UAC NI PERJUANGAN SWMUA PARTI POLITIK SEBENARNYA.


Norman Daud


 Pengiktirafan UEC ni bukan agenda DAP sahaja, semua parti yang berasaskan kaum termasuk DHPP PAS pun sokong supaya UEC ini di iktiraf. Ini realiti.. ini adalah perjuangan bangsa cina. Mana ada parti bangsa cina yang berani tak menyokong UEC ini diiktiraf termasuklah MCA dan GERAKAN. 







Kenapa semua parti cina menyokong UEC ni? 


UEC, atau Unified Examination Certificate, ialah peperiksaan yang digunakan di sekolah-sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia (SMPC). Ia diwujudkan dan diuruskan oleh Dong Jiao Zong, dan bukan di bawah sistem pendidikan kebangsaan. sekolah persendirian Cina ini sudah wujud sebelum Merdeka. Komuniti Cina melihatnya sebagai institusi warisan. Bila kerajaan tidak mengiktiraf UEC, mereka rasa seolah-olah pendidikan mereka “kurang sah” di tanah air sendiri, sedangkan ia sebahagian identiti mereka. 









Masyarakat Cina di Malaysia melihat UEC sebagai satu keperluan kerana ia membolehkan pelajar belajar dalam bahasa ibunda mereka sambil mengekalkan budaya dan identiti Cina, memberikan laluan fleksibel ke universiti dalam dan luar negara, menekankan kualiti akademik yang tinggi, menjadi alternatif kepada sistem pendidikan nasional yang dianggap terhad, serta menjadi simbol autonomi komuniti dalam mengurus pendidikan sendiri. 


Di zaman pemerintahan Najib Razak beliau sendiri mengumumkan kesediaan untuk mengiktiraf UEC. 

Anuar Musa sendiri pernah mengeluarkan kenyataan yang UEC ini patut diiktiraf kerana ianya tidak melanggar mana mana perlembagaan.



No comments: