Hari yang penting di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 saya mulakan dengan pertemuan dengan Pengasas WEF dan Pengerusi Lembaga Amanah Prof Klaus Schwab dalam program “Special One-on-One
Exclusive Dialogue with Forum Leadership”.
Ruang 30 minit itu digunakan dengan menjelaskan peranan yang boleh dimainkan Malaysia terkait masa depan ekonomi dunia dan ketersediaan negara bagi menyahut arus perubahan serta kecanggihan teknologi ketika ini.
Saya maklumkan bahawa Malaysia telah mempersiap segala kelengkapan dan infra diperlukan terkait kecerdasan buatan, tenaga, tenaga hijau, semikonduktor, perlindungan data, dan lain-lain lagi untuk perhatian masyarakat dunia.
Ini juga disokong melalui hubungan baik dengan negara-negara jiran ASEAN dalam aspek intra-ASEAN, projek kabel bawah laut, persempadanan, pertukaran maklumat dalam membawa rantau ini ke tahap lebih tinggi, setanding Kesatuan Eropah selain arus kebangkitan kumpulan negara Global South melalui anjakan kuasa ekonomi sedia ada dalam membentuk semula masa depan ekonomi dunia.
-
On an important day at the World Economic Forum (WEF) 2025 Annual Summit I met WEF Founder and Chairman of the Board of Trustees, Prof Klaus Schwab in the "Special One-on-One Exclusive Dialogue with Forum Leadership" program.
The 30-minute space I used to explain Malaysia’s role in shaping the future of the world economy and the country's availability to respond to current changes and technological sophistication.
Malaysia has prepared all the necessary infrastructure related to artificial intelligence, energy, green energy, semiconductors, data protection, and others to get the world’s attention.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
No comments:
Post a Comment