MENTERI HANYA SIBUK JAGA JAWATAN

 Image may contain: text that says "ECONSAVE FARM FRESH EGG GRADEB 9.40 1TRAY ECONSAVE ES GRADE C F/EGGS 30S 8.70 TRAY ECONSAVE FARM FRESH EGG GRADE D RM 7.99 TRAY NEISIE"


IBRAHIM MAT ISA

Menteri hanya sibuk jaga jawatan takut direbut seteru politik. Isu besar negara cuma lontaran kata manis supaya rakyat tak bising dan turun berdemo.

Sementara bala Covid19 pula dijadikan perisai pelindung bagi menteri mengelak kecaman supaya hati rakyat tak gundah gulana.

Aku melihat dari sudut keperluan dan keselesaan rakyat semasa kerana tak semua rakyat minat dengan politik, malah dari temubual hanya meluahkan perasaan hampa dan menyampah mereka.

Harga barangan pengguna misalnya, tidak kedengaran langsung kenyataan menteri terbabit menyentuh isu kenaikan harga yang melonjak ketika ini.

Rasanya rakyat rata-ratanya sudah seperti Zombie. Tidak tahu ke mana hala nak lontarkan luahan perasaan dengan politik bosan dan muak sementara taraf ekonomi hanya berkisar keliling roundabout. Penyimpan KWSP masih teriak teriak tak reti melawan untuk keluarkan sedikit simpanan membantu kekeringan.

Bagaimana keadaan Malaysia tahun 2021 yang tidak berapa hari lagi menjelangnya. Semakin baik atau bungkus ikat tepi?

 

PH GUNA TITAH SULTAN UNTUK PUJUK UMNO BERGABUNG DI PERAK?

Lagi 20 hari kita akan mencapai 100 ribu kes...

 

1,012 kes, jangkitan tertinggi di Selangor, empat kematian

1,012 kes, jangkitan tertinggi di Selangor, empat kematian

8 Dis 2020


Kes baru penularan wabak Covid-19 terus mencatatakan empat angka dengan 1,012 lagi kes dicatatakan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 75,306 kes dengan kes aktif sebanyak 10,862.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Selangor terus mengatasi negeri-negeri lain dengan 412 kes. Ini diikuti oleh Sabah dengan 271 kes, dan Johor 108.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut:- Kuala Lumpur (98), Pahang (33), Perak (29), Negeri Sembilan (23), Pulau Pinang (18), Kedah (10), Sarawak (2), Kelantan (2), Putrajaya (1).

Sementara itu, Labuan, Melaka, Terengganu dan Perlis, masing-masing tidak mencatatkan sebarang kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini.

“Pertama, kluster Seruling yang melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling di di Selangor.

“Kedua kluster Tapak Bina Darul di daerah Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor; serta daerah Seremban di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Kluster Teratai yang dikaitkan dengan syarikat sarung tangan Top Glove sahaja pada hari ini telah melaporkan sebanyak 78 kes iaitu kluster dengan kes tertinggi dan ini dikuti dengan kluster Batu Tujuh (52 kes) dan Kluster Ria (30 kes).

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 207 kluster termasuk empat yang tamat pada hari ini iaitu kluster Melati, kluster Kempas, kluster Titir dan kluster Tempayan.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 185 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, daripada keseluruhan 1,012 kes terbaru hari ini, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat sebanyak 1,750 kes pulih Covid-19. Dengan perkembangan itu, katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 64,056 atau 85.1 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19," katanya sambil menambah bahawa semua mangsa adalah dari Sabah.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 388 kes atau 0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

 

YANG MENGELEWO BERSATU, PAKATAN HARAPAN TETAP TEGUH



“Kuasa terakhir adalah pada Perdana Menteri, namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung kepada UMNO. Muhyiddin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO, melihat begitu saja babak Timbalannya dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu dirampas satu persatu,” kata Adly dalam kenyataannya di Facebook. Kerajaan PAKATAN HARAPAN yang dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum lalu digulingkan melalui Langkah Sheraton.

RENTASAN 784 | TIADA KEMASUKAN PELABUR ASING, MALAYSIA BAKAL JAUH KETING...

ANNUAR MUSA ADA AGENDA SEBALIKNYA

 

LOKMAN ADAM

Sekarang baru saya faham kenapa Annuar Musa beria mempertahankan Muhiyiddin Yassin. Rupanya ada projek rundingan terus yang bernilai berbillion ringgit dibawah Central Spine Road. Projek Membina dan Menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan, Pakej 2C & 3A. Patutlah Annuar Musa berangan nak tanding Presiden UMNO


PAS TAK DERHAKA SULTAN, SULTAN RELEKS SAJA KATA PEGAWAI KHAS PESURUHJAYA PAS PERAK


Sahih nampak tak cerdik..tu EXCO  PENDIDIKAN malu warga pendidik.


Image may contain: 2 people, text that says "PAS batal menghadap Sultan Perak atas arahan pucuk pimpinan PAS HARIAN, BERITAHARIAN.8/12/20 8/12/20 PAS DERHAKA TITAH SULTAN! PAS menganggap arahan pimpinan lebih tinggi daripada titah raja melayu, PAS menghina institusi Raja Melayu!!! GU TAZI"

TARMIZI MOHD JAM

Boleh pulak pegawai Razman Kastam kata, Sultan pun Relex jer tak sebut apapun.... Eh macam dia balas whatsaap member dia sebab tak datang lepak kedai mamak... Macam tu cara pegawai Exco menjawab.. bagi lah kenyataan rasmi..Kalau macam ni gaya kepimpinan PAS, hancur Negara.. agaknya inilah gambaran Kelompok Ruwaibidhah.

Ni nak habaq.. Sultan Perak adalah sultan yg adil dan bijaksana.. Dia memang tak masuk campur urusan Politik walau dia jauh lebih faham tentang Politik..Politik adalah urusan Politik..  Sultan berada diatas Politik..Payung kepada rakyat.

Pasai Sultan Perak ni takkan senang2 keluar kenyataan murka sana sini...nak jumpa perkataan murka pun payah.. nak komen pasai papan tanda ker.. pasal hari ini masak menu resipi apa ker...Update facebook ngan Twitter ker.. komen pasal bola ker.. Itu bukan lah Sultan Perak... hat lain tak tau lah... Sebab Sultan Perak ni keturunan cerdik pandai.

hatta dulu masa Pengikut PAS dok demo depan Istana..Baring depan kereta Sultan..Baling batu depan istana iskandariah..bertempur dengan FRU.. Sultan pun Perak pun releks jer masa tu..Masa tu, bila Nizar sembah Derhaka pun..Sultan Perak releks jugak.

yg bising masa tu UMNO dgn Pekida, termasuk geng Mubin SU Peja hari ini masa tu masih jadi geng UMNO...Masa tu Sultan punya tunggu lama dalam ruang menunggu sebab samseng UMNO heret speaker Sivakumar keluar dewan.. takdalah keluar kenyataan Sultan Perak Murka pun.

Bila Sultan Perak tak keluar titah..Memang itulah Sultan Perak..Dia diatas Politik.. Sultan Perak hanya titah pada tempat sepatutnya... Tapi itu bukan lah lesen nak kurang ajar... Ni masalah bila Lebai naik junjung.. baru dapat kuasa entah apa apa lain macam dia punya lagak.


Ipohmali



ISTANA TAK PANGGIL PAS KOT ???

 AHMAD MUNIR

Pas ada 3 kerusi jer kat perak. Cerita yang betul ialah kemungkinan besar payung kuning panggil semua ketua parti mengadap kecuali parti pas. So, untuk elak rasa malu, pas buat-buat la cerita mereka tak nak datang mengadap. Siapa berani nak lawan payung kuning? Nak kena buang negeri? 

Image may contain: 1 person, text that says "B SIRNAM Bernama TV 4m PAS batal menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, lpoh 3 petang ini atas arahan pucuk pimpinan Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria BERNAMA"

AMPOO BROTHERS

 No photo description available.

KEPIMPINAN MASA DEPAN BERSATU?

 Image may contain: ‎3 people, ‎including Nordin Belang Tarung, ‎text that says "‎KEPIMPINAN BERSATU MASA HADAPAN Ø® HARAPAN MELAYU & #PERIKATANNASIONAL ISLAM‎"‎‎‎

BOLEH JUGA BERNAFAS YA DALAM ZAMAN PH NI

 IBNU UMAR AL JARRAH

No photo description available.



Alhamdulillah rejeki ..

Rezeki untuk syarikat UMNO yang beralamat di Bangunan UMNO Nismilan .

Zaman PH dulu mana UMNO dapat merasa projek² kroni nih . Semua kena tapis..

Kontraktor payah nak cari makan .

Kroni² pun lapar jugak yedak ?

Alhamdulillah syukur ..

Dengan tumbangnya Pakatan Harapan melalui pengkhianatan BERSATU , UMNO pun dapat bernyawa balik .

Bak kata mamat Armada sekor dulu tu ,

" Najib kan dah jatuh , nak apa lagi ?? "

Kan best kalu mamat Armada tu masuk tournament boxing sama kelas berat dengan abam hurmm Description: 😌

PH TAK PANDAI ANIAYA RAKYAT PUN

 

IBRAHIM MAT ISA


Aku benci kerajaan PH dulu tanpa banyak sebab pun.

PH tak pandai aniaya rakyat. Harga minyak ni masa PH RM16.40.

So, kalau siapa nak jadi kerajaan tadbir Malaysia, wajib menzalimi rakyat, barulah disokong walaun dan macai. Faham kan?


 


UMNO MULA RASA TERSEPIT, KERAJAAN BARU DI PERAK MASIH TEKA-TEKI


Jatuhnya Ahmad Faizal Azumu atau Peja sebagai Menteri Besar Perak berikutan gagal dalam undi percaya di Dun Perak semalam adalah agenda yang memang dirancang oleh UMNO.


Secara mudahnya tindakan itu ialah kerana UMNO dengan jumlah kerusi terbanyak dalam Dun Perak iaitu 25 kerusi, mahukan jawatan Menteri Besar Perak itu menjadi milik mereka.


Sebab itu, Speaker Perak yang merupakan pemimpin UMNO tiada halangan membenarkan usul tersebut.


Lebih daripada itu, Abdul Manaf Hashim, Adun Pengkalan Hulu yang mengemukakan usul percaya dan disokong oleh Adun Kenering, Tarmizi Idris, akhirnya kedua-dua Adun UMNO berkenaan bertindak menolak usul yang mereka bawa dan sokong itu.


Barangkali ini merupakan pertama kali berlaku dalam dunia di mana seseorang yang membawa usul dan penyokongnya bertindak menolak usul yang mereka sendiri bawa dan sokong.


Ternyata di sini usul tersebut yang pada mulanya digambarkan seolah-olah untuk mengesahkan kedudukan Peja sebenarnya adalah bertujuan untuk membuang beliau.


Daripada satu segi, UMNO memang berjaya dalam perancangannya untuk menjatuh dan menggulingkan Peja, rakan sendiri dalam kerajaan yang mereka setuju sertai bersama dengan Bersatu.


Tetapi, setelah berjaya dalam usaha itu, UMNO kini seolah-olah tersepit untuk memastikan mereka benar-berjaya berjaya membentuk kerajaan dan menduduki kerusi Menteri Besar.


Walaupun UMNO memiliki 25 kerusi daripada keseluruhan 59 kerusi Dun di Perak, ia belum lagi memenuhi syarat majoriti untuk membentuk kerajaan.


Dengan Bersatu ada 6 kerusi dan Pas ada 3 kerusi, UMNO masih memerlukan sokongan kedua-dua parti itu.


Sementara Bersatu belum dipastikan pendirian mereka, Pas lebih awal membuat keputusan tidak akan menyertai kerajaan baru yang bakal dibentuk UMNO nanti.


Dalam hal ini, Pas jelas kecewa dan tidak dapat menerima tindakan UMNO menjatuhkan Peja yang pada hakikatnya pada anggapan mereka adalah perbuatan menikam rakan sendiri.


Oleh kerana Pas adalah komponen PN bersama Bersatu, pendirian parti itu enggan menyertai kerajaan negeri Perak tidak mustahil turut memberi kesan kepada kelangsungan Muafakat Nasional selepas ini.


Tambahan lagi, Pas juga melihat jatuhnya Peja di Perak seolah-olah wujudnya kebersamaan sehati sejiwa antara UMNO dan PH, khususnya DAP yang memiliki 16 kerusi turut sama menolak usul percaya itu.


Maka, ini mungkin menjadi alasan terbaik untuk Pas terus mengukuhkan kedudukannya bersama Bersatu dalam PN dan melupakan UMNO serta MN.


Dalam beberapa perkembangan lain pula, Pas jelas lebih selesa bersama Bersatu dan menyokong Muhyiddin Yassin berbanding UMNO, musuh tradisinya sejak puluhan tahun lagi.


Sebab itu, kini tampil beberapa pemimpin UMNO yang pantas menyeru agar kerajaan PN terus dikekalkan di Perak, di sebalik tindakan mereka menjatuhkan Peja.


Kata mereka, yang berubah hanyalah pemegang jawatan Menteri Besar daripada Bersatu kepada UMNO, tetapi kerajaan PN hendaklah terus dikekalkan.


Selain Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan yang paling awal membuat seruan itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan juga meminta Bersatu agar berjiwa besar menerima perubahan di Perak itu.


Kata beliau, sebagaimana UMNO berjiwa besar menerima Muhyiddin sebagai Perdana Menteri walaupun kerusi Parlimen UMNO lebih banyak daripada Bersatu, kali ini Bersatu juga harus berjiwa besar menerima UMNO menduduki kerusi Menteri Besar Perak.


Begitu pun, daripada kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin, parti itu memang kecewa dan tidak dapat menerima tindakan UMNO itu.


Logiknya, memang tidak mudah untuk Bersatu menyokong UMNO di Perak kerana bagi mereka ia adalah perbuatan khianat, gila kuasa dan seperti bubuh racun dalam cawan untuk bunuh kawan sendiri.


Menjadi penantian kini ialah apakah Bersatu sedia kembali bersama UMNO setelah mereka dikhianati?


Bagaimana jika Bersatu enggan memberi sokongan kepada UMNO, sebaliknya kembali memberi sokongan kepada PH yang memiliki 24 kerusi?


Atau mungkinkan UMNO yang memiliki 25 kerusi akan bersama dengan PH yang mempunyai 24 kerusi untuk membentuk kerajaan baru dengan kedudukan paling kukuh iaitu 49 kerusi atau majoriti 3/4? (Shahbudindotcom 05/12/2020)


PERAK - PH BUKTIKAN UTAMAKAN RAKYAT BUKAN POLITIK



Biarpun bermacam tuduhan ke atas PH, terutamanya terhadap Dap oleh Umno, namun PH di Perak sentiasa terbuka dan berlapang dada untuk bekerjasama dengan sesiapa pun asalkan rakyat dijadikan keutamaan.  


Atas faktor itulah maka PH Perak sanggup membantu Umno untuk menurunkan Peja sebagai MB Perak kerana PH Perak kenal siapa Peja apatah lagi Peja ini datangnya dari PH yang khianat.  Mana mungkin seorang pengkhianat boleh memberikan kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat?  Maka, Peja wajib disingkirkan.  Rakyat Perak berhak untuk memiliki pemimpin iaitu MB dari PH atau dari Umno, tetapi jangan paksa mereka untuk memiliki seorang MB yang khianat.  


Setelah tugas menjatuhkan Peja dari Bersatu yang khianat ini selesai, sekaligus membantu Umno untuk melihat Peja tersungkur di dalam Dun Perak, maka PH telah melaksanakan tugasnya dengan baik.  


PH Perak tidak perlukan Umno untuk membalas jasa mereka dengan bersama membentuk kerajaan negeri di Perak. PH Perak bukan gila kuasa dan jawatan, bahkan sejarah membuktikan bahawa kuasa yang ada pada kami pun dirompak dan dikhianati. Apakah itu pengakhiran kami?  Tidak.  Soal Umno membentuk kerajaan di Perak dengan menggantikan MB dari Bersatu dan memilih untuk bersama dengan PN di Perak, itu soal lain.  Apakah PH rugi memberikan kerjasama kepada Umno?


Tidak.  Tanpa ada kerjasama maka Peja akan kekal sebagai MB di Perak.  PH tidak sanggup melihat rakyat Perak dipimpin oleh Peja. Apakah Umno beruntung dengan kerjasama yang diberikan oleh PH ini?  Ya.  Umno dapat menjadi MB di Perak.  


Meskipun Umno tetap memilih Bersatu dan Pas sebagai rakan membentuk kerajaan di Perak, dan meninggalkan PH, namun PH Perak harus diberikan pujian. Pertama,  mereka telah buktikan bahawa PH adalah parti yang terbuka dan sentiasa berlapang dada untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat.  Kedua, PH telah membuktikan bahawa hakikatnya Dap bukan penghalang jika mahu bekerjasama.  Ketiga, suara2 yang lantang sebelum ini termasuk dari beberapa pimpinan pro atok dalam PH yang fobia bila dikatakan Anwar akan mendapat sokongan dari beberapa MP Umno, kini suara itu boleh dilenyapkan.  


Jika PH (Keadilan, Dap dan Amanah) di Perak boleh bekerjasama dengan Umno secara "enbloc" untuk jatuhkan Peja Timbalan Presiden Bersatu yang khianat itu, apakah berdosa besar Anwar mendapatkan sokongan daripada individu (bukan "enbloc") dari beberapa MP Umno dan dari parti lain untuk menjatuhkan Muhyiddin Presiden Bersatu yang khianat itu?  


Soalan itu jangan ditanya kepada Mahathir serta pemuja2nya.  Pasti mereka menolaknya.  Apa jua kaedah untuk memberikan laluan kepada Anwar menjadi PM, pasti ditolak oleh Mahathir dan kuncu2nya.  Mahathir akan kata semua keburukan Umno, walhal dia lupa sewaktu dia jadi PM kerajaan PH, dia bukan sahaja dapatkan sokongan, bahkan menarik masuk ramai MP Umno untuk sertai partinya sekaligus bersama PH.  Paling teruk, mereka yang dibawa masuk itu ada yang memiliki beberapa kes dan mereka diselamatkan. Waktu itu, siapa dalam PH yang berani bersuara seperti suara mereka terhadap Anwar sekarang?


Jika PH Perak boleh bantu Umno untuk dapatkan Perak dan jatuhkan Peja,  apakah mustahil beberapa MP dari Umno secara individu akan menyokong usaha Anwar Ibrahim untuk turunkan Muhyiddin di Putrajaya pula?  Bukan mengharap tetapi bukan mustahil.  


Kalau bukan hari ini, esok.  Kalau bukan esok, lusa.  Kalau tidak minggu ini, minggu depan, kalau bukan minggu depan, bulan depan, yang pasti pengkhianat tidak akan kekal lama.   Muhyiddin pasti dijatuhkan.  Lawan tetap lawan !!  


WFAUZDIN NS




BERSATU AKAN JADI BAHAN KETAWA DUNIA JIKA SANGGUP TERIMA MB UMNO

 

Walaupun UMNO dilihat berjaya menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja melalui tipu daya usul undi percaya, tetapi laluan untuk parti itu menduduki kerusi Menteri Besar Perak tidaklah semudah yang diimpikan.

Benarlah kata orang tua-tua – meroboh lebih mudah daripada membina sebuah bangunan.

Di sebalik UMNO merasakan dengan jatuhnya Peja, mereka dengan mudah dapat merampas kerusi Menteri Besar itu, laluan kini terlihat masih lagi buntu dan berliku.

Dengan UMNO hanya mempunyai 25 daripada 59 Adun keseluruhannya, keinginan parti itu agar kerajaan PN terus dikekalkan bermakna mereka masih memerlukan sokongan 5 Adun Bersatu dan 3 Adun Pas untuk merealisasikannya.

Sehingga ini, walaupun Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan nama Sharani Mohamad sebagai calon Menteri Besar, Bersatu dan Pas masih lagi enggan menentukan sokongan mereka.

Bersatu dilaporkan belum lagi membuat keputusan sama ada mahu menyokong atau tidak dan diberitakan, Setiausaha Agung parti itu, Hamzah Zainuddin telah diberi mandat untuk mengumpul maklumat dan seterusnya mencadangkan keputusan yang muktamad.

Peja sendiri memaklumkan pihaknya masih belum memohon untuk mengadap Sultan Perak berhubung isu perlantikan Menteri Besar.

Senada dengan Bersatu, Pas pula mengambil keputusan menangguhkan majlis mengadap tiga Adunnya terhadap Sultan Perak yang dijadual petang tadi.

Pembatalan majlis mengadap itu dimaklumkan atas arahan pucuk pimpinan Pas.

Dalam erti kata lain, Bersatu dan Pas kini benar-benar sudah menunjukkan kesepakatan mereka dalam isu perlantikan Menteri Besar ini.

Sama ada mereka akhirnya bersetuju atau menolak kerajaan baru yang dipimpin UMNO, hanya masa menentukannya.

Yang pasti, selagi tiada persetujuan Bersatu dan Pas, selagi itulah kedudukan Sharani masih tergantung dan mungkin juga beliau turut tidak lena tidurnya memikirkan sama ada jawatan Menteri Besar dapat didakapnya atau terlepas sekali lagi seperti sebelum ini.

Ini kerana UMNO tetap mahu kerajaan PN terus dikekalkan mentadbir Perak, sedangkan Peja yang dijatuhkan sebelum ini pun mewakili kerajaan PN juga.

Hasrat UMNO bahawa hanya Menteri Besar yang diganti dan bukan kerajaan PN yang perlu ditukar, meski nampak senang untuk disebut, realitinya tidaklah mudah untuk diterima khususnya bagi Bersatu dan Peja sendiri.

Bersatu tentu saja akan dilihat tiada harga diri, memalukan, malah diketawakan semua orang jika sekiranya masih sanggup bersama dan menyokong Menteri Besar daripada UMNO yang sebelum itu bertindak menjatuhkan pemimpinnya daripada jawatan Menteri Besar.

Tidak pernah dalam sejarah ada orang bertindak menjatuhkan rakan sendiri dalam kerajaan melalui usul undi percaya yang dibentangkan.

Biasanya, usul undi percaya, jika dikemuka oleh rakan sendiri, ia adalah bertujuan untuk mengesahkan kedudukan seseorang agar tidak lagi dipertikaikan di kemudian hari.

Sebaliknya, UMNO Perak membawa usul undi percaya adalah sebagai tipu daya untuk menjatuhkan Peja.

Difahamkan, melalui usul undi percaya itu, bukan saja Peja dan Bersatu kena tipu, malah Pas pun kena auta sekali dengan UMNO.

Maka, siapa pun jika dalam kedudukan Bersatu, pasti akan mengambil keputusan berkerat rotan dan berpatang arah andai diperlakukan sedemikian rupa.

UMNO yang menjatuhkan Peja mungkin senang untuk mengatakan “marilah kita bersatu semula” tetapi Bersatu yang dikhianati tentu saja hati mereka sudah hancur berkecai dibuatnya.

Kalau UMNO pun dikhianati seperti itu, belum tentu ia sanggup berbaik dan duduk semeja kembali.

Kecuali jika Bersatu benar-benar sudah tiada harga diri dan sanggup ditertawakan dunia, barangkali bersedialah mereka menyokong Sharani sebagai Menteri Besar baru, seterusnya berada pula di bawah kekuasaan UMNO yang menjatuhkan mereka sebelumnya.

 (Shahbudindotcom 08/12/2020)




JUMPA RANCANG APA TU?

 

IBRAHIM MAT ISA

Dia tu, kalau pergi jumpa dia tu..

Memang merancang kejahatan!

Dia punya sejarah

hebat

, tebuk atap 

 

Image may contain: people sitting and indoor, text that says "Patutlah @PASPusat taknak mengadap Baginda Sultan Perak, rupanya ada komplot tanpa melibatkan UMNO di Putrajaya!! Translate Tweet 3:47PM-08/12/2020 Twitter for Android"

SPEAKER ROBOT ?





Di Parlimen pagi ini. Bila MP dari PH (Jelutung) tanya Speaker, mengapa tidak dinaikkan usul undi percaya atau tidak percaya kepada PM di Parlimen agar dapat dipastikan keabsahan Muhyiddin sebagai PM? Apa jawab Speaker?

Jawapan paling low class oleh Speaker, iaitu, beliau tiada kuasa. Kena tunggu menteri arahkan, katanya. Kita ada Speaker robotkah?

Menteri mana mahu PM yang melantiknya dan kerajaannya itu tumbang? Cuba Speaker beritahu, boleh?

Patutlah geraf negara kita menjunam teruk walaupun kerajaan ini paling ramai menteri dari kalangan negara di Asia. Rakyat terus menderita jika kerajaan seperti ini terus memerintah.

WFAUZDIN NS

 

KERAJAAN JUAL WALAU TAHU DIBAWAH PARAS HARGA DAN MENTERI AGAMA TIDAK LAYAK DISITU

 HAMDAN TAHA

Saya sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini. Hilang

Sebentar tadi di dalam parlimen, YB Baling DS Azeez Rahim telah mendedahkan sepucuk surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Surat ini mendedahkan bahawa kerajaan telahpun bersetuju bagi membenarkan penjualan lebih 6,500 hektar ladang di Sarawak kepada syarikat non bumi (yang dimulakan prosesnya pada zaman PH) dengan dua syarat:

1. Harganya RM170 juta

2. Ekuiti 30% Bumiputera dalam tempoh setahun selepas penjualan.

I mean, how ignorant can you be Tok Pa? How naive can you be Dr Zul?

Syarat apa benda macam ni? Kita semua tahu harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga belian lama (+-RM250juta) dan harga penilaian pertama JPPH (RM224juta). Tapi kita jual juga.

Kita semua tahu bahawa dengan penjualan ini maka hutang RM247 juta terpaksa dihapuskira. Tapi kita jual juga

Kita semua tahu ladang-ladang ini sedang menghasilkan keuntungan kerana kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) ke paras RM3500 per tan berbanding RM1900 pada zaman PH. Tapi kita jual juga

Kita semua tahu 30% ekuiti Bumiputera itu boleh dibuat senang-senang melalui lantikan proksi. Tapi kita jual juga

Dan kalau dalam masa setahun ini proksi tidak dapat dilantik bagi memenuhi syarat 30% tu, apa Tabung Haji boleh buat? Ambil balik tanah kemudian nak bayar balik Tamaco dengan apa? Sedangkan hasil sawit telah dikutip berganda.

Bodoh sangat ke kita?

Penjualan ini daripada dulu hingga sekarang adalah antara isi tentangan UMNO dan PAS ke atas PH. Membenarkan penjualan ini bukan saja bukti PPBM gagal menjaga aset umat Islam, tetapi tiada rasa hormat ke atas sensitiviti rakan kongsi.

Kalau benar perlu dijual sekalipun. Maka ia mesti create value (cipta nilai) dan memberikan pulangan munasabah kepada Tabung Haji. Ini basic common sense.

Dan kepada Dr Zul. Maaflah.

Tak perlu hairan macammana YB Baling yang tiada apa-apa kuasa boleh lebih tahu daripada kerajaan hari ini. Itu sebenarnya bukti kakitangan kerajaan lebih percaya kepada mereka berbanding tuan-tuan semua pak menteri.

Nak jadi menteri agama, bukan sekadar perlu faham Quran dan hafal hadith. Tetapi mesti juga mahir dalam ilmu pentadbiran, dasar ekonomi umat, kompleksiti undang2 serta geopolitik dunia.

Kalau fokus tu lebih kepada tulis buku, ulas hukum hakam, terjemah kitab, bagi kuliah, beri bantuan kebajikan, maka kembalilah ke kerusi mufti.

Tuan lebih layak di sana.

---

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

 


Tubuh Kerajaan segera, ketepikan fahaman politik kepartian

 Tubuh Kerajaan segera, ketepikan fahaman politik kepartian

Pemuda AMANAH Perak mengikuti perkembangan politik Perak dengan rasa penuh bimbang apabila semua pihak khususnya parti-parti politik masih memikirkan survival politik masing-masing daripada kepentingan rakyat.

Sejak usul undi percaya terhadap YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu ditolak pada Jumaat lalu dan menyaksikan beliau terpaksa meletakkan jawatan, keadaan politik menjadi tidak menentu di negeri ini.

Kami ingin mengingatkan bahawa, kebanyakan negeri-negeri dan di persekutuan, pembentangan dan perbahasan Belanjawan untuk 2021 telah dan sedang berjalan tetapi di negeri Perak, kita terpaksa menunggu kepimpinan baharu dibentuk sebelum Belanjawan ini dapat dibentangkan.

Dengan baki tinggal beberapa hari lagi sebelum kita masuk ke Tahun 2021, rakyat negeri Perak masih belum tahu apa perancangan untuk negeri dan program kepada mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh sukar menghadapi kesan pandemil Covid-19 ini.

Pemuda AMANAH Perak ingin menyeru kepada semua pihak khususnya parti-parti politik agar segera menyelesaikan kemelut ini dan segera membentuk kerajaan di negeri ini agar pentadbiran dan khidmat kepada rakyat diutamakan.

Segala pilihan dan formula terbaik yang ingin dicapai bagi membentuk kerajaan seharusnya mengenepikan segala pertimbangan politik kepartian yang memberi kesan kepada pentadbiran negeri.

Justeru, sekiranya penjajaran baru merupakan pilihan terbaik untuk memastikan pentadbiran negeri ini stabil dan boleh membawa manfaat kepada rakyat, parti-parti politik yang terlibat seharusnya berlapang dada dan segera mengambil langkah tersebut demi memastikan kebajikan dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat negeri ini dapat terus dilaksanakan.

KHAIROL NAJIB HASHIM

Ketua Pemuda
AMANAH Negeri Perak

Terkini! Parti Lebai ikut arahan pimpinan untuk tidak menghadap Sultan Perak



Terkini! Pas ikut arahan pimpinan untuk tidak menghadap Sultan Perak

PAS hari ini membatalkan rancangan mereka untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh.

Wakil parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang ini.

Memetik Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Bernama melaporkan keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk pimpinan parti.

Sementara itu sumber dari istana pula memberitahu asalnya PAS dijadual mengadap Sultan Nazrin pada jam 3 petang namun menarik balik janji temu itu dengan alasan mereka mendapat arahan pimpinan tertinggi parti.

Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak


Harits Asyraf Hasnan
Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak
Datuk Seri Annuar Zaini menjawab soalan wartawan di perkarangan Istana Kinta, Ipoh pada Selasa.
IPOH: Tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak yang baharu buat masa ini.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, situasi itu sekali gus gagal meyakinkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk melantik Menteri Besar Ke-14 negeri ini.
“Oleh kerana DYMM (Duli Yang Maha Mulia) masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah dan sehingga DYMM yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.
“Oleh kerana itu, DYMM belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak.
“Kita akan tunggu sehingga mereka sudah bersedia untuk meyakinkan DYMM dan DYMM berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk tubuhkan kerajaan,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pas batal menghadap Sultan Perak
Beliau berkata demikian selepas tiga pemimpin Pakatan Harapan Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi menghadap Sultan Nazrin.
Ia disusuli pemimpin dari UMNO Perak iaitu Pengerusi Perhubungan negeri ini, Datuk Saarani Mohamad dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Jelas beliau, sehingga hari ini (Selasa), tiada mana-mana individu mahupun ahli politik yang memohon untuk menghadap Sultan Nazrin.
“Untuk hari ini, tiada lagi sesi menghadap. Esok pun sama, setakat ini tiada lagi mana-mana pihak yang mohon menghadap Sultan pada esok hari,” katanya.
Beliau pada masa sama turut mengesahkan bahawa ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim ada menghadap Sultan Nazrin pagi tadi, namun tidak diketahui atas kapasiti apa pertemuan itu dilakukan.

PAS INKAR TITAH SULTAN ?

 NIZAM AKA

Ini dah dikira kurang ajar dan derhaka kepada Sultan..Kalau kamu tak suka dengan adat kesultanan yang wujud di Malaysia,bolehlah kamu pilih mana-mana negara yang kamu suka di luar Malaysia untuk kamu dan kluarga kamu tinggal..

Image may contain: 2 people, text that says "Sebelum: B SIENANA BERNAMA @bernamadotcom Selepas: BERNAMA @bernamadotcom Sultan Nazrin titah wakil ADUN Bersatu, PAS menghadap bernama.com/bm/news.phi... PAS batal menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, lpoh petang ini atas arahan pucuk pimpinan Pesuruhjaya PAS Negeri Transiate Tweet Transiate Tweet B BERNAMA @bernamadotcom 2h Sultan Nazrin titah wakil ADUN Bersatu, PAS menghadap bernama.com/bm/news.phi... 12:47 PM. 08/12/2020 Twitter for iPhone 3:02 PM 08/12/2020 Twitter for Phone Kenapa Adun Pas Ini Biadap Sangat Ni? Kalau Ya Pun Hormat Kpd Pucuk Pimpinan Jgn Sampai Sanggup Sanggah Titah Tuanku Sultan Perak.. Kalau Dah Suka Dgn Adat Kesultanan,Mohor Adun Pas Keluar Drp Bumi Msia.."




BILA KENA DIRI SENDIRI UMNO JADI PENGKHIANAT



Katanya, keputusan itu mungkin diambil bagi memastikan Muafakat Nasional (MN) tidak terjejas dan Perak tidak jatuh ke tangan PAKATAN HARAPAN. “Jadi PAS mungkin akan berkompromi untuk memelihara kesepakatan dan MN. Apa pun yang berlaku di Perak kita perlu duduk bersama supaya PAKATAN HARAPAN tidak ambil balik kerajaan negeri itu.



MALAYSIA PERLUKAN PARTI POLITIK YANG BERPRINSIP

 


SYED SADDIQ

4 DISEMBER 2020: "PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu"

6 DISEMBER 2020: "PAS tidak menolak kemungkinan berkompromi dengan pendirian awal parti itu yang sebelum ini tidak berhasrat menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri baharu di Perak."

Dalam masa kurang 48 jam sahaja, PAS sudah berikan dua pendirian yang berbeza perihal pembentukan kerajaan negeri.

Kerana kuasa, prinsip dan pendirian parti pun boleh berubah-ubah asalkan mereka jadi sebahagian dari kerajaan negeri dan persekutuan.

Malaysia perlukan ahli politik yang punya pegangan prinsip, membawa suara rakyat dan sentiasa memastikan kepentingan rakyat itu jadi nombor satu.

Bukannya parti yang boleh berubah-ubah prinsip dalam masa kurang 48 jam.



NAMPAKNYA IMPIAN 42 TRILLION ANGAN ANGAN SAJA KOT

 

saifuddin nasution


Di parlimen pagi ini menteri tenaga dan sumber asli menjawab soalan mp kuantan berkaitan perlombongan REE(rare earth elements).

1. Majlis tanah negara (MTN) sdg merangka SOP darihal penerokaan dan pengeluaran REE

2. MTN tidak pernah keluarkan izin/ kelulusan utk penerokaan atau pengeluaran REE

3. MTN tidak akan beri izin/ kelulusan penerokaan atau penerokaan jika melibatkan hutan simpan.

4. Kjaan negeri hanya boleh keluarkan lesen teroka jika diberi kelulusan oleh kjaan pusat

Jawapan menteri di parlimen pagi ini dengan sendirinya menjelaskan status pengumuman mb kedah berkenaan REE.

#updateREE

 

Rundingan lantik MB Perak baru dibuat secara berprinsip, telus - Anwar

 



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan rundingan gabungan Pakatan Harapan (PH) di Perak untuk melantik Menteri Besar yang baharu perlu dibuat secara berprinsip dan telus.

Beliau menganggap, penyingkiran Ahmad Faizal Azumu adalah satu perkembangan positif di negeri itu.

"Kita memantau perkembangan di Perak dan berbincang dengan kepimpinan negeri di Perak yang merupakan DAP, KEADILAN dan AMANAH.

"Ini adalah perkembangan yang sangat positif kerana sekali lagi ia mencerminkan ketidakcekapan Menteri Besar dan mereka harus mengambil tindakan. Ia adalah permulaan yang baik. Sebab itu, kami membenarkan mereka membuat rundingan," katanya.

Anwar juga berkata, rundingan itu adalah bagi memastikan kerajaan negeri Perak akan diterajui dan ditadbir dengan baik.

"Rundingan berdasarkan prinsip pentadbiran yang baik dan ketelusan. Bagi kami, ini mengenai pentadbiran yang baik.

"Perubahan hanya dapat diterima jika mereka dapat memastikan kestabilan dan komitmen terhadap pembaharuan dan pentadbiran yang baik," katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanyakan mengenai calon sesuai dalam kalangan ADUN UMNO sebagai Menteri Besar baharu, Anwar menyerahkan perkara itu kepada PH negeri Perak.

"Kami belum membincangkan mengenai perkara itu.

"Kami telah membenarkan para pemimpin negeri Perak untuk membuat perbincangan dan memutuskan serta memberi cadangan yang wajar," katanya.

 


PH PELAKON TAMBAHAN WAYANG UMNO PERAK?