Isu Kuil: Jangan Bakar Keamanan Untuk Modal Politik.


Ahmad mursi


Pertama, kita perlu jujur. Memang wujud isu kuil tidak sah dan pencerobohan tanah di negara ini. 


Isu ni dah berlarutan sekian lama di banyak negeri di bawah pelbagai kerajaan BN-PN-PH.


Di Kedah pun banyak kuil dibina di atas tanah persendirian seperti didedahkan oleh fb aktivis Aman Muhammad.


PMX sendiri dah arahkan PBT untuk selesaikan isu ni segera mengikut saluran undang-undang.


Niat individu tertentu nak banteras isu pencerobohan tanah oleh kuil ini baik, malah ada juga masyarakat india sendiri yang setuju perlu dihentikan.


Cuma bila Sdr Tamim memijak simbol agama lain, bagi saya dia dah terlajak dan boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar malah dilarang oleh agama.


Firman Allah: “Jangan kamu hina sembahan yang mereka sembah selain Allah. Nanti mereka pula akan menghina Allah dalam keadaan marah dan jahil". Al-An'am:108.


Sama ada simbol Islam atau mana-mana agama lain, tindakan provokasi memijak atau menghina simbol keagamaan tidak wajar dilakukan oleh sesiapa sekalipun.


Kerana provokasi hampir pasti akan mengundang reaksi balas, keadaan mudah bertukar daripada isu pentadbiran PBT kepada konflik antara kaum.


Tindakan samseng atau keganasan membakar kereta juga tidak patut dibiarkan tanpa didakwa.


Kini aktor politik pula dah tak berselindung tunggang isu ini untuk mobilisasi politik.


Cikgu Candra yang dibakar keretanya, sebelum ini umum sertai DHPP PAS. 


Portal politik Pertiwi yang dikaitkan dengan pertubuhan politik juga mula mewawancaranya untuk panaskan lagi isu ni.


Pemuda PAS Selangor dah umum untuk melakukan mobilisasi berkaitan isu tersebut.


Bila timbul isu perkauman, siapa yang dapat laba? nanti tahulah kita itulah dalangnya.


Akhirnya masyarakat kena pilih:


Sama ada menyokong pihak tertentu memanaskan lagi api sentimen sehingga berlaku pergaduhan antara kaum untuk mobilisasi politik.


Atau menyokong pihak berkuasa khasnya PBT mengurus isu ini mengikut lunas undang-undang, sambil memastikan keamanan terpelihara.



No comments: