13 EKOQ NI PUN BAKAL KALAH JA.

 


TIADA GUNA LAGI BERSATU TERUS SIMPAN 13 AHLI PARLIMEN PRO HAMZAH


12 Mac 2026


Setakat ini, daripada 13 Ahli Parlimen Bersatu yang diketahui memberi sokongan secara terbuka dan masih bersama Hamzah Zainuddin, hanya dua yang diambil tindakan.


Mereka ialah Ronald Kiandee dan Mas Ermiayati Shamsuddin di mana kedua-duanya digantung keahlian selama dua penggal atau enam tahun.


Enam yang lain termasuk Hamzah, lebih awal telah dipecat daripada Bersatu.


Bagaimanapun Ronald Kiandee dan Mas Ermieyati tidak puas hati dengan penggantungan mereka.


Mereka sebaliknya mahu dipecat, bukan digantung.


Barangkali ini pertama kali berlaku di mana pemimpin yang dihukum gantung keahlian tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan dan mahu mereka dihukum lebih berat iaitu dipecat terus daripada parti.


Yang nyata, meskipun keputusan Bersatu itu untuk menghalang mereka menyertai parti yang bakal diterajui Hamzah, tetapi dengan mereka pula mahu dipecat, ia juga menunjukkan kedua-dua Ahli Parlimen itu tiada hati lagi terhadap Bersatu.


Wqlaupun mereka terhalang daripada menyertai parti Hamzah, adalah dipercayai kedua-duanya akan tetapi aktif dan bersama ke mana saja Ahli Parlimen Larut itu mengadakan aktiviti politiknya selepas ini.


Ringkasnya, Bersatu tetap kehilangan mereka.


Sebab itu, jika mahu bergelar jantan, lebih baik Bersatu pecat saja Ahli Parlimen Beluran dan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dan lawanlah mereka secara terbuka sebagaimana Hamzah dilawan.


Gantung tidak memberi apa-apa faedah dan menyimpan mereka juga tiada apa-apa manfaatnya.


Baki 11 lagi Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Hamzah sehingga ini masih tidak terdengar mereka ada diberi surat tunjuk sebab atau apa-apa amaran yang berkaitan perlanggaran disiplin.


Namun, ada maklumat memberitahu, Bersatu sedang berusaha mendekati dan memujuk mereka agar kembali menyokong Muhyiddin Yassin.


Begitu pun, cubaan itu dikatakan hampir mustahil menjadi kenyataan kerana 11 Ahli Parlimen terbabit boleh dikatakan sudah “ikat mati” dengan Hamzah.


Sama seperti Ronald Kiandee dan Mas Ermieyati yang hanya sia-sia menggantung keahlian mereka, cuba memujuk 11 Ahli Parlimen itu juga suatu kerja yang sia-sia.


Ini kerana mereka sejak awal lagi telah bersama Hamzah dan tidak pernah ada hubungan baik dengan Muhyiddin.


Bahkan ada maklumat mengatakan, ada di antara 11 Ahli Parlimen itu, nama mereka pun dikatakan tidak diingati oleh Muhyiddin.


Kesimpulannya, lebih baik Bersatu pecat saja kesemua  11 Ahli Parlimen berkenaan, termasuk Ronald Kiandee dan Mas Ermieyati yang sudah digantung itu, sama sebagaimana Hamzah dan 5 Ahli Parlimen yang dipecat sebelum ini.


Hati dan perasaan kesemua mereka sudah tiada dengan Bersatu atau Muhyiddin, simpan pun tidak menambah apa-apa.


Pecat sajalah, lagi pun Hamzah sendiri sudah mencabar demikian.


Kenapa takut nak sahut cabaran Hamzah? - ShahbudinHusin 12Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1235033651953085&id=100063393840098





No comments: