Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia ditahan







 Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia ditahan

Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) pada Khamis.
Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sebanyak 22 daripada keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete, Greece.

No comments: