BEZA DULU DAN SEKARANG. KINI GANU 32-0 COROT



 Atas permintaan penyokong kerajaan, admin buat perbandingan ini. Berbeza dengan penyelidik lantikan politik yang suka 'cherry picking' (memetik data terpilih yang menguntungkan sahaja), perbandingan yang admin buat adalah menyeluruh dan berdasarkan konsep ekonomi sebenar 



Dalam konsep ekonomi, perbandingan mestilah mengutamakan growth (pertumbuhan) dan bukannya value (nilai) apabila melibatkan masa 


Maka berdasarkan 6 tahun terakhir pentadbiran kerajaan lama (2012-2017), ekonomi Terengganu telah berkembang sebanyak 39.5%


Tetapi bagi 6 tahun pertama pentadbiran hari ini (2018-2023), ekonomi Terengganu hanya berkembang sebanyak 9.7%. Iaitu 4 kali ganda lebih perlahan berbanding sebelumnya.


Jadi buatlah penilaian sendiri. Admin harap ini kali terakhir admin membandingkan antara 2 pentadbiran. Admin lebih suka membandingkan prestasi kita dengan prestasi negeri-negeri jiran. Kerana merekalah pesaing sebenar negeri kita. 


Juga pesan admin kepada yang berkenaan, dont ask questions you don't want to know the answer to 😉


#MajuTerengganuKu



No comments: