Kementerian Pertahanan Malaysia memperuntukkan sebanyak RM12 bilion kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Sebagaimana dipetik berkata oleh Bernama hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antara perolehan aset utama yang telah diluluskan tahun ini termasuk meriam 105mm, peluru berpandu permukaan-ke-permukaan (SSM) untuk kegunaan kapal friget KD Jebat dan tiga unit Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS).
Tiga unit MALE UAS itu merujuk kepada perolehan dron ANKA daripada Turkish Aerospace Industries (TAI).
Mohamed Khaled berkata pembinaan pesawat pejuang ringan (LCA/FLIT) FA-50M (Block 20) diperoleh daripada syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah mencapai status kemajuan 48 peratus, dengan dua pesawat pertama akan diterima negara pada Oktober 2026.
Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan bakal menerima dua buah Pesawat Peronda Maritim (MPA) untuk tujuan pengawasan kawasan maritim negara pada Jun dan September 2026.
No comments:
Post a Comment