BERITA SARKASTIK

 

Alif Jamil


Sebagai anak muda yg baru separuh hari menyokong Pejuang dan Perikatan Nasional , saya membantah keras kenyataan jahat Zuhdi ini. 






Kenyataan Zuhdi kononnya PN sedang nazak adalah tidak benar sama sekali.


Hakikatnya, Perikatan Nasional kini semakin gagah dan kukuh dgn penyertaan Parti Pejuang, GTA, Muda dan Hindraf yg kini membentuk Ikatan Perihatin Rakyat (IPR) sebagai satu gabungan suci yg lahir dari suara² pejuang kemerdekaan serta pahlawan sejati yg sejak dahulu menentang kominis dan penjajahan pemikiran barat.


Lebih membanggakan lagi, PN kini mendapat dokongan padu daripada Negarawan Ulung Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad yg kami yakini sebagai Malikul Zaman yakni wali akhir zaman yg mempunyai karamah luar biasa dan mampu hidup sehingga 1000 tahun demi menyelamatkan bangsa, agama dan negara kita.. 


Kalau kita imbas kembali sejarah penubuhan Perikatan Nasional itu sendiri sangat menghayat hati nurani kita sebagai rakyat yg cintakan tanah air ini kerana Perikatan Nasional itu lahir dari jalanan , perjuangan yg perit dan air mata.. 


Perikatan Nasional adalah satu gabungan yg mulia yg mendapat berkat dan rahmat dari Allah.. 


Ianya adalah satu gabungan yg tertubuh hasil dari desakan rakyat Malaysia khususnya para Pejuang selepas peristiwa pengkhianatan terbesar mandat rakyat yg didalangi oleh DAP dan juga kominis. 


Mereka mula takut melihat pencapaian² pentadbiran dinegeri² SG4 yg dinaungi oleh Negarawan kita Sang Malikul Zaman yg kini cemerlang hingga ke peringkat antarabangsa. 


Antara pencapaian luar biasa SG4 di bawah bimbingan ulama-ulama ekonomi dan negarawan Malikul Zaman ialah:


1. Pelaburan asing mencecah RM1 trilion hasil keyakinan pelabur terhadap doa qunut nazilah pemimpin negeri.


2. NASA telah membuka cawangan di Langkawi, khas untuk memantau pergerakan malaikat dan bintang jatuh.


3. Industri berat SG4 Aerospace & Halal Rocketry dilancarkan di Kuala Nerus telah menghasilkan ribuan peluang kerja untuk graduan kejuruteraan pesawat hijau dgn teknologi nuklear. 


4. Pasaran pekerjaan meningkat 355 ribu pekerjaan baharu dalam sektor Halal Steel, Syariah Semiconductor, Green Nuclear dan juga Madrasah AI Technology wal Engineer


5. Kadar kemiskinan menurun ke paras negatif 2%, kerana rakyat dinegeri SG4 kaya dgn elaun rm5000 sebulan yg diberi oleh kerajaan pimpinan SG4. 


6. Indeks kebahagiaan rakyat SG4 mengatasi Switzerland kerana rakyat disana tidur lena tanpa perlu risau tentang konsert Coldplay.


Inilah bukti bahawa prestasi Perikatan Nasional sangat jauh meninggalkan Kerajaan Madani yg semakin kelam dan tenggelam. 


Yang nazak hanyalah naratif DAP dan sekutu liberal mereka yg sudah mula goyah melihat kebangkitan Islam yg semakin membara dibawah panji hijau.


Apapun, saya tidak menyalahkan Zuhdi sepenuhnya kerana saya percaya beliau hanyalah mangsa propaganda DAP yg sedang takut melihat sinar keislaman yang terpancar dari kilauan mentari Madani SG4.


Kerana hakikatnya, Perikatan Nasional bukan sekadar parti politik tetapi ia adalah gerakan spiritual abad ini.


Dan saya sebagai anak muda IPR, akan terus mempertahankan perjuangan suci ini hingga ketitisan teh ais yg terakhir ✊




No comments: