68 RIBU PEKERJA PUSAT BELI BELAH BAKAL MENGANGGUR


PM PILIHAN MAHATHIR SEMUANYA PILIHAN YANG SALAH, YANG TAK DIPILIHNYA ITULAH CALON YANG TEPAT

 

Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad sering menyebut beliau adalah seorang yang tidak pandai memilih penggantinya.

Entah kenapa, pilihan pengganti saya selalu saja salah, demikian lebih kurang kata-kata Tun Mahathir.

Beliau menyebut perkara tersebut sebagai merujuk kepada Tun Abdullah Abdullah Badawi yang dipilihnya untuk mengambil alih tempatnya sebagai Perdana Menteri pada 2003 dan kemudian Najib Razak yang diusahakannya untuk menggantikan Tun Abdullah Badawi pada 2009.

Kedua-dua pemimpin tersebut telah dijatuhkan oleh Tun Mahathir sendiri kerana beliau tidak puas hati dengan prestasi mereka, selain kerana tidak lagi memperdulikan kata-katanya setelah mereka berada di puncak kuasa.

Setelah Najib dijatuhkan pada 2018, Tun Mahathir sendiri menjadi Perdana Menteri buat kali kedua bersama PH dan dengan sokongan tidak berbelah bagi oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di dalam penjara.

Setelah Tun Mahathir meletak jawatan dan PH tumbang pada Februari 2020 lalu, jawatan Perdana Menteri seterusnya diisi oleh Muhyiddin Yassin sehinggalah sekarang.

Walaupun Tun Mahathir ternampak kecewa dengan gerakan politik Muhyiddin dan melabelnya sebagai pengkhianat, tetapi beliau juga pernah bersetuju memberi laluan untuk Presiden Bersatu itu mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripadanya.

“Ada kemungkinan beliau dicalonkan (jadi PM). Jika semua pilih Muhyiddin, saya OK,” katanya kepada media pada 27 Februari lalu.


Dalam erti kata lain, sebagaimana Tun Abdullah Badawi yang dipilihnya sendiri untuk menggantikan tempatnya dan Najib yang dinaikkannya selepas itu, berjayanya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri juga adalah melalui pilihan secara tidak langsung oleh Tun Mahathir.

Hari ini, sebagaimana terbukti tindakan Tun Mahathir memilih Tun Abdullah Badawi dan menaikkan Najib adalah pilihan yang salah sehingga beliau terpaksa menjatuhkan kedua-duanya, Muhyiddin juga adalah pilihan salah beliau yang berikutnya.

Malah, Muhyiddin jauh lebih teruk berbanding Tun Abdullah dan Najib di mana hanya dalam tempoh lapan bulan saja kepimpinannya sudah sarat dengan pelbagai masalah, rungutan dan rasa tidak puas hati rakyat.

Sebagaimana dilakukannya terhadap Tun Abdullah Badawi dan Najib, Tun Mahathir juga sedang berusaha menjatuhkan Muhyidddin melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.

Walaupun sehingga ini belum ternampak ada tanda-tanda kejayaan ke arah mengemukakan usul tersebut, namun dunia tahu bahawa Muhyiddin tiada sokongan majoriti berikutan cadangannya mahu mengisytiharkan darurat serta menggantung Parlimen.

Hakikat yang nyata di sini, sebagaimana Tun Abdullah Badawi dan Najib merupakan pemimpin yang bermasalah kepada negara kerana merupakan pilihan yang salah oleh Tun Mahathir, Muhyiddin juga termasuk dalam kategori yang sama lantaran turut direstui oleh oleh Tun Mahathir.

Dalam usaha untuk mengembalikan mandat rakyat dan memberi kestabilan kepada politik negara, Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang dilihat satu-satunya pilihan yang terbaik mengemudi negara ketika ini.

Bagi tujuan tersebut, Anwar malah disokong oleh pelbagai pihak, termasuk daripada dalam kerajaan PN sendiri.

Tetapi, tidak seperti Tun Abdullah Badawi, Najib dan Muhyiddin, Tun Mahathir sentiasa saja berusaha menghalang kemaraan Anwar.

Baik ketika dalam UMNO, sewaktu bersama PH dan sehingga dalam keadaan tidak berparti sekarang ini, sisa nafas dan denyut nadi Tun Mahathir adalah semata-mata untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Maknanya apa?

Tidak lain, tentangan itu memberi maksud Anwar adalah pilihan yang tepat dan terbaik untuk negara.

Kalau yang dipilih dan direstui Tun Mahathir terbukti semuanya merupakan pilihan yang salah dan mendatangkan masalah, maka tentulah yang bukan pilihan dan tidak direstuinya itu sebenarnya pilihan yang tepat dan terbaik.

Lantaran itu, khususnya buat kelompok tertentu dalam PH, belajarlah melupa dan mengabaikan Tun Mahathir serta tidak lagi memperdulikan kata-katanya yang terus menolak Anwar sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Lebih buruk, dalam usaha terakhirnya menolak Anwar dengan mempromosi kerajaan perpaduan kononnya, Tun Mahathir jelas mahu menaikkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri.

Dan memilih diri sendiri ini adalah pilihan yang jauh lebih salah dan merosakkan berbanding tindakannya memilih Tun Abdullah Badawi, menaikkan Najib dah merestui Muhyiddin sebelum ini. 

(Shahbudindotcom 17/11/2020)




INI DIA TUKANG BUAT KAJIAN TENTANG MUHYIDDIN

 Nizam Aka

Si Anak bantu Si Abahnya buat kajiselidik untuk up abahnya..

Alahaiiiiii..kartun..kartun..Hokkk Alohhhh..JASA lah sangat..😂😂😂😂😂😂




PANAS! CIA Dedah Pembabitan Tun Mahathir Dalam Skandal BMF 1982...



CIA DAKWA WUJUD BUKTI PEMBABITAN MAHATHIR DALAM SKANDAL BMF TAHUN 1980an.
Berita tahun 2017 ini hanya dinafikan oleh PT95. Ada dia saman CIA dan TV3 kerana siarkan ini? Yillek..!!
Nafi kosong je lah....Elok juga kalau tanya Ku Li. Adakah DSAI tahu sesuatu?
Wallahualam.
- Zus Din



𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍.


Image may contain: 2 people, people sitting and suit





𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐙𝐀𝐅𝐑𝐔𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇��𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝟏𝟎𝟐 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍

𝐓𝐄𝐑𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐄𝐑𝐃𝐈𝐊𝐍𝐘𝐀 𝐙𝐀𝐅𝐑𝐔𝐋 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀𝐔 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐈𝐊𝐔𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍.

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝟏𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎

Menteri Kewangan membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 yang dibentang kerajaan Perikatan Nasional tidak diluluskan, maka ia tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan akan mengesankan para petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi COVID-19.

Saya fikir ini satu kenyataan yang bersifat hambar dan berbaur ugutan serta sebahagian dari rencana untuk mengenepikan suara majoriti Ahli Parlimen.

Saya yakin bahawa kita mampu mengemukakan belanjawan atau pindaan yang lebih baik untuk kepentingan rakyat.

Seperti mana yang saya tegaskan tatkala membahaskan belanjawan di Parlimen, soal emolumen penjawat awam, perbelanjaan mengurus dan utamanya perbelanjaan untuk barisan hadapan serta kelengkapan perubatan dan kesihatan tetap dipertahankan.

Saya ulangi gesaan untuk kerajaan teliti semula Belanjawan 2021. Pembangkang hanya mendukung sekiranya ia benar-benar belanjawan untuk memerangi COVID-19.

𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌

𝟏𝟓 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟎

#𝐁𝐨𝐬𝐚𝐦𝐨𝐓𝐨𝐤𝐌𝐢𝐧

Kredit: FB Page Anwar Ibrahim

 

(EDISI AKHIR ULAS BERKAITAN PARTI AMANAH. IANYA TIDAK MENGUNTUNGKAN PH) FINALLY...!! LAMA DAH PENYOKONG2 PH DOK SURUH BUKAN SETAKAT KHALID SAMAD TAPI #K3 TEGUR PT95 TU. Better late than NEVER


FINALLY...!! LAMA DAH PENYOKONG2 PH DOK SURUH BUKAN SETAKAT KHALID SAMAD TAPI #K3 TEGUR PT95 TU. Better late than never...tapi bila nak tegur Anai-ANAI PANtuk?

Selama ni, selain pemimpin Keadilan, hanya beberapa kerat shj seperti Ramkarpal Singh, Dato' Husam Musa yg berani tegur PT95. Yg lain mcm tarak teloq atau respect terlebih kat Org Tua tu.

Tahu pulak Khalid Samad yg bergaduh sesama sendiri tu takde guna dan tak menguntungkan Pembangkang. Setakat tegur PT95 tak cukup, Anai2 PANtuk Oren Masam bila hg nak tegoq Lid? Depa ni lah punca penyokong berbalah secara berpanjangan.

Kalau depa STOP serang PENGERUSI PH, STOP dok promote PT95 ORANG LUAR dan BUKAN PH tu sehingga mengeji DSAI, kami pun takde sbb nak serang puak tu.

Sampai ke hari PANtuk ni tarak akai atau #K3 pun sama biol?

- Zus Din

17 November 2020

***************************************

AMANAH gesa tumpu usaha kembalikan mandat rakyat

Serangan terhadap Anwar tidak membantu

Serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai satu kenyataan yang tidak perlu dan tidak membantu sama sekali dalam usaha mengembalikan mandat rakyat.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad berkata, teguran bekas Perdana Menteri itu pasti akan dibalas oleh penyokong Anwar yang akhirnya akan menyebabkan sengketa sesama parti berterusan.

“Kenyataan Mahathir tidak mengambil kira hakikat bahawa Pakatan Harapan adalah kerajaan yang bersandarkan konsep pertanggung-jawaban bersama iaitu keputusan bukan di tangan Perdana Menteri seorang.

“Tun sendiri pasti ingat semasa beliau Perdana Menteri, perbahasan panjang dan mendalam merupakan kebiasaan kami dan ada juga yang dibuat tidak mengikut pendapat Tun pada asalnya.

“Dalam suasana sekarang, kita perlu menumpu segala kekuatan untuk menghalang kemaraan PN yang sedang bergerak licik untuk mengekalkan kedudukan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mahathir mendakwa Anwar tidak berkemampuan untuk memimpin negara terutama ketika berhadapan dengan krisis ekonomi ketika ini.

Beliau berkata, ianya berdasarkan pengalamannya bersama ahli Parlimen Port Dickson itu ketika mentadbir negara.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat respon PKR yang membidas tokoh berkenaan cuba untuk mengkhianati dan menggagalkan usaha PH menjadi kerajaan semula.

Malah, ianya merupakan peluang untuk melonjakkan kedudukan pembangkang bagi mendapatkan kembali kedudukan sebagai kerajaan.

“Kalau PN masih memerintah selepas membentang satu belanjawan yang terburuk dalam sejarah negara, ianya bukan kerana parti itu kuat.

“Tetapi sebaliknya kerana pembangkang tidak sepakat dan hilang tumpuan serta sibuk berbalah satu sama lain,” katanya lagi.

https://malaysiadateline.com/amanah-gesa-tumpu-usaha.../...

 





 Image may contain: 1 person, text that says "Iswardy Morni Official 6h Terbaik yb Salahuddin. "Amanah tidak akan mengambil penyamun dan per rompak untuk bersama kita". Jelas ia ditujukan kepada gambar di bawah. Tahniah! Betul tak? Betul tak? MAHAT"

Zubaidi Sudin

Sangat tepat kena ke batang peliarq ...eh...batang hidung Din Ghuyub sendiri yang mendewa-dewa kan Kepala Penyamun dan Perompak...!!

😁

DULU BUKAN ADA MENTERI KATA DIA NAK BAWA BALIK CINA NI...SAMPAI LA DIAM...AKUINGAT 6TAHUN LAGI SAMA MACAM HELI JUGA

 


Jho Low percaya tidak lakukan kesalahan, dakwa hanya pinjam wang 1MDB

Astro Awani
Jho Low percaya tidak lakukan kesalahan, dakwa hanya pinjam wang 1MDB
Jho Low berkata wang yang dipinjam dari 1MDB itu dibelanjakan antara lain untuk membeli hartanah mewah, lukisan, jet peribadi, kapal layar dan arak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, yang menjadi 'mastermind' dalam skandal 1MDB percaya dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB.
Pengakuan Jho Low itu dibuat melalui rakaman perbualan telefon dengan bekas pegawai kerajaan di bawah pimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didedahkan melalui sebuah dokumentari disiarkan stesen penyiaran Al Jazeera.
Dokumentari bertajuk 'Jho Low - Hunt for a Fugitive' yang berdurasi selama sejam itu dimulakan dengan panggilan telefon antara Jho Low dan kerajaan malaysia antara Mei hingga November 2018.
Tegas Jho Low, dia hanya meminjam wang berbilion dolar berkenaan daripada 1MDB untuk dirinya.
"Saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya melalui satu rakaman perbualan telefon yang diperoleh secara eksklusif oleh Al Jazeera.
Tambahnya, wang tersebut dibelanjakan antara lain untuk membeli hartanah mewah di seluruh dunia, karya seni, jet peribadi, kapal layar besar dan arak mahal.
Malah, Jho Low sedia memulangkan semula wang berkenaan, asalkan dia tidak didakwa di mahkamah.
"Semua ini sebenarnya hanya pinjaman, secara langsung atau tidak langsung, tetapi, akhirnya, saya rasa, masanya telah tiba, kami mahu membantu mengembalikan semula aset ini.
"Dan sebagai balasan atas kerjasama yang diberikan, kami mahu meneruskan kehidupan tanpa berdepan sebarang tuduhan," katanya.
Debra LaPrevotte turut terlibat dalam siasatan peringkat awal terhadap 1MDB.
Debra LaPrevotte turut terlibat dalam siasatan peringkat awal terhadap 1MDB.
Bekas ejen khas FBI, Debra LaPrevotte, yang terlibat dalam peringkat awal penyiasatan 1MDB dan kini menjadi penyiasat kanan NGO anti-kleptokrasi The Sentry, menolak dakwaan Jho Low.
"Jika benar ia tidak melibatkan sebarang salah laku, maka tidak perlu dipulangkan semula aset berkenaan, bukan? Sudah pasti tiada aset yang akan dirampas.
"Ini melucukan. Seolahnya, jika saya terus bercakap mengenai pembohongan ini, mungkin seseorang akhirnya akan mempercayai saya," ujar LaPrevotte.
Bill McMurry percaya satu-satunya cara Jho Low dapat terus melarikan diri adalah melalui rasuah.
Bill McMurry percaya satu-satunya cara Jho Low dapat terus melarikan diri adalah melalui rasuah.
Sementara itu, bagi bekas Ejen FBI, Bill McMurry, dia percaya satu-satunya cara Jho Low dapat terus melarikan diri adalah melalui rasuah dan dakwanya, bantuan 'orang atasan'.
"Saya percaya dalam tempoh panjang ini, akan ada orang dari peringkat tertinggi dan berkuasa yang membolehkan dia kembali ke Malaysia tanpa sebarang tuduhan," ujarnya.
Dalam pada itu, Jho Low turut meletakkan kesalahan terhadap 1MDB dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada ketika itu.
Dakwanya, semua kelulusan melibatkan 1MDB dibuat Najib sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab pada ketika itu.
Jho Low juga memberi sokongan kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, bahawa sebahagian besar daripada satu bilion dolar wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib bukan derma daripada Raja Arab Saudi Raja Abdullah, seperti didakwa bekas perdana menteri itu.
Dakwanya, derma tersebut adalah hanya sebahagian kecil daripada jumlah tersebut.
Sehingga kini, Jho Low masih diburu dan polis percaya ahli perniagaan itu masih berada di Macau, walaupun perkara itu dinafikan pihak berkuasa China.

LUAHAN AHLI AMANAH YANG SETIA

 MAN TOBA

Image may contain: 1 person

YB yang lantang dan bermati-matian menuntut kuota EXCO AGAMA Negeri Selangor diperuntukkan kepada AMANAH last-last difitnah konon YB tu kemaruk kerusi exco pulak.

Yang YB tu pertahankan betul lah tindakan dia tuh. Dia PERTAHAN KUOTA yang menjadi HAK PARTI AMANAH. Terpulang pada parti nak lantik YB dari Amanah mana mengisi kerusi exco tersebut.

Ini bila Yb Meru bertegas supaya Parti pertahan kerusi exco diberi kepada adun-adun dari Amanah.. kartel-kartel oren masam nih dah lebelkan yang Adun Meru tersebut kemaruk kerusi exco pulak!!! Walhal kuota kerusi tu untuk Amanah. Terpulang parti lah nak kasi jawatan exco pada sapa adun-adun Amanah.

Malangnya jawatan tu diberi pada parti lain tu. Tu anyg pelik. Masing-masing buat diammmm aja

Ini dah lah 1 kekosongan exco tak bubuh orang sendiri.. last-last kekosongan tu dapat kat parti lain pulak!!! KORANG TAU TAK TAU KEJADIAN NIH.

INI BERLAKU SEBAB ADA KARTEL DALAM OREN.

Selagi kartel oren busuk nih ada dalam Amanah selagi itu arah tuju parti Amanah akan lemau semakin dijauhi orang.

YB Yang perfom bela rakyat dipinggirkan. Tak pelik lah jika Yb terpinggir tu nak lompat parti.

Apa beza Yb lompat parti dengan kerusi exco milik parti Amanah yang diberi kepada parti lain? Jawatan EXCO HAK MILIK AMANAH TAK DI ISI TU der...

Tak ada hitam putih lagi Yb itu betul ke tak betul nak lompat, baru isi borang. Tah-tah kalu sesapa tau data pribadi Mat Sabu pastu isikan borang PKR cara on9.. tau-tau terdaftar dah pastu screen shot borang pastu viral " Mat Sabu isi borang PKR " boleh je buat camtu kalu nak khianat.

Apa pimpinan Amanah dah face to face bertanya Yb Meru dah ke belum?

Tau-tau tak sampai 24 jam Kartel Oren masam dah kluar statmen jawatan-jawatan dipegang Yb Meru dah terlucut. Macam ni ke ke profesionalan korang mengurus situasi?

Patut lah parti Amanah makin tidak disukai netizen. Ermmm

Lama gue menyepi, selama ni gue diam je jangan ingat gua diam gua tak tau apa pergolakan dalam parti ya ....

#kartelOREN

 

APA DIDEDAHKAN EZAM BENAR DAN BETUL


Pendedahan dibuat Ezam Mohamad Noor mengisahkan tentang kebencian OT95 kepada Anwar Ibrahim tepat dan munasabah bukan hal yang direkayasa.

Menurut Ezam OT95 tidak senang dengan sikap tegas Anwar dan benci dengan rasuah semasa menjadi Menteri Kewangan apabila tidak layan kehendak anak OT95 agar menyelamatkan syarikat anak-anaknya yang bermasalah.

Menurut Ezam beliau mengetahui hal itu dari dekat kerana ketika itu beliau adalah Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan.

OT95 dalam kenyataan kebenciannya kepada Anwar terbaru mengatakan Anwar tidak layak jadi perdana menteri kerana gagal menguruskan kewangan semasa krisis kewangan tahun 1987 lampau. OT95 tidak pun menyebut "kegagalan" itu apabila Anwar tidak bersedia bailout beberapa syarikat milik anak-anaknya yang bermasalah.

Dengan pendedahan Ezam itu ia semakin jelas dan memberi kefahaman kepada umum kenapa OT95 berdendam dan takut dengan Anwar. Ia bukan kerana kelemahan Anwar dalam soal pengurusan kewangan tetapi kerana tidak akur dengan kehendaknya menyelamatkan kroni dan Anwar sangat obses kepada soal integriti tanpa mengira siapa.

Sikap buruk, busuk, huduh, cis OT95 ini terbukti apabila dia juga membenci dan mendendami Abdullah Badawi dan Najib Razak apabila dia mantan PM enggan mengikut telunjuk dan memenuhi kemahuannya. Kalau Muhyiddin sedia menjadi lembu bodoh kepadanya mungkin Muhyiddin selamat.

Jangan lupa banyak lagi sikap dan perangai buruk OT95 diungkapkan dalam buku terbaru yang akan siap terbit minggu depan. Kena baca politik Bipolar OT95. Trims.

 

BIJAK POLITIK DAN BODOH POLITIK

 MAN TOBA

Image may contain: 2 people, people standing and text

Ada peluang untuk berkuasa terpaksa berpakat dengan pencuri dan penyamun. Jika tidak berpakat dengan mereka, tidak boleh berkuasa kerana tak cukup angka.

Si pencuri dan penyamun pula boleh berpakat dengan pihak lain membolehkan pihak itu berkuasa dan pencuri dan penyamun ikut berkuasa sama.

Pihak yang enggan bersama pencuri dan penyamun tidak dapat kuasa sebaliknya pencuri dan penyamun terus berkuasa.

Carilah dimana terletaknya cerdik berpolitik dan di mana pula bodoh berpolitik. Trims.

MSO



Jangan lupa Najib, ada satu lagi perjuangan yang belum selesai...mesti lawan sampai dapat!!

 Image may contain: 1 person, text that says "Najib Razak 9 Nov Sebab apa PKPB boleh dilanjutkan berkali-kali tapi moratorium pinjaman automatik tidak boleh dilanjutkan secara pukal sekali- terutamanya untuk peminjam M40 sedangkan bank-masih catat keuntungan? Kerajaan kena fikir perkara ini. BN akan terus lawan sampai dapat. 65.4K 9K comments 1.9K shares"

AKHIRNYA KHALID SAMAD JUGA TAK SETUJU DENGAN KEBIASAAN MAHATHIR


1. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung ‘ketidak-mampuan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin negara dalam suasana krisis dewasa ini dilihat sebagai satu kenyataan yang tidak perlu dan tidak membantu sama sekali dalam usaha kembalikan mandat rakyat. Dalam suasana sekarang apa yang patut dilakukan adalah untuk menumpu segala kekuatan yang ada untuk menghalang kemaraan kerajaan Perikatan Nasional yang sedang bergerak licik untuk mengekalkan kedudukan mereka.
2. Pada masa yang sama, kenyataan tersebut tidak mengambil kira hakikat bahawa kerajaan PH adalah kerajaan yang bersandarkan konsep ‘collective responsibility’ atau pertanggung-jawaban bersama. Keputusan bukan di tangan Perdana Menteri seorang. Tun sendiri pasti ingat bahawa semasa beliau Perdana Menteri PH, perbahasan panjang dan mendalam merupakan kebiasaan kami dan ada juga yang dibuat tidak mengikut pendapat Tun pada asalnya.
3. Teguran Tun ini pasti akan menghasilkan jawapan balas dari penyokong Anwar. Ini akan menyebabkan berterusannya sengketa sesama kita yang merugikan kita semua. Sedangkan kerajaan PN sepatutnya menjadi sasaran kita. Mereka yang khianat dan melanggar mandat rakyat.
4. Belanjawan Negara 2021 merupakan satu usaha kerajaan Perikatan Nasional untuk menjamin keberlangsungan kerajaan mereka dengan disediakan melaluinya peruntukan untuk pilihanraya PRU 15. Perbahasan belanjawan merupakan peluang terbaik untuk kita menyatukan pembangkang. Ianya turut merupakan peluang untuk kita melonjakkan kedudukan kita untuk mendapat kembali kedudukan sebagai kerajaan.
5. AMANAH menyeru semua pihak yang ingin melihat kembalinya mandat rakyat dan jatuhnya kerajaan Perikatan Nasional untuk merapatkan saff dan mengenepikan perbalahan antara kita. Biar kita menguruskan perbezaan kita secara berhemah sambil mengingati musuh dan lawan kita yang utama adalah kerajaan Perikatan Nasional serta Barisan Nasional dan PAS yang bersekongkol dengan mereka.
6. Kenali musuh kita dan tetapkan keutamaan kita. Kalau Perikatan Nasional masih memerintah, selepas membentang satu belanjawaan yang terburuk dalam sejarah negara yang gagal menangani masalah ekonomi rakyat terutama berhadapan Covid 19, ianya bukan kerana Perikatan Nasional kuat tetapi sebaliknya ianya kerana pembangkang tidak sepakat dan hilang tumpuan serta sibuk berbalah satu sama lain.
KHALID BIN ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi Amanah
Tarikh: 16 November 2020



1. Adun AMANAH Masuk PKR, Mengapa DSAI Dipersalahkan?

Akhirnya terbongkar sudah perancangan Tun M mahu menelan UMNO menggunaka...



AKHIRNYA TERBONGKAR SUDAH PERANCANGAN MAHATHIR MAHU MENELAN UMNO MENGGUNAKAN MUHIYIDDIN, MAHATHIR DAN SHAFIE BAKAL MENYATU DENGAN PN UNTUK PASTIKAN BAJET 2021 DILULUSKAN