MSO
Senyum Pagi
MENGUSIK KAK WAN
Muasir ini jarang jarang sekali nampak Kak Wan (Dr Wan Azizah Wan Ismail) mengiring suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjalankan tugasan negara. Kebanyakan “penotaan” Anwar ke seantero dunia tanpa kelibat Kak Wan sehingga ada yang tertanya tanya, apakah Kak Wah kurang sihat.
Mungkin iya, tetapi sebenarnya Kak Wan kini lebih banyak berihat dan menebus masanya yang hilang selama ini untuk bersama anak dan cucunya. Kak Wan perlu rihat lebih selepas hampir tiga dekad berjuang menyeka keringat, membekam rasa mengenang apa yang dilakukan ke atas dewanya. Kak Wan bergelumang airmata dan keringat demi suami, rakyat dan negara.
Apabila suaminya kini sudah berada dipuncak dan melalui dua fasal, pertama membebaskan suami dan kedua meketakkan suami dikerusi PM, maka tiba masa untuk Kak Wan beristirehat.
Tetapi malam ini Kak Wan tampil penuh sumringah dan anggun dengan mengenakan busana kesukaanya kebaya labuh dengn selempang warna kundang sekata dengan tuduh labung untuk meraikan isteri para pembesar negara dan delegasi sidang kemuncak Asean.
Dengan penjh sifat keibuan, kasih setia seorang zaujah, Kak Wan tertenggek manja disamping suami, kelihatan sangat comel dan ayu bagaikan pengantin baru yang kehausan malam.
Bagi mereka bukan pembenci Kak Wan dan pendengki Anwar, tumpang gembira dan merasai bahgia melihat penampikan Kak Wan bersama Amwar. Kemeriah dan kesuksasan sidang Asean yang disaksikan dunia seolah meraikan persandingan lewat pasangan ini di atas pelamin dunia.
Bukan sahaja para delegasi sidang Asean yang kagum dengan keanggunan dan kesumeringahan pasangan itu, tetapi kita juga yang melangkah sederat dalam perjuangan rakyat marhaen turut rasa bahagja. Tahniah Kak Wan dan Pak Sheikh. Trims.

No comments:
Post a Comment