membiarkan saja Idris dan Nor Azman “mati karier politiknya” begitu saja.

Keadaan mereka adalah berbeza dengan dua lagi Adun, Nor Affendi Ahmad dan Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini berasal daripada Bersatu dan DAP, tetapi kemudian bertindak khianat untuk menjatuhkan kerajaan negeri PH yang diterajui Adly Zahari.

Mereka ini memang tidak boleh diberi muka lagi atau diterima sebagai calon oleh PH.

Dulu 2018 pun mereka bertanding atas nama PH menggunakan logo PKR, selepas itu menjatuhkan PH, maka tidak masuk akal sama sekali untuk menerima mereka lagi sebagai calon.

Untuk itu, keputusan PH menolak dan tidak mencalonkan mereka adalah tepat dan wajar.

Ini berbeza dengan Idris dan Nor Azman yang memang berasal daripada UMNO dan bertanding atas tiket BN pada PRU 2018 lalu, cuma hidayah Tuhan telah menyerkap ke dada mereka lalu bertindak menjatuhkan kerajaan pintu belakang BN di Melaka dengan satu tujuan – mengembalikan semula mandat rakyat kepada PH.

Selain mereka tidak boleh dikategorikan sebagai “katak politik” seperti Kumpulan Hamzah Zainuddin, Kumpulan Azmin Ali dan Mustapa Mohamad atau Tok Pa, meraikan kemasukan mereka ke dalam PH juga sebenarnya menepati agenda “Khemah Besar” yang diperjuangkan gabungan itu selama ini. – 


ShahbudinHusin 07/11/2021.



Kem BN kecoh, 9 PDM BN di Bemban tutup

 Panas! Kem BN kecoh, 9 PDM BN di Bemban tutup


Sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban telah ditutup tidak sampai 24 jam selepas pengumuman calon Barisan Nasional (BN).

Penutupan itu sudah pasti menjejaskan persiapan BN untuk merampas kembali kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

PDM yang ditutup mulai Jumaat ialah Pondok Kempas, Kesang Tua, Seri Bemban, Tehel, Taman Maju, Air Panas, Air Kangkong, Air Barok dan Kesang Jaya.

Menerusi tinjauan media, kerja-kerja mengemas kerusi dan meja termasuk menurunkan semua bendera BN dilakukan oleh petugas Umno cawangan di situ.

Memetik Utusan Malaysia, difahamkan penutupan sembilan PDM berpunca daripada perasaan kecewa apabila kerusi itu ditandingi oleh MCA.

DUN Bemban bakal ditandingi Koh Chin Han yang tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada calon DAP, Wong Port Pin.

Pengumuman mengenai 28 calon BN telah dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya BN, Mohamad Hasan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pagi tadi.

TENTERA JIHAD PAS BERSEDIA BERTEMPUR DENGAN UMNO DAN MCA


May be an image of riding a horse, standing, horse and outdoors


PRN Melaka, parti Pas telah diberikan peruntukan 8 kerusi untuk bertanding mewakili Perikatan Nasional. Ini satu jumlah yang teramat besar buat Pas daripada jumlah 28 kerusi kesemuanya. Jelas, dengan 8 kerusi tersebut, Pas adalah dominan dalam Perikatan Nasional. Tahalluf Siyasi Pas amat bijak sekali sehinggakan Pas tidak perlu lagi bersusah payah mengeluarkan bendera bulan dari stor mereka. Guna bendera Perikatan Nasional yang telah 'di islamkan'.
Siapa musuh Pas di era tok guru Hadi Al Marangi? Siapa lagi jika bukan Dap. Pas keluar dari Pakatan Rakyat dahulu pun kerana Dap. Pas sanggup memanjat tebuk atap merampas mandat rakyat di Putrajaya bersama Umno dulu pun kerana ingin selamatkan negara ini dari kezaliman dan kekejaman kerajaan PH yang dikuasai oleh Dap. Mana boleh biarkan Dap zalim kurangkan cabutan judi dari 22 kali kepada 8 kali? Bukankah tidak adil kepada taukeh judi? Sebab itu, Pas memusuhi Dap.
Siang malam mulut pemimpin Pas berzikir "Dap". Tidak sah ceramah Pas kalau tidak hentam Dap. Tempat tiada Dap pun Pas akan tetap meratib Dap. Contohnya di Kelantan dan Terengganu. Masih kita ingat, lebai Pas berpeluk-pelukan dengan pemimpin Umno dalam Muafakat Nasional. Banjir dewan PWTC dengan air mata buaya kerana masing-masing telah insaf. Maklumlah, berpuluh tahun dikatakan kapir dan kini telah di"khatankan" semula dalam Muafakat Nasional. Masing-masing bertekad untuk berganding bahu berjihad melawan Dap.
Akhirnya, apa yang berlaku?
Di PRN Melaka, di 8 kerusi Dap bertanding, tiada seekor pun lebai yang ada telor berani masuk bertanding. Patutnya, di sinilah lebai wajib bertarung dan berjihad untuk mati syahid. Sembang kencang...
Siapa yang Pas lawan di Melaka?
Pas lawan Umno di 7 kerusi.
Pas lawan MCA di satu kerusi.
Ertinya, lebai ini tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Pas tikam umno dari belakang. Parti jenis main dua kolam ibarat binatang yang makan bangkai atau seperti ikan yang hidup di dalam air dan darat. Haram dimakan.
WFAUZDIN NS

ANTARA DUA DARJAT KERAJAAN TEBUK ATAP DAN RAKYAT


“Sekarang mereka seronok menikmati kemudahan ini tanpa perasaan segan silu. Segala bantahan dulu nampaknya telah dicurahkan ke laut selat Melaka,” ujarnya. Menurut beliau Dato' Seri Najib Razak yang dahulu lantang membantah kerajaan PAKATAN HARAPAN, sekarang membisu seribu bahasa.

EDISI KHAS MINGGUAN 047 | PANAS!! PM-7 DAN PM-8 PENCETUS ‘BANTUAN KERETA...



MENARIK DALAM EDISI KHAS 047
1. PAS NEKAD BERSAMA BERSATU, TENDANG UMNO 2. ISU VELLFIRE: NAJIB TUDING JARI KEPADA ABAH KAU DAN TUN M 3. PAS MINTA KELANTAN JADI NEGERI CONTOH, DIKECAM HEBAT



PH TAWAR POLITIK STABIL, KEMAJUAN BERTERUSAN BUAT RAKYAT MELAKA


PH HARAP PENGUNDI UMNO, PAS BERI PELUANG KERAJAAN BERSIH RASUAH


KALAU JUMPA PAKAT LUDAH BERAMAI RAMAI

 Gempar! ‘Sharon Liew’ yang api-apikan perkauman di media sosial kantoi rupanya lelaki melayu



Gempar! ‘Sharon Liew’ yang api-apikan perkauman di media sosial kantoi rupanya lelaki melayu



Seorang lelaki yang menulis catatan berbaur perkauman di sebalik nama samaran ‘Sharon Liew’ dipenjara selama tiga minggu pada Selasa (8 Jun).

Zainal Abidin Shaiful Bahari, 35 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan perbuatan yang dia tahu boleh menggugat keharmonian antara kumpulan kaum berbeza. Dua lagi tuduhan serupa juga dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman.

Zainal Abidin Shaiful Bahari didakwa di mahkamah pada 2 Jul 2020 kerana mencetuskan ketegangan kaum secara online, menggunakan nama samaran “Sharon Liew”.

Para peguam Zainal mendakwa dia “bukan rasis” dan bahawa lelaki itu mengambil alih sebuah “akaun parodi” dan “melampaui batas” dalam “cuba menjadi kelakar”.

Hakim Daerah S Jennifer Marie berkata bahawa kaum dan agama adalah isu-isu sensitif dan orang yang mungkin melakukan kesalahan itu harus menyedari kenyataan yang dibuat secara cuai itu berpotensi mencetuskan gangguan sosial.

“Mentelah lagi, apabila kenyataan seumpama itu diterbitkan melalui wadah Internet, ia mempunyai jangkauan merata, justeru membesarkan lagi bahaya yang boleh berlaku dan tidak boleh ditarik balik ke atas kedamaian serta keharmonian kaum.”

Beliau menambah ketegangan kaum kian meningkat oleh pandemik yang berlarutan dan satu isyarat pencegahan yang kuat mesti dikeluarkan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Zainal adalah seorang pengarah kanan di sebuah syarikat perisian komputer. Seorang pengguna yang ternampak catatan Twitter oleh pengguna sharonliew86 yang mengutuk para pendatang asing India berkaitan dengan COVID-19, menghubungi polis pada April 2020.

Zainal dikenal pasti dan siasatan polis mendedahkan dia menubuhkan akaun Twitter itu pada Julai 2018 bersama dua lagi rakannya.

Ia bertujuan menjadi satu akaun parodi dan mempunyai lebih 5,000 pengikut tetapi catatan oleh kedua-dua rakan Zainal berhenti dimuatnaikkan sedari awal 2019.

Zainal kemudian mengambil alih akaun itu secara keseluruhannya. Pada April 2020, dia memuat naik catatan yang menyinggung perasaan termasuk penghinaan terhadap orang India. Pada Mac 2020, dia juga menulis bahawa wanita “Cina pintar” melakukan jarak sosial di dalam MRT dengan tidak mahu duduk di sebelah orang India.

Lelaki itu juga membuat catatan ofensif pada Oktober 2019 mengenai standard pendidikan kaum Melayu.

“Dia bukan seorang rasis, ternyata sekali,” kata Encik Sudheesan. Peguam itu dan rakan sekerjanya, Diana Ngiam, berkata Zainal mengahwini seorang wanita Cina dan mempunyai rakan-rakan dari pelbagai kaum.

Encik Sudheesan berkata semua orang yang mengikuti akaun tersebut tahu bahawa ia satu parodi dan keadaan boleh membangkitkan kemarahan apabila orang ramai tidak tahu niat di sebalik catatan Twitter tertentu yang dihantarkan kepada mereka.

Bagaimanapun, pendakwa menjawab bahawa Zainal telah melampaui batas.

Hakim memberitahu Zainal bahawa bahasa yang digunakan dalam catatan-catatan Twitter dia itu adalah kesat.

Bagi setiap tuduhan melakukan tindakan menggugat keharmonian kaum, Zainal boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.


Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?DI SIARKAN SEMULA

 


Hujung minggu ini pemimpin-pemimpin PAS akan sekali lagi mempamerkan kegesitan, kepintaran, dan ketinggian ilmu serta hemah tahaluf siyasi mereka kepada ahli-ahli parti yang mengaku memperjuangkan Islam dan kepentingan Melayu itu.

Abdul Hadi Awang dan pemimpin lain harus mentarbiyahkan pemimpin-pemimpin di semua peringkat bahawa PAS kini telah berada pada tempat istimewa percaturan politik negara.

Usaha meletakkan PAS di takuk kuasa baharu ini mampu dicapai kerana kebijaksanaan team Haji Hadi yang telah menyempurnakan kefahaman politik Islam sebenar dan berhasil menterjemahkannya dalam gelanggang politik negara.

Justeru, ahli-ahli wajar memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang sudah pun diterima menjadi presiden dan Timbalan bagi satu lagi penggal, tanpa bertanding.

Namun ada juga pihak menganggap Muktamar ke-67 parti itu di Terengganu Sabtu dan Ahad ini akan menjadi sesuatu yang getir kerana mereka berasa terkilan dengan cara gaya politik yang digunakan pemimpin yang dikatakan melacuri perjuangan politik PAS.

Memang benar PAS kini bukan lagi parti Melayu-Islam sebelum era pandemik Covid-19 melanda hampir dua tahun lalu.

PAS kini komponen utama dalam kerajaan hari ini. Malah ia memiliki kuasa pengimbang dalam memelihara kerukunan dan keutuhan politik Malaysia. Ia sudah jadi “broker” dan ahli keluarga utama kerajaan yang memerintah.

Justeru ada pihak dalam PAS sendiri ragu pendekatan politik yang dibawa oleh Hadi dan beberapa pemimpin PAS yang diberi mandat untuk menduduki Kabinet Malaysia dan jawatan berpengaruh dalam beberapa kerajaan negeri.

Tambahan pula, dalam muktamar kali ini pemilihan barisan kepemimpinan baharu akan berlangsung secara hibrid di mana bukan semua perwakilan dapat bersidang secara bersemuka dan hanya mampu menyertai proses pemilihan secara maya.

Pengalaman ramai pemimpin yang tidak berpuas hati dengan beberapa teori konspirasi hingga ada ahli dan pemimpin meninggalkan PAS dan kemudian menubuhkan Amanah dikhuatiri akan berulang.

Bagi menghindari kebarangkalian ini, keluhuran dan kewibawaan proses pemilihan kali ini mungkin dipertikaikan. Lantas para pemimpin PAS harus bersedia untuk bersilat meyakinkan ahli bahawa proses ini berjalan secara syarie sepenuhnya.

Ada juga pemikir yang berpengaruh dalam PAS yang kurang senang tuduhan PAS mutakhir ini berakhlak persis pelacur politik. Ia bermula dengan hubungan intim dengan Umno atas alasan memperkukuh perpaduan Melayu-Islam dalam Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun pucuk pimpinan PAS kemudian dilihat berselingkuh pula dengan pengkhianat yang melompat dari PKR bersama beberapa petualang Umno ke Bersatu untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Gelagat PAS ini mengganggu iman sesetengah ahli dan pemimpinnya apabila ada pihak menuduh tindak tanduk PAS itu seakan akhlak entiti pelacur.

Keraguan ini mula bercambah apabila dalam pilihan raya Melaka yang akan berlangsung bulan ini, PAS dilihat meninggalkan Umno dalam rundingan dengan Bersatu mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi.

Ramai ahli PAS yang yakin akan keluhuran perjuangan PAS. Mereka percaya keberadaan mereka dalam PAS satu jihad. Namun bila PAS mula “bersalin tikar” dan berpacaran dengan janda-janda politik Umno dan PKR, keimanan politik mereka jadi goyah.

Jika tuntutan penjelasan tentang taktik politik pimpinan PAS yang menyarung jersi Machiavelli dalam arena politik Malaysia kerana sudah mula kecanduan kuasa selepas menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), tidak mustahil ada yang sedia bermufarak dari Jemaah PAS.

Adalah menarik memerhatikan cara Hadi dan konco-konconya melayani ahli-ahli PAS yang mula ada syak dan waham terhadap perilaku politik PAS kini.

Adakah muktamar kali ini akan menjadi kempen raksasa mentarbiyah semula ahli bahawa tahaluf siyasi PAS kini patuh Syariah?

Atau, muktamar hibrid PAS ini akan meresapi politik pragmatisme ‘matlamat menghalalkan cara’

Mana suara DAP bila Mahathir terima 13 Ahli Parlimen Umno? soal PKR


Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Pengerusi Bersatu, menerima bekas ahli Umno ke partinya pada Februari 2019.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR menyelar DAP atas ketidakhadiran pemimpin parti itu pada sidang akhbar Pakatan Harapan (PH) ketika mengumumkan calonnya bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Ia susulan seorang pemimpin DAP meluahkan “rasa tidak puas hati” parti itu terhadap tindakan PKR dan Amanah menerima dua bekas wakil rakyat Umno sebagai punca pemimpinnya tidak menghadiri acara berkenaan.Terbaru, pemimpin PKR yang enggan dinamakan itu berkata: “PKR dan Amanah masing-masing mengambil seorang bekas ADUN Umno dan DAP ‘tidak gembira’. Tetapi manakah rasa tidak puas hati DAP apabila Mahathir Mohamad menerima 13 Ahli Parlimen Umno masuk ke Bersatu dan PH?”

Kata-katanya itu merujuk kepada peralihan Ahli Parlimen Umno memasuki meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum lalu, sebelum menyertai Bersatu yang ketika itu sebahagian daripada pentadbiran Pakatan Harapan.

Pemimpin DAP lantang menentang penerimaan mana-mana bekas empat ADUN yang mencetuskan kejatuhan kerajaan negeri Melaka.

Hari ini, Pengerusi PH Anwar Ibrahim mengumumkan pencalonan dua daripada empat mereka, iaitu Idris Haron dan Nor Azman Hassan.

Majlis pengumuman calon hanya dihadiri Anwar yang juga Presiden PKR serta dan rakan sejawatannya dari Amanah, Mohamad Sabu, manakala kelibat pemimpin DAP tidak kelihatan.

HARI HARI HENTAM DAP- BAB LAWAN KECUT



JAMZURI ARDANI


Musuh-musuh politik PAS dalam PRN Melaka:

PAS lawan Umno - 7 kerusi
PAS lawan Amanah - 5 kerusi
PAS lawan PKR - 2 kerusi
PAS lawan DAP - 1 kerusi
PAS lawan MCA - 1 kerusi
Sebelum ni bukan main hari-hari sembang pasal nak lawan DAP kunun ... cesss!!!

PAS DOAKAN UMNO KALAH UNTUK MENGAJAR UMNO? UMNO, TOLONG TARBIYYAH PAS...


Memang lawak. Parti yang dapat telur pada PRU14 yang lalu ingin mengajar Umno. Mengapa Pas marah sangat kepada Umno? Apa yang Umno telah buat pada Pas sehinggakan lebai katik ini mendoakan kekalahan Umno di PRN Melaka?
Umno telah pelawa Pas untuk bersama Muafakat Nasional. Mengapa Pas tolak dan pilih untuk bersama Bersatu dalam PN? Patutnya Umno yang marah kepada Pas bukan sebaliknya. Tapi Pas mana pernah mengaku salah. Pas sentiasa betul sokmo.
Kita akan lihat dalam PRN Melaka nanti, siapa yang dapat telur dan hilang deposit. Umno atau Pas? Umno wajar tarbiyyah Pas erti persahabatan. Umno perlu beri pengajaran kepada Pas agar jangan suka bermain dua kolam seperti kegemaran lebai berbini dua.
Kami dalam PH kenal lama perangai Pas ini. Kami gagal tarbiyyah Pas. Kami cuba untuk beri tazkirah kepada Pas agar tidak sesat dan tidak mudah melacurkan diri dalam politik. Malangnya kami gagal. Kami simpati dengan Pas. Harap Umno boleh tarbiyyah Pas dalam PRN Melaka kali ini.
WFAUZDIN NS

May be an image of text that says "Mokhtar Dup 1h Follow Kalau tanyakan saya apakah saya sygkan MN? Wallahi saya jawab saya sygkan MN, kerana pembinaannya berteraskan ruh persaudaraan Islam. Namun dlm PRN Melaka saya merasakan UMNO Perlu kalah untuk UMNO benar2 memahami erti persaudaraan dan kepentingan AGAMA, NEGARA, dan UMMAH. Mudahan2 kekalahan UMNO di Melaka akan banyak mengajar POLITIK JUJUR dan BERSIH kepada UMNO. Oleh itu semua pengundi PAS perlu menjadi guru Politik kepada UMNO. UMS Kuala Trengganu 6.11.21"