JANGAN NAJIB MENDERITA SEPERTI SAYA.

 


KUALA LUMPUR, JAN 21 - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengimbas kembali masa dia dipenjara untuk mempertahankan pengurangan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang didapati bersalah atas kesalahan rasuah dalam kes RM42 juta SRC International.



Bercakap kepada media UK semasa lawatan rasmi ke London, Anwar dilaporkan berkata dia tidak mahu Najib menderita di penjara seperti yang dialaminya.


“Saya juga melalui neraka itu, dan kurungan bersendirian. Saya tidak diberi sebarang makanan luar kecuali makanan penjara.


“Tetapi adakah saya perlu melayan Najib dengan cara yang sama? Saya kata tidak, maksud saya, dia adalah bekas perdana menteri,” katanya dalam temu bual dengan Financial Times.


#BeritaKS



No comments: