Mohd faisal
Zahid Hamidi Dan Shamsul Selamatkan Keadaan
1. Kita boleh tidak bersetuju dengan Zahid dalam banyak hal.
2. Tapi dalam kita tidak bersetuju, ada perkara yang kita perlu bersetuju.
3. Inilah yang dinamakan bersetuju dalam tidak bersetuju.
4. Khamis lepas saya menjangkakan akan berlaku satu kekecohan besar di Parlimen Malaysia, dan silap2 boleh jadi gaduh.
5. Apabila usul menggantung MP Kota Bharu, Takiyuddin Hassan dicadangkan oleh Saifuddin Nasution (takde kerusi) dibawa untuk dibahas dan diundi.
6. Usul berkenaan dikemukakan oleh Suhaizan Kaiat (kerusi Pulai).
7. Inilah yang dinamakan kawan makan kawan. Kedua2 mereka sewaktu tidak ada apa2 dulu, hidup di atas tangan PAS.
8. Usul pula dikemukakan di depan speaker yang kawan baik Saifuddin Nasution (takde kerusi)
9. Yang lucunya dia yang bawa usul, sampai masa pembentangan, Timbalan Menteri (kerusi Lenggong) yang bentang. Dia tak hadir.
10. Kita semua telah lihat perbahasan dan kekecohan yang berlaku.
11. Tinggal nak undi saja lagi. Apabila dah undi tidak ada pilihan, semua ahli parlimen kerajaan kena sokong. Walaupun mereka tahu usul itu tidak ikut peraturan.
12. Nasib baik ketika itu yang lebih senior sikit atau bahasa kampung kita kata, nasib baik ada orang tua dalam dewan masa itu, iaitu Zahid Hamidi.
13. Orang tua dia matang sikit, sebab banyak pengalaman. Saya difahamkan beliau minta supaya Timbalan Menteri tangguh dulu usul berkenaan.
14. Kalau tidak dah kena enam bulan…..
15. Itu yang sebelah kem pembangkang ucap terima kasih kepada Zahid dan Shamsul sepertimana yang kita lihat dalam video2 yang tersebar.
16. Kawan yang pernah bersama dalam PAS hendak makan kawan. Kawan yang berlawan dengan PAS, selamatkan kawan. Itulah politik wahai kawan2ku sekalian. Tiada kawan sejati, tiada musuh abadi.
16. Kalau tidak saya tak tahu apa yang akan terjadi kepada parlimen kita pada hari berkenaan.
17. Parlimen kita ini sebenarnya telah berada dalam keadaan parah dah Tuan2 dan Puan2.
18. Puncanya mudah, kerana kita mempunyai seorang Speaker yang tidak ada kelayakan dan ada kepentingan dengan orang2 tertentu yang berkuasa.
19. Reformasi yang dilaungkan hanya sekadar menanam tebu di bibir mulut.
20. Ingat, RAKYAT HAKIM NEGARA…..dua tahun tak lama.

No comments:
Post a Comment