Geng Keselamatan Negara
Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki, Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam sejak 3 hari lalu terungkai apabila mayatnya ditemukan di tebing sungai, Sungai Buloh hari ini.
Mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.
Mayat mangsa ditemui di Sungai Buloh menghala ke Ijok kira-kira 10 KM dari tempat mangsa terjatuh.
Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam.
Allahuakbar!! Moga diberikan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga 
Al-Fatihah 
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment