DOKTRIN GHULUW 3.


Jamzuri Ardani


Kepimpinan negara mestilah diterajui oleh golongan ulamak. Ulamak mesti memimpin, bukan dipimpin. 


TANWIR. 

Tidak ada dalil di dalam nas Al- Quran dan As Sunnah yang menetapkan kepimpinan umat Islam mestilah diterajui atau dikuasai oleh golongan ulamak atau agamawan. 


Ini tidak juga bermaksud Islam menyuruh kita melantik orang jahil jadi pemimpin. Kewajipan menuntut ilmu itu taklif atas semua orang Islam samada orang awam ataupun pemimpin. Seorang pemimpin perlu mempunyai ilmu yang layak untuk beliau menjadi pemimpin. 


Pun begitu, tiada nas khusus yang menetapkan kelompok ulamak atau agamawan lebih berhak dan layak diangkat menjadi pemimpin berbanding kelompok yang lain. 


Al Quran menetapkan dua ciri utama untuk melantik seseorang memegang jawatan iaitu Al Qowwiy (berupaya/kuat/kompeten) dan Al Amin (amanah/akauntable/jujur). 


Sesiapa pun yang punya dua ciri ini layak untuk dijadikan pemimpin. 


Konsep kepimpinan ulamak dikatakan lahir dalam tradisi masyarakat Syiah apabila Khomeini memperkenalkan konsep 'Wilayatul Faqeh'. Ia tidak pernah wujud di kalangan masyarakat Sunni. Ia tidak berlaku di zaman Muawiyah, atau Abbasiyah, atau Uthmaniyah. Ia juga tidak pernah digagaskan oleh gerakan Islam kontemporari seperti Ikhwan Muslimin, atau Jamaat Islami, atau Masyumi, atau gerakan Islam yang lain.



No comments: