Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad telah menyelesaikan bayaran saman fitnah berjumlah RM830,034.75 kepada tiga pemimpin DAP.
Bayaran itu dibuat ke akaun SN Nair & Partners, firma guaman yang mewakili veteran DAP Lim Kit Siang, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
Pembayaran ganti rugi dan kos guaman itu dibuat melalui penyerahan cek kepada Datuk Sankara Nair.
Peguam Siti Mastura iaitu Yusfarizal Yusoff berkata, pembayaran ke akaun firma guaman Nair telah dibuat tetapi wang itu akan disimpan ke dalam akaun peguam cara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan diselesaikan.
Siti Mastura kalah dalam kes saman fitnah kerana mendakwa Kit Siang dan Guan Eng mempunyai kaitan keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, selain menuduh Teresa Kok turut mempunyai kaitan dengan mereka.
Pas kemudian melancarkan kutipan derma dalam kalangan ahlinya untuk mengumpul dana bagi mengelak Siti Mastura hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
No comments:
Post a Comment