UNIT KHAS MALAYSIA TERLIBAT BERSAMA KAWALAN KESELAMATAN

 


Sekitar hotel di mana Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menginap sewaktu lawatannya ke Kuala Lumpur buat kali pertama sempena ASEAN Summit ke-47. 



Kelihatan penglibatan unit-unit sepanjang lawatannya selama 24 jam itu. Hotel dan limosin Presiden yang kalis-letupan dan peluru, iaitu Cadillac One/ ‘The Beast’  ataupun codename Stagecoach dilindungi oleh Presidential Protective Division United States Secret Service termasuk elemen lain seperti USSS Uniformed Division, Technical Law Enforcement dan Special Operations Division Counter Assault Team.




USSS turut disertai elemen Diplomatic Security Service yang melindungi Setiausaha Negara Marco Rubio yang turut mengikuti Presiden. Tambahan pula, lawatan Presiden ke mana-mana negara akan disokong oleh pasukan ODA(Operational Detachment-Alpha) US Army Special Forces Group (SFG)ataupun tim CTAC(Critical Threats Advisory Company) dari SFG masing-masing. 




Selain itu, pasukan USSS juga ada pasukan (HAMMER) Hazardous Agent Mitigation & Medical Emergency Response untuk menangani sebarang ancaman berbentuk CBRN (Chemical, Biological, Radioactive, Nuclear).





Dari pihak Polis Diraja Malaysia, antara unit-unit yang menyokong operasi keselamatan mencabar ini termasuk Unit Tindakhas (UTK), KL Strike Force, Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Batalion ke-6 PGA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Pasukan Gerakan Udara (PGU), K9 PDRM, dan Unit Pemusnah Bom antaranya.














No comments: