‘Kejatuhan’ FELDA Kerana Diamanahkan Kepada Orang Salah – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Santai Perantau Sempena 70 Tahun FELDA di Perkarangan Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 25 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan komited memperkukuh tadbir urus FELDA bagi memastikan segala hasil yang diperoleh dapat dinikmati peneroka serta generasi akan datang.

Menurut Perdana Menteri, FELDA suatu ketika dahulu muncul sebagai antara organisasi perladangan terbesar di dunia, namun pelbagai kelemahan dalam pengurusan telah menyebabkan institusi itu berdepan pelbagai cabaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Santai Perantau Sempena 70 Tahun FELDA di Perkarangan Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2026. Foto PMO

“Kita kena belajar daripada pengalaman. Apa kelemahan kita? Kelemahan itu kerana kita amanahkan kepada orang yang salah.

“Dia tidak menggunakan kuasa dengan bijak dan tidak mengamalkan amanah,”katanya ketika berucap pada Program Santai Perantau sempena 70 Tahun FELDA di Dewan Perdana FELDA, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Santai Perantau Sempena 70 Tahun FELDA di Perkarangan Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2026. Foto PMO

Anwar berkata, peneroka sepatutnya dapat menikmati pulangan yang lebih besar sekiranya FELDA tidak berdepan masalah tadbir urus pada masa lalu.

“Cuba bayangkan, kalau tidak ada masalah yang kita hadapi beberapa tahun lalu, RM980 juta setahun itu boleh kita beri balik kepada FELDA. Bayangkan RM1 bilion setahun, berapa banyak faedah kepada peneroka,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Santai Perantau Sempena 70 Tahun FELDA di Perkarangan Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2026. Foto PMO

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kelemahan yang melibatkan integriti, tadbir urus dan pematuhan kepada peraturan.

“Sebab itu, walaupun saya tahu kadang-kadang orang tidak senang, saya tidak mahu bertolak ansur soal peraturan dan kaedah,” tambahnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Santai Perantau Sempena 70 Tahun FELDA di Perkarangan Dewan Perdana FELDA, Kuala Lumpur pada 25 Julai 2026. Foto PMO



No comments: