
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah membuat panggilan telefon selaku Pengerusi ASEAN kepada pemimpin empat negara iaitu Brunei, Indonesia, Filipina dan Singapura pada 4 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 4 Apr – Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia mahukan kesepakatan sesama negara anggota dalam mewujudkan prinsip keadilan dan kesaksamaan dalam sebarang perundingan perdagangan antara negara, termasuk hubungan rakan dialog ASEAN-Amerika Syarikat (AS), jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau mengadakan perbincangan menerusi perbualan telefon bersama pimpinan negara ASEAN iaitu Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Singapura hari ini.

Perbualan telefon itu dibuat kepada Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.
Perbualan berkenaan bagi mendapatkan pandangan serta menyelaraskan tindak balas bersama terkait isu tarif timbal balik AS.
“Insya-Allah, Mesyuarat Peringkat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN minggu depan akan terus membincangkan perkara ini dan mencari solusi terbaik buat keseluruhan negara anggota,” katanya menerusi laman sosial Facebook.
No comments:
Post a Comment