MSO
Orang ini yang dipanggil Pak Long kecewa dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminanan Makanan Mat Sabu. Katanya 50 kali whatsapp sekalipun tak balas. Mohong kok? Dia juga ungkit yang Mat nak pertahankan nasib 20 ribu petani. Mat tak buat apa² ke?
Sadis juga Pak Long bantai Mat Sabu apa lagi ada tukang hasut di keliling. Nak bantai menteri pun Pak Long kena tengok² juga dan mengerti, bila seseorang hatta kawan baik kita bila dah jadi menteri, masanya tidak seperti dulu, sibuk bukan seperti masa duduk sa'ja dulu boleh balas whatsapp sepanjang masa.
Nanti bila Mat pergi ke tempat Pak Long bulan Februari, jumpalah dengan Mat baik baik, cerita kat dia. Ketika itu pegawai pertanian dan agensi terbabit pun ada sama, luahlah perasaan dan kemarahan semahu mahunya.
Dan cerita tikus banyak merosakan padi itu disamping harapkan kerajaan hapuskannya, Pak Long dan kawan² pesawah juga boleh usaha sama hapuskannya.
Apa kata sambil pesawah yang dikerah turun ke bendang angkat spenduk kutuk kerajaan, ajak depa ramai² kejar tikus. Buat pesta kejar tikus..nak seronok adakan pertandingan hadiah magie. Atau minta Mat sediakan hadiah..tentu Mat bagi. Nak sedap ajak sama Mat kejar tikus.
Kalau tak semua pun mungkin seekor dua ada tikus mati, itu lebih baik dari ramai ramai julang sepanduk jerit kerajaan zalim, maki hamun PM dan macam macam, yang sekor tikus pun tak mati dengan cara itu.
Sambil tuntut harga padi naik tenguk dan selidik juga nilai subsidi yang kerajaan bagi sekarang berbanding dengan dulu. Padang dunia dengan dua belah mata Pak Long bukan dengan sebelah mata sahaja, tempang dan tak adil.
Kepada Pak Long dan rakan² jangan mudah sangat dengar hasutan pembangkang, mereka haya letak karak dijubur untuk lihat kita kalut kala berlari manakala mereka akan bertepok tangan seronok kerana kita jadi alat mereka. Trims.
No comments:
Post a Comment