CnP
"Negeri kita dah nak kena ambik orang dah!"—Sanusi, kempen PRN enam negeri 2023.
Ramai orang yang tanya aku tentang apa pendapat aku terhadap kenyataan Sanusi baru-baru ini tentang orang Cina dan orang India dah ada negeri mereka iaitu China dan India.
Penyokong-penyokong PH mula marah-marah, ada yang report polis, ada yang panggil dia racist, dan sebahagian daripada pemimpin BN pun tak selesa dengan style Sanusi ni.
Sure, kempen PH ialah membawa track record pencapaian Tok Min yang cemerlang, sementara BN pula ada few blunders macam anak Zahid menyanyi entah apa-apa tu. Tetapi dalam politik era populisme, kenyataan Sanusi tu memang attack tepat pada sejumlah besar orang yang tak berminat nak mengundi, terutamanya generasi muda yang adrenaline dan dopamine mereka sangat tinggi dalam buat keputusan.
Kalau kita kenang balik tahun 2023 dulu, masa PRN enam negeri dulu, kempen Sanusi memang berapi. Sampai masuk balai polis, dan masa dia kena soal siasat tu, aku tengok ada orang buat live video TikTok dan viewers sampai beratus ribu.
Bermakna Sanusi telah berjaya menjentik perasaan ramai orang yang melihat dia sebagai hero negeri Kedah. Taktik Sanusi juga ketika kerajaan negeri Kedah sedang berdepan dengan kritikan kenaikan cukai pintu satu masa dahulu, dengan menggunakan isu Kedah menuntut Pulau Pinang ini menyebabkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah menjadi kuat semula.
Taktik Sanusi ni tak ada beza pun macam taktik Donald Trump dalam kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat. Bermulut lancang, menggunakan retorik keras, dan menggunakan jalur sayap kanan.
Dan untuk pengundi liberal atau moderate, mereka tidak selesa dengan cara Sanusi. Penyokong PH dan ada sebahagian penyokong BN tak selesa dan rasa retorik Sanusi ni mengancam masyarakat majmuk di negara kita.
Tapi untuk core voters yang konservatif, cara Sanusi ini yang dimahukan oleh mereka selama ini. Mereka melihat Sanusi memang benar-benar bersuara bagi pihak mereka.
Dan apabila emosi pengundi sudah diusik, soal angka dan data ekonomi dah tak penting lagi. Dalam politik era populisme, topik p3rang budaya atau 'culture war' akan mendominasi berbanding topik politik.
Apabila krisis antara Yamtuan Besar dan Datuk Undang Yang Empat berlaku, yang menyebabkan trigger kepada pilihan raya ini, antara isu yang menjadi perkara utama ialah tentang perselisihan antara Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Tok Min dengan Datuk Undang Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dhohak. Sementara aku enggan mengulas secara detail tentang hal Adat Perpatih sebab aku bukan pakar, apa yang menjadi isu ialah kegagalan Tok Min dalam menguruskan hal Datuk Undang ini dengan baik.
Isu Jalan Temiang ditukar menjadi Jalan Chen Man Hin itu pun ramai orang Melayu yang marah, kerana nama Temiang itu datangnya dari penghulu kawasan itu iaitu Tok Temiang. Ye lah, ada orang kata temiang tu sejenis buluh—tapi Tok Temiang tu memang nama orang yang wujud.
Memang tak dinafikan Tok Min memang hebat dalam bab ekonomi—pandai tarik pelabur asing, infrastruktur pun banyak membangun, tapi bila sentuh bab culture war ni, orang dah tak peduli dah dengan ekonomi.
Macam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2016, era Obama tu sebenarnya ekonomi Amerika bergerak agak cantik, walaupun hutang bertambah. Barack Obama membawa Amerika keluar dari Great Recession 2008 untuk kembali stabil, tapi bila Trump main isu culture war, bungkus terus Demokrat dalam pilihan raya tu.
Tapi taktik ini sebenarnya double edge sword. Maknanya, sementara ia akan menyatukan penyokong, ia juga akan menyatukan penentang, dalam kes ini ialah pengundi Pakatan Harapan.
Dalam PRN Johor yang lepas, sentimen political fatigue dalam kalangan pengundi bukan Melayu sangat ketara. Peratusan mengundi di kawasan majoriti bukan Melayu turun mendadak, dan menyebabkan Pakatan Harapan hilang empat kerusi iaitu Tangkak, Jementah, Perling dan Johor Jaya.
Tapi bila masuk PRN NS ni, bila BN bertindak bergabung dengan PN, kita tak tahu sejauh mana political fatigue itu akan hilang dan semangat pengundi bukan Melayu akan kembali, kerana faktor ekonomi pun sebenarnya tak berapa cantik.
Atas kertas, memang pertumbuhan ekonomi 5.8%, kadar matawang ringgit pun stabil, tetapi peningkatan kos sara hidup serta harga minyak ini masih menggigit. Faktor Anthony Loke yang tidak popular dalam kalangan penyokong DAP berbanding LGE juga memainkan faktor.
Jadi, Sanusi mungkin sudah mencongak dan sudah membuat perkiraan sebelum keluar statement itu. Dalam gamble yang dia buat masa 2023 tu, buat pertama kali sejak 2008, Pakatan Harapan hilang majoriti dua pertiga dalam kerajaan negeri Selangor. Undi PH di Selangor merosot teruk masa tu.
Jadi sama ada statement Sanusi ni akan membuatkan pengundi bukan Melayu bersemangat dan keluar mengundi PH pada 1 Ogos ini, atau faktor ekonomi serta sentimen anti-Loke dalam faction LGE dalam DAP akan memainkan peranan. Kalau undi bukan Melayu masih merosot macam PRN Johor berlaku di Negeri Sembilan, maknanya DAP dalam krisis dan akan ada faction yang mahu keluar dari Pakatan Harapan.
Keputusan PRN NS ini akan mempengaruhi keputusan pemilih dalam Kongres DAP yang dijangka akan berlangsung pada 16 Ogos nanti. Dan kalau DAP mengambil keputusan untuk keluar dari PH, kita boleh katakan PH sedang mengalami decline. PKR masa tu bukan sahaja perlu berdepan dengan Bersama yang dipimpin oleh Rafizi, tetapi juga DAP yang bergerak solo.
Dan masa itu, mungkin MUDA akan dijemput masuk sebagai komponen PH untuk melawan DAP. Undi progresif akan berpecah dan masalah yang berlaku dalam undi Melayu yang berpecah pada tahun PRU15 pada 2022 dulu akan terkena kepada undi bukan Melayu dan golongan progesif pula.
Tapi kalau PH berjaya solid dan mengekalkan sokongan, maknanya gamble Sanusi telah gagal. Dan aku percaya, sebagai seorang pegawai tentera laut dan pelajar sains sosial di USM, Sanusi ni bukanlah orang yang sebarangan untuk pihak lawan ambil mudah dan tak boleh diperlekehkan strateginya.
Kalau dalam permainan catur, move berani korbankan bidak catur ini dipanggil gambit. Tapi dalam politik Malaysia, ini adalah Sanusi's Gambit.

No comments:
Post a Comment