Zahid tempelak naratif ‘UMDAP’, pertegas arah UMNO dalam PRU-16

 

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak naratif ‘UMDAP’ ciptaan pembangkang yang cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerjasama tersebut juga dilakukan oleh BN hanya bersama dengan adalah dengan Pakatan Harapan (PH), bukan secara langsung dengan DAP.

“Yang marah kita dengan ‘UMDAP’ pasal apa? Kita ada perjanjian dengan DAP? Tidak pernah.




“Perjanjian kita saya kata, antara BN dan PH yang di dalamnya dalam ada DAP, tetapi DAP tidak pernah menentang kita,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang kali ke-37 malam tadi.


Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa DAP tidak pernah menentang dalam agenda Melayu dan Islam termasuk Kongres Ekonomi Bumiputera.


“Yang takut sangat kenapa, bukan saya hendak puji DAP, tidak. Sebab mereka bersetuju dengan kita,” katanya.


Berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, Ahmad Zahid berkata, BN tidak akan bergerak solo malah akan mengekalkan kerjasama dengan PH.


Namun, kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, BN akan menggunakan logonya sendiri dan mahu kekal sebagai gabungan politik dominan pada PRU-16.


“Kita mahu kekal dominan. Ia bukan sekadar di atas kertas, tetapi menerusi gerak kerja yang kita laksanakan secara konsisten dan tersusun.


“Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Maka strategi kita juga perlu menitikberatkan penyatuan dan keseimbangan antara kaum dan agama,” kata Ahmad Zahid lagi.






No comments: